Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Isnin, 13 Disember 2010

Keliru buasir atau kanser



DR. YUNUS GUL


BUASIR merupakan masalah biasa masyarakat moden kini. Dikatakan separuh daripada jumlah populasi berhadapan dengan masalah ini.

Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali membuang air besar.

Ia akan menutup dubur secara menyeluruh dengan lembut bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair.

Ia merupakan komponen normal dalam anatomi manusia.

Masalah timbul apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stres yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran.

Keadaan ini akan mengakibatkan pesakit berasa kurang selesa.

Faktor yang menyebabkan buasir atau hemoroid membengkak masih tidak jelas dan berbeza mengikut pesakit.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa ia berpunca daripada peneranan melampau ketika membuang air besar, pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam, faktor usia yang melemahkan tisu dan semasa mengandung ekoran perubahan hormon.

Sakit

Simptom utama penghidap buasir adalah pendarahan pada hujung proses membuang air besar yang boleh dilihat pada najis, kadangkala menitik dan juga ketika mencuci.

Selain itu, pesakit akan merasakan terdapat lebihan isi atau kulit yang tersembul di luar lubang dubur yang mendatangkan rasa kurang selesa, gatal dan sakit. Tetapi tidak semua pesakit buasir akan berasa sakit.

Menurut Pakar Bedah Kolorektal, Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul, ramai pesakit yang tidak mengendahkan untuk mendapat rawatan.

“Apa yang membimbangkan adalah simptom buasir menyamai simptom kanser kolorektal atau gabungan kolon dan rektum iaitu pendarahan.

“Namun, pendarahan bagi pesakit kanser kebiasaannya keluar bersama najis dan kadangkala diselangi dengan lendir,” katanya.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah pendarahan ketika membuang air besar, seelok-eloknya berjumpa doktor bagi menentukan masalah sebenar.

Apabila pesakit sudah mendapat diagnosis buasir, doktor akan memberi nasihat supaya menukar diet dan juga gaya hidup seperti tidak terlalu meneran semasa membuang air besar, mengurangkan pengambilan daging merah, memperbanyakkan pengambilan serat dan buah-buahan serta minum banyak air.

Bagaimanapun, menurut Yunus, gaya hidup masyarakat kini seperti pelajar di asrama dan suami isteri yang bekerja cenderung membeli makanan di luar.

“Pengambilan makanan segera ataupun makanan yang telah diproses juga boleh mendatangkan kemudaratan.

“Seeloknya pastikan makanan yang hendak dibeli itu segar dan berkhasiat.

“Mereka yang gemar membaca di dalam bilik air juga boleh mendapat buasir kerana mereka berada dalam kedudukan duduk atau mencangkung yang secara tidak langsung melibatkan peneranan walaupun proses pembuangan najis telah selesai.

“Ia secara tidak langsung memberikan tekanan pada rektum menyebabkan tisu-tisu yang menyokong menjadi lemah,” ujarnya.

Ramai pesakit memilih perubatan tradisional bagi mengubati buasir ekoran malu berjumpa doktor dan takut menjalani pembedahan.

Ramai yang lebih suka untuk bertanya kepada rakan-rakan, ahli farmasi ataupun pengamal perubatan tradisional mengenai ubat-ubatan yang sesuai berbanding mendapat rundingan doktor.

Alternatif

Yunus memberitahu, tiada salahnya bagi pesakit untuk mencuba perubatan tradisional seperti pengambilan herba asalkan mereka tahu penyakit mereka berada di tahap mana.

“Jika buasir berada di tahap satu atau dua, tiada salahnya mereka mencuba perubatan alternatif kerana tahap ini boleh diubati dengan pengambilan ubat sahaja.


PEMBEDAHAN dapat memulihkan masalah buasir.


“Namun, jika sudah kritikal, mereka tiada pilihan kecuali melakukan pembedahan membuang buasir tersebut,” katanya.

Mungkin ramai yang memilih perubatan alternatif kerana takut menjalani pembedahan yang dikatakan amat menyakitkan.

Bagaimanapun, teknologi baru membolehkan pembedahan dilakukan tanpa kesakitan melampau dan pulih dalam masa yang sangat singkat.

Ini termasuk ligasi pita getah menggunakan satu atau dua pita getah yang kecil yang akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedaran darah.

Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tertanggal sendiri tanpa rasa sakit.

Kaedah Ligasi Arteri Buasir (HAL) pula menggunakan alat ultrabunyi Doppler yang dimasukkan ke dalam anus untuk mengenal pasti lokasi sebenar arteri yang membekalkan darah.

Oleh kerana jahitan tidak dilakukan di dalam anus sebaliknya di hujung rektum, ia mengurangkan kesakitan.

Manakala Longo atau Procedure for Prolapse and Haemorrhoids (PPH) merupakan antara kaedah terbaru yang menggunakan sejenis alat seperti stapler.

Prosedur ini mengambil masa hanya 20 minit dan tiada luka yang perlu dirawat selepas prosedur dijalankan

Amalan Khatan Wanita....

Khatan wanita masih popular


SEORANG kanak-kanak perempuan meronta ketika mudim wanita melakukan prosedur khatan. - Gambar hiasan


BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.

Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.

“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.

“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Amalan dituntut

Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.

“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.

Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.

“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.

“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.

“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.

Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.

Kerat 1.3 sentimeter

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.


SEORANG wanita menenangkan anaknya dalam satu prosedur berkhatan khusus untuk wanita di Indonesia. - Gambar hiasan


“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).

“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.

Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.

“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.

“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.

“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.

Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.

Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.

“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.

“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun

Isnin, 8 November 2010

TIPS AKHBAR KOSMO : JANGAN BIARKAN ANAK MENYUSU BERSENDIRIAN

Dia terimbas kisah lalu apabula anak sulungnya itu pernah mengalami situasi sama. Namun, dia bernasib baik kerana sempat bertindak dan mengawal situasi itu sebelum menjadi lebih teruk.

Ketika kejadian itu, Suryanti pada mulanya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana anaknya itu tidak sendawa seperti biasa selepas meminum susu.

Selepas beberapa minit, susu yang diminum anaknya itu tersembur dan keluar dari hidung Muhammad Afi Naim. Oleh kerana terlalu panik, Suryanti cuba melakukan bantuan rawatan kecemasan walaupun tidak mengetahui teknik yang betul.

“Setelah beberapa kali menepuk belakang Muhammad Afi, dia masih menunjukkan tanda-tanda mahu bernafas. Saya terus menelangkupkan badannya dengan menghalakan kepalanya ke bawah. Selepas beberapa kali menepuk belakang badan anak saya itu, akhirnya dia kembali bernafas.

“Saya tidak pasti sama ada cara yang saya lakukan itu betul kerana saya tidak pernah mempelajari teknik membantu kanak-kanak tercekik susu,” kata pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa (IIC) itu ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PARA ibu perlu mengetahui cara yang betul menyusukan anak.


Maut dalam masa lima minit

Situasi bayi tercekik pastinya bukan hanya dilalui oleh pasangan Suryanti dan Mohd. Azuar Shamsuddin, 27, sahaja, bahkan ia menjadi isu penting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa kerana ia bukan kes normal dan lebih teruk, boleh meragut nyawa.

