Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Ahad, 28 Disember 2008

TASKA RAKAN BAYI

Selamat Menyambut Maal Hijrah.... awal muharram... tahun baru 1430 untuk Umat Islam.

Manakala tahun 2009 juga bakal menjenguk kita selepas itu.....

Tahun 1430h dan 2009 m adalah tahun yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebagai tahun bermulanya kegawatan ekonomi... khabarnya keperitan ini akan mengambil masa 3 - 5 tahun.

Lebih memeritkan lagii apabila surat khabar hari ini ada melaporkan bahawa lebih kurang 15% sahaja ibu menyusukan anaknya sehingga usia 6 bulan. Yang lain 85% memberikan anaknya susu formula daripada susu lembu....

Tentulah berbeza besar khasiat susu ibu dgn susu formula lembu based.

Kenapa?

Jawapan yang mudah ialah kesibukan ibu bekerja membantu suami menyara kehidupan yang semakin mencabar dan semuanya perlukan duit.

Untuk membantu ibu yang mempunyai wawasan untuk menyusukan anak atau memberikan anak kecilnya susu ibu sehingga 6 bulan atau sehingga 2 tahun, Taska alhumairaa mengambil inisiatif menjadi "Taska Rakan Bayi" di mana pihak kami menyediakan sistem untuk ibu menyimpan susunya untuk diberikan kepada anak kesayangannya.

Untuk maklumat lanjut...bagaimana nak melaksanakannya, hubungi kami atau terus kepada Mak Nah.

wasalam - Anak yang disusukan dengan susu ibu, lebih genius dan lebih stabil emosinya...

Sabtu, 20 Disember 2008

Berkongsi Pengalaman Dgn Pengusaha Restoren dan Kedai Dobi

      Pihak kami ada juga buat survey untuk lihat situasi semasa terutama berkaitan harga barang vs harga minyak turun.... bukan apa... memandangkan ada kekawan dan parents alHumairaa yang bekerja (makan gaji) sering kali bertanya tentang  " kenapa yuran 2009 masih lagi tak turun sedangkan harga minyak dah turun"

    Kami bertanyakan kepada pengusaha restoren di seksyen 6 (Pusat Bandar BBB) tentang kenapa harga makanan naik sedangkan harga minyak dah turun kepada 1.80 sen selitar.... jawapan yang diberikan ialah..

      1. Harga bahan mentah naik mendadak dan tak turun-turun walaupun minyak bahan api turun... katanya cili naik daripada rm5 sekilo kepada rm15 sekilo... daging dan tulang naik mendadak melebihi rm 10 sekilo....

     2. Semua bahan naik mendadak berlipat kali ganda... dulu kami sempat simpan duit tapi sekarang kami yang ada 2 - 3 restoren ni tak sempat nak simpan duit malah kena denda oleh bank pula sebab cek yang nak diclearkan oleh supplier  tak cukup duit dlm akaun... sambil tunjukkan statement banknya.....

     3. Orang yang berniaga ni nampak kaya atau senang oleh pelanggan terutama yang makan gaji.... mereka tak tahu betapa peningnya kami bila datang hujung bulan dan awal bulan sebab nak bayar gaji...sewa...dan pelbagai lagi perbelanjaan.... mereka tak nampak kerja awal pagi dan tidur lewat malam...

    Kami juga ada pergi ke kedai dobi.... didapati harga perkhidmatan yang dikenakan naik rm0.50 ke seringgit... bila ditanya kenapa?... jawapan lebih kurang sama... semua bahan yang berkaitan dgn dobi naik mendadak....

    Katanya, pelanggan tak  nampak kesusahan yang dihadapi kerana peniaga ni jarang tunjuk susah depan pelanggan... mereka akan berbicara semasa mereka sebab bahasa bizness hanya boleh difahami oleh orang yang terlibat dalam bizness sahaja...

Dalam newspaper hari ini ada menyebut bahawa barangan akan menjadi lebih murah...harga akan turun.... sama-samalah kita lihat sebab.... kita dapati suasana ekonomi juga merudum dn dalam proses ke arah yang lebih teruk... so inflasi dalam proses bermula.... kilang western digital kat Malaysia Timur pun susah tutup dah buang pekerja 1500 orang.......

Ramai pekerja kilang kat shah alam dah tahu yang production mereka mula merosot.... permintaan dah berkurangan.........

