Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Memaparkan catatan dengan label Memori Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memori Minda. Papar semua catatan

Isnin, 20 Mei 2013

Jangan silap didik anak

Jangan silap didik anak
Wartawan Sinar
20 Mei 2013
MOHD ZAWAWI
MOHD ZAWAWI
 
 
SEMUA anak dilahirkan fitrah, bersih, baik, cenderung pada kebaikan dan kenal ALLAH.  Tetapi kesilapan ayah, ibu dan persekitaran dalam mendidik menyebabkan anak ini membesar menjadi Nasrani, Majusi atau Yahudi," kata pendakwah terkenal Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.

Beliau berkata sedemikian dalam satu slot ceramahnya yang dipetik dari Youtube bertajuk Punca anak derhaka siri satu dan dua.

Ibn Khaldun pernah menyebut, "manusia itu adalah anak kepada persekitaran". Oleh itu, dengan merujuk kepada faktor persekitaran, radio, TV, majalah dan kawan itu saling mempengaruhi.

"(Bayi) asalnya bersih kemudian dikotorkan. Bersih sepatutnya dibersihkan dengan kebersihan iaitu diteruskan dengan pendidikan al-Quran, agama, kenal ALLAH, sayang ALLAH, berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan keyakinan. Kerana dengan keyakinan ia membetulkan akal dan nafsu," katanya.

Antara faktor lain punca anak derhaka adalah pemberian nama panggilan tidak bagus; tidak diajar mengenali al-Quran; dan mencintai Rasulullah SAW.

Antara lain punca mengapa anak derhaka adalah kerana rasa cemburu.

"Ibu dan ayah yang memberi rasa anak cemburu. Contohnya, ibu ayah tidak menyamakan pemberian kepada anak dan tidak berlaku adil, bila layanan tidak betul kadang-kadang berlaku resapan.

Resapan itu di mana anak akan menyimpan (perasaan) dan akhirnya akan timbul rasa hendak membalas dendam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Samakanlah pemberian antara anak-anak seperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam berbakti yang sama kepada kamu sekalian (ibu bapa).” (Riwayat Muslim)


SIRI SATU



SIRI KEDUA


SIRI KETIGA


BONUS


Rabu, 16 Januari 2013

Kaedah tingkat memori anak

Oleh Siti Zarinah Sahib

Ketika mengandungkan anak pertama, seperti ibu lain Mazlina Karim banyak membaca mengenai kaedah terbaik dalam mendidik anak-anak yang kebanyakannya ditulis penulis Barat. Menyedari dia ingin mendapatkan didikan mengikut cara Islam, Mazlina kemudian membaca biografi Imam Shafie yang mampu menghafaz seluruh al-Quran pada usia tujuh tahun. 

Ketika itu, pada fikirannya mustahil untuk anak orang lain menjadi seperti Imam Shafie kerana dia insan terpilih dan hebat. Ketika itu juga Mazlina seolah terdengar ada suara membisikkan kepadanya, ia tidak mustahil.

“Anak saya boleh mencapai apa yang saya fikirkan jika saya berkeinginan dan dengan izin Allah, ia akan terjadi. Ketika hamil anak pertama itu, saya bernazar jika impian tercapai, saya akan berkongsi dengan masyarakat umum. Alhamdulillah anak saya (Darwisya Adrianna, 7, dan Darwish Adrian, 5) mampu menghafaz 30 surah al-Quran sebelum mencapai usia tiga tahun,” katanya yang menggunakan kaedah memainkan cakera padat video (VCD) surah yang perlu dihafal anaknya pada waktu Maghrib bagi membantu mereka mengingati al-Quran dengan lebih mudah.

Menurut Mazlina, terdapat pelbagai pandangan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan ia bergantung kepada latar belakang ibu bapa dalam memilih kecenderungan pendidikan untuk anak mereka. Ada yang memilih untuk mendahulukan pengajaran ilmu dunia contohnya membaca, menulis dan mengira pada usia empat dan lima tahun. Sebab itu, rata-rata ibu bapa menghantar anak ke sekolah tadika atau prasekolah.

Namun perbezaannya, pengajaran di sekolah hanya berhenti setakat mengenal huruf, membaca dan mengira tanpa melatih untuk menghafal sedangkan menghafal mempunyai banyak kebaikan yang tidak diketahui ibu bapa.

Antaranya, ia meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak. Ini dapat dilihat sejak hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat yang menandakan bayi boleh diajar dengan memperdengarkan ayat al-Quran dan ia permulaan pendidikan sebaiknya untuk bayi dan kanak-kanak.

“Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa saja pembelajaran sejak lahir. Otak mereka pada waktu ini ibarat span yang amat mudah menyerap air. Malah mengikut kajian sains, pada usia dua tahun, kapasiti otak kanak-kanak menyamai 80 peratus otak dewasa,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Mazlina memilih untuk mendedahkan ilmu al-Quran terlebih dulu berbanding dunia kerana pelajaran bahasa boleh dipelajari di tadika dan di sekolah nanti.

Sehingga umur anak-anaknya mencecah tiga tahun, Mazlina tidak pernah mengajar A hingga Z atau kiraan satu hingga 10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Tetapi anaknya Darwisya dan Darwish sudah boleh mengenal dan menghafal sendiri dengan bantuan secara ti-dak langsung daripada VCD kartun.

Selain itu, aktiviti menghafal mampu menjadikan kanak-kanak menguasai sesuatu dengan cepat kerana mereka sudah memahami konsep al-Quran.

“Apapun saya yakin ini kerana otak mereka dilatih untuk memberi tindak balas yang cepat ketika mengaji. Jika difikirkan ada benarnya. Mengikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik,” jelasnya.

Melatih otak menjadi kuat sama caranya dengan membentuk otot tubuh bertenaga dan mantap. Jika inginkan badan sihat dan lebih stamina, perlu rajin melakukan senaman.

“Keadaan ini sama dengan otak, tiada had umur minimum memulakan latihan. Contohnya kanak-kanak akan mengingati lagu yang ibu mereka dodoikan sebelum tidur dan boleh menyanyikannya semula apabila usia mereka meningkat dua tahun ke atas. Anak saya contohnya mampu menghafaz surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah itu ketika masih bayi.

“Pada usia dua tahun lapan bulan dia sudah menghafaz lapan surah pendek dan sekurang-kurangnya 17 surah apabila usia mencecah tiga tahun,” ujarnya.

Membaca dan menghafal dua perkara berbeza namun boleh dijalankan serentak. Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak itu pandai membaca al-Quran untuk mula menghafal sebaliknya boleh dimulakan seawal usia enam bulan. Buktinya, ramai huffaz (penghafal quran) daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal al-Quran dengan baik.

Bertindak sebagai guru kepada dua anaknya, Mazlina menjelaskan semua kanak-kanak mempunyai persamaan. Mereka berbeza dari segi kualiti dan kuantiti didikan ibu bapa pada awal usia. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai tiga kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal al-Quran pada umur seawal tiga tahun.

Kemahiran yang diperoleh ini akan meningkatkan keupayaan, mempengaruhi daya berfikir dan menyerap pelajaran apabila mereka dewasa nanti.

“Ia ibarat latihan otak yang akan menghasilkan daya tumpuan, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka panjang. Namun mengajar al-Quran kepada bayi dan kanak-kanak berbeza daripada mengajar orang dewasa. Mengajar kanak-kanak memerlukan daya kreativiti yang lebih kerana perlu memahami dunia kanak-kanak yang masih ingin bermain.

“Sebagai contoh, bayi berusia setahun akan lebih memaksa ibu bapa mencuri tumpuan mereka untuk menyebut setiap kad imbasan kerana pada waktu ini, mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai kerja sendiri. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan,” jelasnya.

Berdasarkan pengalaman, anak lelaki dan perempuan mempunyai cara belajar berbeza. Berbanding anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Jika ibu bapa mempunyai anak yang pelat, segeralah mengajar al-Quran kerana ia terapi bercakap yang sangat elok bagi kanak-kanak.

“Ini kerana al-Quran perlu dibaca dan disebut dengan jelas dan betul justeru dalam proses mengajar, kita menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka hilang secara berperingkat. Ini diakui pakar kanak-kanak yang memberitahu untuk kanak-kanak pelat, ibu bapa perlu bercakap dengan jelas pada setiap patah perkataan. Namun dalam kesibukan, ibu bapa selalunya tidak berkesempatan berbuat begitu,” katanya.

Mazlina yang mula mendedahkan ayat al-Quran menerusi VCD sejak anaknya berusia enam bulan teruja setiap kali melihat perkembangan mereka. Setiap pagi selepas bangun tidur sebelum menonton rancangan kartun kegemaran mereka, Mazlina memutarkan bacaan al-Quran terlebih dulu. Ini dilakukan secara berterusan setiap pagi manakala pada waktu malam, dia mengambil masa 30 minit sehingga satu jam untuk mengajar anaknya mengaji Iqra’.

