Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Khamis, 31 Julai 2008

Kita Beruntung Dilahirkan Sempurna

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini saya berada di Seremban kerana diberikan tugas sebagai pembimbing kepada program kemiskinan untuk sbahagian penduduk miskin Daerah Seremban.

Seperti biasa, saya dan rakan-rakan bertindak sebagai pendengar kepada rintihan sasaran program.

Salah seorang daripada peserta menceritakan tentang dirinya

"Ketika saya dilahirkan, ibu saya membungkus saya dengan daun pisang dan buang saya di tempat yang tidak sepatutnya.

Nenek saya tak sampai hati dengan kelakuan ibu, lalu memungut saya semula dan membela saya sehingga saya berusia 3 tahun

Pada ketika itu, ibu saya datang semula mengambil saya tetapi bermulalah peristiwa hitam dalam hidup saya .... saya didera oleh ibu sendiri.....

Kenapa pendengaran saya rosak? Ibu spray ke dalam telinga saya dgn "spirit".... sungguh pedih rasanya ketika itu... tapi apakah daya pada waktu itu saya tak tahu apa akibatnya....

Nak tahu knapa rambut di belakang tak tumbuh....? ibu pukul kepada saya dengan batang paip

Kenapa kat muka saya ada parut..?.... Ibu marahkan saya waktu kecil dan guna pisau untuk cederakan muka saya......."

Terkejut kami dengan penjelasan puan peserta...... masih ada lagi kah ibu seperti ini?.... apakah sebenarnya dah berlaku.... Mungkin satu peristiwa hitam yang ibu hadapi sehingga trauma untuk menerima anak seperti puan peserta.

Akhirnya, kami semua bersyukur kerana mempunyai ibu yang sangat baik hati ...sanggup bersabar mendidik kami sehingga dewasa dan bersabar dgn perangai kami....

Kami juga bersyukur pada ilahi kerana masih lagi waras dalam mendidik anak kami menjadi insan soleh dan solehah.

Isnin, 28 Julai 2008

Khasiat Cendawan... Satu Renungan Bersama...

Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersial bukanlah satu proses yang sukar. Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah pada cahaya matahari dan kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi.

Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan

SEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan.

Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan.

Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C.

Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya oyang tidak diketahui ramai.

Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.

CENDAWAN tiram kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan.

Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysia populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.

Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram kelabu.


Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?

Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam.

Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengan sihat.

Jumaat, 25 Julai 2008

Selamatkah anak-anak kita? Pandangan akhbar kosmo

Tragedi ngeri yang menimpa Nurin dan Sharlinie membuka mata banyak pihak agar berwaspada daripada pelbagai aspek termasuk undang-undang.


SOAL keselamatan kanak-kanak tidak terletak di bahu sesetengah pihak sahaja.


SEDIKIT masa lalu, negara digemparkan oleh beberapa kejadian kehilangan kanak-kanak. Kes-kes yang melibatkan kanak-kanak seperti Nurin Jazlin, Sharlinie dan Asmawi telah mendapat liputan luas di dada-dada akhbar dan media elektronik. Bahkan ia turut disertai oleh pelbagai kempen dan tindakan masyarakat untuk mencari dan berusaha menyelamatkan mereka.

Meskipun isu tersebut lama-kelamaan semakin pudar daripada perhatian masyarakat, dan seolah-olah telah dilupakan. Namun beberapa persoalan asas terhadap hak perlindungan dan keselamatan diri kanak-kanak masih menunggu penjelasan dan tindakan semua pihak.

Sehubungan itu, usaha Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) dalam menganjurkan bengkel mengenai Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-Kanak baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha mendidik masyarakat berkaitan persoalan keselamatan kanak-kanak.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah Sejauh manakah kanak-kanak di negara ini dilindungi oleh undang-undang?

Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia telah digubal seawal tahun 1947 melalui Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak pada 1991.

Bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju perlindungan terhadap kanak-kanak dan mengakui bahawa perlunya pembaharuan dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan menyeluruh mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan. Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002.

Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak, cara perbicaraan dan hukuman.

Persoalan kedua yang sering dibangkitkan adalah, apakah Akta Kanak-Kanak 2001 ini akan berkesan, tanpa tindakan dan penguatkuasaan daripada pihak berwajib?

