Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Sabtu, 29 Ogos 2009

Cabaran Pengasuh Adalah Cabaran Khusus Buat Semua Pengusaha Taska

Beberapa hari yang lepas, seorang pengasuh datang jumpa kami memaklumkan yang beliau diofer menjadi guru di salah sebuah sekolah swasta di Kajang..

Bagi kami secara peribadi...ahlan... kerana menuntut pelbagai ilmu dan pengalaman kerja adalah satu kelebihan dan kebaikan untuk si pencarinya.

Bagi Taska... alamak... kurang seorang lagi pengasuh terutama di bulan pose ramadhan.... nak cari pengganti tentulah susah sebab pose-pose ni tak ramai nak mulakan kerja... lepas pose tentulah raya, ramai yang takut nanti tak leh balik ke kampung... kalau buat iklan jugak maka membazirlah iklannya kerna no positif response...

Kekakak yang tertinggal pula tentulah terkesan dgn workload yang akan bertambah.... kena do something nie.... biasanya pihak kami akan sediakan insentif emergency may be berbentuk wang atau barangan...

Dalam pada itu, Allah akan uji dan bagi nikmat setiap event yang berlaku, kami menerima beberapa panggilan daripada parent... majoriti nak masukkan anak.... alamak rezeki datang bila berlaku kekurangan kekakak....

Itulah pattern ujian yang kami hadapi sejak setahun ini.... parents nak masukkan anak.... kekakak pulak susah nak cari.... sebab jadi pengasuh ni tak glamour berbanding dgn pekerja kilang walaupun gaji bersih adalah sama atau hampir sama.....

Kami sentiasa berdoa pada allah agar permudahkan urusan taska ini demi anak-anak genius yang suci jiwa dan hati ini di Taska Al Humairaa.....

Aminnnnnn.....Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin ya Rabbal a'lamiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin!


Jumaat, 14 Ogos 2009

OH H ONE N ONE..

Salaam.


Bahana H1N1, HFMD memang jadi ketakutan kita. Sama-sama berdoa moga Allah melindungi kita. Mak Nah kongsikan sedikit ilmu untuk kita..,

=========================================================


Tersebut di bawah adalah pendirian peribadi saya sebagai Pengamal Perubatan Moden di premis hospital swasta dan saudara seIslam yang jaga kesihatan anggota.

1. Influenza A sudah berada di mana-mana. Ia disebabkan oleh Virus dan dibunuh atau dikalahkan oleh imuniti kita iaitu Antibodi sendiri; dan bukan Antibiotik ringan [Amoxycillin, Penglobe] atau yang kuat [Maxipime, Sulperazon dan wide-spectrum Antibiotik].

2. Makanan-minuman yang seimbangan dietnya [Balanced Diet] lagi Halal, kegiatan harian yang sihat serta Immunisasi adalah antara perkara-perkara yang 'Diberatkan' . Jaga kebersihan diri; beribadat serta berdoa sungguh2; serta ikuti Nasihat Preventif Kesihatan dari masa ke semasa adalah titik-tolak yang tepat bagi menjauhi penyakit Berjangkit yang sebegini.

3. Influenza ada berbagai jenis dan presentasi. Kos pemeriksaan darah khusus untuk komformasi ya atau tidak H1N1 adalah mahal. RM180 utk hantar blood test ke IMR Kuala Lumpur atau RM780 ke makmal di Singapura. Jadi tak usah mintak-mintak diperiksa, ye.

4. Panicky, Acute Anxiety atau naik temper bila berdepan dengan masalah kesihatan serta karenah birokrasi makmal/klinik/ institusi hospital tidak menyelesai masalah malah memburukkan suasana dan lebih teruk lagi beri imej buruk kepada golongan pendakwah Muslim. Relak le dan bersabor le banyak-banyak. Kalau saya sendiri tak angkat telefon atau jawab sms, please husnu-dzan dgn saya. Over-work dan stressful di hospital masakini.