“Setelah mencuba dan nampak hasilnya pada Darwisya dan Darwish, saya membuat kesimpulan memang benar kata orang pendidikan bermula dari rumah. Kaedah yang saya gunakan bermula daripada bayi baru lahir sehingga tiga tahun.

“Saya tidak berjumpa sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir sehingga usia tiga tahun ke atas di Malaysia. Jadi ibu bapa yang perlu menjadi guru dan rumah sebagai sekolah pertama untuk mereka,” katanya.

Darwisya yang kini bersekolah di Sekolah Antarabangsa Moden Arab baru-baru ini mendapat semua A bagi tujuh mata pelajaran dengan empat subjek mendapat markah penuh 100 peratus. Malah pengetua sekolah menyatakan Darwisya seorang pelajar pintar.

“Saya yakin berkat mengajar al-Quran daripada kecil, Darwisya mampu menguasai kemahiran menyerap apa saja ilmu yang diajar kepadanya. Saya berharap ibu bapa tidak teragak-agak apa yang patut diajar dulu kepada anak, sama ada ABC atau alif ba ta.

“Jika mengajar membaca bahasa Inggeris atau bahasa Melayu kita akan berhenti setakat mengenal huruf, membunyikan perkataan dan membaca. Tetapi menerusi al-Quran, ada satu langkah yang akan dikuasai oleh otak mereka yang tidak akan diperoleh melainkan menghafal al-Quran. Inilah yang akan meningkatkan daya memori kanak-kanak.

“Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka,” katanya yang merujuk kepada sejarah ilmuwan Islam ketika di zaman kegemilangan Islam apabila mereka memulakan pendidikan sejak dari kecil lagi.

Mereka bukanlah tiba-tiba menjadi orang bijak pandai sebaliknya menghafaz seluruh al-Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang ilmu lain seperti matematik, kimia, fizik, astrologi dan sains. Dengan cara ini, muncul ramai ilmuwan Islam seperti al-Khawarizmi, Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd, Ibnu Sina, al-Farabi dan Ibnul Khaitam.

Sabtu, 23 Mei 2009

Kenali Pengendali Taska al Humairaa

Taska Al Humairaa / Genius Kids Centre dikendalikan oleh

1) Puan Hasnah,
Lepasan Ijazah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (minor dalam psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa.

Di samping memiliki Diploma Awal Pendidikan Kanak-kanak. Juga memiliki pelbagai sijil pendidikan, pengurusan dan pemakanan sama ada daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mara atau Institusi Pendidikan.

Antaranya ialah 


A)Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY

B) Sijil Certified Industrial Coach by SLDN n HRDF

C) Certified Trainer Oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
Beliau pernah bekerja di Intaz dibawah Nury Institute Of Parenting dan Child Development (Dato Dr Noorlaily) sebagai pegawai pendidikan.

Mampu mengajar dalam bidang pengurusan bayi- anak - kanak, keibubapaan, pengurusan taska - tadika dan subjek yang berkaitan.
2) Encik Allwee,
Lepasan Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa.

Pernah bekerja sebagai:

#) Pengurus di Yayasan Aminuddin Baki, 

#) Pegawai projek pendidikan di Nury Institute of Parenting and Child Development.

#)Trainer dan Perunding Latihan dan Penyelidikan di Akademi Aidit Sdn Bhd.


#)Kini,sebagai Master Trainer n HRE Consultan, Fakiih Solutions n Training Sdn Bhd.

Memiliki 


*) Sijil Certified Trainer oleh PSMB (HRDF),
*) Certified Industrial Coach SLDN, 
*) Pengamal Mindmapping (mindmapper), 
*) Master Reiki n innerpower, 
*) Sijil NLP (Neuro Linguistic Programming), 
*) Sijil EFT (Emotional Freedom Technique),
*) Sijil-sijil Bidang Pengurusan dan Kewangan, 
*) Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY.
dan pelbagai sijil TOT yang berkaitan dgn bidang yang diceburi.

Tenaga pengajar dalam bidang 

a) Personaliti Unggul / Power
b) pemikiran, 
c) pengurusan minda dan stres, 
d) mindmapping, 
e) Aura dan Warna dan 
f) Program berkaitan pengurusan (masa, Stress, decision making, perhubungan pelanggan dll)
Wassalam.