Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Sabtu, 27 Mac 2010

Pekerja Minda Usahawan Sukar Dicari

Salam,

Dalam bengkel Tenaga Asuh Bimbing yang lepas, encik Allwee ada membicarakan tentang Pekerja Vs Majikan.

Beliau menyentuh pandangan Robert T.Kiyosaki dalam siri buku - buku beliau.

Mengikut Robert T.Kiyosaki bahawa pekerja hanya memikirkan tentang
A) Keselamatan
B) Kebajikan
C) Pendapatan secukup untuk hidup sebulan

Berbeza dengan usahawan yang hidupnya membina pekerjaan untuk orang lain, tahu menggunakan semaksimum mungkin peluang yang ada disekeliling mereka, tahu apa itu aset kekal dan apa itu aset berubah-ubah.

Apabila pekerja melatih dirinya berfikir menggunakan minda usahawan maka pekerja ini mudah memahami kepayahan majikan dan tahu bahawa tidak semua majikan itu penipu atau menekan pekerja. Majikan juga tertaluk kepada "kehendak industri".

Pekerja seperti ini, dicari oleh majikan masa kini kerana mereka adalah pekerja yang kurang karenah...mereka datang bekerja kerana ingin menuntut ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin sebelum membebaskan diri menjadi usahawan pula seterusnya memperkembangkan industri yang ada.

Para pengasuh diajak berfikir seperti itu... seterusnya berani mengembangkan kemahiran yang ada dan berani menjadi majikan pula atau usahawan yang berjaya.

Persoalannya adalah adakah mereka akan menjadi pekerja hamba yang akan komen itu dan ini, masuk campur dalam urusan pentadbiran membabi buta.... tindakan berdasarkan khabar angin sahaja...... atau berdasarkan fakta....

Atau mereka adalah bakal mengembangkan ilmu pengasuhan ini ......

wallahu'alam.

Ahad, 21 Mac 2010

BENGKEL LATIHAN PENGASUH TAB BULAN MAC 2010

Semalam 20 Mac 2010, Pihak pengurusan taska alHumairaa mengadakan Bengkel Latihan pengasuh-Pengasuh Taska (TAB) untuk bulan Mac.

Antara isu yang diperkatakan atau dibincang ialah

1. Isu Perkembangan anak-anak di taska di bawah kawalan TAB yang telah ditetapkan. Setiap TAB memberikan pandangan dan pemerhatian mereka terhadap setiap anak yang berada di bawah mereka dan bagaimana lagi hendak memperkasakan keperibadian anak-anak genius ini.


2. Isu yang berbangkit seperti kejadian-kejadian yang tak diingini yang mana telah berlaku di dalam taska....iaitu kejadian yang menimpa anak-anak dibawah seliaan mereka.

walaupun tidak dapat dinafikan, anak-anak adalah insan yang sedang membesar, mereka bergerak aktif dan mempunyai kawasan pemilikan, namun begitu, kakak-kakak TAB diminta mengawasi mereka dan mengurangkan kecederaan.

Beberapa kes telah dibentang kpd mereka dan diminta setiap satu menyatakan apakah solution yang terbaik yang patut dilakukan. Alhamdulillah, setiap TAB mencuba memberikan pandangan yang mereka rasakan itulah solution yang terbaik.

Akhirnya, TAB diminta sentiasa berhubung dan melaporkan setiap kejadian kepada Maknah atau pengurusan TASKA. Seterusnya mempunyai komunikasi yang baik ketika memaklumkan kepada ibubapa.

3. Sistem AlHumairaa, oleh kerana ramai TAB baru, kami pihak kami membincangkan apa itu Sistem Al Humairaa?. Kenapa Sistem Penting di AlHumairaa? dan Bagaimana melaksanakannya sebaik mungkin.?

4. Kami juga membincangkan konsep majikan dan konsep pekerja, di mana perbatasannya.

5. Beberapa games/permainan dibuat bagi merapatkan hubungan di kalangan mereka agar ukhuwwah yang dibina dapat melancarkan perjalanan pendidikan anak-anak di AlHumairaa.


Program bermula pukul 12 tghari dan tamat pada 5 petang.

wassalam.

Ahad, 14 Mac 2010

CABARAN PEMILIK DAN PENGUSAHA TASKA (TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK)

Setiap perkhidmatan ada cabaran, cabaran kami dalam industri perkhidmatan dan penjagaan anak-anak ialah

1. Menyediakan kakak-kakak pengasuh yang terlatih dan profesional.
Pihak Taska alhumairaa sentiasa memperbaharui modul yang ada bukan sahaja modul pendidikan anak-anak malah pendidikan kakak-kakak pengasuh yang kami panggil sebagai tenaga asuh bimbing (TAB).