Pakar Pediatrik dari Pusat Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Zurina Zainudin berkongsi pandangannya mengenai masalah tercekik susu yang berlaku kepada bayi yang berusia di bawah umur setahun itu.

Ia berlaku apabila terdapat cecair yang masuk ke dalam saluran pernafasan dan seteguk susu mampu menyebabkan kematian bayi.

Beliau menambah, untuk menolak kembali susu yang masuk ke saluran itu, tindak balas cough reflex (refleks batuk) perlu berlaku dalam sistem itu. Namun, sel-sel pada saluran pernafasan bayi masih tidak matang dan tidak kuat untuk menolaknya dan itu yang menyebabkan bahaya.

“Apabila air memasuki saluran pernafasan, ia menutup laluan oksigen ke otak. Sekiranya oksigen tidak sampai ke otak dalam tempoh lima minit, ia boleh mengundang kematian,” terang Zurina.

Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan perkara itu?

Dr. Zurina yang berpengalaman dalam bidang pediatrik selama 11 tahun itu menjelaskan, ibu bapa harus peka dengan kaedah penjagaan bayi bagi mengelakkan masalah itu daripada berlaku.


Membuka saluran nafas dengan mendongak kepala dan mengangkat dagunya.


Ibu bapa mahupun penjaga seharusnya tidak membiarkan bayi menyusu secara bersendirian. Keadaan lebih bahaya jika bayi tersebut tertidur dan botol susu masih dibiarkan melekap di mulut bayi.

“Ini yang sering berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak. Bila terlalu ramai yang harus dijaga, bayi akan dibiarkan bersendirian ketika menyusu,” katanya.

Beliau menasihatkan ibu bapa agar memilih puting botol susu yang mempunyai lubang yang sempit bagi mengelakkan susu mengalir laju tanpa kawalan. Selain itu, beliau mengingatkan ibu bapa supaya meninggikan kepala bayi ketika menyusu dan memegang botol susu ketika memberi susu kepada bayi.

“Jangan sendal botol susu dengan bantal sebaiknya ibu bapa pegang botol susu pada kedudukan antara 45 hingga 60 darjah,” katanya.

Dr. Zurina turut menyeru ibu bapa dan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) agar mengambil inisiatif mempelajari teknik bantuan cemas dan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Biru tanda tidak bernafas

Pendapat sama turut disuarakan oleh jurulatih Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Wilayah Persekutuan, Muhammad Zulkarnain Rusli, 31.

Beliau menjelaskan bahawa situasi bahaya itu perlu ditangani segera melalui rawatan CPR kerana dalam tempoh beberapa minit sahaja masalah tersedak boleh meragut nyawa bayi.


Demonstrasi menentukan tahap kesedaran bayi.


Katanya, situasi itu boleh menyebabkan kematian sementara iaitu kematian klinikal. Kematian klinikal diterjemahkan sebagai nafas yang terhenti dalam suatu tempoh dan berpeluang untuk kembali normal. Bantuan pantas perlu diberikan kerana komplikasi teruk pada otak boleh berlaku dalam masa selepas empat minit.

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang bayi itu tercekik susu boleh dilihat melalui keadaan tubuhnya yang lembik, tidak bernafas, bibir kebiruan dan tiada respons.

“Bila berhadapan situasi itu, tiada apa yang perlu dilakukan oleh penjaga melainkan rawatan awal iaitu CPR,” katanya.

Isnin, 25 Oktober 2010

Wanita lebih berisiko

SAKIT...artritis reumatoid  mengakibatkan jari kaki dan  tangan membengkok.
SAKIT...artritis reumatoid mengakibatkan jari kaki dan tangan membengkok.
SUKAR BERGERAK...artritis reumatoid  kronik boleh menyebabkan ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.
SUKAR BERGERAK...artritis reumatoid kronik boleh menyebabkan ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.

PERNAHKAH anda mengalami situasi ini? Bangun saja daripada tidur, sendi-sendi seluruh kaki dan tangan kelihatan membengkak serta rasa sakit yang mencengkam hingga menyukarkan pergerakan.

Pasti ramai yang pernah mengalaminya, tetapi biasanya kita lebih suka menganggap keadaan itu sekadar kekejangan yang berlaku di waktu pagi berikutan suhu dingin pada waktu itu lalu membiarkannya reda sebelum dapat meneruskan rutin harian.


Andai sesekali dirasai, mungkin benar ia disebabkan kekejangan. Namun, bagaimana pula jika dialami hampir setiap hari hingga sukar melakukan aktiviti harian kerana perlu menunggu rasa sakit itu hilang dalam tempoh antara 30 minit hingga tiga jam?

Menurut Penasihat Perubatan dan Pakar Reumatologi Pusat Perubatan Sunway merangkap Presiden Yayasan Artritis Malaysia (AFM), Dr Amir Azlan Zain, rasa sakit mencengkam yang dialami itu mungkin simptom kepada masalah kerosakan sendi seperti artritis reumatoid (RA).


"Sebenarnya penyakit sendi atau artritis ini mempunyai banyak jenis, tapi RA adalah antara penyakit sendi lazim yang menyerang lelaki dan wanita berusia antara 20 dan 40 tahun

SUKAR BERGERAK...artritis reumatoid  kronik boleh menyebabkan ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.
SUKAR BERGERAK...artritis reumatoid kronik boleh menyebabkan ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.

"Di negara ini, dianggarkan lima daripada setiap 1,000 orang akan menghidapi penyakit RA dan ia lebih banyak dialami kaum wanita melebihi 50 peratus berbanding lelaki.


"Hingga kini, pakar masih belum dapat memastikan sama ada ia berkaitan secara langsung atau tidak dengan ketidakseimbangan hormon yang sering dialami wanita," katanya

Tambah Dr Amir, kadangkala rasa sakit yang dialami di tangan dan kaki itu tidak semestinya artritis, tetapi artritis selalunya menjadi punca kepada kesakitan itu.


"RA sebenarnya disebabkan oleh sistem imun kita yang tidak lagi mampu menolong melawan kuman dari luar. Sistem imun kita sepatutnya memusnahkan benda asing seperti virus dan bakteria yang cuba masuk ke dalam tubuh.

"Tapi RA pula berlaku apabila sistem imun itu menganggap sendi juga adalah benda asing yang perlu diserang dan dimusnahkan yang situasi itu dikenali sebagai autoimun," ujarnya.


Masuk angin, bentan urat, lenguh dan sebagainya pula, ujar Dr Amir, tidak boleh terus dikaitkan dengan masalah artritis dan RA kerana kebanyakannya tidak begitu serius.


"Keadaan seperti lenguh-lenguh dan bentan urat itu ialah satu simptom yang tidak begitu spesifik dan tidak boleh terus membuat andaian bahawa ia adalah penyakit artritis.


"Jika lenguh-lenguh dirasakan kurang daripada seminggu, tidak perlu risau kerana ia tidak memudaratkan. Tapi jika kaki dan tangan membengkak terutama di kawasan jari secara tiba-tiba serta tiada penjelasan mengenainya, malah berlarutan lebih seminggu, jadi perlu segera bertemu doktor untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.


