Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Selasa, 23 Jun 2009

SEKADAR BERKONGSI...

Aduhai,Allah uji nak dapatkan tenaga asuhbimbing anak2 al Humairaa, rasa mcm nak give up pun ada...
  1. Mulai 26 Mei selama 4 hari keluar iklan ; 14 orang tanya, jenuhla menjawab panggilan dan sms yang mcm2 persoalan remaja - dari solat-gaji-cuti dsb.Then adalah 10 dari tu janji nak datang. Tapi 4 yang datang. 2 keluar tengahari, terus tak datang. 2 tahan sehari, esoknya tak nampak batang hidung.
  2. Buat pula iklan 4 Jun selama 4 hari juga. Persoalan yang sama kena jawab ( blm dtng interview lagi 2 ). Dari 15 yang tanya, 3 yang janji datang. Seorang graduate, cukup sehari - tak tahan. Seorang lagi kata, ganti kawan plak. Kata "on the way"-sampai hari ni tak sampai2. Seorang lagi pula bleh kata, "mulanya memang saya nak, tapi puan banyak sangat tanya buatkan saya tak berminat pulak.."
  3. Buat lagi iklan 20 Jun, pakej 4 hari lagi. Setakat ni dah 13 layan pertanyaan, seorang datang nak tengok2 taska, seorang datang isi borang. Semalam janji nak datang. Hari ni 2 orang janji nak datang. Bila tanya, selamba je jwb, "takpelah kak.."
Masalah yang sama bagi rakan pengusaha lain. Baru ingat nak call tanya kalau2 ada lebih staff, mereka dah call dulu, " tolong Hasnah, tenat ni, staf lari..." ; "nak berentikan staff la, demand-tapi kerja tak buat" ; "staff bwk balik boy mlm2"
Istighfar jelah...

Ada jugak terfikir, nak cuba TADIKA la plak, kot senang dapat staff, tak payah toilet training-dodoi anak tido-feed them- basuh poo n wee, tak payah mandikan bla bla bla..

Tapi bila tengok anak mata sorang2 yang bening, berair, jernih dan comel2 tu...tak tergamak rasanya. Sedangkan merekalah pengubat hati Mak Nah, lari dari asignment dan penat dengan kerenah staff...

Ingat2 bila habis belajar nanti nak buat novel la pulak....

Buat parents al Humairaa, terima kasih kerana masih berbaki sokongan, dan doa2kanlah....

Sabtu, 20 Jun 2009

SELAMAT DATANG-MARHABAN!!

Dalam dua bulan ini, 5 ibu al humairaa menerima kedatangan insan baru. Alhamdulillah, mak-ummi2-mummy-mama tersebut dalam keadaan sihat bersama bayi masing2. TAHNIAH dari kami. Walau di mana akan diletakkan si comel tersebut, Mak Nah amat-amat mengharapkan anak-anak ini diberi susu ibu sepenuhnya. Susu ibu tidak boleh dinilai walau dengan berapa gelen susu formula sekalipun dalam menjana generasi soleh solehah dengan IQ dan EQ serta sakhsiah yang sempurna. Kita ada rujukan untuk kelestarian susu ibu dari SUSUIBU.COM ataupun kinik2 sekarang dah nampak kepentingannya. Jadi, kuatkan semangat dan cita2 agar si comel dapat makanan rohani dengan kasih sayang dan makanan jasmani yang terjamin kualitinya. Dan sempena HARI BAPA, para bapa haruslah memberi semangat dan sokongan agar konteks dan penyusuan sempurna dapat dijalankan. Pentingnya peranan papa-ayah-abah-abi-daddy ni bukan sekadar tulisan semata2. Tak percaya, lihat kesannya pada ibu dan anak yang mendapat perhatian dari AYAH. Tak percaya? Cuba dulu!

Rabu, 17 Jun 2009

Elak anak minuman berkafein

KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anak kecil minum kopi namun tanpa disedari, mereka mungkin memberikan minuman yang mengandungi kafein.

Makanan dan minuman yang mengandungi kafein memang banyak ditemui justeru, pengambilan kafein untuk kanak-kanak seeloknya pada tahap minimum.

Negara maju seperti Amerika Syarikat masih tidak mempunyai garis panduan mengenai pengambilan kafein untuk kanak-kanak. Namun, garis panduan dikeluarkan Kanada menyarankan kanak-kanak prasekolah mengambil kafein kurang daripada 45 miligram sehari. Ini setara dengan jumlah purata kafein yang didapati dalam 355 mililiter tin minuman bergas atau empat kepingan (seberat 43 gram) coklat bersusu.

Kafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yang ditambah pada jenis makanan tertentu.