Apabila berlaku sesuatu kejadian yang melibatkan kanak-kanak, seringkali juga akan diikuti dengan adegan saling menuding jari di antara pelbagai pihak yang terlibat.

Ibu bapa akan menuding jari kepada pihak polis dan agensi kerajaan, lantaran kurangnya unsur pengawasan keselamatan di luar.

Pihak polis pula akan menyebut mengenai longgarnya ikatan kemasyarakatan yang membenarkan para penjenayah dan penjahat berleluasa mengancam kanak-kanak.

Begitu juga pelbagai pandangan daripada pihak PIBG, guru, NGO dan ibu bapa sendiri, yang kadangkala tidak menemui penyelesaian yang utuh kepada soal keselamatan kanak-kanak ini.

Soal keselamatan kanak-kanak di sekolah dan pusat jagaan juga tidak kurang menjadi persoalan dan dibahaskan. Terdapat kecenderungan sesetengah ibu bapa untuk meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru.

Oleh itu, jalan tengah untuk memahami isu keselamatan kanak-kanak di sekolah perlu diambil segera. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan sebagai jambatan yang menyediakan kesinambungan usaha menjaga keselamatan kanak-kanak, daripada rumah hinggalah ke sekolah dan sebaliknya.

Justeru, penglibatan ibu bapa dalam kegiatan PIBG dan acara-acara sekolah yang memungkinkan pergaulan lebih baik sesama anggota PIBG perlu diberi perhatian.

Soal keselamatan kanak-kanak tidak seharusnya hanya menjadi perhatian ibu bapa, guru dan pihak sekolah sahaja, kerana kehidupan kanak-kanak di luar rumah dan sekolah memerlukan tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat. - Bernama

Penulis ialah Fellow Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) di Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Rabu, 23 Julai 2008

Dua Pandangan Berbeza

Sekarang ini, saya berada di morib. Oleh kerana hotel ini dah ada wifi... alhamdulillah.. bolehlah teruskan perbicaraan kita...

Pada program kali ini dengan sebuah agensi di Selangor, saya membicarakan tentang kehebatan otak manusia dan otak anak kecil. Bila diceritakan dgn bantuan slides yang ada, para peserta terasa teruja dengan kehebatan si anak kecil yang hanya baru 2-3 tahun tetapi dah boleh mngenal huruf dan boleh membaca perkataan yang ditunjukkan. Lebih teruja apabila teori yang dikemukakan disertakan dengan bukti video.... ada peserta bertanya kat mana mereka boleh dapat sistem ini... taska mana yang sediakan program ini...itu adalah senario peserta kursus.

Akan tetapi yang lebih mencabar bagi kami ialah apabila ada sebahagian parents taska alhumairaa yang masih tidak percaya atau bersedia untuk percaya apabila anak kita di taska alhumairaa telahpun terdedah dgn program pembacaan atau mengenal perkataan seawal usia mereka di taska.

Apakah cabaran kita sebenarnya....

Apabila sesuatu yang baik berada di tangan kita.... kita diuji dengan lupa untuk menyedari dan menghargainya.

Apabila sesuatu yang berharga belum kita miliki, kita akan mengharap dan terus mengharap untuk memilikinya.

Khamis, 17 Julai 2008

Bila waktu Akan Berakhir....

Pengurusan Masa adalah satu ilmu yang akan terus dipelajari oleh manusia. Justeru itu, pada usia muda adalah masa yang sesuai untuk kita terapkan konsep pengurusan masa ini.

Anak-anak kita adalah genius dan pintar. Mereka telahpun dianugerahkan untuk menjaga masa ini sehingga datang unsur-unsur yang mampu melekakan mereka. Unsur tersebut berada di sekeliling kita terutama rancangan murahan atau kartun-kartun di media massa dan media elektronik.

Maka kita sebagai ibubapa perlu memainkan peranan yang penting untuk kita mendidik anak-anak bahawa mereka boleh bermain atau menonton TV tetapi perlu pada pengurusan masa yang betul. Usaha murni ini bukanlah satu kerja mudah, ianya memerlukan kesabaran dan latihan yang berterusan.