Mencari TAB yang sanggup bersama kami mencapai matlamat yang ditetapkan seumpama mencari ikon dalam program realiti. Ramai yang bertanya, ramai yang datang tetapi ramai yang tak sanggup setelah menjalani program latihan 7 hari kami.

Pihak pengurusan sama ada Mak Nah atau encik Allwee merupakan individu yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Coach Industri oleh Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran setelah mengikuti 10 hari program Coach Industri Skim Latihan Dual Nasional (SLDN). Malah encik Allwee telahpun diberi kepercayaan untuk melatih 15 orang selama 10 hari menjadi coach industri dibawah skim yang sama yang datang daripada industri dobi, restoren, pemasaran takaful, automotif dan bakery.

Namun begitu untuk mencari TAB dan mengekalkan mereka bersama Taska Al Humairaa merupakan cabaran terbesar pengurusan taska walaupun ramai parents yang datang memujuk kami menerima anak-anak mereka namun ketiadaan TAB menyebabkan pihak kami menolaknya memandangkan quota anak di taska berada dalam limit yang telah ditetapkan.

2. Cabaran seterusnya ialah membangunkan pemikiran TAB supaya selari dengan kehendak semasa.
Pembangunan modal insan ini bermula dengan pembangunan pemikiran supaya berada dalam jalan Rabbani. Membangunkan pemikiran TAB seumpama bersedia dengan hujjah dan pandangan kerana persekitaran yang telah lama bersemadi dalam kehidupan mereka. Perkara ini amat sensitif dan perlu ditangani dengan latihan dan tempoh masa.

Setiap manusia ada egonya, kami sentiasa berhadapan dengan ego lepasan SPM, ego lepasan STPM, ego lepasan diploma dan ego lepasan ijazah.

Ada suatu ketika tu, seorang lepasan ijazah menegur pengurusan Mak Nah itu dan ini kerana berpendapat bahawa Mak Nah byk tak tahu kerana pendidikan Mak Nah hanya setakat SPM. Baginya sapa yang buat taska ialah orang yang lepasan SPM, kalau ada degree tentulah dah bekerja dan makan gaji besor.

Bila dinyatakan yang Mak Nahpun belajar kat U dan ada degree....dia agak terkejut... lepas itu barulah keadaan menjadi lebih ok dan mudah berurusan dgnnya....

Ada kalanya kami berhadapan juga dengan ego TAB yang dah ada pengalaman lampau sebagai pengasuh ditempat lain....yang ini sedikit sebanyak mengganggu sistem pendidikan di taska alHumairaa jika beliau masih ego dn taasub dgn pendidikan lamanya...habis diubah sistem yang ada dengan alasan sistem kami tak efisien dan menyusahkan malah sistem kami ni dikatakan tak sesuai dgn taska hanya sesuai dgn tadika aje.....
Keegoan ini mengambil masa untuk dipecahkan sehinggalah pemikirannya menerima sistem alHumaira adalah hak al Humairaa dan sesuai dgn alHumairaa manakala sistem lamanya hanya sesuai ditempat lamanya dan tak sesuai dgn alHumairaa kerana matlamat penubuhan yang berbeza-beza dan tak sama.

Mendidik TAB supaya mengekal sistem dan standards yang ada juga merupakan cabaran kerana ianya bergantung sepenuhnya kepada gaya pemikiran TAB, adakah masih mampu bertahan atau telah teralah dgn situasi keadaan. Pelbagai program dibincang dan diolah untuk melahirkan TAB yang berwibawa.

3. Cabaran kami seterusnya ialah mengajak Parents alHumairaa memahami matlamat dan sistem yang ditetapkan. Setakat ini alhamdulillah, pihak parents alhumairaa secara majoritinya memahami matlamat pendidikan alhumairaa dan sentiasa menyokong dan memberikan bantuan moral untuk kami meneruskan proses pendidikan yang kami yakini sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan anak-anak yang hebat dari sudut emosi, rohani, IQ dan fizikal.


Wassalam.

