Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Ahad, 28 Disember 2008

TASKA RAKAN BAYI

Selamat Menyambut Maal Hijrah.... awal muharram... tahun baru 1430 untuk Umat Islam.

Manakala tahun 2009 juga bakal menjenguk kita selepas itu.....

Tahun 1430h dan 2009 m adalah tahun yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebagai tahun bermulanya kegawatan ekonomi... khabarnya keperitan ini akan mengambil masa 3 - 5 tahun.

Lebih memeritkan lagii apabila surat khabar hari ini ada melaporkan bahawa lebih kurang 15% sahaja ibu menyusukan anaknya sehingga usia 6 bulan. Yang lain 85% memberikan anaknya susu formula daripada susu lembu....

Tentulah berbeza besar khasiat susu ibu dgn susu formula lembu based.

Kenapa?

Jawapan yang mudah ialah kesibukan ibu bekerja membantu suami menyara kehidupan yang semakin mencabar dan semuanya perlukan duit.

Untuk membantu ibu yang mempunyai wawasan untuk menyusukan anak atau memberikan anak kecilnya susu ibu sehingga 6 bulan atau sehingga 2 tahun, Taska alhumairaa mengambil inisiatif menjadi "Taska Rakan Bayi" di mana pihak kami menyediakan sistem untuk ibu menyimpan susunya untuk diberikan kepada anak kesayangannya.

Untuk maklumat lanjut...bagaimana nak melaksanakannya, hubungi kami atau terus kepada Mak Nah.

wasalam - Anak yang disusukan dengan susu ibu, lebih genius dan lebih stabil emosinya...

Sabtu, 20 Disember 2008

Berkongsi Pengalaman Dgn Pengusaha Restoren dan Kedai Dobi

      Pihak kami ada juga buat survey untuk lihat situasi semasa terutama berkaitan harga barang vs harga minyak turun.... bukan apa... memandangkan ada kekawan dan parents alHumairaa yang bekerja (makan gaji) sering kali bertanya tentang  " kenapa yuran 2009 masih lagi tak turun sedangkan harga minyak dah turun"

    Kami bertanyakan kepada pengusaha restoren di seksyen 6 (Pusat Bandar BBB) tentang kenapa harga makanan naik sedangkan harga minyak dah turun kepada 1.80 sen selitar.... jawapan yang diberikan ialah..

      1. Harga bahan mentah naik mendadak dan tak turun-turun walaupun minyak bahan api turun... katanya cili naik daripada rm5 sekilo kepada rm15 sekilo... daging dan tulang naik mendadak melebihi rm 10 sekilo....

     2. Semua bahan naik mendadak berlipat kali ganda... dulu kami sempat simpan duit tapi sekarang kami yang ada 2 - 3 restoren ni tak sempat nak simpan duit malah kena denda oleh bank pula sebab cek yang nak diclearkan oleh supplier  tak cukup duit dlm akaun... sambil tunjukkan statement banknya.....

     3. Orang yang berniaga ni nampak kaya atau senang oleh pelanggan terutama yang makan gaji.... mereka tak tahu betapa peningnya kami bila datang hujung bulan dan awal bulan sebab nak bayar gaji...sewa...dan pelbagai lagi perbelanjaan.... mereka tak nampak kerja awal pagi dan tidur lewat malam...

    Kami juga ada pergi ke kedai dobi.... didapati harga perkhidmatan yang dikenakan naik rm0.50 ke seringgit... bila ditanya kenapa?... jawapan lebih kurang sama... semua bahan yang berkaitan dgn dobi naik mendadak....

    Katanya, pelanggan tak  nampak kesusahan yang dihadapi kerana peniaga ni jarang tunjuk susah depan pelanggan... mereka akan berbicara semasa mereka sebab bahasa bizness hanya boleh difahami oleh orang yang terlibat dalam bizness sahaja...

Dalam newspaper hari ini ada menyebut bahawa barangan akan menjadi lebih murah...harga akan turun.... sama-samalah kita lihat sebab.... kita dapati suasana ekonomi juga merudum dn dalam proses ke arah yang lebih teruk... so inflasi dalam proses bermula.... kilang western digital kat Malaysia Timur pun susah tutup dah buang pekerja 1500 orang.......

Ramai pekerja kilang kat shah alam dah tahu yang production mereka mula merosot.... permintaan dah berkurangan.........

Tahun 2009 adalah tahun yang memberikan cabaran buat kita semua...... 

Jumaat, 12 Disember 2008

Romantis dalam seminggu

Romantis dalam seminggu

Benarkah romantis hadir tanpa boleh dipaksa atau kamu sendiri yang merancang kehadirannya?


ADA banyak cara boleh dilakukan untuk menunjukkan kasih kamu kepadanya. - Gambar hiasan



WALAUPUN kerap kali memadahkan kata-kata sayang kepada si dia tetapi, kamu masih tercari-cari idea pengucapan yang kreatif dan romantis untuk dilontarkan kepadanya. Padahal, perasaan romantis dalam sebuah perhubungan amat jelas diperlukan. Itulah yang membuatkan hubungan kamu dan si dia bertambah intim.

Persoalannya, tidak semua orang mempunyai sikap romantis yang berterusan. Walaupun kehadirannya tidak boleh dipaksa tetapi, bagaimana pula jika kamu tergolong dalam insan yang tidak romantis? Sekiranya benar, usah risau kerana kamu masih mempunyai masa untuk meraih gelaran romantis hanya dalam tempoh satu minggu. Ikuti panduan di bawah ini.

Hari pertama

Buat catatan berunsur pernyataan cinta kamu kepada pasangan di atas sekeping nota atau sebuah buku yang dihias indah. Catatan yang ditulis itu boleh digantikan dengan serangkap puisi. Jadi, kamu tidak perlu lagi mengucapkan I love you sekiranya berasa malu atau tidak selesa. Letakkan catatan atau puisi tersebut di tempat yang mudah dilihat dan senang ditemuinya.

Misalnya di atas meja makan, saku jaketnya atau di atas kusyen keretanya. Jangan lupa tampilkan nama kamu sebagai penulis catatan. Dengan cara ini, dia tidak perlu lagi menunggu giliran untuk kamu menyatakan rasa cinta kepadanya. Jika agak sulit untuk meninggalkan catatan tanpa diketahui atau tidak sempat bertemu dengannya pada awal pagi, luahkan rasa itu menerusi Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) atau e-mel.

Begitu juga, tiada bezanya sewaktu menunggu kepulangannya dari tempat kerja. Luahkan perasaan romantis kamu terhadapnya dengan cara memeluk erat pasangan sambil memberi ciuman mesra. Katakan kepadanya betapa kamu mencintai dan merinduinya setiap masa. Kongsi bersamanya tentang apa yang dilakukan seharian. Jadikan satu kebiasaan baru buat diri kamu.

Hari kedua

Sekiranya, sebelum ini kamu bukan pasangan yang gemar mengirim sejambak bunga, kini lakukannya sebagai rutin minggu atau bulanan. Pesan sejambak bunga atau sekuntum bunga segar dan kirimkan ke pejabatnya atau letak sendiri di atas meja pasangan. Jika hari ini kamu membuat temu janji dengannya, berikan dia sedikit kejutan. Kamu seharusnya membuang rasa segan untuk membawakan hidangan, minuman, atau ais krim kegemarannya.

Sekiranya kamu lupa untuk membelinya, peluk dan beri ciuman mesra saat bertemu dengannya. Pelukan dan ciuman kamu mampu mewakili perasaan rindu dan cinta kamu kepadanya.

Hari ketiga

Jika jarak tempat kerja kamu dan pasangan tidak terlalu jauh, cuba aturkan waktu makan tengah hari bersama. Setelah kembali ke pejabat masing-masing, kamu seharusnya mengirimkan SMS atau e-mel berisi ungkapan perasaan senang kamu pada waktu makan tengah hari bersamanya sebentar tadi.

Hari keempat

Telefon pasangan pada siang hari saat dia sedang menikmati waktu lapang. Tanyakan kepadanya, adakah dia sudah ada temu janji pada malam ini. Jika belum, cuba bincang dan lakukan perkara romantis pada malam ini. Ingat, malam romantis tidak seharusnya diisi dengan candlelight dinner di restoran mewah atau eksklusif. Makan di pinggir jalan dengan hidangan lazat, dalam suasana tenang sambil diiringi lagu kegemaran kamu berdua sudah cukup membangkitkan rasa romantis di antara kamu.

Hari kelima

Adakah pasangan mempunyai waktu terluang? Jemput dia datang ke rumah sebaik dia pulang dari tempat kerja. Siapkan makanan kegemarannya dan sajikan di bawah cahaya lampu lilin.

Dengan menulis menggunakan pensil, buat gambar hati bersaiz besar. Tuliskan kalimat I love you di tengahnya. Letakkan gambar itu di tempat yang mudah dilihat saat dia menjejak kaki ke rumah kamu.

Hari keenam

Jika cuaca baik, kamu harus mengajak pasangan menikmati udara luar. Bukan ke kelab atau pusat beli-belah, tetapi menikmati keindahan dengan berjalan kaki bersama di taman. Ceritakan kenapa dia begitu istimewa buat kamu.

