Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Memaparkan catatan dengan label Pemikiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemikiran. Papar semua catatan

Isnin, 20 Mei 2013

Kenali Pengurusan Taska Al-Humairaa

Taska Al Humairaa / Genius Kids Centre dikendalikan oleh

1) Puan Hasnah,
Lepasan Ijazah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (minor  psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa.

Di samping memiliki Diploma Awal Pendidikan Kanak-kanak (Kelas Pertama - Cemerlang)


Memiliki pelbagai sijil pendidikan, pengurusan dan pemakanan sama ada daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mara atau Institusi Pendidikan.

Antaranya ialah 


A) Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY

B) Sijil Certified Industrial Coach by SLDN n HRDF

C) Certified Trainer Oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)

D) Certified Trainer Oleh Pendidikan PERMATA

Beliau pernah bekerja di Intaz dibawah Nury Institute Of Parenting dan Child Development ( dibawah selian Dato Dr Noorlaily) sebagai pegawai pendidikan.

Mampu mengajar dalam bidang pengurusan bayi- anak - kanak, keibubapaan, pengurusan taska - tadika dan subjek yang berkaitan.
 


2) Encik Allwee,
 
Lepasan Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa.

Pernah bekerja sebagai:


#) Pengurus di Yayasan Aminuddin Baki, 

#) Pegawai projek pendidikan di Nury Institute of Parenting and Child Development.

#) Trainer dan Perunding (Konsultan) dalam Bidang Latihan, Penyelidikan dan Perundingan di Akademi Aidit Sdn Bhd.


#) Kini,sebagai Master Trainer n HRE Consultant,  Fakiih Solutions n Training Sdn Bhd.

Memiliki :


*) Sijil Certified Trainer oleh PSMB (HRDF),
*) Certified Industrial Coach SLDN, 
*) Pengamal Mindmapping (mindmapper), 
*) Master Reiki n innerpower, 
*) Sijil NLP (Neuro Linguistic Programming), 
*) Sijil EFT (Emotional Freedom Technique),
*) Sijil-sijil Bidang Pengurusan dan Kewangan, 
*) Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY.
dan pelbagai sijil TOT yang berkaitan dgn bidang yang diceburi.

Tenaga pengajar dalam bidang 

a) Personaliti Unggul / Personality Power
b) Pengurusan Pemikiran, 
c) Pengurusan minda dan stres, 
d) Mindmapping, 
e) Aura dan Warna dan 
f) Program berkaitan pengurusan (Masa, Urgency, Stress, Decision Making, Problem Solving, Perhubungan Pelanggan)


Berpengalaman Mengajar di pelbagai agensi Kerajaan Dan Swasta seperti:

# )  Puspakom dan Hicom Teck See
#)   PBT-PBT Selangor (Pusat Latihan Selangor)
#)   Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
#)   Lembaga Zakat Selangor (LZS)
#)   Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#)   MAIS Corporation
#)   Felda
#)   Felcra
#)   MRSM - MRSM
#)   Bank Rakyat
#)   Guru- Guru dan Pelajar Sekolah Al-Amin Bangi
#)   Guru-guru Agama di Kemboja
#)   Imam Negeri, Daerah dan Kawasan di Kemboja
#)   Institut Darul Ridzuan (IDR) Perak 
#)   Institut Latihan Sabah (Insan)
#)   Institut Latihan Brunai
#)   Institut Profesional Baitul Mal, Wilayah Persekutuan 



Wassalam.

Khamis, 4 Oktober 2012

KENALI PERWATAKAN SUAMI ANDA!

Mengenali suami sendiri

KERANA cinta anda telah berumahtangga dengan seseorang yang pada awalnya anda merasakan dialah yang paling sesuai menjadi pasangan dalam hidup.

Sedangkan sebenarnya, hanya selepas beberapa lama tempoh perkahwinan, barulah anda mengenali siapakah suami anda sebenarnya. 

Artikel ini ditulis bukan untuk membuat anda rasa resah dan gelisah. 

Ia sekadar memberi panduan kepada anda sebagai seorang isteri untuk mengenali siapakah suami anda sebenarnya dan mengapa anda perlu berusaha untuk mengubah sikap atau mendorongnya menjadi insan yang lebih baik. 

Apa-apa pun, yang penting perlunya anda mengetahui sikap sebenar suami anda terlebih dahulu.

Sukar dipercayai
Suami anda sering bercakap tidak benar dan selalu menyembunyikan personaliti yang sebenarnya ketika keluar berjanji temu dengan anda. Selalunya perangai ini hanya dapat dikesan selepas beberapa bulan berkahwin. Jika perkara ini berlaku terhadap anda ternyata anda perlu lebih berhati-hati dan selalu bertanyakan kepada rakan-rakannya mengenai apa yang dilakukannya di belakang anda. Tetapi sekiranya rakan suami pun bersubahat dengan suami anda... usahalah cara lain.

