Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Ahad, 31 Mei 2009

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Salam.31 Mei Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Masing-masing tentu sedar sudah masanya demi masa depan generasi "X"- iaitu anak-anak kita tidak tercemar jiwa dan jasadnya dengan nikotin yang terlalu dekat di persekitarannya. Kalau tidak kasihan pada diri sendiri, kasihanilah anak-anak kita.
Teringat semalam, sebelum makan tengahari, anak-anak minta untuk belikan jambu. Kami pun berjalan ke gerai jambu. Melihat si penjual jambu sedang mengupas jambu sambil merokok, dengan selamba Wildan berkata, " taknaklah mama, abang tu selamber je merokok...tak bertangungjawab..". Apa nak kata, kamipun buat "u turn" dan 'abang' penjual jambu terpinga-pinga sebab kata-kata Wildan kuat dan jelas. Kadang-kadang pesanan sesama dewasa tak begitu 'terasa', tapi anak-anak boleh tahan kuat auranya. :-)

Sabtu, 30 Mei 2009

Apa Itu Demensia?

Demensia


demensia memang berisiko pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas namun peratusan paling tinggi pengidapnya ialah pada usia 85 tahun. - Gambar hiasan

Pakar neurologi dari Pusat Pakar Alpha, Dr. Lee Moon Keen berkata, demensia berlaku disebabkan perubahan dalam fungsi otak. Malah terma demensia itu sebenarnya berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud tanpa minda.

Penyakit ini bersifat progresif iaitu semakin lama semakin teruk jika tidak diberi rawatan pada peringkat awal. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas.

"Demensia berlaku apabila keupayaan dalam otak semakin berkurangan. Apabila keupayaan merosot di mana otak tidak mampu membuang kimia yang dinamakan cellular junk. Dalam cellular junk ini mengandungi sejenis protein yang dinamakan amyloid, bila cellular junk ini tidak dibuang, ia akan menyebabkan demensia," jelasnya.

Ada lima punca yang yang kerap dilaporkan apabila terjadinya demensia pada seseorang.

Pertama adalah disebabkan faktor usia - semakin bertambah usia, semakin kurang fungsi penggunaan otak.

"Punca kedua berkaitan dengan saluran vaskular di mana apabila saluran darah semakin sempit, oksigen yang dibawa ke otak berkurangan. Individu yang mempunyai kolesterol yang tinggi, kuat merokok, darah tinggi dan diabetes juga berisiko untuk mengalami demensia menerusi punca ini," jelasnya.

Ketiganya, mungkin disebabkan oleh trauma kecederaan yang menyebabkan kesan kepada kualiti sel otak.

"Contohnya boleh dilihat kepada ahli sukan tinju dan mereka yang kerap melakukan aktiviti sukan lasak dan berisiko tinggi. Punca keempat pula adalah kerana jangkitan kuman seperti HIV dan yang terakhir kerana hydrocephalus iaitu kandungan air yang banyak pada otak,"

Demensia memang berisiko pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas namun peratusan adalah paling tinggi pengidapnya ialah pada usia 85 tahun.

"Alzheimer adalah satu jenis penyakit dementia yang paling kerap terjadi di kalangan warga tua," tambahnya.

Warga emas yang mengamalkan cara hidup sihat boleh mengelakkan dari terkena penyakit ini.

"Pepatah Inggeris ada menyatakan use it or loose it, sama seperti otak, jika kita tidak gunakannya dengan berfikir dan berinteraksi maka kita akan kehilangan fungsinya.

"Jika seorang pesara misalnya tidak perlu lagi memikirkan hal kerja tetapi dia perlu pastikan dirinya hidup dalam suasana yang bermakna. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti senaman yang terbukti mampu membekal oksigen ke otak sekali gus merangsang keupayaan berfikir,"

Dr. Moon Keen turut mencadangkan individu yang meningkat usia agar melakukan stimulasi mental seperti bergaul dengan rakan-rakan, menceburi persatuan sukarela, melakukan aktiviti berkumpulan dengan tujuan untuk merangsang minda agar berfikir.