Hari ketujuh

Cinta tidak semestinya selalu bersama dan bertemu setiap hari. Beri kesempatan kepada pasangan untuk beristirehat bersama sahabat mahupun ahli keluarganya. Kamu boleh menggunakan hari itu untuk menghiasi potret wajah kamu berdua di dalam bingkai dan hadiahkan kepadanya pada esok hari.

Meskipun tidak bertemu, kamu masih berpeluang menunjukkan kehadiran menerusi panggilan telefon. Ucapan selamat tidur atau mengalunkan puisi romantis sebelum dia melelapkan mata mampu melahirkan rasa kasih dan romantis kamu terhadapnya. - NOOR HASLIZA NUSI

Isyarat si kecil


Kebaikan pertama menggunakan bahasa isyarat bayi adalah untuk memberi peluang kepada anak meluahkan keperluan dan buah fikiran yang penting.


BAHASA isyarat dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara ibu dan anak.


SEBELUM bayi anda pandai menterjemahkan permintaan dan keperluannya dengan menuturkan kata-kata, biasanya terdapat satu kemahiran yang dikuasainya terlebih dahulu.

Kebanyakan bayi akan menguasai tindak balas kompleks pada otot-otot wajah menerusi beberapa kaedah. Misalnya, menggunakan kedudukan lidah, pembentukan bibir dan laluan pernafasan serta kawalan pernafasan.

Sebenarnya, banyak manfaatnya apabila seseorang bayi menggunakan bahasa isyarat bayi. Malah, sesetengah pengamal kemahiran ini tidak faham mengapa sebilangan ibu bapa tidak mengajar bayi mereka bentuk komunikasi ini.

Hakikatnya, setiap orang daripada kita pernah melalui hari-hari yang sukar untuk berkomunikasi dengan kaedah yang boleh difahami oleh orang lain. Hasilnya, timbul perasaan geram yang tidak terhingga. Seperti juga orang dewasa, bayi akan menghadapi masalah serupa.

Mengimpikan sesuatu tetapi gagal menjelaskannya boleh mengakibatkan tindakan seperti menangis sekuat hati, geram atau melenting sesuka hati.

Jadi, kebaikan pertama menggunakan bahasa isyarat bayi adalah untuk memberi peluang kepada anak meluahkan keperluan dan buah fikiran yang penting.

Oleh kerana bayi dan anak kecil belajar berkomunikasi pada awal usia, maka, minda bayi sebenarnya membentuk dan meningkatkan minat mereka terhadap kemahiran berkomunikasi.

Bayi dilahirkan dengan naluri dan keperluan untuk berkomunikasi. Akan tetapi, proses pembelajaran berkomunikasi mungkin mengambil sedikit masa. Namun, bayi mampu menguasai kemahiran motor yang bermula seawal usia setahun jagung.

Kajian mendapati biarpun bayi-bayi ini mungkin tidak memiliki kemahiran motor terlebih dahulu, mereka bagaimanapun memahami dan berupaya menguasai bahasa sebelum boleh bertutur.




Menerusi didikan dan panduan yang betul, anda mungkin berjaya melatih anak yang mampu berkomunikasi dengan hanya menggunakan tangan!

Selama ini, bahasa isyarat sering dikaitkan sebagai kaedah berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai kecacatan pendengaran.

Kajian kini mendapati didikan menggunakan bahasa isyarat juga merupakan kaedah efektif untuk berkomunikasi dengan bayi-bayi normal. Malah, ia turut menggalakkan komunikasi dua hala antara ibu dan bayi.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah yang boleh diperkatakan menerusi bahasa isyarat? Kita ambil contoh seorang bayi berusia 10 bulan yang bernama Amanda. Ibu bapa Amanda yang merupakan graduan Universiti Bahasa Isyarat Bayi, KinderSigns telah berupaya melatih anaknya menunjukkan keperluan menerusi isyarat-isyarat ringkas.

Setelah beberapa bulan mengikut 'tunjuk ajar' ibu bapanya, Amanda berjaya memberitahu kedua-dua orang tuanya bahawa dia lapar, dahaga ataupun mengharapkan buku cerita dibacakan kepadanya sebelum masuk tidur.

Jika anda masih skeptikal, anda tidak keseorangan. Kebanyakan ibu bapa masih tercari-cari jawapannya sehinggalah mereka membaca kajian mengenainya. Sebaik sahaja mereka menyedari bukti saintifik kebaikan menggunakan bahasa isyarat, maka mereka mungkin tidak sabar-sabar untuk memulakannya.

Jadi, bahasa isyarat mewujudkan satu peluang kepada bayi untuk berkomunikasi tentang apa yang terbuku di dalam hati dan minda mereka.

Sesungguhnya, apabila bayi anda mula belajar bertutur, kemahiran yang sama juga digunakan. Setiap isyarat boleh membawa sesuatu makna dalam bahasa bayi. Begitu juga, keadaan ini mampu meningkatkan perkembangan kemahiran kognitif dan ruang untuk berfikir.

Kesilapan ibu bapa

Kesilapan ibu bapa

Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.


IBU BAPA tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain.


APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik.

Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.


DR. GOH CHEE LEONG,


Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

"Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya.

"Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

"Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka," kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


KANAK-KANAK ingin meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan.


Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka.

Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. "Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

"Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri."


SEDIAKAN bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.





Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka.

"Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil.

Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

"Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya."

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

"Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak," tutur Goh

Latih anak guna tandas

Latih anak guna tandas


ANAK lelaki memerlukan masa yang lebih lama untuk belajar. - Gambar hiasan


Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.

SECARA purata, kebanyakan kanak-kanak mula belajar menggunakan tandas sekitar usia dua tahun. Tetapi, seperti juga dalam proses perkembangan kanak-kanak, setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Kanak-kanak yang berusia sehingga 20 bulan lazimnya lebih cenderung membuang air kecil. Ini sekali gus menyukarkan mereka menahan keinginan ke tandas. Tambahan pula, aspek pengendalian pakaian masih menjadi masalah kepada mereka.

Di Barat misalnya, sesetengah ibu bapa merasakan ia lebih mudah melatih anak menggunakan tandas sewaktu musim panas. Pada waktu ini, kanak-kanak lebih mudah diuruskan dengan pemakaian pakaian yang minimum.

Senario ini mungkin boleh diaplikasikan untuk anak kita memandangkan cuaca di Malaysia yang pada kebanyakan masanya panas. Mendidik anak cara menggunakan tandas juga memerlukan sedikit strategi dan kesediaannya untuk belajar.

Berbanding anak perempuan, anak lelaki memerlukan masa yang lebih lama untuk belajar. Malah, mereka turut perlu menguasai teknik membuang air kecil kerana kebanyakan anak lelaki akan belajar duduk di atas mangkuk tandas terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ada baiknya jika ahli keluarga yang lebih tua seperti bapa atau adik-beradik lelaki yang lain menunjukkan caranya.

Bilakah masa yang sesuai untuk anak belajar pengurusan tandas? Kesediaan anak itu boleh dilihat menerusi beberapa petanda ringkas:




* Kekal kering selama beberapa jam setiap hari.

* Menunjukkan minat apabila anda, pasangan atau adik-beradik yang lain ke tandas.

* Mengalami sakit perut secara kerap pada bila-bila masa misalnya selepas bersarapan.

* Menunjukkan petanda ingin ke atas apabila anak mencangkung atau menghasilkan bunyi yang tidak enak.

* Memberi isyarat bahawa lampinnya sudah basah.

Bilakah masa sesuai ibu bapa patut bertindak memaksa anak belajar tentang penggunaan tandas? Mengajar anak tentang penggunaan tandas sewaktu berada dalam keadaan tertekan bukan satu idea yang baik. Antaranya termasuklah:

* Kehadiran orang baru dalam keluarga misalnya bayi.

* Memulakan sistem penjagaan anak yang baru.

* Pertukaran tempat tidur. Misalnya dari katil bayi ke katil sebenar.

* Pemindahan rumah.

* Masalah keluarga.

* Apabila ahli keluarga sakit.

Rabu, 10 Disember 2008

Maafkan Kami ... atas kekalutan Ibu Bapa d Taska

Dalam sebulan nie... ada beberapa kekalutan yang telah berlaku terutama taska kami di seksyen 7,

Peristiwa pertama ialah ...
apabila ibubapa menerima tamparan hebat apabila anak yang dibawa pulang terpaksa dibasuh beraknya di rumah... insiden ini telah berlaku kepada bebarapa orang parents.... katanya dah dua-tiga kali..... nasib baik si Ayah call kami maklumkan perihal tersebut..... kalau tak, kami di pengurusan akan tidak tahu hal sebenar.

Peristiwa kedua ialah.....
Bukan sahaja parents yang menerima tamparan... kami juga terasa sgt, bahkan
terasa bersalah pula..... apabila ada seorang kakak pengasuh baru tak ikut prosedur kami membuat sesuka hati dgn menulis nama pada beg-beg anak-anak termasuklah yang bukan dibawah jagaannya. Kakak-kakak yang lain dah memberi teguran kepadanya, tapi beliau yang ada ijazah buat tak tahu je...(seakan-akan menunjukkan yang ijazah tak nak dengar kepada nasihat drpd yang bukan ijazah)......

Apatah lagi kalau beg itu ada value yang tinggi untuk parents.....