5. Ringkasnya bila berdepan dgn flu-like-illness. .... asimptomatik atau mild shja; please makan ubat dan duduk rumah. Moderate
symptoms dan severe cases, datang ke hospital utk rawatan lanjut. Plus kalau ada risiko kesihatan yang diwar-warkan. Jumpa doktor berdekatan atau pergi ke hospital; ambil giliran dan duduk diam-diam berdzikir sebelum diperiksa doktor.


Ya Allah, Engkau mencipta sesuatu, Engkau juga yang menghapuskannya. Hindari kami dari segala kemudharatan dan permudahkan hidup kami..

Amiin.

Rabu, 5 Ogos 2009

Mak Nah ambil Pengasuh India ke?

Sehari dua nie... di taska alHumairaa terlihat kelibat 2 gadis india...keluar masuk taska, rehat kat taman sambil duduk di kerusi luar....ada yang senyum sambil menyambut parents alHumairaa..

Mak nah menerima senyum kehairanan daripada sebahagian Parents alHumairaa yang lain.

Ada parents mula perihatin atau curious atau awareness atas perubahan suhu di alHumairaa... Ada yang sms bertanyakan....

"ada pengasuh india ke?" "muslim ke?"

"kena pasang cctv sampai ke toilet dan di mana sahaja... demi keselamatan anak-anak"

Kami jawab, tak boleh ke.... One Malaysia!

Ada parents yang dah mula risau... membenarkan pintu hati diketuk oleh pemikiran negatif dan berfikir yang bukan...bukan.....

Pihak taska dah buat iklan lebih dari 6 kali.... ramai anak melayu yang telefon tetapi sedikit yang datang....

daripada sedikit yang datang..... hanya sebahagian besar isi borang dan menghilangkan diri.... hanya 2-3 orang yang bekerja....

tapi setakat 2-5 hari sahaja..... lepas tuuu menghilangkan diri atau memohon mengundur diri kerana...... tak larat nak jaga bayi dan kanak-kanak yang comel dan genius ini....


Sebenarnya... 2 gadis india itu adalah satu kelas dgn mak nah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak... datang ke alhumairaa untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh lecturer... iaitu meneliti perkembangan anak-anak comel nie.... dah ada pun calonnya atau protagenya..... iaitu parents yang mampu mnerima konsep one malaysia atau konsep islam "ummatun wasata"

Usah risau... mak nah masih waras dalam pertimbangan.

Doakan kami mudah mendapat pengasuh yang berwibawa.

wassalam

Isnin, 3 Ogos 2009

EPO untuk ekzema

EPO untuk ekzema

SAYA seorang ibu kepada dua orang anak. Saya mengalami masalah kulit yang kering, manakala anak remaja saya mengalami masalah ekzema atopi.

Anak saya ini banyak bergantung kepada krim sapu untuk melegakan kegatalan dan ketidakselesaan kulit. Apakah suplemen sesuai untuk diambil untuk masalah yang kami hadapi ini?

Jawapan,

Ekzema atopik juga dipanggil dermatitis atopik. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit, namun ia boleh bermula seawal usia bayi atau peringkat awal kanak-kanak dan cenderung diwarisi oleh ahli keluarga.

Selain ekzema mendatangkan ketidakselesaan, ia juga membataskan aktiviti harian. Ini kerana pendedahan kepada cuaca panas dan terik serta perpeluhan boleh mendatangkan kerengsaan dan kegatalan kulit. Tanda-tanda ekzema termasuklah kulit yang kering dan kemerahan atau radang, pecah dan gatal.

Penghidap ekzema atopik mempunyai paras asid gama linolenik (GLA) dalam tubuh yang lebih rendah. Menambahkan kekurangan ini dengan pengambilan GLA seperti yang diperolehi daripada minyak evening primrose membantu memperbaiki fungsi halangan kulit serta respons sistem imuniti yang memberi perubahan pada kulit.