Tahun 2009 adalah tahun yang memberikan cabaran buat kita semua...... 

Jumaat, 12 Disember 2008

Romantis dalam seminggu

Romantis dalam seminggu

Benarkah romantis hadir tanpa boleh dipaksa atau kamu sendiri yang merancang kehadirannya?


ADA banyak cara boleh dilakukan untuk menunjukkan kasih kamu kepadanya. - Gambar hiasan



WALAUPUN kerap kali memadahkan kata-kata sayang kepada si dia tetapi, kamu masih tercari-cari idea pengucapan yang kreatif dan romantis untuk dilontarkan kepadanya. Padahal, perasaan romantis dalam sebuah perhubungan amat jelas diperlukan. Itulah yang membuatkan hubungan kamu dan si dia bertambah intim.

Persoalannya, tidak semua orang mempunyai sikap romantis yang berterusan. Walaupun kehadirannya tidak boleh dipaksa tetapi, bagaimana pula jika kamu tergolong dalam insan yang tidak romantis? Sekiranya benar, usah risau kerana kamu masih mempunyai masa untuk meraih gelaran romantis hanya dalam tempoh satu minggu. Ikuti panduan di bawah ini.

Hari pertama

Buat catatan berunsur pernyataan cinta kamu kepada pasangan di atas sekeping nota atau sebuah buku yang dihias indah. Catatan yang ditulis itu boleh digantikan dengan serangkap puisi. Jadi, kamu tidak perlu lagi mengucapkan I love you sekiranya berasa malu atau tidak selesa. Letakkan catatan atau puisi tersebut di tempat yang mudah dilihat dan senang ditemuinya.

Misalnya di atas meja makan, saku jaketnya atau di atas kusyen keretanya. Jangan lupa tampilkan nama kamu sebagai penulis catatan. Dengan cara ini, dia tidak perlu lagi menunggu giliran untuk kamu menyatakan rasa cinta kepadanya. Jika agak sulit untuk meninggalkan catatan tanpa diketahui atau tidak sempat bertemu dengannya pada awal pagi, luahkan rasa itu menerusi Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) atau e-mel.

Begitu juga, tiada bezanya sewaktu menunggu kepulangannya dari tempat kerja. Luahkan perasaan romantis kamu terhadapnya dengan cara memeluk erat pasangan sambil memberi ciuman mesra. Katakan kepadanya betapa kamu mencintai dan merinduinya setiap masa. Kongsi bersamanya tentang apa yang dilakukan seharian. Jadikan satu kebiasaan baru buat diri kamu.

Hari kedua

Sekiranya, sebelum ini kamu bukan pasangan yang gemar mengirim sejambak bunga, kini lakukannya sebagai rutin minggu atau bulanan. Pesan sejambak bunga atau sekuntum bunga segar dan kirimkan ke pejabatnya atau letak sendiri di atas meja pasangan. Jika hari ini kamu membuat temu janji dengannya, berikan dia sedikit kejutan. Kamu seharusnya membuang rasa segan untuk membawakan hidangan, minuman, atau ais krim kegemarannya.

Sekiranya kamu lupa untuk membelinya, peluk dan beri ciuman mesra saat bertemu dengannya. Pelukan dan ciuman kamu mampu mewakili perasaan rindu dan cinta kamu kepadanya.

Hari ketiga

Jika jarak tempat kerja kamu dan pasangan tidak terlalu jauh, cuba aturkan waktu makan tengah hari bersama. Setelah kembali ke pejabat masing-masing, kamu seharusnya mengirimkan SMS atau e-mel berisi ungkapan perasaan senang kamu pada waktu makan tengah hari bersamanya sebentar tadi.

Hari keempat

Telefon pasangan pada siang hari saat dia sedang menikmati waktu lapang. Tanyakan kepadanya, adakah dia sudah ada temu janji pada malam ini. Jika belum, cuba bincang dan lakukan perkara romantis pada malam ini. Ingat, malam romantis tidak seharusnya diisi dengan candlelight dinner di restoran mewah atau eksklusif. Makan di pinggir jalan dengan hidangan lazat, dalam suasana tenang sambil diiringi lagu kegemaran kamu berdua sudah cukup membangkitkan rasa romantis di antara kamu.

Hari kelima

Adakah pasangan mempunyai waktu terluang? Jemput dia datang ke rumah sebaik dia pulang dari tempat kerja. Siapkan makanan kegemarannya dan sajikan di bawah cahaya lampu lilin.

