“FAHAMILAH PERASAANKU :
30 LUAHAN PERASAAN SUAMI
ditulis oleh Dr.Hassan mohd Ali.
Buku
ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini
disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada
pihak suami. Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah
konsisten.
Daripada luahan pertama, ‘iktiraflah kelelakianku’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri.
Buku
ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya
membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan
perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang
perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku
yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalah isteri.
Ramai
di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak
para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan
berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh
dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa
yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian
mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan
mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi
seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli
keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan
masalah yang dihadapi.
Sebagai
saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat
didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli
keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka
dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik
sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.
.
BAB 1: LUAHAN DAN PERASAAN HATI SUAMI
Luahan 1 “Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku”
Luahan 2 “Isteriku, Jagalah Rumahku”
Luahan 3 “Isteriku, Janganlah Leteri Aku”
Luahan 4 “Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
Luahan 5 “Isteriku, Berbincanglah Denganku”
Luahan 6 “Isteriku, Hiasilah Dirimu”
Luahan 7 “Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku
Luahan 8 “Isteriku, Hargailah Pemberianku”
Luahan 9 “Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
.
BAB 2:LUAHAN DAN KELUHAN HATI SUAMI
Luahan 10 “Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
Luahan 11 “Isteriku, Jagalah Pakaianku”
Luahan 12 “Isteriku, Didiklah Anak-anakku”
Luahan 13 “Isteriku, Raikan Keluargaku”
Luahan 14 “Isteriku, Sembunyikanlah, Kepintaran dan Kelebihanmu”
Luahan 15 “Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
Luahan 16 “Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
Luahan 17 “Isteriku, Patuhlah Kepadaku”
Luahan 18 “Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
Luahan 19 “Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu”
.
BAB 3:LUAHAN DAN HARAPAN HATI SUAMI
Luahan 20 “Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku”
Luahan 21 “Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku”
Luahan 22 “Isteriku, Jadikan Anak-anakku -Insan Berakhlak Mulia”
Luahan 23 “Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku”
Luahan 24 “Isteriku, Janganlah Boros”
Luahan 25 “Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
Luahan 26 “Isteriku, Galakkanlah Hobiku”
Luahan 27 “Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelekku”
Luahan 28 “Isteriku, Berjimat Cermatlah”
Luahan 29 “Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
Luahan 30 “Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku!“
Saya
masih lagi dalam proses membaca buku ini…mudah2an saya dapat memahami
hati suami saya dgn lebih baik selepas ini. Mudah2an Allah bantu saya
utk menjadi isteri yg sentiasa taat dan mengutamakan hati suami dalam
segala hal…ameeen.