Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Khamis, 30 Julai 2009

JIWA Kekawan (Heart Q)

Dah lama nak kongsi cerita ni. Tapi tak berkesempatan.
Cerita 1
Masa cuti sekolah bulan 5 dan 6 hari tu, kami sekeluarga balik kampung. Bila lalu kat jalan raya tu, anak-anak pun ternampaklah kereta warna macam kereta umi Azam. Ain pun cakap eh..eh.. kereta Azam. Lepas tu jalan lagi, nampak lah pulak kereta yang warnanya macam kereta mak Mus'ab. Shafi pun cakap: tu kereta Mus'ab. Entah ya entah tidak. rasanya warna je sama. Tapi.......

maklumat lanjut sila layari testimoni al Humairaa

Jumaat, 24 Julai 2009

APAKAH CABARAN KEPADA KESIHATAN KITA?

Apakah Keutamaan Anda? Wang atau Kesihatan

Wang atau Kesihatan

Dalam kehidupan seharian, sememangnya kita semua sibuk mencari wang untuk keperluan hidup. Sebenarnya kita semua leka bahawa tahap kesihatan perlu dijaga dalam kehidupan seharian kita.

APAKAH CABARAN KEPADA KESIHATAN KITA?

Penyakit Kronik

Penyakit yang paling merbahaya pada masa sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman atau pun virus, tetapi ia adalah penyakit kronik yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat dan pencemaran alam sekitar dan serangan radikal bebas.

TAHUKAH KITA, SETAKAT INI TIDAK ADA CARA UNTUK MENYEMBUHKANNYA

Laporan tahunan World Health Organisation (WHO) telah member amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa berjuta – juta manusia di bumi ini.
Mengikut statistik, hanya 25% penduduk dunia dianggap sihat, 50% penduduk dunia di anggap berada dalam keadaan separa sihat manakala 25% selebihnya menderita pelbagai penyakit.

TAHUKAH ANDA, APAKAH PENYAKIT–PENYAKIT YANG SEDANG MENGANCAM KEHIDUPAN MASA KINI?


Penyakit Yang Bakal Tiba


APAKAH PUNCA PENYAKIT–PENYAKIT INI?

Mengikut kajian para saintis factor utama yang menyebabkan pelbagai penyakit ialah serangan radikal bebas terhadap sel – sel badan kita setiap hari. Ini akan membawa kerosakan berterusan kepada pelbagai sel dalam badan kita.

DARI MANA DATANGNYA RADIKAL BEBAS?

  • Makanan (Makanan berlemak, bergoreng dan hangus contohnya: sate atau ikan bakar)
  • Rokok (Sebatang rokok membebas 3 trillion radikal bebas dalam darah)
  • Tekanan (Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin)
  • Bahan Kimia Toksik (Racun Serangga, dan lain–lain)
  • Minuman Beralkohol
  • Sinaran Ultra Ungu
  • Pencemaran Alam Sekitar dan lain–lain

NAMUN PENYAKIT KRONIK BOLEH DIELAKKAN

Ramai di antara kita masih menganggap penyakit kronik yang malang, penyakit yang di akibatkan oleh umur yang meninggkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa “ tua” tidak bermakna “sakit”. Untuk mengelakkan penyakit, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.

Bagaimana Untuk Kekal Sihat?

Minum 10 – 12 gelas air sehari
Makan sayuran dan buahan yang segar
Senaman setiap hari
Hadkan pengambilan lemak dan gula
Kurangkan makan nasi, roti dan gandum
Kekalkan berat badan yang ideal
Makan banyak serat (fiber)
Mengurus Tekanan dengan bijak
Jangan merokok


Namun begitu adalah sukar untuk kita mengamalkan gaya hidup serta pemakanan seperti di atas pada zaman sekarang ini. Dengan zaman serba moden ini kita tidak boleh lari daripada pencemaran alam sekitar dan pemakanan yang tidak sihat.

Kini Ada Cara Yang Lebih Mudah Untuk Kita Menjaga Kesihatan Setiap Hari

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti oleh para saintis yang dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Dengan pengambilan “produk makanan tambahan” yang mengandungi nutrisi dan bahan antioksida yang tinggi, kita dapat mengelakkan dari penyakit kronik dan kekal sihat.