Dengan menulis menggunakan pensil, buat gambar hati bersaiz besar. Tuliskan kalimat I love you di tengahnya. Letakkan gambar itu di tempat yang mudah dilihat saat dia menjejak kaki ke rumah kamu.

Hari keenam

Jika cuaca baik, kamu harus mengajak pasangan menikmati udara luar. Bukan ke kelab atau pusat beli-belah, tetapi menikmati keindahan dengan berjalan kaki bersama di taman. Ceritakan kenapa dia begitu istimewa buat kamu.

Hari ketujuh

Cinta tidak semestinya selalu bersama dan bertemu setiap hari. Beri kesempatan kepada pasangan untuk beristirehat bersama sahabat mahupun ahli keluarganya. Kamu boleh menggunakan hari itu untuk menghiasi potret wajah kamu berdua di dalam bingkai dan hadiahkan kepadanya pada esok hari.

Meskipun tidak bertemu, kamu masih berpeluang menunjukkan kehadiran menerusi panggilan telefon. Ucapan selamat tidur atau mengalunkan puisi romantis sebelum dia melelapkan mata mampu melahirkan rasa kasih dan romantis kamu terhadapnya. - NOOR HASLIZA NUSI

Isyarat si kecil


Kebaikan pertama menggunakan bahasa isyarat bayi adalah untuk memberi peluang kepada anak meluahkan keperluan dan buah fikiran yang penting.


BAHASA isyarat dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara ibu dan anak.


SEBELUM bayi anda pandai menterjemahkan permintaan dan keperluannya dengan menuturkan kata-kata, biasanya terdapat satu kemahiran yang dikuasainya terlebih dahulu.

Kebanyakan bayi akan menguasai tindak balas kompleks pada otot-otot wajah menerusi beberapa kaedah. Misalnya, menggunakan kedudukan lidah, pembentukan bibir dan laluan pernafasan serta kawalan pernafasan.

Sebenarnya, banyak manfaatnya apabila seseorang bayi menggunakan bahasa isyarat bayi. Malah, sesetengah pengamal kemahiran ini tidak faham mengapa sebilangan ibu bapa tidak mengajar bayi mereka bentuk komunikasi ini.

Hakikatnya, setiap orang daripada kita pernah melalui hari-hari yang sukar untuk berkomunikasi dengan kaedah yang boleh difahami oleh orang lain. Hasilnya, timbul perasaan geram yang tidak terhingga. Seperti juga orang dewasa, bayi akan menghadapi masalah serupa.

Mengimpikan sesuatu tetapi gagal menjelaskannya boleh mengakibatkan tindakan seperti menangis sekuat hati, geram atau melenting sesuka hati.

Jadi, kebaikan pertama menggunakan bahasa isyarat bayi adalah untuk memberi peluang kepada anak meluahkan keperluan dan buah fikiran yang penting.

Oleh kerana bayi dan anak kecil belajar berkomunikasi pada awal usia, maka, minda bayi sebenarnya membentuk dan meningkatkan minat mereka terhadap kemahiran berkomunikasi.

Bayi dilahirkan dengan naluri dan keperluan untuk berkomunikasi. Akan tetapi, proses pembelajaran berkomunikasi mungkin mengambil sedikit masa. Namun, bayi mampu menguasai kemahiran motor yang bermula seawal usia setahun jagung.

Kajian mendapati biarpun bayi-bayi ini mungkin tidak memiliki kemahiran motor terlebih dahulu, mereka bagaimanapun memahami dan berupaya menguasai bahasa sebelum boleh bertutur.




Menerusi didikan dan panduan yang betul, anda mungkin berjaya melatih anak yang mampu berkomunikasi dengan hanya menggunakan tangan!

Selama ini, bahasa isyarat sering dikaitkan sebagai kaedah berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai kecacatan pendengaran.

Kajian kini mendapati didikan menggunakan bahasa isyarat juga merupakan kaedah efektif untuk berkomunikasi dengan bayi-bayi normal. Malah, ia turut menggalakkan komunikasi dua hala antara ibu dan bayi.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah yang boleh diperkatakan menerusi bahasa isyarat? Kita ambil contoh seorang bayi berusia 10 bulan yang bernama Amanda. Ibu bapa Amanda yang merupakan graduan Universiti Bahasa Isyarat Bayi, KinderSigns telah berupaya melatih anaknya menunjukkan keperluan menerusi isyarat-isyarat ringkas.