Kakak pengasuh tersebut sudah kami panggil, dan perbincangan serius dgnnya telah dilakukan....

Pihak kami memohon maaf di atas dua kejadian tersebut....

wassalam


Jumaat, 5 Disember 2008

HArga Minyak Turun Lagi... Yuran Taska Bagaimana?

Ada Ibubapa bertanya kepada pihak pengurusan Taska tentang yuran anak yang dah dinaikkan untuk tahun 2009.... adakah ianya akan turun selari dgn penurunan harga minyak yang dah masuk kali ke enam kepada harga murah 2 sen daripada harga asal.


Kami akui harga minyak telahpun turun kembali kepada harga asal kalau dulu sebelum harga naik..rm1.92 sen kemudian naik ke rm2.7o dan sekarang turun pula kepada rm1.90.

Persoalan yang selalu bermain di fikiran kami ialah... berapa lama harga itu akan kekal kerana ianya bergantung kepada permainan harga minyak sedunia.

Jika kita melihat kepada harga makanan dan bahan mentah di pasaran.... kita akan dapati majoriti harganya tidak turun malah semakin naik... kenapanya?

Yang isytihar turun hanyalah harga beras sahaja turun +- 1.00. Yang kekalkan harga ialah susu....

Semalam kami pergi membeli sebahagian bahan-bahan makanan untuk Taska.... ("nak menangis"... kata Mak Nah)... sebab melihatkan sebahagian besar barangan yang kami listkan mengalami kenaikan harga antara o.50 ke seringgit.....

Kicap cap kipas udang naik seringgit, pasta dan spaggheti naik lagi daripada rm3.80 kepada rm5.00
Sayur naik.... biskut jangan cakaplah naik daripada rm1.99 ke rm3.50
Scout Emulsion naik daripada rm 8.88 kepada rm 11.50
Mihun/bihun naik daripada rm0.90 kepada rm1.70

Apa yang kami buat sekarang ialah sentiasa updatekan harga berdasarkan list barangan yang kami setkan...

Kami juga terpaksa pergi dari satu market ke market yang lain untuk mendapatkan harga yang murah.... kadang-kadang proses sehari membeli menjadi dua hari sebab nak pastikan dapat barangan yang harga murah tetapi qualiti yang baik.

Sebab itulah kami belum buat keputusan untuk revise harga yuran taska sebab nak tengok dulu perkembangan harga bahan-bahan makan ni.... kalau ianya turun ke harga asal... barulah kami akan berbincang untuk buat keputusan untuk turunkan harga yuran atau tak.......

Doakan supaya ekonomi kita pulih secara realiti dan bukan cakap-cakap pak politik kerana kita sekarang berada di ambang structural recession dan bukan lagi cyclical recession walaupun bapak menteri berkata begitu.....

Kerana mengikut ramalan pakar ekonominya begitu...... structural bukan cyclical.... dalam masa 8 bulan nie..... kita boleh tengok realiti kemajuan ekonomi kita..... walaupun bank negara memberi arahan kepada semua bank untuk turun BLR tapi berapa lama ianya bertahan?

Wallahu'alam...

Rabu, 26 November 2008

Apabila Pasangan Berlaku Curang.... pada pandangan Dr. HM Tuah

ALAM rumah tangga tidak selalunya indah. Ramai yang kecundang apabila bahtera yang dilayari bertahun-tahun, akhirnya berderai diserang badai ganas.

Apabila keharmonian rumah tangga sudah dihanyut ombak, ia turut menjejaskan isi dalam rumah berkenaan termasuk si suami atau isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain.

Seandainya insan yang menimbulkan permasalahan itu ialah suami selepas kemunculan insan ketiga misalnya, maka anak-anak dan isteri akan menanggung deritanya.

Benarkah semuanya berpunca daripada kehadiran cinta lain, sehinggakan si suami sanggup berlaku curang terhadap insan bernama isteri?

Walaupun suatu pernikahan tidak membatasi keinginan lelaki untuk jatuh cinta lagi, tetapi sikap curang, bukannya hal baru dalam sejarah kehidupan manusia.

Tidak dinafikan, godaan untuk berlaku curang akan datang sepintas lalu dek tekanan perasaan yang menghantui diri kaum Adam mahupun Hawa.

Perilaku ini berlaku mungkin secara tidak sengaja atau disengajakan.

Adakalanya, ketidakjujuran terjadi ketika si dia dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama. Contohnya, si jejaka membantu si gadis menyelesaikan urusan kerjanya di pejabat. Ketika itu, mereka mula berkomunikasi melalui e-mel, telefon dan berjumpa sehingga lewat malam. Akhirnya, hubungan menjadi semakin intim.


TEKNOLOGI baru hari ini adalah antara sebab yang memudahkan lagi perlakuan curang.


Masalahnya, si jejaka sudahpun mempunyai isteri dan cahaya mata. Walaupun mereka dilihat terlalu rapat, tetapi mereka tidak melakukan hubungan intim dan masih memelihara batasan yang perlu dijaga.

Persoalannya, apakah hubungan mereka dikategorikan sebagai curang?

Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, selama hubungan itu masih terbatas pada hal-hal di pejabat meskipun hingga larut malam, syaratnya mestilah mempunyai orang lain di tempat itu.

"Biarpun nampak intim, tidaklah dikatakan sebagai curang. Kita kena akui hakikat pekerjaan, di mana komunikasi sangat perlu, bahkan mustahil dapat dielakkan. Setiap sektor pekerjaan pasti ada dua gender iaitu lelaki dan wanita.

"Mereka saling berhubung untuk menyelesaikan satu-satu tugas yang diamanahkan. Sesekali bergurau senda atau usik-mengusik, itu adalah suasana biasa di tempat kerja dewasa ini.

"Yang jadi salah hingga boleh diistilahkan sebagai curang apabila sering mencari peluang untuk berdua-duaan, sama ada makan bersama sehingga berpeluang meluahkan perasaan atau memberikan kasih sayang," katanya.

Mungkin hubungan yang dijalinkan mereka itu adalah terhad kepada batasan persahabatan?

"Persahabatan? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.


KEBANYAKAN kes curang biasanya berlaku di antara kenalan pejabat atau kekasih lama.


"Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, 'persahabatan' antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.

"Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta," jelasnya lagi.

Sebab itulah kata Tuah, beliau tidak menggalak sama sekali seorang wanita berstatus isteri menceritakan masalah peribadinya kepada seorang lelaki atau sebaliknya, sebab pasti mereka akhirnya akan terkandas.

Carilah orang yang betul untuk meluah masalah misalnya ustaz, ibu bapa, ketua jabatan, kaunselor mahupun pakar motivasi.

Adakah cerai jalan terbaik lelaki curang? Katanya, setiap manusia ada kekurangan dan kelemahannya. Curang dalam perkahwinan adalah salah satu kelemahan dan kekurangan itu.

"Selagi ia tidak maksimum seperti berzina hingga melahirkan anak luar nikah, mengekalkan perkahwinan adalah lebih baik daripada berpisah meskipun ada sedikit kemelut dan masalah hati.

"Membina kembali hubungan hati yang telah rosak sama susahnya dengan proses untuk memisahkan antara dua hati yang dulunya pernah bertaut.

"Proses perceraian pun bukan mudah untuk dilalui, bukankah lebih baik saling bermaaf-maafan terutama demi anak-anak yang telah dilahirkan," tegas Tuah.


ADAKAH perceraian jalan terakhir apabila pasangan berlaku curang?


Memetik pendapat daripada seorang konsultan psikologi, Maria Theresia Widyastuti menerusi laman webnya, cinta baru biasanya muncul lagi dalam kehidupan pasangan yang sudah rumah tangga selepas usia perkahwinan mencecah lima tahun ke atas. "Tetapi kemungkinan ia juga boleh berlaku pada awal perkahwinan, misalnya tiga tahun, sekiranya komitmen pernikahannya tidak kuat," katanya.

Apa pun keputusan yang diambil ketika hadirnya orang kedua, semuanya itu bergantung terhadap diri si pelaku itu sendiri. "Di sini tiada kata-kata yang baik mahupun buruk, tetapi siapapun pilihannya, pasti akan mengundang risiko," kata Maria.

Sebelum memutuskan langkah terbaik yang perlu diambil, sebaiknya kamu dan pasangan mengkaji kembali tujuan hidup yang dibina selama ini. Sekiranya keutuhan rumah tangga itu menjadi kelebihannya, kembali ke pasangan dan perbaiki hubungan dengan mencipta komunikasi yang baik. "Mereka seharusnya benar-benar ikhlas mencipta kembali kehidupan perkahwinan mereka," ujar Maria.

Kalau pilihan kamu menjurus ke arah kehidupan kedua, pernikahan dan hubungan kamu dengan masyarakat perlu diperhatikan dari segi norma sosial. Biasanya pandangan orang masih negatif dan ini akan mengganggu pergaulan sosial kamu itu. "Tetapi, walau apa pun pilihan kamu, semua keputusan berada di tanganmu sendiri, dan semuanya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri."

Mak Nah... Boleh Ke Kami Nyatakan.......?

Kami pengurusan Taska al Humairaa mengalu-alukan pandangan dan maklumbalas daripada parents al Humairaa jika berlaku "tindakan-tindakan" kakak-kakak pengasuh yang terkeluar daripada Sistem Al Humairaa.