"Biasanya, penyakit ini dialami oleh salah seorang suami atau isteri yang telah kehilangan pasangan mereka. Paling utama ahli keluarga seperti anak-anak dan saudara mara memberi sokongan emosi dan kasih sayang kepada mereka agar mereka tidak berasa keseorangan dan seterusnya hilang fungsi fikiran,"

Diagnosis

Bagi seorang pesakit yang berjumpa doktor, perkara pertama yang ditanya ialah tentang sejarah perubatan pesakit. Setelah mendapat maklumat, pesakit akan diberikan soalan soal selidik. Set soalan ini umpama ujian IQ untuk mengenalpasti tahap demensia yang dialami pesakit.

"Ujian imbasan otak (CT Scan) boleh mengenalpasti sama ada otak mula mengecut atau sebaliknya. Ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) juga boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini, bergantung kepada penilaian menerusi soalan kaji selidik tadi,"

Selepas mengenalpasti punca, rawatan akan dibuat dengan pengambilan ubat-ubatan serta terapi bergantung kepada tahap demensia seseorang pesakit.

Amalan makanan mampu mengelakkan risiko

Pengambilan sayur-sayuran pelbagai warna yang mampu menguatkan minda. Dengan mengambil sayur-sayuran yang berwarna warni tersebut akan membekalkan zat dan nutrien yang diperlukan untuk otak. Ia sekali gus dapat mengelakkan risiko diserang dimensia apabila tiba usia berisiko kelak.

"Tidak bermakna makan sejenis sayur tidak baik, tetapi lebih baik jika sayuran hijau dicampur dengan sayuran seperti lobak, kubis dan sebagainya kerana ia adalah lebih baik untuk kesihatan otak anda,"

Tambahnya, kajian membuktikan pengambilan minyak ikan mampu mengelakkan penyakit dementia. Satu lagi kajian terbaru di Britain pula mendapati amalan meminum kopi di kalangan wanita mengurangkan risiko mereka dari terkena penyakit ini.

Sedutan daripada Akhbar Tempatan, Ruangan "Kesihatan"

Khamis, 28 Mei 2009

Dunia Pemakanan Kita Di Malaysia

Masih banyak makanan guna asid borik


KERATAN Kosmo! 24 Februari 2006.


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.

Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.

"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.

"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

Selasa, 26 Mei 2009

Terima kasih kerana sokongan daripada ibubapa alhumairaa

testimoni di bawah boleh di baca di

http://testimoniparentsalhumairaa.blogspot.com

Mahal Tapi Mestilah BerQualiti


tahniah..untuk pengusaha taska alhumairaa semoga lebih maju jayadalam program yang disediakan dan semoga memberi perkhimatan yang lebih berkualiti..insyaallah
tahniah juga untuk kakak2 tab kerana bejaya kentalkan semangat n sabar mengajar n mendidik anak2 taska alhumairaa..

aslkm..sy tertarik kali ini untuk mengucapkan selamat hari guru pada mereka yang rasa dirinya seorang guru...

ok sebenarnya sy ada cerita best..kat sekolah sy ni sy bg kengkawan tengok blog taska alhumairaa..mereka amat teruja dengna program yang disediakan.. bangga jugaklah..

adalah 1 cerita..belakau di dengkel kalu tak silap nama nye ..syy rahsia...ramai yg komplen ank2 tak mau pergi sekolah..bila tanya anak..kata tak mau g sekolah.

Sabtu, 23 Mei 2009

Kenali Pengendali Taska al Humairaa

Taska Al Humairaa / Genius Kids Centre dikendalikan oleh

1) Puan Hasnah,
Lepasan Ijazah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (minor dalam psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa.

Di samping memiliki Diploma Awal Pendidikan Kanak-kanak. Juga memiliki pelbagai sijil pendidikan, pengurusan dan pemakanan sama ada daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mara atau Institusi Pendidikan.

Antaranya ialah 


A)Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY

B) Sijil Certified Industrial Coach by SLDN n HRDF

C) Certified Trainer Oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
Beliau pernah bekerja di Intaz dibawah Nury Institute Of Parenting dan Child Development (Dato Dr Noorlaily) sebagai pegawai pendidikan.

Mampu mengajar dalam bidang pengurusan bayi- anak - kanak, keibubapaan, pengurusan taska - tadika dan subjek yang berkaitan.
2) Encik Allwee,
Lepasan Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa.