Kafein yang bertindak serupa pada kanak-kanak mahupun orang dewasa, merangsang sistem saraf utama. Pada tahap lebih rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka dan cergas.

Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Untuk kanak-kanak pula, pengambilan yang sedikit boleh menimbulkan kesan berkenaan.

Pengambilan kafein di kalangan kanak-kanak juga harus dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko kegemukan melampau sebanyak 60 peratus misalnya dengan mengambil 355 mililiter minuman ringan manis sehari.

Kanak-kanak yang terlalu banyak mengambil minuman ringan mungkin kurang mendapat khasiat seperti kalsium yang diperlukan daripada susu untuk membina tulang dan gigi kuat.

Kafein bersifat diuretik yang menyebabkan tubuh menyingkirkan air (menerusi pembuangan air kencing). Sungguhpun jumlah pengambilan kafein yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam tubuh masih belum dapat dipastikan, untuk langkah berjaga-jaga, elak pengambilan kafein berlebihan dalam cuaca panas.

Antara makanan mengandungi kafein termasuk kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan melegakan sakit.

Teh ais pula bukan saja mengandungi banyak gula malah kafein, sama seperti minuman ringan. Pilihan minuman yang lebih baik untuk kanak-kanak termasuk air kosong, susu atau 100 peratus jus buah-buahan.

Khamis, 11 Jun 2009

Umur enam tahun patut dah boleh sekolah

Berita di bawah di ambil drpd Kosmo 11 JUN 2009.


DR. AMINAH

Masuk sekolah pada usia 6 tahun ini bukan sahaja di amalkan di Eropah dan Singapura malah ianya telah lama diamalkan di Pakistan - sebuah negara yang membangun mcm Malaysia, cuma kita tidak huru hara mcm pakistan skrg.

Malah Di sana mereka belajar sekolah rendah 5 tahun saja. Sekolah menengah 5 tahun dan terus masuk universiti.... tak perlu masuk matrikulasi mcm kat malaysia....

Cuba kita selami....

Masuk sekolah rendah umur 6 tahun sampai 10 tahun

Sekolah Menengah dari usia 11 tahun - 15 tahun

Masuk U dari usia 16 sampai 19 tahun.....

20 tahun dah mula bekerja......

Kalau 4 tahun kerja... tentulah dah boleh bina keluarga... maknanya kahwin dalam usia muda berlaku.... akan kurangkan masalah sosial kerana mereka dibesarkan dan dimatangkan dengan cepat.....

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran supaya mengkaji semula usia persekolahan peringkat sekolah rendah yang ketika ini bermula pada umur tujuh tahun kepada enam tahun ekoran perkembangan minda kanak-kanak yang semakin pantas.

Perkara itu wajar dikaji secara serius kerana keadaan persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak kini semakin baik melalui pelbagai kemudahan yang sempurna.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob berkata, negara-negara Eropah termasuk Singapura sudah lama mengamalkan pendidikan di peringkat sekolah rendah bermula pada usia enam tahun.

"Sebenarnya kita sudah terlewat dan kerajaan patut melihat perkara ini," katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media di sini semalam.

Menurut beliau, negara ketika ini sudah cukup bersedia untuk melaksanakan cadangan tersebut dengan syarat peringkat pra sekolah sudah lengkap.

"Ada ibu bapa yang memasukkan anak-anak mereka ke pra sekolah seawal usia empat dan lima tahun dan mereka terpaksa menunggu lama untuk memulakan persekolahan peringkat rendah," ujarnya.

Ahad, 7 Jun 2009

INILAH MASALAHNYA

Mak Nah terima aduan seorang rakan pengusaha. Beliau dihambur kemarahan oleh parent yang tidak berpuashati kerana mengenakan yuran yang tinggi ( tidaklah setinggi al humairaa). Parents tersebut suka2 sendiri meletakkan bayaran untuk 3 orang anaknya dengan diskaun sendiri. Apabila diminta bayaran sepatutnya, si ibu tersebut berkata, “ Puan memang ambil kesempatan atas kami. Dahlah servis tak seberapa. Anak2 saya mengadu lapar bila balik rumah. Kalau macam ni saya ambil maid lagi bagus!”

Setelah dirayu ( RAYU?? – PENGUSAHA RAYU PARENTS! ) , si ibu tetap dengan bayarannya. Dan apabila cuti sekolah, dia sudah siap2 kira bayar berapa hari anaknya datang.