Setiap maklumbalas boleh diajukan kepada no telefon Mak Nah sama ada bercakap menerusi telefon atau SMS atau juga melalui email: geniuskidscentre01@yahoo.com

Cetusan rasa parents dialu-alukan.


Wassalam.

Strategi anak makan sayur

Satu kelebihan kaedah Jessica adalah ‘menyembunyikan’ sayuran di dalam menu makanan anak dalam bentuk puri.
KEBANYAKAN kanak-kanak enggan mengambil sayur.


MENOLAK makanan bersayur atau sayuran adalah sebahagian daripada cabaran ibu bapa dalam menyediakan menu makanan si kecil.

Kerenah dan sikap cerewet anak dalam memilih makanan, ada ketikanya boleh membuatkan ibu bapa letih dan pening kepala. Di mana-mana sahaja di dunia misalnya Amerika Syarikat, ibu bapa juga terpaksa berdepan dengan isu yang sama.

Pelbagai kaedah dan ganjaran turut ditawarkan semata-mata untuk mendapatkan anak mengunyah bahan yang dinamakan sayuran ini. Tetapi, hasilnya masih kurang memuaskan.

Seperti juga kebanyakan ibu bapa lain, seorang ibu kepada tiga orang anak, Jessica Seinfeld percaya masalah ini boleh diatasi.

Jessica yang juga isteri kepada pelawak terkemuka, Jerry Seinfeld, turut berdepan dengan kemelut hidangan antisayuran dalam kalangan anak-anaknya sendiri.

Malah, kata Jessica, menjadi ibu sesungguhnya satu peluang untuk mencabar keupayaan diri dari semasa ke semasa.

Hasil daripada itu, maka berputiklah rahsia penyediaan hidangan yang enak dan bernutrisi untuk anak-anaknya menerusi penghasilan buku sulungnya, Deceptively Delicious.

Kejayaan ini menandakan berakhirnya masalah anak cerewet makan yang terlalu memeningkan kebanyakan ibu bapa.

Buku berbentuk himpunan resipi-resipi ringkas, mudah disediakan dan bernutrisi ini adalah hadiahnya untuk ibu-ibu sepertinya.

Dalam Deceptively Delicious, jalan bahasa, cara kerja, ilustrasi dan gambar-gambar menarik menambat hati si pembaca. Apatah lagi, resipi-resipi berwarna-warni yang pasti membuatkan anak atau si kecil anda kecur air liur.

Jessica memilih dan menggunakan bahan-bahan ringkas serta mudah disediakan. Malah, yang penting, sajian ini akan dimakan oleh si anak.

Bagaimana rupa resipinya? Satu kelebihan kaedah Jessica adalah dengan 'menyembunyikan' sayuran dalam menu makanan anak dalam bentuk puri. Atau dalam erti kata lain, sayuran yang telah dikisar halus dan dipadankan dengan warna makanan utama.

Bukankah dengan cara ini, anak sukar membezakan rasanya? Ini sekali gus menyebabkan si kecil tidak akan menolak makanan kegemaran biarpun sudah dicampurkan dengan puri sayuran?


MENDIDIK anak memakan sayur memerlukan strategi tersendiri.


Strategi bijak Jessica ini juga tercetus sewaktu memasak untuk anak-anaknya sendiri. Jadi, daripada ibu bapa berputus asa sepenuhnya dalam hal mendapatkan anak mengamalkan pemakanan sihat, buku ini seharusnya menjadi rujukan semua.

Antara menu menarik yang terkandung dalam buku setebal 204 muka surat itu termasuk spageti dan bebola daging, lagsana, mufin lemon beri biru serta kebab ayam aloha.

Dalam resipi roti pisang misalnya, puri cauliflower akan dimasukkan manakala spageti dan bebola daging pula, sekurang-kurangnya satu jenis puri ditambahkan.

Selain mengajar dan mengasah kemahiran anda menghasilkan puri, Jessica turut menasihatkan agar dapur dilengkapi peralatan asas memasak.

Mesin pemproses makanan mini, jam dapur dan pengukus nasi adalah antara peralatan yang dimaksudkannya. Cawan pengukur juga diperlukan untuk mendapatkan ukuran tepat untuk puri dan beg-beg plastik bagi penyimpanan puri.


5555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555


Di Taska Al Humairaa, antara strategi yang kami gunakan ialah menyediakan program cetusan rasa kepada anak-anak yang membolehkan mereka merasai kenikmatan sayur pada rasa sayur yang sebenarnya tanpa perlu dicampur dgn perasa atau pewarna... biarlah anak-anak kita merasai hakikat rasa sayur yang sebenarnya.... nanti akan melahirkan anak yang makan tanpa memilih..


555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555

Jumaat, 21 November 2008

Anak Saya 4 Tahun... Saya Nak Hantarnya Ke Tadika.....Boleh ke?

Kami menerima pertanyaan daripada ibubapa dan kekawan. Al Maklumlah zaman dah berubah, dunia dah maju.... anak-anak dilihat oleh kita sebagai dah pandai dan dah cerdik jadi kita ingin memberikan satu impak maksimum kepada mereka untuk terus berada dalam kelompok cerdik


2 persoalan penting yang parents perlu tahu ialah berkaitan akta

a) Akta JKM menyatakan bahawa Taska untuk anak bayi - 4 tahun.

manakala

b) Akta Jabatan/Kementerian Pendidikan menyatakan Tadika hanya untuk 5 - 6 Tahun

Ini bermakna jika tadika mengambil anak-anak 3-4 tahun maka tadika tersebut telah melanggar akta pendidikan (jabatan/kementerian pendidikan). Jika dibuat report maka akan dikira salahkan akan tadika tersebut. Namun begitu setengah tadika buat juga sebab nak cover kos perniagaan.


Jika berlaku kemalangan ke atas anak 4 tahun dan ke bawah di Tadika, pihak kementerian pendidikan tak akan bertanggung-jawab sebab umur anak itu tak termasuk dalam aktanya.
Pihak JKM juga tak bertanggungjawab sebab ianya berlaku di Tadika dan bukan di Taska (syarat taska tersebut kena register dgn JKM).

So Ibu bapa yang anak berusia 1 hari hingga 4 tahun di tadika kena hati-hati sebab anak anda tidak dilindungi!!!!


Kita juga sebagai ibubapa perlu tahu apa yang diperlukan oleh anak pada tahap usia 4 tahun.

1.) Anak perlu dikemaskan 4 dimensi hidupnya iaitu aqalnya/inteleknya, rohaninya, emosinya dan fizikalnya.

Jangan terlalu tertumpu pada inteleknya sebab kita sebagai parents bertanding dgn kekawan sekeliling... sepatutnya kita kenal potensi yang kelebihan anak kita yang unik dan memang berbeza dgn yang lain.

Anak perlu dibangunkan emosinya sesuai dgn umurnya. Ini bermakna anak umur 4 tahun belum boleh diajar atau dimasukkan dalam sistem anak 5 dan 6 tahun iaitu sistem tadika.

Cuba kaji ada beza sistem tadika (yang kita agungkan/yang kita kagumi/yang kita taajjubi) dengan sistem taska. Selepas itu kaji pula sistem alHumairaa.....
Anak juga perlu kerohanian yang setaraf dgn umurnya dan begitu juga latihan fizikalnya..

Mari kita kaji ciri dan kriteria anak

1) "
Energetic" and "imaginative" best describe the 4-year-old. Often impatient and silly, they discover humor and spend a great deal of time being silly and telling you "joke."

Ini adalah ciri pertama anak, adakah tadika menyediakan ruang ini dgn silibus yang padat, disiplin yang ketat dan guru kadangkala paksa budak dgn suara yang tinggi kena follow step by step as robot and not human being....

2.)"
A 4-year-old's language may range from silly words such as "batty-watty" to profanity. Loud, boisterous laughter may accompany such language. Imagination suddenly becomes greater than life for the 4-year-old, who often confuses reality and "make-believe." Wild stories and exaggerations are common. Four-year-olds feel good about the things they can do, show self-confidence, and are willing to try new adventures. They race up and down stairs or around corners, dash on tricycles or scooters, and pull wagons at full tilt. You still need to watch them closely as they cannot estimate their own abilities accurately and are capable of trying some outlandish and dangerous tricks."

Ini pula ciri kedua anak yang suka cakap kuat, imaginasi dan konfus antara realiti dan suka reka cerita.....
Adakah sistem tadika menerima konsep ini dimana anak seperti ini akan dilabelkan oleh pihak tadika sebagai anak yang nakal dan melanggar disiplin serta tak beri tumpuan pada belajar.

3)
"Cognitive Development
Are developing powers of abstracting, generalizing, and reasoning
Can follow 3-step directions
Can place objects in a line from largest to smallest
Can recognize some letters if taught, and may be able to print own name
Recognizes familiar words in books
Understands the concepts of tallest, biggest, same, more, on, in, under, and above
Counts 1-7 objects out loud - but not always in the right order
Understands the order of daily routines
Asks a lot of questions, including ones on birth and death
Enjoys singing simple songs, rhymes, and nonsense words
Learns address, and phone number, if taught
Names 6-8 colors and 3 shapes
Basic understanding of concepts related to number, size, weight, colors, textures, distance, position and time
Has long attention span and finishes activities
"

Boleh ke guru di tadika yang terlatih untuk handle anak 5 - 6 tahun berinteraksi dgn anak 3-4 tahun?.... boleh ke mereka bersabar dgn 3 direction yang difahami oleh anak. Kalau dah bagi 4 arahan..... anak mula konfus..... kalau guna lebih daripada 3 patah perkataan untuk setiap arahan ...anak mula konfus.... boleh ke guru tadika bersabar dgn karenah itu?.