Selasa, 2 Mac 2010

DIARI AL HUMAIRAA

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak borak2 dgn maya ya. Panas betul kebelakangan nih. Kita yang dewasa pun boleh semput. Migrain terutamanya. Lelah pun sama. Dewasa ni ( tua2ni ) banyak penyakit berkumpul. Anak2 x berkecuali. Dek panas yang melampau, udara yang berjerubu, tak bertapis - kita mungkin alami muntah2 ( w/pun x mngalami demam ), diarea, panas malam, batuk2 dan macam2 lagi. Rajin2 la ambil seplemen. Sbb makanan yg kita ambil pun dah banyak hilang zat, C dalam badan pun dah banyak hilang dek kepanasan. Mak Nah sendiri pun kena ambil double, kalu tak, tak tergagah nak ulang g taska tengok anak2 yang bersih zahir batin tu...

DIARI...

Diari dah masuk phase ke 2, tahun ni. Alhamdulillah, banyak feedback dari parents yang dapat baca diari anak masing2. Dan banyyyaaak sangat tanggungjawab mak nah yang tertangguh dengan komen positif dan persoalan yang perlu dibincangkan. Cuma masa rasanya begitu sempit nak bolot semua. Lagi2 tengah praktikal sekarang. Masa tertumpu sepenuhnya. Walaupun taska sendiri, tapi bila kita sendiri diperhati oleh Penyelia, he he he - tak tentu laku juga dibuatnya. Memang rasanya nak jawab agr dapat puaskan hati ibu bapa yang bertanya. Rasanya nak jawab satu2. Kalu ada masa buat macam e-book tu, agar semua geng parents al humairaa dapat baca. M0ga allah beri kesempatan di celah2 praktikal ni.

Pada parents yang terlibat, nanti mak nah cuba bincang satu2 ya...Terima kasih atas feedback yang diberi, Mak nah terharu sangat. W'pn dari awal dah cakap, bukanlah mak nah sepenuhnya yang jaga anak2 tu, tapi dari pantauan yang dibuat sentiasa, Mak nah kena pastikan TAB get the job well done.

TAB...

Pasal ni, memang masalah rutin, sejak azali. Tak pernah habis2. Boleh kata tiap bulan ada la nombor mak nah dalam paper. Dan adalah bahasa2 dan perangai yang terkeluar - nampaknya masyarakat kita terutama MELAYU banyak yang sakit..

1. SAKIT BAHASA.
Bahasa dah tak de adat. Tak ada beza samada bertanya pada yang tua atau yang muda. Bahasa sms yang boleh kita interpretasikan macam2 contohnya ;

"de bce iklan, ada O ek? kat ne ek? ley sy taw.."

"kmi x taw ket ne. ley amek kmi kat kl x?"

"gaji ciput. x ckup. tmbh lak hdp d bndr bsr, pd mlanya sy bmnt tp stlh bbncg x jad la.."

"ek, sy de janji nak dtg ke? xpela sy da de kje lain.."

"law sy dtg, konpem ke dpt kje ni. x nant sy pnt2 je dtg dr jauh.."

" eh, awak yg tipu orang tu ek?"

2. SAKIT EMOSI.
Datang tgesa2. Mohon rayu bagai nak rak minta diterima kerja. rupanya emosi tak stabil..

"sya x bleh dok sinilah, teringat abang tu, abang ni... dah tido dgn dia..dia janji nak jadikan sy isteri..."

" sya rasa mcm ada orang ikut sy... sya nak balik sekarang.." ( pukul 1.30pg)

" sy xleh tido. Dengar bunyi panggil2 sy.. sy takut.."

3. Bila dah kerja pula timbul pulak macam2 cerita,

"sy penat. Ingat jaga budak saja. Rupanya banyak keje kena buat.."

"takutlah dengan mak nah. Dahla banyak prosedur, ada sistem plak. Ada bengkel lagi. Rasa teruk kerja sini"

" tak sangka kerja sini penat. Saya kerja taska dulu xlah penat macam ni."

" saya je yang buat kerja, orang lain tak de pun rasa nak tolong.."

" kalau ye saya dah kawin esok pun, takdelah sampai ramai camni sya nak jaga. Adapun sorang dua je.."

"sy x lalu mkn... bau tangan saya busuk cuci berak anak, sampai mlm x hilang.."
"kuku saya habis rosak kena buat keja tak henti..."

" banyak kerja. x smpat rehat. nak mkn pun x smpt. sembahyang pun x sempat..'

Macam-macam...

Apapun, kena teruskan berdoa. Sebab anak2 sini terpilih, maka nak cari yang mengasuh dan mendidiknya pun kenalah terpilih. Berusaha, berdoa dan bertawakkal padaNya yang memberi. Moga Allah beri yang terbaik untuk anak-anak kita...

Jumpa lagi...InsyaAllah.
MAK NAH
MAC 2’2010