"Tiga simptom yang paling penting diambil kira untuk mengenal pasti RA ialah sakit mencengkam, bengkak dan kaku pada sendi badan terutama di kaki dan tangan yang biasanya berlaku pada waktu pagi sejurus bangun tidur.

Sakit dan bengkak itu pula berlaku lebih 30 minit dan hanya berkurangan selepas beberapa jam.


"Tidak perlu panik apabila ada tanda itu, tapi jangan ambil mudah kerana apabila ia tidak dirawat segera, kerosakan sendi akan berlaku dan pesakit RA ini akan berdepan dengan jari kaki serta tangan yang membengkok serta membengkak hingga sukar melakukan apa jua aktiviti," ujarnya.


Justeru, kata Dr Amir, faktor gaya hidup seperti merokok seeloknya dielakkan supaya ia tidak menyumbang kepada penyakit berkenaan.


"Kesan merokok bagi RA ini tidak sehebat kesannya pada paru-paru, tapi merokok sememangnya antara faktor yang menyumbang kepada masalah sendi seperti itu.


"Dari segi pemakanan pula, ada beberapa kajian klinikal yang cuba mengaitkan pemakanan dengan penyakit RA, tapi hingga kini belum ada yang mengesahkan bahawa ia menjadi punca kepada penyakit itu.


"Disebabkan wujud pelbagai jenis penyakit artritis, ada sesetengahnya memang perlu menjaga pemakanan seperti pesakit gout. Tapi secara amnya, pesakit RA tiada pantang larang dalam pengambilan makanan.

"Tidak salah untuk pesakit RA mengambil makanan tambahan kerana ia semata-mata untuk meningkatkan tahap kesihatan. Tapi, tiada makanan tambahan yang boleh mengawal RA sepenuhnya dan pesakit masih perlu mendapatkan rawatan di hospital.


"Selain itu, masyarakat kita juga cenderung mendapatkan rawatan secara tradisional kerana ada segelintir yang mahu mengelakkan kesan sampingan ubat yang diberi doktor.


"Banyak kes di mana pesakit enggan menjalani rawatan yang disyorkan doktor selepas didiagnosis lalu beralih ke perubatan tradisional.

"Tapi akhirnya mereka terpaksa kembali ke hospital kerana kesakitan yang dirasai itu tidak surut, malah kerosakan sendi mereka makin teruk.

"Jadi, saya gesa pesakit yang mempunyai tiga simptom utama itu segera mendapatkan bantuan dan nasihat doktor sebelum membuat keputusan secara melulu," katanya.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai RA, AFM menyediakan laman web lengkap dan menyeluruh mengenai pelbagai jenis penyakit artritis menerusi www.afm.org.

Di samping itu, ada pautan ke laman web www.mydayforraasia.com yang membantu pesakit RA menjalani hidup dengan lebih produktif menerusi perancangan aktiviti harian, sasaran jangka pendek dan panjang serta memberi bimbingan mengenai rawatan yang perlu dijalani.

Rabu, 6 Oktober 2010

Apabila Anak Tersedak SUSU...

Ketahui cara beri bantuan kecemasan

Disusun dan ditulis oleh Siti Zarinah Sahib, Harian Metro

2010/10/06
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

pix_middle
pix_topright
Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

"Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia," jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

"Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

"Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.

Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.

Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.

"Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

"Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

"Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

"Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

"Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama," katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.
Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

"Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.

"Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi," katanya.

Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.

Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.

Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:
> Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.
> Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.
> Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.
> Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.
> Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.
> Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.
> Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.
> Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.
> Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.
> Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.
> Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Bacaan 3 Qul dalam 10 cara membacanya yang dibenarkan oleh Rasulullah

A) SURAH AL-FATIHAH



B) SURAH AL-IKHLAS



C) SURAH AN-NAS



D) AYAT KURSI

PART 1


PART 2

Jumaat, 1 Oktober 2010

IKLAN TERUS DIBUAT

Salam Buat Parents,

IKLAN Diteruskan sehingga alHumairaa mendapat kakak-kakak Tenaga Asuh Bimbing (TAB). Dalam 3-4 orang semuanya.....

Pihak pengurusan mengharapkan semoga Allah memberikan kakak-kakak yang boleh memahami inspirasi alhumairaa di samping tahu, faham dan amalkan misi dan visi yang telah ditetapkan.

Bulan ini, seorang kakak telah berhenti untuk membuat persiapan perkahwinannya pada bulan November nanti, sekalung ucapan tahniah dan penghargaan pihak taska buat TAB Siti Fairus yang telah sekalian lamanya berkhidmat di taska alHumairaa. Didoakan semoga beliau akan kekal bahagia bersama suami tercinta selamanya dan di bawah perlindungan ilahi hendaknya.

Pihak kami juga memerlukan TAB baru yang komited dalam penjagaan dan pembelajaran alhumairaa, justeru itu, saya memerlukan bantuan doa-doa daripada parents alhumairaa semoga hasrat ini dimakbulkan ilahi...

Wassalam,

Salam Puasa 6 di bulan syawal yang semakin menghampiri penghujungnya.

Jumaat, 24 September 2010

Atok! Kenapa Lelaki Kahwin Dua?

Minggu ini saya sempat chit chat dengan orang yang berpengalaman dalam hidup. Bila ditanya soalan di atas... jawapn atau tips yang diberi ialah

Bila dah lama kahwin, akan berlaku sesuatu dalam rumahtangga yang mana menjadi alasan atau sebab buat lelaki pasang satu lagi. Antaranya;

1. Setiap lelaki tak kira tua atau muda, suka dimanjakan...bunyi mcm gatal tapi itulah hakikatnya, jadi suami suka melihat

a) isterinya tersenyum bila bersembang atau bercakap dgnnya.

b) isterinya mudah senyum di mana-mana dgnnya.

c) isterinya pandai bergurau manja..... kenapa.?...mungkin ditempat kerjanya ada yang berbuat begitu.....

d) isterinya pandai buat kejutan-kejutan manja....

2. Bila bersembang dgnnya, suami suka kalau isteri pandang ke wajahnya....bukan ke tempat lain atau sambil SMS atau sambil tengok komputer....atau ketika dgn anak-anak....
Kena fokus padanya.....


3. Isterinya perlu berterus-terang kalau ada masalah...jangan simpan... Si Suami bukan dukun atau bomoh yang mempunyai kelebihan untuk baca isi hati isterinya.....

4. Ada isteri bila suami tidak mengikuti akan kehendaknya, si isteri akan bermasam muka atau cakap acuh tak acuh sahaja.... si suami punya hak utk buat keputusan kerana si suami adalah ketua keluarga.... kalau keputusannya tidak dipatuhi maka terasa hatinya... seolah-olah dia bukan lagi ketua keluarga....

5. Ada isteri lebih mengutamakan kerjaya lebih daripada suaminya.... tak kiralah kerjaya bekerja atau kerjaya berniaga........ si suami akan terasa terpinggir atau ditinggalkan atau dilupai... ini...yang kekadang... bila ada permata muda yang datang...kalau si suami tak kuat iman atau rohani...mulalah melayan....sebagai mengisi ruang yang kosong itu...