Anak suka menyanyi dgn irama.... ada ke sistem itu di tadika..... ???

4) Language Development


"Plays with words and sounds
May talk using some 'baby talk'
Ask questions beginning with 'what', 'who', 'where' and 'why'
May know more than 1,200 words
They can talk about yesterday and tomorrow"



5)
Social and Emotional Development

"Appear interested in and responsive to his environment. Need a lot of opportunity for exploring, investigating and talking
Much more independent of adults than 3 year olds
Enjoy companionship of friend
More interested in people their own age
Play more in groups. Boys tend to prefer the same sex in play situations although both sexes seem to play with children of the opposite sex
Will reenact the roles of familiar adults in their daily environment. Imitates parent of the same sex, particularly in play
Are more cooperative
Beginning to use words to sort out differences instead of hitting
Fairly confident
Beginning to develop some fears and anxieties need sensitivity, security from adults in dealing with these new concerns. Begins to understand danger - at times can become quite fearful. Also, has difficulty separating make-believe from reality.
Sometimes are physically aggressive and assertive
Enthusiastic (at times in a hurry)
Takes turns and shares (most of the time); may still be rather bossy
Seeks out adult approval
Understands and obeys simple rules (most of the time)
Changes the rules of a game as she goes along likes to talk and carries on elaborate conversations
Capable of feeling jealous
Boastful - enjoys showing off and bragging about possessions
Lies sometimes to protect self and friends, but doesn't truly
Understand the concept of lying - imagination often gets in the way
May name call, tattle freely
Likes to shock others by using "forbidden" words
Expresses anger verbally rather than physically (most of the time)
Still throws tantrums over minor frustrations
Enjoys pretending, often with imaginary playmates
Pretending goes far beyond "playing house" to more elaborate settings like fire station, school, shoe store, ice cream shop
Loves to tell jokes that may not make any sense at all to adults
Can feel intense anger and frustration
Has vivid imagination and sometimes imaginary playmates"

Anak pada usia 4 tahun, membina skill sosialnya dgn bayak bermain, belajar sambil bermain, kurang disiplin, banyakkan meneroka, menilai, mengkaji dan bercakap.... adakah situasi itu wujud di Tadika?



CADANGAN dari laman web yang saya baca untuk pendidikan anak 4 tahun ialah

Suggested Activities

Allow plenty of physical activities.
Provide simple games with rules so your child can learn the basis of cooperative play.
Provide music, songs, picture and storybooks, and plenty of opportunities for drawing and painting.
Give them lots of love, fun, approval and encouragement.


Goals
Stop violent behaviour
Super Hero play should have non-violent rules
Emphasize appropriate play
Do not react angrily
Rules about swearing must be in place
Teaching Responsibility: Chores can include Pick up Toys, Fold Dishtowels and Washcloths, Match Socks, Put small items in the garbage, Give food to pets, and Water indoor plants.



Akhirnya, terpulang kepada ibubapa kerana segala keputusan ditangan ANDA, setiap keputusan akan memberikan impak ke pada anak-anak yang mana hasilnya kita akan tengok bila anak ini dah membesar di sekolah rendah, sekolah menengah , universiti dan apabila mereka dewasa nanti.....

Kitalah yang mencorakkannya.......




Normal Stages of Human Development (Birth to 5 Years)

Jika Carta Di BAwah Sukar Dibaca atau difahami sila layari

http://www.childdevelopmentinfo.com/development/normaldevelopment.shtml


Normal Stages of Human Development (Birth to 5 Years)





Physical and Emotional Social
Language



Birth
to
1 month
Feedings: 5-8 per day

Sleep: 20 hrs per day

Sensory Capacities: makes basic distinctions in vision, hearing, smelling, tasting, touch, temperature, and perception of pain
Generalized Tension Helpless
Asocial
Fed by mother
2 months
to
3 months
Sensory Capacities: color perception, visual exploration, oral exploration.

Sounds: cries, coos, grunts

Motor Ability: control of eye muscles, lifts head when on stomach.
Delight

Distress

Smiles at a Face
Visually fixates at a face, smiles at a face, may be soothed by rocking.
4 months
to
6 months
Sensory Capacities: localizes sounds

Sounds: babbling, makes most vowels and about half of the consonants

Feedings: 3-5 per day
Motor Ability: control of head and arm movements, purposive grasping, rolls over.
Enjoys being cuddled Recognizes his mother. Distinguishes between familiar persons and strangers, no longer smiles indiscriminately.

Expects feeding, dressing, and bathing.
7 months
to
9 months
Motor Ability: control of trunk and hands, sits without support, crawls about. Specific emotional attachment to mother.

Protests separation from mother.
Enjoys "peek-a-boo"
10 months
to
12 months
Motor Ability: control of legs and feet, stands, creeps, apposition of thumb and fore-finger.

Language: says one or two words, imitates sounds, responds to simple commands.

Feedings: 3 meals, 2 snacks

Sleep: 12 hours, 2 naps
Anger

Affection

Fear of strangers

Curiosity, exploration
Responsive to own name.

Wave bye-bye.

Plays pat-a-cake, understands "no-no!"

Gives and takes objects.
1 years
to
1 ½ years
Motor Ability: creeps up stairs, walks (10-20 min), makes lines on paper with crayon. Dependent Behavior

Very upset when separated
from mother

Fear of Bath
Obeys limited commands.

Repeats a few words.

Interested in his mirror image.

Feeds himself.
1 ½ years
to
2 years
Motor Ability: runs, kicks a ball, builds 6 cube tower (2yrs) Capable of bowel and bladder control.
Language: vocabulary of more than 200 words
Sleep: 12 hours at night, 1-2 hr nap
Temper tantrums (1-3yrs)

Resentment of new baby
Does opposite of what he is told (18 months).
2 years
to
3 years
Motor Ability: jumps off a step, rides a tricycle, uses crayons, builds a 9-10 cube tower.

Language: starts to use short sentences controls and explores world with language, stuttering may appear briefly.
Fear of separation

Negativistic (2 ½ yrs)

Violent emotions, anger

Differentiates facial expressions of anger, sorrow, and joy.

Sense of humor (Plays tricks)
Talks, uses "I" "me" "you"

Copies parents' actions.

Dependent, clinging, possessive about toys, enjoys playing alongside another child.

Negativism (2 ½ yrs).

Resists parental demands.

Gives orders.

Rigid insistence on sameness of routine. Inability to make decisions.
3 years
to
4 years
Motor Ability: Stands on one leg, jumps up and down, draws a circle and a cross (4 yrs) Self-sufficient in many routines of home life. Affectionate toward parents.

Pleasure in genital manipulation

Romantic attachment to parent of opposite sex
(3 to 5 yrs)

Jealousy of same-sex parent.

Imaginary fears of dark, injury, etc. (3 to 5 years)
Likes to share, uses "we"

Cooperative play with other children, nursery school. Imitates parents.

Beginning of identification with same-sex parent, practices sex-role activities. Intense curiosity & interest in other children's bodies.

Imaginary friend.
4 years
to
5 years
Motor ability: mature motor control, skips, broad jumps, dresses himself, copies a square and a triangle.

Language: talks clearly, uses adult speech sounds, has mastered basic grammar, relates a story, knows over 2,000 words
(5 yrs)
Responsibility and guild

Feels pride in accomplishment
Prefers to play with other children, becomes competitive prefers sex-appropriate activities.

Isnin, 17 November 2008

BENGKEL KAKAK-KAKAK PENGASUH (TAB)

Pada Sabtu yang lepas (14/11/2008), pihak pengurusan Taska telah mengadakan Bengkel kali ke 3 pada tahun ini.

Kesemua kakak yang lama dan yang baru hadir. Bengkel diadakan di Taska Seksyen 7.

Antara Agenda yang dibincangkan ialah

a) Warming Up
b) Suntikan Ilmu
c) Pena Kreatif
d) Program dan Sistem
e) Lain-lain (sharing dan caring)
f) Apa kata mereka.....
g) Bekalan Pulang
h) Kecil... Tapi Penting
i) Kalendar al Humairaa





A) Warming Up
Pada sesi ini, setiap kakak dikehendaki membaca surah-surah lazim bagi membiasakan mereka dengan al Quran kerana tugasan mendidik adalah tugasan yang suci dan murni. Oleh itu setiap pendidik memerlukan bekalan kerohanian supaya sentiasa membaca jiwa yang suci murni sesuai dengan jiwa anak-anak genius yang sentiasa suci dan murni dalam kehidupan mereka.

Seterusnya diadakan program taaruf bagi merapatkan perhubungan kakak yang lama dengan kakak yang baru disamping merapatkan kakak di seksyen 7 dengan kakak di seksyen 4. Semoga dengan program dan atucara yang diatur akan merapatkan mereka. Setiap permainan tentulah ada makna yang tersirat.