Anak Psikik adalah normal tetapi hala tuju kena diperjelaskan

Saturday, 9 May 2009

ANAK ANDA MEMANG PSIKIK


KETAHUILAH BAHAWA ANAK ANDA PSIKIK

“Uncle ada kolesterol tinggi…..” dan seterusnya Nur Fitrah menerangkan maksud warna-warna medan tenaga yang telah dilukis untuk salah seorang peserta lelaki saya. Sebelum itu Nur Fitrah juga telah melukis gambar Ibu Dani dengan tiga lapis warna-warna medan tenaga dan butir-butir maksudnya sekali. Waktu itu umur Nur Fitrah baru lapan tahun. Nur Fitrah adalah anak saya yang kecil sekali, berumur 11 tahun. Walaupun saya sudah lama berkecimpung dalam mempelajari dan berkongsi ilmu tentang minda, tidak terfikir bahwa anak saya sendiri akan memberi saya fahaman yang lebih dalam tentang maksud psikik. Kerana itu kadang kala saya menjadi murid dan Nur Fitrah menjadi guru. Sejak Nur Fitrah menunjukkan bakatnya boleh melukis aura dan menganalisa maksud warna aura tersebut, kawan-kawan saya, yang juga peserta kursus saya, suka berkawan dengan Fitrah (panggilan yang biasa untuk Nur Fitrah) dan memintanya supaya melihat bukan sahaja medan tenaga , tetapi juga tentang perkara-perkara peribadi.


BAYI LAHIR PSIKIK

Lahirnya seorang bayi kedunia, bukanlah ia tanpa sebarang bekalan. Bayi dilahirkan sempurna. Lahirnya bayi adalah penuh dengan ilmu, kemahiran, keupayaan, kekuatan, daya usaha, daya fikir yang tidak kelihatan pada mata kasar kerana dihadkan oleh tubuh fizikal yang masih kecil dan belum berupaya.

Ahli sains Barat telah mengeluarkan satu pernyataan bahawa seorang bayi yang dilahirkan dengan pengetahuan yang sempurna. Namun mereka akan kehilangan pengetahuan tersebut sedikit demi sedikit apabila semakin membesar. Didalam Islam anak adalah amanah yang Allah berikan kepada sepasang suami isteri untuk dibesarkan mengikut lunaas-lunas Islam. Sesuatu yang diamanahkan mestilah sesuatu yang dikira cukup sifat dan harus dijaga supaya ia tidak menjadi sedikit atau mengurang.



ADAKAH ANAK-ANAK TAHU MEREKA PSIKIK?
Anak-anak kecil tidak mengetahui bahawa mereka adalah psikik. Tanpa menyedari mereka memberi petanda yang menunjukkan mereka adalah psikik. Petanda yang dikeluarkan mungkin dilihat seperti perkara biasa atau tiada mempunyai maksud oleh orang dewasa. Bagi anak-anak itu pula walau pun memberi petanda yang menunjukkan sifat psikiknya, mereka mungkin tidak tahu bahawa orang dewasa tidak serupa mereka. Walau bagaimana pun, bagi seorang kanak-kanak psikik yang telah mengetahui bahawa ianya adalah psikik, dia akan dapat melihat potensi psikik kanak-kanak lain juga.

PSIKIK SIFAT MINDA LUAR SEDAR
Cuba bayangkan semula perilaku anak kita semasa kecil. Ada anak yang suka bercakap sendiri ketika bermain. Jangan kita fikirkan bahawa anak itu cacat pemikiran. Sebenarnya anak itu sedang menggunakan sumber ilmu yang datangnya dari dalam, iaitu dari minda luar sedar. Anak –anak pada peringkat sebelum akil baligh adalah yang paling kerap menggunakan minda luar sedar. seorang bayi ketika lahirnya dikuasai oleh minda luar sedarnya. Minda sedarnya belum aktif lagi selain dari mendapat pancaran cahaya melalui mata, mendengar bunyi suara ibu bapa melalui telinga dan merasakan sentuhan lembut ibu serta merasa sedapnya susu ibu di lidah beserta dengan baunya.
Manusia dilahirkan siap dengan bekalan dan bekalan tersebut tersimpan di dalam minda luar sedar dalam bentuk yang belum boleh dipegang atau dilihat. Bekalan tersebut menjadi nyata apabila minda sedar berjaya menyatukan fakta fizikal yang datangnya dari luar dengan bekalan yang berada di dalam minda luar sedar, ia kemudian menjadi ilmu pengetahuan. Bekalan yang telah Allah persiapkan untuk seseorang manusia itu tidak terkata nilai dan ketinggiannya.
Sungguh bayi itu tidak boleh berkata-kata seperti ibunya, namun minda luar sedarnya sedang berada pada potensi yang paling tinggi. Contohnya, bayi boleh melihat makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Bayi dan kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh melihat lapisan-lapisan medan tenaga di keliling tubuh seseorang. Lapisan medan tenaga ini mempunyai warna-warna yang berbeza dan mempunya maksud yang berbeza. Bayi dan anak-anak juga mempunyai kebolehan psikik yang lebih tinggi berbanding dengan seseorang yang telah dewasa. Sifat-sifat psikik termasuklah membaca fikiran orang lain, boleh meneka benda tersembunyi, mengetahui terlebih dahulu perkara yang akan berlaku, dan sebagainya.