6. Begitu juga cabaran si isteri bila punya anak...kekadang tanpa disedari, si isteri mengutamakan anak yang sedang membesar daripada si suami di depan matanya..... lebih -lebih lagi kalau si suami ni jenis yang rajin buat kerja rumah atau menggosok baju sendiri... maka..pada waktu itu "perkataan terabai" menjadi kenyataan hidup....

7. Si Suami sebenarnya pantang bila nak tidur, melihatkan si isteri mengsms atau mengchatting...bukan jelous...tapi mengganggu situasi nak tidurnya.... ada isteri berkata..amboi seriusnya...tapi itulah tabiat majoriti lelaki...nak wat camner...

8. Si isteri tentulah berkata...susahnya nak jaga suami....sensitif sangat....
Jawapannya...Ya... sebab itu Allah janjikan syurga buat si isteri yang hebat itu.....

9. Si isteri adalah insan yang akan memberikan keharmonian pada suami, peneguh bila si suami keseorangan.... tapi... biasanya si isteri akan berkata, "eleh!" atau "boleh percaya ke abang ni" atau "alah!...."

Sesiapa sahaja perempuan yang datang kepada si suami dan memberikan peneguhan tat kala peneguhan diperlukan atau datang kepada si suami lalu memberikan perhatian atau pendengar yang setia...senyum manis bila bersembang dengannya... melayan ceritanya..akan...hati manusia akan terbuka kepada nya (any perempuanlah)...maka yang terbaik perempuan yang berbuat demikian ialah perempuan yang bernama "Si Isteri yang sah kepada si suaminya....."

Akhirnya ATOK bersuara..... ni tanya soalan macam-macam kat atok ni..ada apa-apa ke?

Saya jawab, tak de atok sekadar mendengar pengalaman orang hebat mcm atok ni.....


Jumaat, 17 September 2010

Kemurungan selepas Bersalin _ Kerjasama SUAMI Diperlukan

Kemurungan selepas bersalin




SEKITAR 80 peratus daripada wanita mengalami kemurungan selepas bersalin. Fakta tersebut didedahkan oleh Ketua Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi, Kolej Universiti Taylor's, Dr. Adnan Omar pada Forum Kehamilan Danone Dumex Mamil Mama Gold Club baru-baru ini.

"Sokongan emosi daripada suami dan ahli keluarga sepanjang tempoh tersebut sangat penting.

"Jika tekanan emosi mereka berterusan selama lebih dua minggu selepas bersalin, terdapat kemungkinan mereka mengalami postpartum depression (PPD) atau kemurungan selepas bersalin dan perlu mendapatkan rawatan supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk," katanya ketika menyampaikan ceramah kepada 170 bakal ibu, bapa dan nenek di di Grand Dorsett Subang Hotel, Subang Jaya.

Beliau juga menasihatkan para suami supaya menyedari keadaan emosi isteri selepas bersalin.

Menerusi ceramahnya yang bertajuk Menangani Emosi Sebelum dan Selepas Bersalin, Adnan memberitahu, terdapat pelbagai gejala kemurungan sebelum dan selepas bersalin.

Kebimbangan dan kemurungan adalah dua emosi yang biasa dialami oleh bakal ibu semasa dan selepas kehamilan.

Beliau juga berkongsi petua untuk mencegah dan menangani PPD dengan menunjukkan senaman atau cara-cara bernafas yang dapat membantu mengurangkan perasaan gundah gulana itu.

"Ibu-ibu juga perlu mempunyai kumpulan sokongan yang boleh dipercayai seperti suami, keluarga dan rakan-rakan rapat.

"Selain itu, suami dan isteri hendaklah berbincang berhubung pembahagian tugas di rumah semasa isteri mengandung dan selepas kelahiran bayi," ujarnya.

Sabtu, 11 September 2010

SELAMAT HARI LEBARAN BUAT SEMUA PARENTS ALHUMAIRAA

Pihak pengurusan taska alHumairaa ingin mengucapkan

Salam Hari lebaran Buat Semua Parents alHumairaa....

Pihak kami menyusun kemaafan andainya ada kesilapan dalam penjagaan anak-anak atau tingkah laku TAB yang kurang menyenangkan.

Wassalam.

Khamis, 2 September 2010

Alhamdulillah...Cabaran Ramadhan Dapat Diharungi Jua...

Salam semua parents alHumairaa,

Alhamdulillah, seluruh umat Islam telah berjaya mengharungi ramadhan 23 hari ...hanya tinggal lagi 7 hari....selepas itu ramadhan akan meninggalkan kita.....entah tahun hadapan ketemu lagi...

Para Sahabat Rasulullah menangisi pemergian ramadhan ini... mungkin bagii kita ada yang bersedih dan ada yang bergembira....

Cabaran kekurangan pengasuh di bulan ramadhan berjaya ditangani walaupun semuanya begitu keletihan bekerja secara optimum memberikan perkhidmatan buat anak-anak genius ini... Bagi mereka yang ikhlas bekerja kerana Allah, pahala bekerja disediakan kpd mereka....Insya Allah...

Apabila bekerja dalam kapasiti yang mencabar, kesabaran dan keutuhan "kerja berpasukan" diperlukan dalam kadar yang begitu tinggi...kalau tidak huru-hara dibuatnya dek keletihan dan kelaparan berpuasa.

Setiaphari yang dilalui, ada cabarannya.... namun begitu setiap pekerja perlu menyedari hakikat minda pekerja dan majikan juga menyedari hakikat minda majikan. Meletakkan konsep kolaborasi yang tinggi akan menjana keharmonian bekerja....

Pihak taska akan terus membuat iklan sebaik sahaja selepas raya ketiga, Insya Allah..mencari insan-insan ikhlas yang datang bekerja dan menuntut ilmu, kemahiran dan pengalaman mendidik anak-anak genius...

Doakan kami agar diberi Allah pengasuh yang rajin, ingin belajar ilmu pengasuhan alHumairaa dan bersedia bekerja sebaik mungkin serta ingin kekal lama di alHumairaa....

Ya Allah, Bantulah Taska alHumairaa ini.....!!!

Wassalam.
2 September 2010


Rabu, 18 Ogos 2010

PENGUMUMAN CUTI HARI RAYA 1431H (2010) DAN CUTI NUZUL QURAN

Kepada : Ibubapa alhumairaa GKC

Daripada: Pengurusan Taska al Humairaa

Perkara: Cuti Aidil Fitri 2010M - 1431H


Tuan dan Puan,

Taska alHumairaa akan ditutup sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri mulai

Khamis 9 September 2010 sehingga Ahad 19 September 2010

Dengan yang demikian, Taska akan dibuka semula pada Isnin 20 September 2010

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Manakala Sempena Nuzul Quran, Taska juga akan ditutup pada 27 dan 28 OGOS 2010 (JUMAAT dan SABTU)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JUSTERU itu, pihak pengurusan Taska ingin mengucapkan

a) Selamat Menyambut Nuzul Quran

b) Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

"Kullu Amm Wa Antum Bil Khairi"

Sekian Wassalam

Pengurusan Taska AlHumairaa - GKC

5 Ogos 2010

Isnin, 2 Ogos 2010

CABARAN TASKA DENGAN PENGASUH DEGREE BERMULA LAGI

SALAM BUAT PARENTS ALHUMAIRAA,

Hari ini, Isnin, 2 Ogos 2010, kami menerima telefon daripada salah seorang parent yang hantar anak awal bahawa pintu taska berkunci dan macam tak de orang jer (pukul 7.00am).