Alhamdulillah, setakat ni Mak Nah dah tak hadapi situasi begitu. Pernah satu masa dulu, ada parents kira sendiri apabila anaknya tak datang. Mak Nah kata, guru yang tidak ke sekolah waktu cuti sekolah sekalipun tidak dapat gaji separuh. Gajinya tetap penuh. Lainlah pekerja yang kira kontrak harian. Dan staff, bayar sewa dan segalanya tidak pernah bayar separuh walaupun khidmat tidak penuh sebulan. Mak Nah juga pernah merasa ibu yang cek susu anak setiap kali ambil anak. Siap rasa2 lagi. Tak tahulah rasa pasal apa. Bagi kami itu satu ironi yang kami tidak dipercayai. Bagi Mak Nah kalau trust diragui, baiklah tarik diri. Biarpun ada yang melabel Mak Nah sebagai sarcastic lately, bagi Mak Nah bukan mudah nak tanamkan maruah dan self esteem TAB al Humairaa.

Jumaat, 5 Jun 2009

SENTUHAN : Luahan Kasih Sayang

Bayi yang kerap mendapat sentuhan ibunya, lebih mahir berinteraksi berbanding bayi yang kurang mendapat belaian.


APABILA bayi menatap mata anda, suatu mesej berbaur kasih sayang akan mengalir daripada bayi kepada anda.


BENAR apa yang diungkap, sentuhan seorang ibu banyak mempengaruhi perkembangan seseorang bayi. Perubahan ini boleh dilihat sewaktu bayi mula berkomunikasi dan bersosial dengan orang di sekeliling melalui senyuman, lirik mata, gerakan tangan, tindak balas mahu dipeluk dan gelak ketawa.

"Sentuhan memberi perlindungan dan menjadi pengikat kasih sayang antara seorang bayi dengan ibunya.

"Ini adalah waktu terbaik bagi seorang ibu untuk menyentuh dan membelai bayinya memandangkan ketika itu jugalah mereka mula belajar mengenali ibunya," ujar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai pada majlis pelancaran Johnson's BabyMost Loving Moments, di Delicious @ Dua Residency, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, sentuhan manja seorang ibu merupakan pengikat kasih sayang dalam perkembangan sosial seorang bayi.

Salah satu cara paling berkesan bagi seorang ibu dan bayinya meluahkan kasih sayang adalah menerusi sentuhan. Sentuhan berlaku sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin. Sentuhan juga menghasilkan perasaan yang lebih mendalam buat si manja kepada ibu mereka.

"Adalah satu kerugian sekiranya si ibu menyerahkan sentuhan itu kepada pembantu rumah. Anda akan kehilangan peluang berkasih sayang dengan bayi anda," jelasnya

Menurut Anna, kebanyakan ibu kini sibuk dengan tugasan seharian sehingga tiada masa merangsang kasih sayang melalui sentuhan dan belaian jari-jemari.

"Walau sibuk sekali pun, seorang ibu seharusnya membina rangsangan dan perkembangan si bayi menerusi komunikasi, sentuhan, belaian dan urutan.





"Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang baru memperoleh anak ialah membeli pelbagai jenis permainan berwarna-warni. Sebenarnya ia tidak perlu terutama bayi yang berumur kurang empat bulan. Ini kerana, bayi hanya boleh melihat pelbagai warna selepas mereka berumur empat bulan.

"Bagi si bayi, sentuhan ibu memberi makna yang mendalam pada mindanya. Melalui wajah riang ibu, mereka juga dapat mewarnai kehidupan," kata Anna bahawa seorang ibu perlu meluangkan masa bersama anaknya selepas beberapa bulan mereka dilahirkan.

Terdapat empat tanda jalinan kasih sayang yang sering dilihat pada bayi yang mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada seorang ibu. Ia boleh dilihat mengikut peringkat umur.

"Pada umur sebulan, bayi mula tersenyum, dua bulan kemudian mereka mula bersuara, usia empat bulan mereka cuba mencapai ibunya, menatap mata si ibu lebih lama dan gelak ketawa," tambahnya.

Kenali empat tanda jalinan kasih sayang iaitu:

Bayi lebih kerap tersenyum

Menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua.

Ketika bayi sedang membesar, dia akan mengukir senyuman setiap kali anda berada di sampingnya atau ketika dia menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dan bersedia mempelajari tentang dunia di sekelilingnya.

Bayi cuba mencapai ibunya

Apabila bayi cuba mencapai si ibu, bayi mahu memberitahu bahawa ibu supaya memeluk, membelai dan merapatinya. Ia juga membawa maksud bayi gembira dengan kehadiran ibunya.

Tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah anda akan membantu bayi lebih sedar pergerakannya dan akan membuat pergerakan yang bermakna.

Bayi bergelak ketawa

Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya. Ini merupakan satu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang.