Suka bertindak ikut rasa
Dia akan menghubungi anda sesuka hatinya bertanyakan sesuatu dan dilihat suka membuli anda dan tidak suka kata-katanya dibangkang. Suami seperti ini mungkin agak panas baran orangnya, anda sebagai isteri pasti tahu bagaimana untuk memujuk, mungkin dengan cara kelembutan yang anda miliki.

Teragak-agak membuat keputusan
Dia mengajak anda keluar kemudian selang beberapa jam kemudian dia bertukar fikiran pula. Jika anda berkahwin dengannya , pastikan keputusannya benar-benar 'sahih' sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Sekiranya berlaku juga lagi... sabar sajalah.

Suka menonjol
Adalah benar pada masa sekarang sebahagian golongan lelaki suka menonjolkan diri dan menjadi insan yang berjaya. Selalunya lelaki seperti ini menawan, kacak dan senang dengan wanita. Namun lelaki seperti ini sebenarnya mudah dan mungkin akan jatuh cinta lagi dengan wanita lain kecuali anda pandai mengendalikan dirinya.

Mendominasi (menguasai)
Dia selalu menguasai segala tindakan dan minda anda sehingga baju anda pun dia yang memilihnya. Anda bakal merasakan hanya sekadar boneka. Lelaki ini juga mudah menggunakan penderaan mental dan fizikal ke atas isterinya.

Tidak mempunyai perasaan
Lelaki jenis ini akan 'mencuri' anda daripada keluarga dengan memisahkan anda daripada rakan-rakan sehingga mengganggu kehidupan biasa anda kerana dia tidak suka melihat anda bergaul dengan orang lain.

Tidak yakin pada diri sendiri
Seorang lelaki yang berharap segalanya pada anda dan segalanya tentang anda. Mula-mula anda akan rasa seronok tetapi lama-kelamaan semuanya menyakitkan hati.

Terlalu mengharapkan kesempurnaan
Dia cuba mengawal kesemua perkara yang anda lakukan dengan tepat untuk mendapatkan kesempurnaan sebagaimana yang dihajatinya. Kemudian, apabila ada masalah mendatang, anda pula dipersalahkan.

Manipulasi
Dia hanya mahu mengawal segalanya termasuk hobi anda sampailah ke perbualan dan segala tindakan yang dilakukan untuk faedah dirinya sahaja sehinggakan semua idea yang dikeluarkan, anda harus mempercayainya biarpun anda sangsi mengenainya.

Misteri
Ini bergantung kepada usia dan kematangan. Sekiranya sampai ke tua pun hidup anda masih ditakuk itu, bermaksud lelaki ini tiada objektif yang jelas dalam dirinya dan menganggap kehidupannya adalah mudah termasuk dalam soal kewangan.

Jumaat, 20 Januari 2012

Cara Pemikiran Anak Kita Menyebabkan Gagal atau Berjaya Mereka

Pemikiran punca kita gagal

ANAK-ANAK juga sering disogok dengan pemikiran kononnya subjek Sains dan Matematik adalah subjek yang sukar. - Gambar hiasan


SESI persekolahan sudah pun bermula. Ramai daripada kita kembali sibuk menghantar dan mengambil anak ke dan dari sekolah. Saban hari, kita juga mengharapkan kejayaan anak-anak, baik dalam bidang akademik atau sahsiah diri.

Bagaimanapun, harapan semata-mata tidak memadai untuk membuahkan kejayaan kepada mereka. Ada isu psikologi yang sesekali menyebabkan impian kita tergendala. Ia boleh berpunca daripada ibu bapa, guru-guru atau ahli masyarakat. Namun, hal ini jarang kita sedari.

Dalam kehidupan seharian, ada satu simptom yang selalu berlaku, walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.

Ia berlaku dalam kognitif pemikiran kita. Simptom ini yang dinamakan sebagai nujuman penyempurnaan kendiri atau dalam istilah bahasa Inggeris, self fulfilling prophecy.

Simptom ini berlaku apabila kita meramalkan sesuatu tingkah laku terlebih dahulu. Kemudiannya, ia disusuli dengan tindakan-tindakan kita bagi membolehkan tingkah laku yang kita andaikan itu benar-benar berlaku.

Misalnya, Ali mengandaikan bahawa Abu ialah seorang yang sombong. Andaian tersebut menyebabkan setiap kali Ali terserempak dengan Abu, dia tidak akan bertegur sapa atau menghulurkan senyuman.

Pendidikan

Tentulah, Abu juga tidak akan menegur Ali juga kerana tidak ada wajah mesra daripada Ali. Hasilnya, Abu yang mungkin bukan seorang yang sombong, kemudiannya benar-benar menjadi individu yang sombong.

Pernahkah ini berlaku dalam hidup anda? Ia selalu berlaku tetapi kita tidak menyedarinya. Ia selalu terjadi, tetapi kita tidak mengetahuinya.