Terima kasih di atas komen-komen baru yang diberi. Tahun ini Fitrah di Tahun 6 dan sedang membuat persiapan untuk UPSR disamping setiap bulan menghadiri kelas The Child Psychic Channel. Oleh kerana banyak permintaan untuk Fitrah teruskan blog ini, buat sementara waktu saya paparkan dahulu tulisan saya untuk kolum ANAK & PSIKIK dalam Majalah Pa & Ma berdasarkan ilmu yang ada pada Nur Fitrah juga.

Salam.

Mama Fitrah
09/05/09

Rabu, 22 Julai 2009

Berkongsian Ilmu Drpd Salah Seorang Ibu AlHumairaa

Perkongsian bersama.....

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaanakan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu)Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkanbagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

Sekadar perkongsian daripada seorang rakan.

Wallahu A’lam

p/s: Kena cari rujukan kajian yg dibuat.

Shazamawati Bt Zam Hashari

==================================================================

SATU PANDANGAN YANG MENARIK....

Taska Berwajah Baru

Alhamdulillah, Taska Alhumairaa sedang mengalami proses mengubah warna dinding luaran dan dalaman.

Mudah-mudahan dengan perubahan awal ini, akan memberikan satu mood baru untuk semua penghuninya sama ada direct penghuni atau indirect.


Di samping itu, pihak taska juga memohon jasa baik ibubapa untuk mendoakan semoga taska dapat menarik lebih ramai pengasuh yang berbudi menerusi iklan - iklan yang dipancarkan di dada-dada akhbar.


Pihak Taska masih memerlukan pekerja baru untuk memantapkan urusan penjagaan dan pendidikan genius anak-anak di taska.

Wassalam

Pengurusan Taska Al Humairaa

Rabu, 8 Julai 2009

Perkhidmatan al-Humairaa




Kami menyediakan
      • penjagaan rapi daripada usia 2 bulan sehingga 5 tahun.
      • sistem latihan dan pengajaran "Anak-Anak Genius" pada setiap tahap umur/usia.
Ramai yang sangsi bagaimana usia 2 bulan hingga 2 tahun boleh belajar?
Tetapi pada hakikat dan pengalaman kami secara praktikal....

Anak-anak mampu belajar dgn sistem yang disediakan.

Mahal ke Harga/Kos sistem ini?
Taska al Humairaa mengenakan charge yang lebih kurang sama dengan taska-taska lain kerana kami mengikuti harga pasaran... Yang penting bukan keuntungan yang dicari tetapi ...kepuasaan kami dalam mendidik anak-anak yang sememangnya genius secara semulajadi


Antara program yang disediakan:
  • Program alaf baru Dr Glenn Doman.
  • Toilet Training pada usia 2 tahun.
  • Senaman Minda untuk membangunkan otak pons,otak tengah dan 4 lapisan korteks.
  • Program Pengukuhan - Kongsi Baca.
  • Program Celik Quran teknik Qiraati untuk 3 tahun ke atas.
  • Program Kenal Allah dan Rasul.
  • Program Awal Sains dan Awal Matematik.
  • Program Pemakanan Berkhasiat di mana di taska kami
    • tiada MSG,
    • tiada garam dan gula berlebihan,
    • tiada mee kuning (diganti dengan pasta dan spaghetti)
    • dan pelbagai makanan yang berkhasiat melalui menu 5 minggu.
    • Minyak ikan dan multivitamin (dari jenama terpilih dan terbaik) bagi menjana otak anak agar lebih sihat dan mudah menerima pembelajaran.

RATIO anak pengasuh dan anak
  • BAYI ialah1 pengasuh (tenaga asuh bimbing) = 4-5 anak
  • BAWAH 2 Tahun ialah 1 Tenaga Asuh Bimbing (TAB) = 6 anak
  • ATAS 2 Tahun ialah 1 TAB = 7-8 Anak
  • Ini adalah ratio yang terendah di pasaran.