Bergegas, maknah ke taska. Laaa...tak de pengasuh....2 org yang ada degree yang dah menghilangkan diri setelah menerima gajinya pada hari jumaat lepas.....

CABARAN bagi Taska jikalau mengambil SISWAZAH kerana karenah yang tinggi...almaklumlah budak lepasan universiti.


Alhamdulillah pukul 7.15am, seorang pengasuh datang dgn motor.....seorang lagi tiba dan kami kena ambil seorang lagi dari taska fasa 4. Ini bermakna Taska 7 kehilangan 2 pengasuh...

Begitulah cabaran taska setiap isnin awal bulan setelah pengasuh terima gajinya....

Bukan cabaran taska sahaja dalam pengambilan pekerja lepasan siswazah malah cabaran buat industri kerjaya SPM, apabila SISWAZAH bekerja di bahagian yang sepatutnya diisi oleh SPM holder, mereka menjadi keras kepala dan byk demandnya...mereka gagal untuk menuntut ilmu kemahiran, apa yang ada dalam pemikiran mereka ialah gaji mesti besar, kerja simple aje....

Jarang-jarang kami jumpa, siswazah yang boleh meletakkan ilmu dan kemahiran dihadapan berbanding dgn gaji..... kerana dunia pekerjaan mementingkan pengalaman, ilmu dan kemahiran.

Sebab itu kita dapati, ramai majikan refuse untuk ambil siswazah bekerja sebagai kerani atau bidang SPM Holder sebab sikap seperti inilah... akhirnya bersepah siswazah menganggur di pasaran.

Bila disebut pasal gaji pula, siswazah perlu menyedari bahawa gaji yang dibayar bukan lagi bergantung kpd Ijazah Universiti semata-mata tetapi kemahiran lain. Sebab itu tidak satu kehairanan apabila siswazah yang ada ijzah dibayar dgn gaji RM1200 sahaja dalam pasaran sekarang. Apabila kemahiran, ilmu dan EQ meningkat menjadi matang...barulah gaji dinaikkan.


Berbalik kepada cabaran taska hari ini dan seterusnya, taska akan sedikit tidak terurus sehinggalah kami dapat mencari penggantinya...tentulah sedikit sukar terutama apabila menjelang ramadhan dan raya...... tak ramai yang sanggup memulakan kerja pada saat seperti itu.....

SEMOGA Allah mempermudahkan urusan kami dalam menjaga anak-anak kecil dan genius di TASKA Al HUMAIRAA......

Selasa, 20 Julai 2010

Penantian 7 tahun berbaloi

JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan kembar empat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Mei lalu.

BAHAGIA...Mohd Rizal dan Norhayu memangku (dari kanan) Putri Nur  Adlina, Putri Nur Adriana, Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.
BAHAGIA...Mohd Rizal dan Norhayu memangku (dari kanan) Putri Nur Adlina, Putri Nur Adriana, Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.
Bagi pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, kelahiran bayi kembar empat itu memang tidak dijangka dan bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata sekali gus.

Mereka terharu dengan anugerah tidak ternilai itu kerana sudah lama berusaha mendapat zuriat sendiri.

Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata, mereka terkejut apabila doktor yang melakukan pemeriksaan ketika permulaan isterinya hamil memberitahu bakal mendapat kembar tiga.

“Kami sudah membuat persiapan menyambut ketiga-tiga cahaya mata termasuk membeli pakaian dan peralatan mereka.

“Bagaimanapun, kami terkejut apabila isteri bersalin pada 4 Mei lalu anak kembar empat, namun amat bersyukur dengan anugerah itu.

Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu, suri rumah sepenuh masa berkata, suaminya terpaksa membeli barangan dan keperluan untuk seorang lagi kerana sebelum ini hanya membuat persiapan untuk tiga bayi.

Katanya, mereka berdua puas berusaha mendapatkan zuriat sebelum ini termasuk menggunakan kaedah rawatan moden dan tradisional selain berdoa.

“Pada peringkat awal kehamilan, saya amat risau kerana mengalami alahan serius termasuk kerap muntah dan tiada selera makan.

“Namun, saya bersyukur keempat-empat bayi kami selamat dilahirkan dan sihat.

“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.

Ahad, 18 Julai 2010

Penyebab utama sirosis/ Kanser Hati


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

2010/07/11
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

KANSER hati kurang popular berbanding kanser jenis lain walaupun tersenarai dalam 10 kanser utama di negara kita. Memang jumlah pesakit kanser hati tidak terlalu ramai iaitu sekitar 1,000 orang, tetapi ia antara kanser yang sukar dirawat kerana kebanyakan kes lewat dikesan akibat ketiadaan gejala penyakit.

Virus Hepatitis B
Virus Hepatitis B


Meskipun kanser hati berlaku di seluruh dunia, yang membimbangkan ialah lebih 50 peratus kes membabitkan penduduk Asia dan lebih 70 peratus kes baru dilaporkan setiap tahun datangnya daripada negara Asia, termasuk negara kita.

Hati adalah organ penting dalam sistem hepatobiliari yang merangkumi pundi hempedu dan duktus hempedu. Ia organ kedua terbesar dalam badan yang kaya dengan darah, berbentuk baji, terletak betul-betul di bawah tulang rusuk kanan, di bawah paru-paru. Hati kita berbentuk seperti baji atau piramid dan terbahagi kepada dua bahagian — kiri dan kanan.


Tidak seperti organ lain, hati menerima bekalan darah daripada dua sumber iaitu arteri hepatik (membekalkan darah beroksigen) dan portal vena yang membawa darah mengandungi nutrien daripada usus kecil ke hati.

Fungsi utama hati ialah menapis dan memproses darah daripada bahan toksik, menghasilkan cecair hempedu (bagi membantu pencernaan lemak); membantu sintesis protein darah, glukos dan kolesterol; membantu proses metabolisme (ubat, vitamin, alkohol, hemoglobin); sebagai stor penyimpan (untuk vitamin larut lemak, zat besi dan glikogen); ejen penyingkiran (menyingkirkan sel darah merah yang mati dan bahan sisa metabolisme) dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Kajian dijalankan Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (Globocan) pada 2002 menganggarkan 626,000 kes kanser hati di seluruh dunia setiap tahun dan dijangka terus meningkat.

Oleh kerana kebanyakan kes dikesan lewat, tidak hairan jika kes kematian akibat kanser hati sangat tinggi, terutama di Asia seperti China (anggaran 322,000 kematian daripada 346,000 kes) Jepun (36,000 kes), Taiwan (7,000 kes) dan Korea Selatan (5,000) kes berbanding Eropah (50,000 kes) dan Amerika Syarikat (13,000 kes). (Rujuk Jadual 1)

Kanser hati lebih kerap berlaku pada lelaki (tiga kali ganda berbanding wanita). Berdasarkan kajian Globocan 2008, seramai 416,658 lelaki Asia menghidap kanser hati yang menyebabkan 376,000 kematian.