Apabila bayi gelak, ia menunjukkan salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda dan ingin memberitahu anda betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.




Dengan berbunyi-bunyi manja sewaktu kehadiran anda, bayi menunjukkan bahawa mereka mengenali si ibu dan sedang berhubung dengan anda.

Bunyi-bunyi tersebut menandakan kegembiraannya dan juga sebagai tindak balas kasih sayang, sentuhan dan perhatian yang anda berikan.

Bayi menatap mata

Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi menatap mata anda, satu mesej berbaur kasih sayang sedang mengalir antara bayi kepada anda.

Ia merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat dikenal pasti. Pada hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda dan lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.

Bagi si manja, melihat wajah ibu mampu menenangkan dirinya. Adakalanya si manja seolah-olah sedang menenung anda. Mengapa? Bayi sedang cuba mengingat wajah anda dan mengenal pasti sebuah kasih sayang dan keselesaan.

Pengasuhan bayi

Amalan asuhan yang baik akan menyumbang kepada pembentukan fizikal, emosi dan sosial bayi yang optimum.

PENDIDIKAN asuhan mungkin agak asing bagi kebanyakan ibu bapa, tetapi ia perlu untuk membina kemahiran dalam membesarkan anak-anak



SELAIN faktor biologi, ibu bapa merupakan figura orang dewasa pertama yang dikenali oleh anak ketika bayi.

Sehubungan itu, ibu bapa mempunyai pengaruh terhadap perkembangan anak dan juga karakter mereka.

Dalam perkembangan karakter, ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat signifikan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu belajar tentang pengasuhan yang betul bagi mengembangkan karakter yang baik bagi anak-anak.

Namun kenyataan ini tidak semudah teori. Kebanyakan ibu bapa hari ini begitu sibuk bekerja bagi menampung kehidupan yang selesa demi anak-anak. Kesannya, mereka tidak banyak masa untuk menjaga dan mengasuh anak sepanjang masa.

"Penjagaan anak seharusnya bermula sejak di dalam rahim lagi. Ini adalah masa yang penting bagi ibu untuk memberi penjagaan pada diri sendiri dan bayi di alam kandungan kerana kehamilan boleh menimbulkan risiko dan komplikasi jika penjagaan diabaikan," ujar Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Nordin.

Beliau yang juga wakil Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), ketika ditemui pada Seminar Pengasuhan Positif 2009 di Hotel Sunway Lagoon Resort, Petaling Jaya menjelaskan, bayi yang baru lahir sangat lemah. Malah, risiko kematian juga sangat tinggi pada bulan pertama kelahiran.

Jelasnya, kebanyakan kematian berpunca daripada kelahiran pramatang, kegagalan bernafas secara spontan (asfiksia kelahiran) dan jangkitan.

Bagaimanapun, kata beliau risiko kesihatan sebegini boleh dikurangkan dengan penjagaan berkualiti ketika hamil, proses bersalin yang selamat dan penjagaan bayi yang teliti.

"Penjagaan bayi ini merangkumi perhatian ke atas pernafasan dan kehangatan, penjagaan tali pusat serta kulit yang bersih dan penyusuan susu ibu eksklusif untuk mengelakkan malnutrisi," jelasnya.

Musa memberitahu, ibu perlu menyusukan bayi selepas kelahiran dan pemvaksinan untuk melindungi anak daripada penyakit.

"Sejak diperkenalkan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan pada 1950-an, vaksin yang diwajibkan telah memperbaiki kualiti hidup kanak-kanak dan mengurangkan kadar kematian.

"Hari ini, terdapat vaksin pilihan untuk ibu bapa melindungi anak daripada penyakit-penyakit tertentu.

"Vaksin pilihan telah terbukti selamat dan satu kaedah yang efektif untuk melindungi anak anda daripada risiko penyakit yang kelihatan seperti tidak berbahaya," kata Musa.

Antara vaksin pilihan adalah varisela, pneumokokal, meningokokal, taun, kepialu, hepatitis, influenza dan rotavirus.

Tambahnya, penjagaan kanak-kanak bermula dengan hubungan yang baik di antara anak-anak dan ibu bapa. Amalan asuhan yang baik akan menyumbang kepada pembentukan fizikal, emosi dan sosial yang optimum.

"Pendidikan asuhan mungkin agak asing bagi kebanyakan ibu bapa tetapi ia perlu dalam membesarkan anak-anak.

"Terdapat banyak cara untuk ibu bapa mempelajarinya. Mereka boleh mendapatkan maklumat daripada program Positive Parenting dan program-program pakar yang lain. Laman-laman sesasawang organisasi perubatan dan kesihatan bersekutu juga boleh membantu," katanya.