Ujikaji klinikal pada 2006 menunjukkan minyak evening primrose dari tumbuhan Rigel sebagai selamat dan berkesan untuk melegakan simptom ekzema atopik. Hasil kajian ini mendapati ia membantu:

*Melegakan kegatalan, kulit bersisik, sembab/bengkak dan kemerahan

*Mengurangkan keperluan penggunaan ubat steroid.

Namun begitu, bukan semua EPO adalah sama. Pilihlah daripada minyak EPO yang dikaji dan terbukti dan minyak yang tulen untuk memastikan jaminan kualiti.

Ekzema juga merupakan sejenis alahan kulit yang disebabkan oleh penghadaman protein yang tidak sempurna. Pengambilan probiotik, iaitu bakteria bermanfaat membantu mengembalikan populasi mikroflora usus untuk membantu memperbaiki proses penghadaman. Dengan itu, pengambilan probiotik mungkin memberi faedah untuk mengurangkan simptom-simptom alahan

Susu ibu penyelamat bayi

Susu ibu penyelamat bayi


KASIH sayang yang erat terjalin tatkala si ibu menyusukan anaknya.


BAYANGKAN situasi ini. Anda berada di tempat kejadian satu kemalangan yang mana melibatkan sebuah keluarga. Si ibu mengalami kecederaan parah, begitu juga dengan bapa dan ahli keluarga yang lain.

Kuasa Tuhan, bayi kecil dalam keluarga tersebut terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Bayi tadi menangis dengan kuat sekali, mungkin mencari ibunya atau mungkin juga kelaparan. Apa yang akan anda lakukan?

Situasi ini mungkin tepat untuk dikaitkan dengan tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini yang disambut bermula semalam hingga 7 Ogos.

"Penyusuan Susu Ibu: Tindak balas penting ketika kecemasan. Sudahkah anda bersedia?" nampaknya memberi sudut pandangan yang berbeza berbanding tema-tema sebelumnya.

Menurut Prof Dr. Jamiyah Hassan, jika mengikut takrifan yang diberi oleh Perikatan Tindakan Penyusuan Susu Ibu Sedunia (WABA), ia lebih kepada tindak balas ketika bencana alam seperti kejadian gempa bumi, tsunami, tanah runtuh dan juga ketika perang.

Namun dalam konteks negara kita yang tidak dilanda musibah alam yang dahsyat, ia boleh diterjemahkan dengan maksud yang berbeza contohnya seperti situasi di atas.

"Lebih tepat kalau kita terjemahkan ia kepada kecemasan atau darurat," ujar beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Susu Ibu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Selain itu katanya, kecemasan juga boleh dikaitkan dengan keadaan ibu-ibu yang mengalami masalah ketika menyusukan anak untuk kali pertama.

"Misalnya ibu mengalami masalah untuk menyusu di tengah malam dan bayinya menangis berterusan kerana kelaparan. Jadi bagaimana suami atau individu terdekat ibu ini boleh membantu mengatasi masalah tersebut. Ini juga merupakan satu situasi kecemasan yang perlu ditangani dengan tindakbalas yang bersesuaian," ujarnya yang juga merupakan Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Universiti Malaya.

Sejajar dengan itu katanya, semua pihak terutama suami perlu dididik dengan pengetahuan mengenai kepentingan dan kebaikan penyusuan susu ibu terutama kepada bayi berusia di bawah enam bulan. Ini bagi membolehkan mereka bertindak dengan sewajarnya tatkala berlaku kecemasan atau bencana.

"Kami di PPUM sentiasa bersedia untuk berdepan dengan situasi sebegini. Boleh dikatakan hampir separuh daripada doktor dan kakitangan di sini dilatih dengan kemahiran serta pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu," ujar beliau.