B) Suntikan Ilmu
Kakak TAB juga diperkenalkan dgn Glosari al Humairaa

Kakak TAB diberi ilmu tentang apa itu "monilia infection" dan bagaimana mencegahnya daripada menjangkiti anak-anak taska.


Sudut Klinik Al Humairaa pula menekan konsep yang betul membasuh tangan dan kenapa ia penting dalam kontek kebersihan.

Jom Kita Main mengajak kakak-kakak TAB menjadi lebih kreatif dgn secara spontan menyanyi dan menunjukkan kefahaman tentang program tema dan struktur yang ditetapkan oleh Sistem Taska. Hanya kakak yang mempraktiskan secara mingguan setiap jadual dan ilmu akan dapat melakukan dengan baik.

Bengkel berhenti rehat pada pukul 11.30 pagi.

C)Pena Kreatif

Pada sessi ini, kakak pengasuh didedahkan dengn konsep "pekerja kreatif", konsep menjadi pekerja yang meletakkan syarat kejayaan anak-anak menjadi fokus utama.

Mendedahkan kakak kepada apa yang diofer oleh Taska dan apa yang membezakan tugasan taska dengan tugasan tadika serta tugasan di lapang lain.

Mendedahkan kelebihan potensi diri masing-masing walaupun berbeza tahap pendidikan tetapi semuanya mampu untuk melakukan perkara yang sama iaitu kemampuan berfikir, kemampuan membuat keputusan dan kemampuan untuk bertindak.

Pada akhir sesi, kakak TAB ditunjukkan kerja yang boleh siapkan secara lebih baik dengan contoh secara live.

D) Program Dan Sistem

Diadakan post mortem kepada setiap jadual dan sistem yang ada di samping dinyatakan jadual baru dan ada penambahan program baru pada tahun hadapan so kakak Tab diminta mempersiapkan diri untuk menjalankan sistem baru tersebut.

E) Sharing dan Caring
Perbincangan masalah anak-anak taska dan juga masalah sesama kakak untuk dijernihkan dan diperkemaskan.

F) Apa kata mereka

Kakak-kakak ditunjukkan testimoni yang positif daripada ibubapa. Testimoni ini akan memberikan semangat kepada kakak untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.

Disamping itu juga, kakak-kakak didedahkan tentang pandangan-pandangan yang ingin melihat taska menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Setiap pandangan parents begitu dihargai tanpa mendedahkan identiti yang bersuara. Siapa tidak penting tapi apa yang diutarakan itu menjadi tajuk utama untuk diperbaiki dan meletakkan taska pada standard yang baik dan terbaik.

Bengkel Tamat pada pukul 200 petang dgn makan tengahari bersama.

Khamis, 13 November 2008

Cerita Anak... Setakat Mana Kebenaran


"Anak saya maklumkan bahawa kat Taska ini makanan yang dihidangkan asyik sama aje, setiap kali saya tanya anak, makan ape?... jawapan yang diberikan adalah sama..."


"Anak saya kata, kat taska ni tak belajar ape..ape..., mengikut brosur yang diedarkan setiap minggu ada temanya.... kakak-kakak kat taska ni tak buat kerja ke.... mak nah, tolong pantau..."


"Saya tanya anak, belajar lagu apa hari ni,..... anak jawab... tak belajar ape-ape..... betul ke mak nah?"


"Anak saya setiap hari ... bila nak pi taska.... dia akan nangis sekuat hati.... tiap-tiap hari.... risau hati saya dibuatnya.... bila ditanya kenapa tak nak pergi taska?.... jawapan yang diberikan cukup menakutkan saya.......kakak suka pukulnya.....
Betul ke mak nah ada kakak suka pukul anak-anak?"


"Anak saya ada laporkan yang makanan yang di sini dicatu.... dia yang kuat makan...tak dibenarkan menambah.... harap pihak taska tidak terlalu berkira soal kos makan minum anak...."


Begitulah sebahagian pengalaman kami sepanjang kami terlibat dalam industri pendidikan taska ini sejak 1999 lagi. Pelbagai panggilan daripada Ibubapa yang bertanya itu dan ini berdasarkan perbualan dan maklumat yang diterima daripada anak-anak kesayangan mereka.

Adalah satu perkara yang patut dan sememangnya patut, kita sebagai itu bapa begitu concern dgn pandangan dan laporan atau celoteh anak-anak demi keselamatan dan kesempurnaan anak -anak yang kita sayangi.

Namun begitu, kita juga perlu memahami bahawa apa yang anak ceritakan tidak semuanya betul kerana anak dalam proses membesarkan diri, minda dan pemikiran. Anak akan cuba pelbagai kefahaman tentang sesuatu dan mula belajar "try and error" pada setiap teori dan kefahaman yang dibina sendiri. Anak akan mula start menguji setiap teori mereka sama ada ianya betul atau salah. (** anak yang dimaksudkan ini ialah pada umur 3 tahun ke atas..........**)

Siapakah mangsa yang akan dijadikan sasaran ujian mereka?

Tentulah orang yang paling rapat dgnnya..... siapakah gerangan mangsa ujian itu?... ehem...ehem... KITALAH.......

Setiap respon yang diberikan akan dinilai oleh anak sama ada laporan dan perbuatannya baik untuk masyarakat sekelilingnya....

Anak-anak akan menguji kesibukan kita, bagaimana ayah dan ibunya bertindak dalam waktu kritikal atau pada waktu yang sibuk. Bilakah ujian itu dilaksanakan?

Tentulah pada waktu pagi, ketika kita kalut dan sibuk mengejar masa, masa mandi, masa kejutkan anak dari tidurnya, masa siapkan anak-anak ke sekolah.

Pada waktu itu, anak akan uji kita dgn menangis... merajuk dan ready untuk berikan pelbagai alasan yang anak tahu akan menyebabkan ibubapanya risau. "bila risau atau dalam keadaan tertekan... kita tidak mampu membuat keputusan yang tepat dan rasional".

Anak juga mempunyai satu teori dalam hidupnya... ada anak mengamalkan teori "tidak suka disoal atau ditanya perkara yang sama setiap hari" dan menyediakan jawapan pada teori itu secara praktikal iaitu jawapan juga mesti "sama setiap kali ditanya"

***** Cubalah Kita menguji teori anak ini***** Saya yakin ibubapa akan tersenyum dgn jawapan daripada anak-anak kita......

Bila kita tanya anak setiap hari ,"petang makan apa hari ini?" anak yang tak suka ditanya akan jawab jawapan yang sama atau hampir sama atau pelbagai jawapan berbeza tapi tak tepat dgn realiti. Katakan jawapan yang diberikan ialah "cekodok"

Esok kita tanya lagi "makan apa hari ni?"... jawapan "cekodok"

Lusa kita tanya lagi..... jawapan "cekodok"

Akhirnya kita tentulah akan buat keputusan yang anak kita diberi makan hari-hari cekodok..... macam taska tak de menu lain kah.....

Apa yang anak kita belajar, dengan memberikan jawapan "cekodok"- setiap hari, didapati Si yang bertanya (ayah atau ibu) akan diam dan tak bertanya lagi pada hari itu.

Begitu juga dgn soalan "belajar apa hari ini?" "Lagu apa hari ini?"

Ada ibu pernah bertanya pada kami yang anaknya kata kat taska tak belajar... nyanyi lagu yang sama aje..... bila kami cadangkan Si Ibu melihat lagu apakah yang dinyanyikan oleh anaknya ketika seorang diri atau ketika bersama dgn adiknya... barulah Si Ibu sedar yang anaknya banyak menyanyikan pelbagai lagu yang berlainan setiap minggu. Ini bermakna anak belajar tapi tak suka ditanya apa yang dia belajar.


Apa ibu yang datang pada kami menyatakan anaknya memberitahu makan makanan yang sama sahaja setiap hari. Bila kami check dgn kakak pengasuh apa yang anak makan dalam seminggu... jawapan yang diberikan ialah hari ini kakak masak apa, semalam apa, kemarin makan apa... tanpa merujuk kepada menu yang dilekatkan di dinding dapur... daripada jawapan itu kami faham yang kakak bekerja di dapur mengikuti menu masakan seperti yang disediakan.


Pada waktu itu minum petang ialah bubur kacang....
Lantas kami panggil anak kecil kami yang juga berada di taska dan bertanya padanya..."Wildan makan apa petang tadi ".... Dengan muka selamba... anak kami menjawab... "wildan makan cekodok"....

Kakak-kakak pengasuh gelak besar mendengar jawapan wildan......

Begitulah anak kita..... genius dalam memberikan jawapan.

Rabu, 5 November 2008

OK ke Buka Taska... Apa Cabarannya?

Ada kekawan kami yang bertanya perihal soalan itu.... lebih-lebih lagi pada zaman ini ramai yang ingin kerja sendiri kerana pada pemikiran individu yang sedang bekerja bahawa kerja sendiri adalah bebas dari kongkongan majikan dan bebas dgn masa yang ada (boleh urus masa sendiri).

Ramai ibu-ibu berminat dgn taska atau tadika kerana pada zahirnya nampak mudah.


Antara cabaran buka taska ikut prosedur ialah

1. Kos Lesen dgn Majlis kalau kat MPKj ialah dalam rm500 setahun pada satu taska. kalau ada 2 taska, maka kosnya ialah RM1000 setahun.