Di Malaysia, kanser hati adalah kanser kelima utama yang berlaku pada lelaki dengan catatan tertinggi di kalangan orang Cina, diikuti Melayu dan India.

Mengapa banyak kes kanser hati dilaporkan di negara Asia? Ia ada kaitan rapat dengan jangkitan Hepatitis B yang secara perlahan-lahan boleh menyebabkan sirosis hati (kematian sel hati yang akhirnya membentuk parut) dan bertukar menjadi kanser jika tidak mendapat rawatan.

Jangkitan Hepatitis B paling banyak dilaporkan di Asia dan ia dianggap sebagai wabak, terutama di negara Asia Tenggara, Hong Kong dan China.

Menurut Penasihat Perubatan Onkologi, Bayer Schering Pharma, Dr Senthil Sockalingam, jangkitan virus Hepatis B ini menyebabkan jumlah kematian tinggi di kalangan penduduk Asia Pasifik. Sehingga kini dianggarkan 275 juta penduduk di rantau ini menghidap jangkitan hepatitis B kronik.

Kira-kira 90 peratus pesakit dewasa yang dirawat menghidap kanser hati HCC dan kebanyakannya mempunyai masalah sirosis hati iaitu kerosakan sel hati dan kehadiran parut akibat jangkitan virus hepatitis B.

Namun keberkesanan rawatan masih rendah kerana kebanyakan pesakit hanya datang ke hospital apabila penyakit mereka sudah teruk.

Faktor risiko dan gejala
Kanser hati terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Kanser hati primer bermakna kanser bermula di hati. Kanser hati sekunder bermakna sel kanser berasal daripada organ lain dan merebak ke hati.

Bagaimana kanser hati boleh terjadi? Menurut Dr Senthil, banyak faktor boleh menyumbang kepada penyakit ini tetapi penyebab utama ialah jangkitan virus hepatitis B yang kronik sehingga menyebabkan sirosis.

Kebanyakan pesakit berusia 30 tahun ke atas kerana virus hepatitis B mengambil masa lama untuk merosakkan hati dan biasanya kerosakan ini berlaku dengan cepat. Lebih membimbangkan ialah peningkatan jumlah kes yang baru dikesan.

Dalam kebanyakan kes barah hati peringkat awal tidak mempunyai tanda atau gejala. Apabila ada gejala, itu menandakan barah hati sampai ke peringkat serius. Ini sebabnya individu berisiko tinggi disaran menjalani pemeriksaan.

Banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

  • Jangkitan hepatitis B kronik (virus hepatitis B sangat mudah berjangkit melalui hubungan seks, pemindahan darah dan kelahiran; 100 kali lebih mudah daripada virus HIV)
  • Jangkitan hepatitis C dengan kehadiran masalah sirosis hati
  • Sirosis yang merebak hingga jejaskan fungsi hati
  • Pengambilan alkohol berlebihan (boleh merangsang kerosakan hati yang sedia ada)
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Merokok
  • Penggunaan steroid dalam tempoh lama
  • Jangkitan fungus (pendedahan jangka panjang pada aflatoksin iaitu toksin yang dihasilkan fungus)
  • Minum air mengandungi arsenik (di sesetengah negara)

    Pada peringkat awal, kanser hati tidak menunjukkan gejala. Gejala penyakit hanya timbul apabila penyakit sudah teruk (peringkat ketiga dan keempat) iaitu ketika fungsi hati terjejas teruk. Antara gejala dialami pesakit kanser hati ialah:
  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Tiada selera makan berpanjangan
  • Terasa sangat kenyang walaupun makan sedikit
  • Ada benjolan keras pada bahagian kanan di bawah tulang rusuk
  • Sakit sekitar bahu kanan
  • Kulit menjadi kekuningan, termasuk mata
  • Abdomen atas (kanan) terasa tidak selesa
  • Sentiasa berasa lesu dan tidak bermaya
  • Mual
    Semua gejala di atas hanya muncul apabila kanser sampai ke peringkat serius yang menyebabkan kebanyakan pesakit lewat datang ke hospital bagi mendapat rawatan. Sedihnya, pada peringkat ini penyakit sukar dirawat dan dalam kebanyakan kes peluang hidup adalah kurang daripada satu tahun.

    Pengesanan dan rawatan
    Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengesan barah hati, antaranya ujian darah AFP iaitu untuk menguji kehadiran protein alfa-feto. Pesakit kanser hati akan mempunyai tahap AFP tinggi.

    Kaedah kedua ialah ujian pengimejan hati untuk melihat fungsi hati. Biasanya pesakit kanser hati menunjukkan fungsi hati tidak normal (disebabkan kerosakan sel hati dan parut pada hati).

    “Rawatan kanser hati bergantung kepada peringkat barah ketika penyakit dikesan, fungsi hati dan keadaan kesihatan pesakit secara keseluruhan. Biasanya bagi kes kanser hati, peringkat awal pembedahan membabitkan pembuangan sebahagian hati yang diserang barah adalah kaedah terbaik. Malah peluang sembuh juga tinggi.

    “Bagaimanapun, secara purata hanya 15 peratus pesakit boleh dibedah kerana kebanyakannya datang apabila penyakit sudah teruk.

    “Secara umum rawatan barah mempunyai enam kaedah iaitu untuk peringkat awal membabitkan pembedahan (tanpa penggantian hati), pembedahan membuang seluruh hati diikuti penggantian hati (transplan) atau ablasi radiofrekuensi (pembakaran sel barah menggunakan gelombang radiofrekuensi).

    “Bagi peringkat pertengahan; kanser hati dirawat dengan kaedah suntikan ubat kemoterapi pada salur darah yang membawa darah (kemoembolisasi transarteri, TACE). Malangnya, rawatan standard sedia ada tidak berkesan untuk merawat pesakit barah peringkat akhir.

    “Sebelum ini pesakit barah hati peringkat akhir tidak mempunyai pilihan rawatan yang berkesan dan ramai mati dalam masa setahun selepas disahkan menghidap penyakit ini dan untuk peringkat lanjutan pula biasanya doktor menyarankan pesakit mencuba ubat makan seperti sorafenib,” katanya.

    Ada yang bertanya, mengapa pesakit kanser hati tidak diberi rawatan kemoterapi seperti pesakit kanser lain? Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hepar Kebangsaan, Datuk Dr Nor Shahidah Khairullah berkata, penggunaan kemoterapi akan menambah ketoksikan ubat anti kanser dalam badan. Hati yang sepatutnya bertugas menyingkir bahan toksik daripada badan tidak mampu menjalankan tugas berkenaan dan kemoterapi akan memberi lebih beban kepada hati.