Setelah beberapa bulan mengikut 'tunjuk ajar' ibu bapanya, Amanda berjaya memberitahu kedua-dua orang tuanya bahawa dia lapar, dahaga ataupun mengharapkan buku cerita dibacakan kepadanya sebelum masuk tidur.

Jika anda masih skeptikal, anda tidak keseorangan. Kebanyakan ibu bapa masih tercari-cari jawapannya sehinggalah mereka membaca kajian mengenainya. Sebaik sahaja mereka menyedari bukti saintifik kebaikan menggunakan bahasa isyarat, maka mereka mungkin tidak sabar-sabar untuk memulakannya.

Jadi, bahasa isyarat mewujudkan satu peluang kepada bayi untuk berkomunikasi tentang apa yang terbuku di dalam hati dan minda mereka.

Sesungguhnya, apabila bayi anda mula belajar bertutur, kemahiran yang sama juga digunakan. Setiap isyarat boleh membawa sesuatu makna dalam bahasa bayi. Begitu juga, keadaan ini mampu meningkatkan perkembangan kemahiran kognitif dan ruang untuk berfikir.

Kesilapan ibu bapa

Kesilapan ibu bapa

Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.


IBU BAPA tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain.


APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik.

Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.


DR. GOH CHEE LEONG,


Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

"Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya.

"Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

"Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka," kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


KANAK-KANAK ingin meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan.


Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka.

Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. "Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

"Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri."


SEDIAKAN bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.





Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka.

"Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil.

Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

"Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya."

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

"Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak," tutur Goh

Latih anak guna tandas

Latih anak guna tandas


ANAK lelaki memerlukan masa yang lebih lama untuk belajar. - Gambar hiasan


Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.

SECARA purata, kebanyakan kanak-kanak mula belajar menggunakan tandas sekitar usia dua tahun. Tetapi, seperti juga dalam proses perkembangan kanak-kanak, setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Kanak-kanak yang berusia sehingga 20 bulan lazimnya lebih cenderung membuang air kecil. Ini sekali gus menyukarkan mereka menahan keinginan ke tandas. Tambahan pula, aspek pengendalian pakaian masih menjadi masalah kepada mereka.

Di Barat misalnya, sesetengah ibu bapa merasakan ia lebih mudah melatih anak menggunakan tandas sewaktu musim panas. Pada waktu ini, kanak-kanak lebih mudah diuruskan dengan pemakaian pakaian yang minimum.

Senario ini mungkin boleh diaplikasikan untuk anak kita memandangkan cuaca di Malaysia yang pada kebanyakan masanya panas. Mendidik anak cara menggunakan tandas juga memerlukan sedikit strategi dan kesediaannya untuk belajar.

Berbanding anak perempuan, anak lelaki memerlukan masa yang lebih lama untuk belajar. Malah, mereka turut perlu menguasai teknik membuang air kecil kerana kebanyakan anak lelaki akan belajar duduk di atas mangkuk tandas terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ada baiknya jika ahli keluarga yang lebih tua seperti bapa atau adik-beradik lelaki yang lain menunjukkan caranya.

Bilakah masa yang sesuai untuk anak belajar pengurusan tandas? Kesediaan anak itu boleh dilihat menerusi beberapa petanda ringkas:




* Kekal kering selama beberapa jam setiap hari.

* Menunjukkan minat apabila anda, pasangan atau adik-beradik yang lain ke tandas.

* Mengalami sakit perut secara kerap pada bila-bila masa misalnya selepas bersarapan.

* Menunjukkan petanda ingin ke atas apabila anak mencangkung atau menghasilkan bunyi yang tidak enak.

* Memberi isyarat bahawa lampinnya sudah basah.

Bilakah masa sesuai ibu bapa patut bertindak memaksa anak belajar tentang penggunaan tandas? Mengajar anak tentang penggunaan tandas sewaktu berada dalam keadaan tertekan bukan satu idea yang baik. Antaranya termasuklah:

* Kehadiran orang baru dalam keluarga misalnya bayi.

* Memulakan sistem penjagaan anak yang baru.

* Pertukaran tempat tidur. Misalnya dari katil bayi ke katil sebenar.

* Pemindahan rumah.

* Masalah keluarga.

* Apabila ahli keluarga sakit.