2. Cabaran kedua ialah cabaran harga / kos makanan yang sentiasa naik walaupun minyak turun atau kekal. Kerana faktor pengaruhi harga makanan banyak sangat... minyak adalah salah satu darinya... yang tak berapa orang nampak ialah pertukaran ringgit dgn dollar atau yen atau apa sajalah. Sekarang duit RM kita tak berapa stabil, nampak asyik nak turun je.... so kos makanan akan sentiasa naik.

Lebih lebih lagi kalau kita nak jaga standard bila kita gantikan mee kuning dgn spaghetti, sediakan vitamin berjenama sebab nak elak gula, pewarna dan perasa yang tiruan dan apa -apa yang ada standard nya.

3. Kos elektrik dan air adalah tinggi kerana takrif keduanya sekali ganda atau dua kali ganda daripada tarif kediaman.

4. Penggunaan elektrik dan air sukar dikawal kerana kakak pengasuh perlu dididik untuk hargainya... nak didik adalah satu cabaran. Malah anak-anak jagaan pula suka main air...

5. Kos mantenen juga tinggi, kos pertukaran peti ais, mesin basuh, barangan elektrik boleh dikatakan sekali setahun atau sekali 2 tahun. Kenapa? cara penggunaannya: ada kakak pengasuh yang kasar guna, tak tahu guna dan ada tak cermat guna kerana "bukan harta aku, harta majikan...belasah jelah!"

6. Kos cat dalam dan luar taska juga tinggi kena mantain setiap tahun.

7. Kos tangga bomba mencecah RM 3000 - RM 7000 per taska. Itu yang ramai tak tak buat tangga atau cuba mengelak untuk sediakan tangga.

8. Cabaran cari pengasuh, buat iklan berminggu-minggu, satu iklan untuk empat hari (iklan 4 baris) dah makan kos RM152 ...kalau 3 minggu berturut-turut?.... yang telefon ramai... yang datang isi borang pun boleh tahan... yang nak mula kerja boleh kira dgn jari... kadang-kadang kami pula yang banyak senyum seorang diri......

9. Kos simen menyimen, nak simenkan laman depan pun boleh cecah RM2000...

10. Kos lanskap pun boleh tahan juga... kalau nak tukar rumput lebih elok dan tanam sedikit pokok penghiaspun boleh cecah RM2000 ++++

11. Kalau nak masukkan mainan seperti kat taman permainan atau kurang sedikit... kosnya mencecah antara RM10,000 sehingga RM20,000, belum masuk
maintenennya.

12. Banyak lagi kos-kos tersembunyi..... seperti kos tiba-tiba kena denda kat PBT tanpa alasan kukuh, kos naik-turun pi PBT masa nak berurusan untuk halalkan perniagaan, kos pi JKM nak jumpa pegawainya kerana 2 - 3 orang pegawai nak jaga satu daerah besar, kos bank yang kadang-kadang pelik dgn pelbagai prosedur baru yang sentiasa mencabar emosi dan minda
dan pelbagai lagi...... yang akan buat anda tersenyum diri..... cabaran seorang ushawan yang ingin berjaya.

Kekawan saya katanya... Wow! boleh tahan jugak ye......


Isnin, 3 November 2008

Hati-Hati Pada Jeli Harga Murah

Jangan beli jeli untuk anak anda buatan dari China. Biasa di jual di karnival, pasaraya dan biasanya di kedai 2 ringgit. Sebenarnya kita sebagai mak bapa yang memelihara kesucian makanan anak kita. Ini baru faktor kebersihan belum dikira faktor halal haram lagi.

Ajarlah anak-anak kita cara membeli makanan yang ada logo halal dari JAKIM sahaja.







Ahad, 2 November 2008

Tadika Yang Mana Satu...

Bagi Ibubapa yang mempunyai anak berusia 4, 5 dan 6 tahun begitu memikirkan tadika yang manakah sesuai untuk perkembangan anak mereka.

Ramai yang bertanyakan Mak Nah dalam hal ini..

Semalam 1 November, Taska Al Humairaa (Geniuskidscentre) telah mengadakan perbincangan dengan ibubapa yang hadir. Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah di atas kehadiran kalian semua terutama bersama suami tercinta.

Banyak hal yang dibincangkan terutama konflik interest di antara kehendak anak yang sebenar dengan kehendak kita sebagai ibubapa.

Ramai ibubapa mempunyai keinginan untuk melihat anak-anaknya

a) belajar Bahasa Inggeris dan menguasainya dengan cepat. Almaklumlah Zaman IT dan juga pelajaran sains dan maths di ajar dalam B.I sejak tahun 1 sekolah rendah lagi.. Keduanya status ibubapa akan up sedikit kalau kekawannya tahu anak mereka ok dan boleh bercakap B.I.

b) belajar di tempat yang dikatakan ada "kelas". Contohnya di pusat yang terkenal, dikenali atau selalu diiklankan di media massa.

c) belajar tadika pada us
ia muda ... usia 3 tahun ... 4 tahun.. 5 tahun...lagii muda lagi menjadi buah mulut kekawan.. "pandainya anak anda... pada usia muda dah mampu ikuti pelajaran di tadika..." senyum ibu dan ayah mendengar pujian kekawan.

d) belajar dengan memakai uniform, nampak segak dan bergaya... atau jimat baju nak basuh...

e) anak cepat belajar mengeja.. pada tanggapan kita... bila anak pandai mengeja maka anak akan pandai membaca dan anak telah mengikut trend semasa.

Betul ke Begitu.......

Apa pula hak anak?
Antara Hak Anak ialah

1. Ibu, adakah saya dah ready (readiness anak-anak) untuk belajar di tempat baru dengan suasana baru?

2. Sesuai tak usia 3-4 tahun masuk tadika? bagaimana pula 5 tahun?
(akta kementerian pendidikan yang mengawal selia tadika menyatakan bahawa tadika hanya untuk 5 dan 6 tahun sahaja. Anak yang berusia sehari - 4 tahun adalah di Taska di bawah selian Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Anak-anak di taska kami mengikuti program dari usia sehari sehingga 4 tahun dan program lanjutan pra sekolah untuk yang berusia 5 tahun.)

3. Anak perlukan pembangunan 4 Dimensi serentak dalam hidup mereka iaitu dimensi aqal/intelek, dimensi emosi (emosi , pergaulan dan bahasa), dimensi fizikal dan yang paling penting di zaman ini ialah dimensi roh/kerohanian/SQ/ akhlaq/ ibadat/ rasa bertuhankan Allah sebagai Pencipta.
Persoalan ialah di tadika yang ingin dipilih ada menyediakan ruangan itu atau tidak?

4. Anak perlu belajar sebagai manusia dan bukan robot.... budaya terlalu banyak exam, test, ujian dan disiplin yang ketat sesuai atau tidak dengan proses pembangunan dan perkembangan kanak-kanak.....

5. Adakah tadika yang ingin dipilih sesuai dengan tahap perkembangan anak kita terkini..... adakah tadika menyediakan program yang menyeluruh dengan tajuk dan tema berkala untuk anak 3, 4 dan 5 tahun? atau Kebanyakan tadika memfokuskan kepada anak-anak 6 tahun sahaja? manakala anak 3,4,5 tahun masih dianggap kecil dan dibiarkan bermain dengan warna, melukis, bermain sahaja sepanjang hari?

6. Kementerian pendidikan menyatakan bahawa spec tadika adalah di bangunan rumah tepi (corner lot). Tadika di bangunan kedai tidak termasuk dalam senarai.

7. Adakah anak perlu menunjukkan potensi mereka dengan cepat mengikut kehendak ibubapa atau anak hidup dengan keyakinan dirinya dan boleh memilih bila potensi hidupnya ingin diserlahkan secara zahir buat tatapan generasi dewasa.

Pada pandangan peribadi kami ialah

1. Semua keputusan adalah di tangan ibu bapa. Setiap keputusan dan tindakan akan menghasilkan natijah atau result maka bersedia dgn "end of result" bila sudah membuat keputusan dan tindakan.

2. Ambillah masa untuk melawat tadika yang akan dipelajari oleh anak. Masa lawatan ialah bukan pada waktu sekolah cuti tapi waktu belajar untuk melihat suasana sebenar dan tidak dipengaruhi dgn persekitaran bangunan, warna dan kawasan.

3. Kenali potensi anak dan tahap persediaannya untuk belajar sistem tadika.

4. Adakah tadika yang dipilih menyediakan program berkala dan bertema untuk usia anak kita.

5. Adakah tadika menyediakan ruangan akhlaq, ibadat dan ilmu kerohanian/agama untuk anak-anak... bukan sahaja dari sudut akademi tapi contoh tauladan daripada guru dan persekitaran.

6. Bagaimana penyediaan pemakanan.... memenuhi piawai yang sepatutnya? Terlalu banyak junkfood, gula, pewarna, perasa tiruan, perasa 'cokelat moden' boleh mencederakan emosi anak kita....

Apa alternatif AlHumairaa? Pada tahun hadapan, kami akan memasukkan sistem pembelajaran baru untuk semua anak terutama yang berusia 5 tahun... kerana pada pandangan kami .. anak-anak alhumairaa hanya memerlukan 1 tahun sahaja di tadika.
Wassalam

"Keputusan adalah di tangan kita"


Photo Hari Raya Anak-Anak Taska al Humairaa


Jumaat, 31 Oktober 2008

Mengajar Anak Math.... Satu Cabaran Untuk Ibubapa...

