Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Ahad, 2 November 2008

Tadika Yang Mana Satu...

Bagi Ibubapa yang mempunyai anak berusia 4, 5 dan 6 tahun begitu memikirkan tadika yang manakah sesuai untuk perkembangan anak mereka.

Ramai yang bertanyakan Mak Nah dalam hal ini..

Semalam 1 November, Taska Al Humairaa (Geniuskidscentre) telah mengadakan perbincangan dengan ibubapa yang hadir. Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah di atas kehadiran kalian semua terutama bersama suami tercinta.

Banyak hal yang dibincangkan terutama konflik interest di antara kehendak anak yang sebenar dengan kehendak kita sebagai ibubapa.

Ramai ibubapa mempunyai keinginan untuk melihat anak-anaknya

a) belajar Bahasa Inggeris dan menguasainya dengan cepat. Almaklumlah Zaman IT dan juga pelajaran sains dan maths di ajar dalam B.I sejak tahun 1 sekolah rendah lagi.. Keduanya status ibubapa akan up sedikit kalau kekawannya tahu anak mereka ok dan boleh bercakap B.I.

b) belajar di tempat yang dikatakan ada "kelas". Contohnya di pusat yang terkenal, dikenali atau selalu diiklankan di media massa.

c) belajar tadika pada us
ia muda ... usia 3 tahun ... 4 tahun.. 5 tahun...lagii muda lagi menjadi buah mulut kekawan.. "pandainya anak anda... pada usia muda dah mampu ikuti pelajaran di tadika..." senyum ibu dan ayah mendengar pujian kekawan.

d) belajar dengan memakai uniform, nampak segak dan bergaya... atau jimat baju nak basuh...

e) anak cepat belajar mengeja.. pada tanggapan kita... bila anak pandai mengeja maka anak akan pandai membaca dan anak telah mengikut trend semasa.

Betul ke Begitu.......

Apa pula hak anak?
Antara Hak Anak ialah

1. Ibu, adakah saya dah ready (readiness anak-anak) untuk belajar di tempat baru dengan suasana baru?

2. Sesuai tak usia 3-4 tahun masuk tadika? bagaimana pula 5 tahun?
(akta kementerian pendidikan yang mengawal selia tadika menyatakan bahawa tadika hanya untuk 5 dan 6 tahun sahaja. Anak yang berusia sehari - 4 tahun adalah di Taska di bawah selian Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Anak-anak di taska kami mengikuti program dari usia sehari sehingga 4 tahun dan program lanjutan pra sekolah untuk yang berusia 5 tahun.)

3. Anak perlukan pembangunan 4 Dimensi serentak dalam hidup mereka iaitu dimensi aqal/intelek, dimensi emosi (emosi , pergaulan dan bahasa), dimensi fizikal dan yang paling penting di zaman ini ialah dimensi roh/kerohanian/SQ/ akhlaq/ ibadat/ rasa bertuhankan Allah sebagai Pencipta.
Persoalan ialah di tadika yang ingin dipilih ada menyediakan ruangan itu atau tidak?

4. Anak perlu belajar sebagai manusia dan bukan robot.... budaya terlalu banyak exam, test, ujian dan disiplin yang ketat sesuai atau tidak dengan proses pembangunan dan perkembangan kanak-kanak.....

5. Adakah tadika yang ingin dipilih sesuai dengan tahap perkembangan anak kita terkini..... adakah tadika menyediakan program yang menyeluruh dengan tajuk dan tema berkala untuk anak 3, 4 dan 5 tahun? atau Kebanyakan tadika memfokuskan kepada anak-anak 6 tahun sahaja? manakala anak 3,4,5 tahun masih dianggap kecil dan dibiarkan bermain dengan warna, melukis, bermain sahaja sepanjang hari?

6. Kementerian pendidikan menyatakan bahawa spec tadika adalah di bangunan rumah tepi (corner lot). Tadika di bangunan kedai tidak termasuk dalam senarai.

7. Adakah anak perlu menunjukkan potensi mereka dengan cepat mengikut kehendak ibubapa atau anak hidup dengan keyakinan dirinya dan boleh memilih bila potensi hidupnya ingin diserlahkan secara zahir buat tatapan generasi dewasa.

Pada pandangan peribadi kami ialah

1. Semua keputusan adalah di tangan ibu bapa. Setiap keputusan dan tindakan akan menghasilkan natijah atau result maka bersedia dgn "end of result" bila sudah membuat keputusan dan tindakan.

2. Ambillah masa untuk melawat tadika yang akan dipelajari oleh anak. Masa lawatan ialah bukan pada waktu sekolah cuti tapi waktu belajar untuk melihat suasana sebenar dan tidak dipengaruhi dgn persekitaran bangunan, warna dan kawasan.

3. Kenali potensi anak dan tahap persediaannya untuk belajar sistem tadika.

4. Adakah tadika yang dipilih menyediakan program berkala dan bertema untuk usia anak kita.

5. Adakah tadika menyediakan ruangan akhlaq, ibadat dan ilmu kerohanian/agama untuk anak-anak... bukan sahaja dari sudut akademi tapi contoh tauladan daripada guru dan persekitaran.

6. Bagaimana penyediaan pemakanan.... memenuhi piawai yang sepatutnya? Terlalu banyak junkfood, gula, pewarna, perasa tiruan, perasa 'cokelat moden' boleh mencederakan emosi anak kita....

Apa alternatif AlHumairaa? Pada tahun hadapan, kami akan memasukkan sistem pembelajaran baru untuk semua anak terutama yang berusia 5 tahun... kerana pada pandangan kami .. anak-anak alhumairaa hanya memerlukan 1 tahun sahaja di tadika.
Wassalam

"Keputusan adalah di tangan kita"