Pernah bekerja sebagai:

#) Pengurus di Yayasan Aminuddin Baki, 

#) Pegawai projek pendidikan di Nury Institute of Parenting and Child Development.

#)Trainer dan Perunding Latihan dan Penyelidikan di Akademi Aidit Sdn Bhd.


#)Kini,sebagai Master Trainer n HRE Consultan, Fakiih Solutions n Training Sdn Bhd.

Memiliki 


*) Sijil Certified Trainer oleh PSMB (HRDF),
*) Certified Industrial Coach SLDN, 
*) Pengamal Mindmapping (mindmapper), 
*) Master Reiki n innerpower, 
*) Sijil NLP (Neuro Linguistic Programming), 
*) Sijil EFT (Emotional Freedom Technique),
*) Sijil-sijil Bidang Pengurusan dan Kewangan, 
*) Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY.
dan pelbagai sijil TOT yang berkaitan dgn bidang yang diceburi.

Tenaga pengajar dalam bidang 

a) Personaliti Unggul / Power
b) pemikiran, 
c) pengurusan minda dan stres, 
d) mindmapping, 
e) Aura dan Warna dan 
f) Program berkaitan pengurusan (masa, Stress, decision making, perhubungan pelanggan dll)
Wassalam.

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Pantun HARI GURU

anak lulus lisan

memang baka cerdik

bila gagal ujian

cikgu tak pandai didik

air penuh kolah

emak rendam maman

kenapa tak sekolah

takut cikgu rotan

maman masam sudah

buat sayur lemak

elok duduk rumah

tolong ayah emak

lawan ikan pindang

makan dengan Mak Long

jumpa bayi di ladang

senyap-senyap selindung

Mak Long cungkil gigi

buang dalam perigi

pegang duit sendiri

tak payah sekolah tinggi

tembok perigi senget

condong arah titi

bicara e-mail internet

anak masuk program realiti

titi batang pinang

banyak cendawan kaki

orang sampai ke bintang

kita sibuk kira OT

Isnin, 11 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU

Rupanya, untuk mengingati seseorang kita perlu ada hari-harinya, kan? Nak ingat Rasulullah, yang kita rasa jauh, ada hari kelahiran. (Dan kekeliruan yang dibuat oleh puak syiah, ialah kita menyambutnya hari yang sama dengan kewafatannya. Jadi, kita perlu gembira atau berduka? ) Ha... cek smula. Jangan jadi tipah tertipu..

Hari Ibu ni, Mak Nah teringat plak satu iklan DIGI pasal "betuah punya anak". Cara dia sebut "makkk" pun dah terasa, teringat mak kita, kan? Begitu keramat seorang mak..., yang Syurga di telapak kakinya.

Hari Ibu, sebenarnya sama je hari-hari lain. Takde pun kita rehat, tidur baring lebih-lebih hari tu. Tapi dek ada orang yang mengingatkanlah ( at least ), kita berterima kasihlah. Ye tak. Tapi tugas dan kewajipan tak pernah off. Tak ada MC. Cuma kita boleh ansur-ansur , tangguhkan first come first sebab profession kita seumur hidup. Macam tu juga didik dan asuh anak-anak. Selagi bawah tanggungjawab kita, selagi itulah usaha dan jika ada, pahala berterusan.
Pengajarannya, Jangan rasa serik jadi ibu. Selamat Hari Ibu :-)


Jumaat, 8 Mei 2009

Saya Dah Bayar Yuran Tapi Kenapa Tak Terima?

Salam Buat Semua Ibubapa Al Humairaa,

Hari ini, kami ingin bicarakan tentang "Cara Pembayaran Yuran Al Humairaa" dan kenapa kami bertindak begitu.....?

Cara pembayaran yuran taska alhumairaa adalah cara yang mudah iaitu ibubapa diminta bank in atau dengan cek atau buat secara online terus ke akaun taska

Kami tidak membenarkan pembayaran dibuat secara TUNAI kerana banyak implikasinya berdasarkan pengalaman yang lalu dan mengalaman terkini iaitu Januari 2009.