Matematik lebih menyeronokkan

Perkenalkan angka dalam permainan anak anda asalkan dia rela tetapi bagaimanakah ini boleh dilakukan?




KUNCI kepada kemahiran mengira bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah mengenali nombor-nombor asas dari satu ke lima sebelum memasuki peringkat lebih tinggi.

Ini termasuk menyusun nombor mengikut urutan, menghitung objek satu persatu atau menolak serta menambah nombor. Paling penting adalah bagaimana untuk meletakkan kemahiran ini ke dalam konteks pengiraan atau menyelesaikan sesuatu masalah sebenar.

Di sekolah, masalah matematik diajar menggunakan bahasa matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tetapi, apa yang lebih penting adalah mengajar anak tentang nombor dan matematik melalui kaedah yang lebih bermakna dan menyeronokkan.

Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa kemahiran mengira boleh dikaitkan dengan kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh si anak.


OBJEK-OBJEK yang dikira boleh ditambah atau dikurangkan dari semasa ke semasa untuk mengajar anak tentang penambahan serta penolakan.


Berikut adalah beberapa idea bagaimana untuk membuatkan anak menikmati sesi 'pengiraan':

*** Tunjukkan kepada anak tentang apa sahaja yang bernombor di sekitar rumah atau ketika keluar bersiar-siar. Kalendar, jam dinding, telefon, rumah, bas dan nombor plat kereta adalah contoh terbaik untuk memberi anak perhatian positif terhadap segala yang berkait dengan nombor.

Pada mulanya anak akan mengenali ia sebagai angka sebelum memahami apa sebenarnya ia. Selepas itu, ia menyenangkan anda membantu anak melihat urutan serta membaca nombor-nombor tersebut.

*** Berikan anak pengenalan asas tentang masalah kiraan harian. Apabila membuat kek, anda boleh mengira bilangan telur, amaun gula pasir, berapa sudu teh air dan sebagainya.

Atau sewaktu membahagikan snek kepada rakan-rakan, anak anda boleh menjadi 'tukang pengukur' sama ada amaun yang diberikan sama rata. Mintalah anak membantu anda ketika menyediakan makan malam. Dia boleh diajar menghitung bilangan sudu dan garpu di atas meja.

Makanan sesungguhnya adalah insentif yang baik. Bijirin mahupun pasta kering boleh dikira sebelum dimakan. Ataupun anda boleh menghiaskan biskut-biskut mahupun mufin dengan kepingan gula yang cantik untuk dikira oleh anak.

*** Objek-objek asli seperti kulit kepah atau biji pokok ru juga merupakan satu kaedah menarik untuk digunakan sebagai bahan kiraan. Pastikan anak mengira satu-satu jenis objek pada sesuatu masa. Ini mungkin mengambil sedikit masa sebelum dia benar-benar mahir.

Tetapi, objek-objek yang dikira boleh ditambah atau dikurangkan dari semasa ke semasa untuk mendidik anak tentang penambahan serta penolakan. Formula menambah dan menolak akhirnya akan dihafal oleh anak yang lebih dewasa bagi memudahkan mereka menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dengan pantas.

Perkenalkan angka dalam permainan anak anda asalkan dia rela. Jika anak anda suka bermain dengan kereta, letakkan pelekat bernombor pada kereta atau minta anak untuk menyusun semula kotak-kotak kasut mengikut urutan nombornya. Perkara yang sama boleh dilakukan untuk keretapi.

*** Jika anak anda suka bermain permainan yang melibatkan watak, gunakan barang permainan atau telefon lama untuk 'menelefon' rakan-rakan, ahli keluarga yang lain, doktor atau sekadar menempah piza. Tuliskan nombor dalam buku 'telefon' tersebut.

*** Rekakan angka menggunakan adunan tepung atau guntingkan penyedut air untuk dijadikan lilin palsu di atas 'kek' bagi tujuan kiraan. Berlakonlah seakan anda adalah peniaga dengan menggunakan duit sebenar dan letakkan tanda harga pada makanan atau barangan mainan untuk tujuan jual beli.

*** Nyanyikan lagu yang melibatkan nombor sambil menghitung menggunakan jari, barang permainan atau binatang plastik. Berbincanglah dengan anak tentang urutan nombor sebelum dan selepas. Gunakan kad-kad bergambar sebagai bantuan.

*** Untuk anak yang lebih aktif, gunakan lukisan bernombor yang besar atas kad atau kertas untuk menarik perhatiannya. Pilihlah sebarang nombor dan mintanya menyebut nombor tersebut. Satu lagi alternatif lain adalah dengan melabelkan nombor pada kotak-kotak dan membiarkan anak membuang bola ke dalam kotak berbeza bagi mengumpulkan mata.

*** Dapatkan anak untuk bermain permainan klasik yang melibatkan pengiraan seperti 'Pukul berapa sekarang?' atau mengambil bahagian dalam permainan 'ular dan tangga'.

APa ITU Queen CoNtRoL? Satu Renungan

FAMILI

Tunduk kepada queen control?

Ramai suami yang mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.


PAKAR berpendapat sikap lelaki yang terlalu mudah mengalah menyebabkan isteri bersikap queen control.


DIA memerintah suami melakukan itu dan ini. Disuruh membasuh baju, memasak atau mengemas rumah. Tidak boleh dibantah, kalau dilawan, pasti tinggi suaranya membalas kembali.

Dia juga mengawal segala kewangan dan keputusan keluarga. Apa yang harus dibeli, ke mana pergi bercuti atau bila hubungan seksual dilakukan.

Apabila isteri bersikap begini, ramai suami yang mula mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.

Umpama lembu ditarik hidung. Begitulah kata-kata kiasan yang tepat bagi menerangkan maksud wanita queen control dalam sesebuah hubungan rumah tangga.

Queen control atau terlalu mengongkong disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seorang si isteri kepada suaminya dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi.

Justeru, melihat faktor kecanggihan teknologi dunia hari ini, benarkah senario itu dianggap sudah lapuk ditelan zaman? Memandangkan wanita metropolitan masa kini lebih mementingkan etika dan nilai-nilai kekeluargaan, demi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.

Malah, menjadi persoalan ramai, masih wujudkah jolokan wanita queen control pada era moden kini? Menurut Pakar Motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Ia wujud dalam semua era kehidupan manusia.

Tidak dinafikan, kewujudannya disebabkan beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita.

Untuk kepastiannya jelas Tuah, terdapat tiga jenis queen control, iaitu jenis mutlak, pertengahan dan permulaan.

"Bagi yang jenis mutlak, tingkahlaku isteri adalah terlalu bersikap mengawal suami 100 peratus hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri

"Jenis pertengahan pula adalah seperti si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu.

"Manakala queen control jenis permulaan pula kebiasaannya terjadi selepas setahun mendirikan rumah tangga. Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya.

"Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri," tegasnya.


TOLERANSI dan saling percaya adalah resipi terbaik percintaan.


Justeru, dalam meneliti punca utama lahirnya sikap sebegini, queen control berlaku apabila si isteri mula melihat kelemahan suami dan merasakan dirinya lebih dominan. Tambahan apabila sejak lahiriah lagi si suami memang suka beralah untuk mengelakkan berlakunya ketegangan.

"Sebenarnya, suami bukanlah takut pada isteri yang begini, tetapi semata-mata malas hendak memanjangkan perkara kecil atau untuk mengelakkan perbalahan atau pertengkaran yang tercetus.




"Lebih-lebih lagi jika suami terpaksa bergantung nasib kepada isteri, misalnya dalam hal penyediaan makan minum, taraf pekerjaan yang rendah berbanding isterinya, soal pemberian penjagaan anak-anak dan rumah tangga, bahkan soal pendapatan," jelasnya pengaruh mertua juga turut menyumbang ke arah kewujudan sikap sebegini.

Dalam soal jolokan wanita queen control ini juga, mereka tidak mahu rasa tercabar dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada pasangan. Sekali gus tidak mahu berasa rendah diri atau wujudnya jurang perbezaan di antara dua pihak, sehingga menjadi perbualan ramai.

"Saya bimbang jika keadaan ini dibiarkan berlaku. Ia boleh mengancam institusi perkahwinan itu sendiri. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat," tegas beliau.

Adakah ia kesilapan daripada sikap lelaki itu sendiri sehingga membuatkan wanita bersikap mengongkong? "Ya, memang silap si lelaki. Sikap beralah itu baik, tapi usah terlalu memberi muka, nanti hilang kredibiliti.

"Suami adalah pemimpin, ketegasan itu kadang-kadang perlu supaya si isteri tidak terbabas memiliki sifat yang salah.

"Realitinya, lelaki akan berasa cepat jemu sekiranya ia berterusan. Lelaki seperti ini lebih rela menjalani hidup sedemikian rupa atas sebab kasih sayang yang besar sebagaimana digambarkan oleh watak Re (Tompel) dalam filem Do Re Mi.

"Terpulang kepada bentuk control daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan berasa jemu malah tidak mustahil lelaki akan berasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri," jelasnya.