    Ini menyebabkan rawatan untuk kes kanser hati, terutama yang teruk, lebih mencabar dan 70 hingga 80 peratus pesakit menunjukkan penerimaan badan yang lemah terhadap rawatan. Faktor lain yang menyebabkan kanser sukar dirawat ialah kerana ia mempunyai beberapa ciri yang sangat unik iaitu:
  • Boleh memasuki aliran darah yang memudahkannya merebak dan menyebabkan kerosakan pada organ lain
  • Boleh hidup lama
  • Mempunyai keupayaan untuk merebak pada sel organ lain (metastasis)
  • Mempunyai kebolehan untuk menggandakan sel dan terus hidup
  • Boleh membentuk salur darah baru (tidak normal) untuk mendapat oksigen dan nutrien bagi terus hidup (angiogenesis)

    Kadar kejayaan kelangsungan hidup pesakit kanser hati yang rendah berlaku di seluruh dunia. Kajian menunjukkan di kalangan pesakit di Eropah kejayaan kelangsungan hidup selama lima tahun hanya 8.6 peratus, Amerika Syarikat (kurang tujuh peratus) dan kurang 10 peratus bagi pesakit yang tidak sesuai menjalani pembedahan di Asia.

    Justeru, pesakit perlu peka dengan perubahan pada diri sendiri dan segera mendapat rawatan sebaik disahkan menghidap kanser hati. Memang rawatan untuk kanser sangat mahal, justeru pesakit perlu bersungguh-sungguh dan berdisiplin ketika mendapatkan rawatan.

    Antara ubat yang disaran untuk pesakit kanser hati peringkat teruk ialah sorafenib (ubat makan) yang didapati mampu meningkatkan kelangsungan hidup pesakit sebanyak 44 peratus iaitu daripada enam bulan kepada 10.7 bulan. Ia menghalang penggandaan sel barah dan menghentikan pembentukan salur darah tidak normal. Melalui kaedah ini sel barah akan mati kerana ketiadaan oksigen dan nutrien.

    Peningkatan ini mungkin dianggap sangat kecil bagi sesetengah orang tetapi besar maknanya kepada pesakit kanser kerana ia membolehkan mereka menghabiskan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarga. Malah dengan rawatan yang semakin baik dan kepatuhan kepada pengambilan ubat, kualiti hidup pesakit juga meningkat.

    “Sebelum ini pesakit tiada pilihan rawatan yang berkesan dan ramai meninggal dunia dalam masa setahun selepas penyakit dikesan. Memang rawatan untuk kanser hati sangat mahal dan ini sebabnya kita mengadakan Program Bantuan Pesakit (NexPAP) untuk meringankan beban pesakit. Program ini memberi bantuan ubat selama setahun dengan syarat pesakit mesti mencuba dulu ubat ini (biaya sendiri) untuk dua bulan.

    “Syarat berkenaan untuk memastikan pesakit bersungguh-sungguh menjalani rawatan dan mampu menghadapi kesan sampingan ubat yang bersifat sementara dan biasanya hilang dalam tempoh 12 minggu. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami ialah masalah kulit (ruam, gatal dan sakit), cirit-birit, letih lesu dan keguguran rambut,” katanya.

    Program ini adalah kerjasama Bayer Schering Pharma dan Yayasan Hepar Malaysia. Pesakit yang ingin menyertai program ini boleh menghubungi talian 03-7842 6101.

    Penjagaan kesihatan hati
  • Amalkan pemakanan seimbang dan sihat
  • Kerap bersenam
  • Kurangkan pengambilan minuman beralkohol
  • Kurangkan makan apabila umur meningkat (kerana hati juga mengalami penuaan, mengehadkan makan boleh mengurangkan beban hati)
  • Minum banyak air (satu hingga satu liter setengah setiap hari)
  • Jalani ujian kesihatan secara berkala (untuk jangkitan Hepatitis B dan C). Individu yang dijangkiti virus ini mempunyai risiko 300 kali lebih tinggi mendapat kanser hati
  • Dapatkan rawatan segera jika anda dijangkiti virus Hepatitis C
  • Bagi anda yang lahir sebelum 1989, dapatkan suntikan vaksin Hepatitis B (pelalian Hepatitis B dimasukkan dalam Program Vaksin Kebangsaan sejak 1989. Ini bermakna individu yang lahir pada dan selepas 1989 sudah mendapat perlindungan ini
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Boleh ambil makanan tambahan seperti milk thistle dan dukung anak untuk meningkatkan fungsi hati
  • Isnin, 5 Julai 2010

    Awas ancaman serius talasemia



    Kanak-kanak talasemia terpaksa melalui rawatan konvensional yang menyakitkan.


    APA sebenarnya talasemia? Sering kali kita mendengar perkataan itu disebut, namun adakah kita faham apa sebenarnya penyakit itu?

    Perunding Hematologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Goh Kim Yen berkata, talasemia adalah penyakit keturunan yang berlaku pada sel darah merah.

    “Ia merupakan keadaan yang diwariskan oleh ibu bapa kepada anak. Ini berlaku akibat kecacatan gen yang menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal,” katanya.

    Menurutnya, mereka yang mempunyai penyakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah.

    Hemoglobin katanya, adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh.

    Akibat kekurangan sel darah merah yang normal, pesakit akan kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah dan menyebabkan berlaku anemia.

    “Kekurangan sel darah merah yang membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun,” katanya.

    Penghidap talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang tiada oksigen gagal berfungsi dengan baik lalu tubuh menjadi lemah, gagal berkembang dan mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan sebagainya.

    Jelas beliau lagi, pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada sekitar 4 atau 5g/dl.

    Jenis talasemia

    Talasemia terbahagi kepada minor dan major. Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-

    tanda talasemia atau dipanggil pembawa.

    Manakala talasemia major pula merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia (pesakit).

    Terdapat dua kategori talasemia berdasarkan molekul globin pada sel darah merah iaitu alpha dan beta (mengikut rantaian).

  • Talasemia alpha berlaku apabila satu atau lebih daripada empat gen yang diperlukan untuk membentuk rantaian globin alpha hemoglobin tidak bersesuaian atau tidak wujud. Jika hanya dua gen terlibat, individu tersebut hanya pembawa. Anemia peringkat sederhana dan teruk terjadi apabila lebih daripada dua gen terjejas. Paling membimbangkan apabila empat gen terjejas menyebabkan ibu hamil yang mengidap talasemia menghadapi risiko keguguran atau jika bayi lahir menyebabkan kematian.
  • Talasemia beta berlaku apabila salah satu atau kedua-dua gen yang diperlukan untuk membentuk rantaian globin beta hemoglobin tidak serasi.

    Jika kedua-dua gen terjejas, anemia boleh terjadi secara sederhana hinggalah ke peringkat teruk. Talasemia peringkat teruk ini juga dikenali sebagai anemia Cooley.

    Tanda dan gejala talasemia

    Menurut Dr Goh, biasanya anak-anak pembawa talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan dan status pembawa cuma dikesan apabila pemeriksaan darah dijalankan. Untuk mereka yang mengidapi talasemia major, penyakit itu biasa dikesan apabila seseorang bayi mencapai lingkungan usia enam bulan sehingga setahun. Simptom yang biasa menarik perhatian ibu bapa untuk membawa anak mereka berjumpa dengan doktor adalah masalah pucat atau lambat dari segi tumbesaran.