Semoga video ini boleh membantu kita....

99 Nama Allah

Antara kehebatan Allah ialah 99 Namanya yang Agong. Namanya yang mana jika dibaca dan difahami, akan membuahkan hasil untuk terus mengabdikan diri kepadaNya.

Nama-namaNya jika diulang-ulang akan memberikan ketenangan dan kekuatan untuk terus membina kebaikan dan menanam sifat terbaik kepada diri sendiri, keluarga, anak-anak dan masyarakat di sekeliling

Nasyid dari Snada dan ESQ



NAsyid kebesaran Allah dari Samy Yusuf


Manakala jika memahami adalah yang terbaik untuk umat Muslimin.

Ajarlah Anak Mendekati Penciptanya

Salah satu cara memperkasakan Spiritual Quotien atau Kepintaran Kerohanian Anak-Anak ialah dengan memperkenalkannya kepada Pencipta.

Salah satu cara mendekati Pencipta ialah dengan melihat ciptaannya dan mengaitkan apa sahaja yang ada di dunia ini dengan soalan... Siapakah Penciptanya?

Anak-anak akan merasakan kehadiran Penciptanya pada setiap alam yang dilihat.. Dalam Surah Ad Dhuha... Allah mengajak kita semua melihat Matahari, Bulan, Pertukaran Malam dan Siang sebagai bukti tentang wujudnya Allah yang Maha Kuasa.

Anak-anak zaman sekarang suka kepada media massa, jadi media seperti dibawah ini mampu untuk ditayangkan kepada anak-anak atau memberikan mereka ruang dan peluang untuk mendengarnya..



Wassalam

Jumaat, 11 Julai 2008

Anak Kita sememangnya GENIUS..

Assalamualaikum Semua,

Ramai yang bertanya kami tentang video klip anak membaca atau belajar pada usia muda. Ada yang sedikit sangsi akan kemampuan anak-anak. Sebenarnya bukan anak-anak taska Humairaa sahaja yang mengikuti sistem ini. Anak-anak kecil di Barat telahpun lama diajar membaca dan mengira ketika usia muda malah usia di bawah 1 tahun pun sudah diajar dgn pelbagai ilmu yang manfaat dan berada di sekeliling mereka.

Dalam Islam sendiri, anak mula diajar tentang ilmu sejak dari dalam kandungan ibu lagi, sebab itu, kita digalakkan membaca al Quran. Dengan membaca alQuran, kita memberikan anak-anak ilmu yang diceritakan Allah. Memberikan pada anak frequensi getaran alQuran yang merangsang saraf minda dan fisio anak-anak






Percayalah bahawa anak kita adalah genius.... berilah peluang dan ruang kepada nya.

Berjumpa Jesus dalam hutan

'Suatu hari seorang ayah telah memanggil anaknya yang baru pulang ke kampung untuk berhari raya. Selama ini sang ayah tidak percaya dengan khabar angin yang mengatakan anaknya telah murtad dengan memeluk agama Nasrani justeru setiap kali Hari Raya dia akan pulang ke kampung menyambutnya bersama
>> keluarga.
>>
>>
>> Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itru akan menghilangkan
>> diri yang disangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan
>> berhampiran.Ketika solat Hari Raya juga begitu. Oleh kerana itu tidak
>> timbul
>> sebarang rasa syak pada diri si ayah akan perubahan aqidah anaknya itu.
>>
>>
Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnya kisah-kisah orang
Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak oleh khabar-khabar angin yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerak untuk bertanya
>>
>> sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakap benar
>> kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini.......

Bacaan selanjutnya di www.mindaperkasa.blogspot.com

Selasa, 8 Julai 2008

Cabaran Harga Beras...

Assalamualaikum pembaca semua,

Ahad lepas, kami sekeluarga pergi membeli barangan taska di tesco xtra... katanya, di sana semuanya lebih murah memandangkan perkataan extra khasnya kepada peniaga-peniaga kecil.