Rabu, 10 Disember 2008

Maafkan Kami ... atas kekalutan Ibu Bapa d Taska

Dalam sebulan nie... ada beberapa kekalutan yang telah berlaku terutama taska kami di seksyen 7,

Peristiwa pertama ialah ...
apabila ibubapa menerima tamparan hebat apabila anak yang dibawa pulang terpaksa dibasuh beraknya di rumah... insiden ini telah berlaku kepada bebarapa orang parents.... katanya dah dua-tiga kali..... nasib baik si Ayah call kami maklumkan perihal tersebut..... kalau tak, kami di pengurusan akan tidak tahu hal sebenar.

Peristiwa kedua ialah.....
Bukan sahaja parents yang menerima tamparan... kami juga terasa sgt, bahkan
terasa bersalah pula..... apabila ada seorang kakak pengasuh baru tak ikut prosedur kami membuat sesuka hati dgn menulis nama pada beg-beg anak-anak termasuklah yang bukan dibawah jagaannya. Kakak-kakak yang lain dah memberi teguran kepadanya, tapi beliau yang ada ijazah buat tak tahu je...(seakan-akan menunjukkan yang ijazah tak nak dengar kepada nasihat drpd yang bukan ijazah)......

Apatah lagi kalau beg itu ada value yang tinggi untuk parents.....

Kakak pengasuh tersebut sudah kami panggil, dan perbincangan serius dgnnya telah dilakukan....

Pihak kami memohon maaf di atas dua kejadian tersebut....

wassalam


Jumaat, 5 Disember 2008

HArga Minyak Turun Lagi... Yuran Taska Bagaimana?

Ada Ibubapa bertanya kepada pihak pengurusan Taska tentang yuran anak yang dah dinaikkan untuk tahun 2009.... adakah ianya akan turun selari dgn penurunan harga minyak yang dah masuk kali ke enam kepada harga murah 2 sen daripada harga asal.


Kami akui harga minyak telahpun turun kembali kepada harga asal kalau dulu sebelum harga naik..rm1.92 sen kemudian naik ke rm2.7o dan sekarang turun pula kepada rm1.90.

Persoalan yang selalu bermain di fikiran kami ialah... berapa lama harga itu akan kekal kerana ianya bergantung kepada permainan harga minyak sedunia.

Jika kita melihat kepada harga makanan dan bahan mentah di pasaran.... kita akan dapati majoriti harganya tidak turun malah semakin naik... kenapanya?

Yang isytihar turun hanyalah harga beras sahaja turun +- 1.00. Yang kekalkan harga ialah susu....

Semalam kami pergi membeli sebahagian bahan-bahan makanan untuk Taska.... ("nak menangis"... kata Mak Nah)... sebab melihatkan sebahagian besar barangan yang kami listkan mengalami kenaikan harga antara o.50 ke seringgit.....

Kicap cap kipas udang naik seringgit, pasta dan spaggheti naik lagi daripada rm3.80 kepada rm5.00
Sayur naik.... biskut jangan cakaplah naik daripada rm1.99 ke rm3.50
Scout Emulsion naik daripada rm 8.88 kepada rm 11.50
Mihun/bihun naik daripada rm0.90 kepada rm1.70

Apa yang kami buat sekarang ialah sentiasa updatekan harga berdasarkan list barangan yang kami setkan...

Kami juga terpaksa pergi dari satu market ke market yang lain untuk mendapatkan harga yang murah.... kadang-kadang proses sehari membeli menjadi dua hari sebab nak pastikan dapat barangan yang harga murah tetapi qualiti yang baik.

Sebab itulah kami belum buat keputusan untuk revise harga yuran taska sebab nak tengok dulu perkembangan harga bahan-bahan makan ni.... kalau ianya turun ke harga asal... barulah kami akan berbincang untuk buat keputusan untuk turunkan harga yuran atau tak.......

Doakan supaya ekonomi kita pulih secara realiti dan bukan cakap-cakap pak politik kerana kita sekarang berada di ambang structural recession dan bukan lagi cyclical recession walaupun bapak menteri berkata begitu.....

Kerana mengikut ramalan pakar ekonominya begitu...... structural bukan cyclical.... dalam masa 8 bulan nie..... kita boleh tengok realiti kemajuan ekonomi kita..... walaupun bank negara memberi arahan kepada semua bank untuk turun BLR tapi berapa lama ianya bertahan?

Wallahu'alam...