    Bagaimanapun, mereka mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan. Tubuh mereka akan pucat, lemah dan mudah menghidap sebarang penyakit.

    Anemia yang serius boleh menyebabkan masalah jantung dan sukar bernafas.

    Perut mereka juga akan membuncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa. Pembentukan tulang muka, pipi dan rahang juga tidak normal.

    Selain itu, pertumbuhan mereka juga terbantut termasuk organ seks tidak akan berkembang. Bagi pesakit talasemia perempuan, payu dara mereka tidak membesar, pertumbuhan bulu badan terjejas dan mereka juga tidak mengalami haid.

    Lazimnya pesakit talasemia meninggal dunia pada usia yang muda iaitu sekitar belasan tahun dan ada yang mencapai hingga usia 30 tahun.

    Rawatan penyakit talasemia

    “Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan,” kata Dr. Goh.

    Bagaimanapun transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting seperti hati, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.

    Jika ia berlaku di bahagian pituitari (otak), pesakit akan mengalami masalah tumbesaran termasuk organ seks yang tidak berkembang.

    “Jika zat besi berkumpul di bahagian jantung, pesakit mengalami sesak nafas dan lemah jantung, manakala jika ia berkumpul di bahagian pankreas pesakit akan mendapat diabetes,” katanya.

    Selain itu kata beliau, zat besi yang terkumpul di bahagian kulit pula akan menyebabkan ia berubah warna gelap.

    Jelas Dr. Goh lagi, rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine menggunakan alat khas. Bagaimanapun proses itu menyakitkan kerana ia mengambil masa yang lama sekitar lapan jam.

    “Bayangkan jika kanak-kanak terpaksa melalui proses ini, alat tersebut akan dipasang kepada mereka setiap malam selama beberapa hari,” katanya.

    Selain itu terdapat rawatan pengkelatan besi (nyah besi) terkini iaitu melalui tablet yang dipanggil Exjade.

    Rawatan tersebut lebih mudah digunakan kerana ia berbentuk tablet dan hanya perlu direndam dalam air sebelum diminum. Bagaimanapun, harganya agak mahal dan sehingga kini belum digunakan sepenuhnya di kebanyakan hospital.

    Talasemia juga boleh dipulihkan melalui pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga.

    Paling berkesan kata beliau, pemindahan stem sel yang terdapat pada tali pusat melalui teknologi terkini. Ia juga boleh dilakukan di kalangan ahli keluarga. Proses pemindahan stem sel itu perlu dilakukan kepada pesakit talasemia ketika masih bayi atau berumur lima tahun ke bawah sebelum sebarang masalah kesihatan terganggu.

  • Isnin, 28 Jun 2010

    PENCARIAN PENGASUH BERHEMAH DITERUSKAN LAGI...


    Online Credit Card Payment
    Advertisement Details


    Order no. : 43000
    Customer Name : TASKA AL HUMAIRAA
    Phone No :
    Publication : Berita Harian
    Sub-Classification : JAWATAN KOSONG
    Publication Date : 30/06/2010 - 03/07/2010
    Number of day(s) : 4 day(s) ( 3+1 )
    TOTAL COST + 5% G.S.TAX :
    Receipt No : OA43000
    Approval Code : 003039
    Transaction Date : 28/06/2010 04:06 pm

    Ahad, 27 Jun 2010

    KENAPA KITA CIRIT-BIRIT?

    Protozoa penyebab cirit-birit




    CUKUP menakutkan apabila parasit halus menjadikan tubuh manusia sebagai perumah tanpa kita disedari.

    Jika dahulu masyarakat sering didedahkan dengan bahaya cacing tularan tanah seperti cacing gelang, cacing cambuk, cacing kait dan cacing benang, kini jangkitan protozoa juga tidak harus dipandang ringan.

    Malah, bagi mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kehadiran parasit daripada pelbagai jenis terutama protozoa menjadikan keadaan lebih serius.

    Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, perkara ini bukan sesuatu yang baru dalam penyelidikan berkaitan parasit yang menjadi ancaman kepada kesihatan manusia.

    “Bagi pesakit AIDS atau kanser yang sedang menjalani rawatan kimoterapi, kebarangkalian untuk dijangkiti parasit usus adalah agak tinggi,” katanya.


    SELAIN usus besar, hati, limpa dan paru-paru sering menjadi perumah parasit jangkitan usus.


    Protozoa pembunuh

    Jelas Norhayati, infeksi protozoa terhadap golongan yang mempunyai sistem imun badan lemah dikenali melalui simptom cirit-birit berpanjangan, hilang selera makan dan turun berat badan.

    Jelasnya, protozoa usus daripada jenis koksidia seperti Cryptosporidium parvum dan Isospora belli serta kumpulan mikrosporida usus menjadi penyebab utama cirit-birit berpanjangan.

    Norhayati juga menjelaskan, secara amnya, infeksi parasit usus sering ditemui dalam masyarakat namun penghidapnya tidak mempunyai gejala yang jelas.

    “Oleh itu, kes-kes jangkitan ini jarang dikesan di pusat kesihatan dan hospital.

    “Keadaan ini amat berbeza dengan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus seperti H1N1, di mana pesakit menunjukkan gejala,” jelasnya yang turut menyatakan infeksi ini melibatkan protozoa dan cacing tularan tanah (STH).

    Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus jangkitan usus ini menular secara senyap kerana tiada gejala khusus.


    NORHAYATI MOKTAR


    Ujarnya, meskipun Malaysia merupakan negara membangun, masalah jangkitan parasit usus masih membelenggu penduduk di beberapa kawasan.

    Disebabkan sebaran parasit ini menular melalui makanan dan air yang tercemar dengan najis manusia, taburan penyakit lebih banyak ditemui di kalangan penduduk yang tinggal di pedalaman yang tidak mempunyai sistem pembuangan najis yang baik serta bekalan air bersih seperti air sungai.

    Ganggu tumbesaran

    Tambah beliau, infeksi protozoa usus terutama Giardia intestinalis boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak.

    Jelasnya, terdapat beberapa mekanisme bagaimana parasit usus menyebabkan mulnutrisi terhadap kanak-kanak malah golongan dewasa.

    “Selain mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, pesakit juga akan mengalami ciri-birit yang kronik, muntah dan sakit di bahagian abdomen.

    “Kesan-kesan ini akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembagan fizikal dan mental kanak-kanak terbantut,” katanya.


    PROTOZOA Giardia lamblia cysts di bawah mikroskop.


    Dalam pada itu, kawalan dan pencegahan infeksi parasit usus mungkin memerlukan pendekatan yang baru kerana kajian terbaru membuktikan sumber infeksi protozoa spesies Giardia intestinalis bukan saja daripada manusia ke manusia tetapi melalui anjing dan roden.

    “Walaupun jangkitan parasit usus ini mempunyai kadar kematian yang rendah dan jarang diperkatakan umum, kawalan dan pencegahan harus dipertingkatkan kerana ia mampu mengganggu kualiti hidup seseorang,” ujarnya.