Setelah melilau sekeliling tesco extra, kami dapati kadang-kala sesuatu yang dikhabarkan menjadi bidalan "indah khabar dari rupa"

Malah paling penting, janganlah membeli belah hari ahad, kenapa ye? Jawapan yang diberikan oleh staff tesco ialah... apabila barang dalam stok habis... tak boleh nak replace dengan cepat. Kalau barangan ada tapi pekerja kurang so kekurangan tenaga kerja mnyebabkan barangan yang dah habis kat rak tak boleh nak letak smula atau ganti dengan cepat... pekerja kurang....

Akibatnya... banyak barangan taska yang boleh beli... harga sedikit murah.... tapi tak dapat nak beli sebab barangan kat rak dah habis.

Bila sampai kat beras..... oh! Beras.... oh! Beras.... majoriti harganya melebihi RM 31.00 dan ke atas.

Kalau ada tanda harga beras RM18.00... tapi sudah habis kat rak.... maybe dah habis kat stok... kena tunggu stok baru......

Bila sebut pasal beras... ramai ibubapa terutama keluarga anak ramai, keluarga sederhana dan ke bawah mengeluh jugak menghadapi situasi sebegini...

Kami kat taska pun terasa sangat... biasanya harga sebelum ini dengan qualiti beras yang bagus... kami boleh dapat harga RM 17 - RM19 sebag 10 kg.... tetapi sekarang RM32-RM35 se bag pada jenama yang sama.

Kalau sebulan kami menggunakan 4 bag (10 kg) untuk taska maknanya kos telah meningkat dari RM68 - RM76 kepada RM 128 - 140.. dalam kenaikan 100%...

wow! sungguh terasa cabaran tersebut......

Harap harga akan terus bertahan... dan terus bertahan....

Rabu, 2 Julai 2008

Minyak Kelapa Dara


Definasi Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut

MINYAK KELAPA DARA ASLI (PURE) –VCOP

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

KANDUNGAN:

100% - Minyak Kelapa Dara

Fat types and Its %

150g

100%

Saturated

138g

92%

Monounsaturated

9g

6%

Polyunsatured

3g

2%

Natrition Fact :

Unit

per150ml

Total sugar

g

0.0

Carbohydrate

g

0.0

Energy

g

0.0

Protein

g

0.0

Cholesterol

g

0.0

Fat

g

150

Fatty Acid Component %

% w/w

C6

1.35

C8

9.87

C10

7.00

C12

49.81

C14

18.00

C16

6.85

C18

2.36

C18-1

4.30

C18-2

0.53




Website www.bio-asli.com

STANDARD MUTU VIRGIN COCONUT OIL(AFCC)

Jadual 3

Identity Characteristics

Interm APCC Standard

Relative density

0,915-0,920

Refractive index at 40°C

1,4480-1,4492

Kelembapan maksimal (%)

0,1-0,5

Insoluble impurities per cent by mass max

0,05

Saponification value

250-260 min

Iodine value

4,1-11,00

Specific gravity at 30 deg./30 deg.C

0,915-0,920

Acid value max

0,5

Polenske value min

13

GLC range of fatty acid composition

Caproic Acid (C 6:0)(%)

0,4-0,6

Caprylic Acid (C 8:0)(%)

5,0-10,0

Capric Acid (C 10:0)(%)

4,5-8,0

Lauric Acid (C 12:0)(%)

43,0-53,0

Myristic Acid (C 14:0)(%)

16,0-21,0

Palmitic Acid (C 16:0)(%)

7,5-10,0

Palmitoleic Acid (C 16 :1)(%)

2,0-4,0

Stearic Acid (C 18:0)(%)

5,0-10,0

Oleic Acid (C 18:2)(%)

1,0-2,5

C 24:1 (C 18:3)(%)

-

Quality characteristics

Colour

Water clean

Free fatty acid (%)

0,5

Peroxide value meg/kg oil

3

Total plate count

-

Oudur and taste

Free from foreign and rancid odour and taste

Contaminants

Matter volatile at 105°C (%)

0,2

Iron (Fe) (mg/kg)

5

Copper (mg/kg)

0,4

Lead (mg/kg)

0,1

Arsenic (mg/kg)

0,1

Bagamana minyak kelapa Dara diproses?