Bencana

Sementara itu, bila bercakap mengenai bencana katanya, antara yang biasa melanda negara ini pastinya banjir yang berlaku setiap tahun tidak kira di mana.

Ketika ini pastinya bekalan air bersih susah didapati. Bagi mereka yang menyusu bayi menggunakan susu formula, pasti akan berdepan dengan masalah untuk mendapatkan air bersih bagi membancuh susu dan juga mencuci perkakasan menyusu.

"Susu formula tidak menawarkan perlindungan imunisasi dan boleh membahayakan mekanisme pertahanan usus. bayi. Secara tidak langsung memudahkan jangkitan penyakit berlaku," katanya.

Bantuan susu ibu

Dalam situasi tertentu seperti ibu yang tidak dapat menyusu kerana masalah tertentu seperti sakit dan sebagainya kata Prof. Dr. Jamiyah, tindakan pantas seperti mendapatkan seorang ibu yang boleh menyusu mampu membantu menyelesaikan masalah ini.

"Di Malaysia kita belum ada bank susu seperti mana yang terdapat di beberapa negara maju. Namun jika berlaku kecemasan kita masih mempunyai pelan bantuan sampingan seperti mendapatkan seorang ibu yang sedang menyusu," katanya.

Ditanya mengenai sensitiviti masyarakat mengenai ibu susuan katanya, dalam waktu kecemasan pastinya kita akan ketepikan hal-hal lain.

"Apa yang penting adalah menyelamatkan bayi tersebut. Katakan anda seorang ibu yang boleh menyusu dan berada di tempat bencana, lalu ternampak seorang bayi kecil yang meraung, sanggupkah anda melihat bayi tersebut berterusan menangis tanpa memberi bantuan?" soal beliau.

Jelasnya lagi, dalam keadaan kecemasan pasti sesiapa saja akan menghulurkan bantuan tidak mengira kaum dan juga agama.

Dalam kes tertentu kata beliau, mungkin bantuan susu daripada ibu yang menyimpan stok dengan begitu banyak boleh membantu.

"Kita ada mengenali beberapa ibu yang mana berbuat demikian. Maka bila berlaku sesuatu kecemasan, kita akan meminta kebenaran ibu tadi dan juga suaminya untuk mendapatkan bekalan susu bagi membantu bayi kecil yang kelaparan," katanya.

Kesedaran

Ditanya mengenai kesedaran terhadap penyusuan susu ibu di Malaysia Prof. Dr. Jamiyah berkata, ia semakin meningkat terutama di kalangan ibu bapa muda.

"Kini kelibat wanita menyusukan anak dengan susu ibu boleh dilihat di mana-mana. Malah, kalau kita tengok di merata tempat misalnya kompleks membeli-belah, lapangan terbang dan hotel sudah mempunyai tempat khas penyusuan bayi. Ini memberi petunjuk yang baik tentang tahap kesedaran masyarakat mengenai kebaikan susu ibu," katanya.

Menurutnya, merujuk kepada data ibu-ibu yang melahirkan anak di PPUM, jumlah mereka yang memberi susu badan secara eksklusif (enam bulan pertama tanpa sebarang suplemen lain) melebihi 30 peratus.

Walaupun bilangan masih rendah kata beliau, ia sebenarnya sudah meningkat berbanding sebelumnya.

"Kita telah mengenalpasti beberapa kekangan penyusuan eksklusif terutama bagi wanita berkerja. Kerana itu kami menyeru kepada majikan agar memberi sedikit kelonggaran kepada ibu yang menyusu bagi membolehkan mereka memberi penyusuan eksklusif," katanya beliau.

Selain itu katanya, peranan suami dalam menjayakan penyusuan eksklusif amatlah penting.

"Dalam banyak aktiviti yang kami jalankan, saya menggalakkan suami untuk hadir bersama, supaya mereka faham dan tahu mengenai kepentingan serta kebaikan penyusuan susu ibu," katanya.