Bagaimana pula dalam konteks pendidikan anak-anak? Di sekolah, biasanya terdapat kecenderungan guru mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran. Sesekali mereka juga diandaikan sebagai pelajar yang nakal. Hasilnya, guru tersebut tidak memberi perhatian kepada pelajar di barisan belakang. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar di barisan hadapan. Disebabkan kurang perhatian, pelajar di barisan belakang kemudiannya benar-benar gagal dan menjadi mereka yang nakal.

Dalam keadaan bagaimanakah simptom ini berlaku?

Kita juga sering melihat anak-anak sekolah yang ponteng dan melepak di belakang bangunan atau kaki lima pusat beli-belah. Sesekali kita juga melihat mereka merokok atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Walaupun kita tahu bahawa anak-anak ini berkemungkinan ponteng sekolah, tetapi kita tidak menegurnya. Minda psikologi kita telah terlebih awal memberikan isyarat bahawa mereka ini anak-anak nakal dan tidak berminat dengan pelajaran. Masa depan mereka bakal binasa kerana kedegilan mereka.


GURU-GURU seharusnya memberi perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kelas.- Gambar hiasan


Justeru tidak ada ahli masyarakat yang mengambil tahu, walaupun gejala ponteng ini hanya berlaku di belakang kawasan perumahan mereka, hasilnya pelajar tersebut benar-benar menjadi pelajar yang bermasalah. Mereka ini asalnya mungkin hanya sekadar suka-suka. Natijah daripada pemikiran kita tadi, mereka juga mungkin bermasalah pada kemudian hari.

Semua ini sebenarnya ialah reaksi psikologi yang selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.

Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dianggap sebagai subjek yang sukar. Bahkan, kita selalu menyebutnya. Selain guru Sains dan Matematik, guru-guru lain juga menyebutnya.

Kurang minat

Pelajar-pelajar yang pernah gagal dalam Matematik dan Sains juga selalu menyebutnya. Terpedaya dengan mitos yang dikembangkan dalam masyarakat, anak-anak kita juga menyangka bahawa Sains dan Matematik ialah subjek yang sukar. Kesannya, mereka tidak berminat untuk mengulangkaji mata pelajaran tersebut.

Mereka juga yakin gagal dalam subjek tersebut. Lama-kelamaan, akibat kurang berminat dan tidak mengulangkaji, Sains dan Matematik yang asalnya mungkin sekadar subjek seperti subjek yang lain, menjadi mata pelajaran yang benar-benar susah. Mereka pula gagal.

Inilah sebenarnya kekangan minda yang selalu membantutkan kejayaan anak-anak kita di sekolah. Kita mengandaikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari, mereka akan membawa pulang sesuatu yang membahagiakan.

Namun, kita terlupa, adakalanya kita sendirilah yang meramal kegagalan mereka. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada simptom ini.

Sabtu, 23 Mei 2009

Kenali Pengendali Taska al Humairaa

Taska Al Humairaa / Genius Kids Centre dikendalikan oleh

1) Puan Hasnah,
Lepasan Ijazah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (minor dalam psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa.

Di samping memiliki Diploma Awal Pendidikan Kanak-kanak. Juga memiliki pelbagai sijil pendidikan, pengurusan dan pemakanan sama ada daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mara atau Institusi Pendidikan.

Antaranya ialah 


A)Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY

B) Sijil Certified Industrial Coach by SLDN n HRDF

C) Certified Trainer Oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
Beliau pernah bekerja di Intaz dibawah Nury Institute Of Parenting dan Child Development (Dato Dr Noorlaily) sebagai pegawai pendidikan.

Mampu mengajar dalam bidang pengurusan bayi- anak - kanak, keibubapaan, pengurusan taska - tadika dan subjek yang berkaitan.
2) Encik Allwee,
Lepasan Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa.

Pernah bekerja sebagai:

#) Pengurus di Yayasan Aminuddin Baki, 

#) Pegawai projek pendidikan di Nury Institute of Parenting and Child Development.

#)Trainer dan Perunding Latihan dan Penyelidikan di Akademi Aidit Sdn Bhd.


#)Kini,sebagai Master Trainer n HRE Consultan, Fakiih Solutions n Training Sdn Bhd.

Memiliki 


*) Sijil Certified Trainer oleh PSMB (HRDF),
*) Certified Industrial Coach SLDN, 
*) Pengamal Mindmapping (mindmapper), 
*) Master Reiki n innerpower, 
*) Sijil NLP (Neuro Linguistic Programming), 
*) Sijil EFT (Emotional Freedom Technique),
*) Sijil-sijil Bidang Pengurusan dan Kewangan, 
*) Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY.
dan pelbagai sijil TOT yang berkaitan dgn bidang yang diceburi.

Tenaga pengajar dalam bidang 

a) Personaliti Unggul / Power
b) pemikiran, 
c) pengurusan minda dan stres, 
d) mindmapping, 
e) Aura dan Warna dan 
f) Program berkaitan pengurusan (masa, Stress, decision making, perhubungan pelanggan dll)
Wassalam.