Minyak Kelapa Dara BIO-ASLI dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tidak menggunakan haba bagi memastikan struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan "lauric acid" tidak rosak seperti standard yang ditetapkan.

Apakah proses pembuatan VCO Bio-Asli terjamin kualitinya ?

Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksidan dalam VCO tidak berubah serta hilang syarikat kami menggunakan teknik khas hasil dari penggabungan, pengubahsuaian dan idea ciptaan kami sendiri dalam proses penghasilan VCO. Oleh itu, proses penghasilan VCO Bio-Asli tidak menggunakan enzim (merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksidan) dan pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF). Manakala proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat yang mana proses ini akan menghilangkan antioksidan. Bio-Asli dihasilkan dengan teknik 100% permentasi (tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin)Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 mikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.
Kualiti VCO

Apakah yang terkandung di dalam VCO sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata VCO mengandungi rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan " lauric Oil" yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam VCO adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Seperti yang telah diketahui oleh ramai, bahawa nenek moyang kita secara turun-temurun telah membuat minyak kelapa dalam kegiatan seharian. Namun, yang menjadi pertanyaan, apakah benar minyak tersebut boleh dikatakan sebagai VCO? Tentunya hal ini harus merujuk pada kualiti yang dibuat oleh penyelidik. Namun, sampai saat ini, penyelidik (melalui Badan Penyelidikan Nasional) belum dapat membuat kualiti yang terbaik untuk VCO. Sebagai rujukan, kita boleh berpegang pada Asian and Fasific Coconut Community (AFCC) dan Philipine National Standards (PNS) dengan kod PNS/BAFPS No.22:2004. Kedua-dua badan ini telah membuat standard kualiti VCO, baik dilihat dari produk mahupun proses pembuatannya.

Untuk membandingkan minyak kelapa dengan VCO, pada Jadual 2 yang menunjukkan kualiti mutu minyak kelapa menurut SII (1979). Sementara Jadual 3 menunjukkan kualiti VCO menurut AFCC (2005).

Apabila merujuk Jadual 2 dan Jadual 3, kandungan asid lemak, terutamanya asid lemak rantai sedang, lebih tinggi pada VCO dibandingkan dengan minyak kelapa. Asid lemak rantai sedang inilah yang berkhasiat sebagai ubat. Asid lemak yang paling penting di antaranya lauric asid (C-12), capric asid (C-8),dan asid miristat (C-14).

Menurut AFCC, proses pembuatan VCO tidak melihat kepada proses dengan pemanasan atau tidak. Hal yang terpenting iaitu VCO dihasilkan dari kelapa segar dan sudah matang serta hasil yang diperolehinya (minyak) tidak berubah. Oleh yang demikian, minyak kelapa yang dihasilkan dengan tradisional dan pemanasan bertingkat masih boleh dikategorikan sebagai VCO. Namun, PNS memberikan kualiti yang lebih tepat lagi, di antaranya iaitu bahawa VCO tidak dihasilkan melalui proses kimia refining, deodorizing dan bleaching (RDB).


Website www.bio-asli.com

Apakah kebaikan dan kelebihan Minyak Kelapa Dara untuk Kesihantan Anda ?
Kenapa minum Minyak Kelapa Dara ? (Mesti baca) Resdung & Alahan
Kelebihan VCO Retak pada tumit kaki
Penyembuhan Alami Luka dan kudis
Metabolisma dan Energi Kelimumur dan rambut gugur
Perlindungan dari penyakit Buang lemak berlebihan-Kegemukan
Pencernaan dan penyerapan zat Pembesaran Prostat
Ibu sedang mengandung Ulser dan sembelit
Ibu dan bayi -susu Pencegah sakit jantung
Susu ibu & MCFA Darah tinggi
Bayi anda Kencing Manis(Diabetes)
Parut pada kulit(bersalin) Kelelahan Kronik & Athma
Awet Muda Kanser
Keanjalan kulit AIDS Treatment
Melindungi dan merawat kulit Others Reserch
Kelebihan Minyak Kelapa Dara.
1-Menyerupai lemak susu ibu.


Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.


MAKLUMAT SETERUSNYA BOLEH DIDAPATI DI WEBSITE DIBAWAH
Website www.bio-asli.com