Biasanya kejadian kehilangan yuran ini berlaku apabila ibubapa menyerahkan wang tunai kepada PENGASUH BARU kerana mereka belum teruji sifat amanah dan sifat takutkan Allah.

Duit punya pasal... mereka akan menggadaikan prinsip sebagai seorang muslimah yang bagus....lagi amanah.....

Pada bulan Januari yang lepas, kami dapati ada seorang parent belum menjelaskan yuran walaupun sudah masuk bulan Feb. Bila ditanya, jawapannya ialah beliau telah memberikan kepada pengasuh baru dan bukan kepada ketua pengasuh (kami ada melantik seorang sebagai individu yang bertanggungjawab dalam setiap taska yang ditubuhkan).

Pada bulan yang sama, kami ada menerima pengasuh baru yang tiba-tiba nak berhenti...... dan katanya nak sambung belajar... kami terima alasan itu kerana itu adalah satu alasan yang munasabah untuk berhenti...... kemudian pengasuh ini ada sms pulak memohon maaf kalau ada buat dosa....kerana takutkan balasan kononnya... pada masa tu kami tak faham apa maksud "dosa itu"...

Tadi, barulah kami faham bila parent di atas menceritakan bahawa pengasuh itu yang terima duit yuran secara cash......

Dalam pengalaman kami sebelumnya, pernah kami short sampai RM1000 di sebabkan yuran secara tunai ini diberikan kepada pengasuh baru....

SEKALI lagi kami memohon kepada parents supaya bank in terus ke akaun kami atau by cheque atau transfer secara online.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa

"Mulai Bulan Ini (MEI 2009), pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak Tuan/Puan menyerahkan bayaran tunai kepada pengasuh baru dan yuran itu tidak sampai kepada kami.... Pihak kami terpaksa menegaskan bahawa pihak kami akan menganggap bayaran itu tidak akan sempurna melainkan setelah pihak kami menerima wang tersebut"

Kenapa kami bertindak begitu.... kehilangan yuran menyebabkan kekurangan dana untuk pembangunan taska al Humairaa.... justeru itu, kami ingin mengelak tragedi tersebut..

Sekali lagi kami memohon kepada ibubapa untuk membayar secara

a) Cek
b) Bank in di Maybank
c) Transfer Online

Semoga Kita semua dimuliakan oleh Allah

Pengurusan Taska Al Humairaa

Khamis, 7 Mei 2009

Terimalah Seadanya....

Salam Buat Semua,

Kita sebagai manusia ingin kesempurnaan, kehebatan, kebanggaan dan kelebihan pada apa yang dimiliki.

Ibubapa ingin anak yang terbaik akhlaqnya, terbaik pendidikan dan pelajarannya dan terbaik apa jua hal yang berkaitan dengan anak.

Isteri pula inginkan suami yang terbaik untuknya, suami yang penyayang, suami yang mampu buat kerja rumah seperti membasuh, mengemas, pandai menjemur baju, pandai memasak dan pelbagai kerja rumah... sekurang-kurangnya meringankan kerja isteri dalam situasi susah untuk kekalkan BIBI di rumah malah mahukan suami yang mampu memuaskan lahiriyah dan batiniyyah.

Suami pula mahukan seorang isteri yang mudah senyum, lembut budibicaranya, manja isteri dihadapannya, pandai melayan suami ketika suami pulang dari pada kerja atau outstationnya, pandai melayan anak-anak, pandai menjaga rumah sehingga kemas, tersusun rapi, pandai menjaga dirinya dan diri suaminya, mampu bersedia melayan keinginan suami bila diingini... memberikan kepuasan luar dan dalam...

Namun itu semua adalah pengharapan dan teori bacaan sahaja...

Pada Hakikatnya - "Terimalah orang disekeliling kita seadanya"

Zaman sudah berubah..... suasana juga sudah berubah......

Namun begitu dalam menerima pasangan atau anak kita seadanya, kita juga digalakkan sentiasa membaiki tahap itu sehingga wujud satu benchmark yang tinggi yang mana suatuu hari nanti sesuatu yang dianggap terlalu sempurna boleh diwujudkan menjadi suatu realiti..... bila?... tempohnya?....

Kitalah menentunya

Wassalam

Rabu, 6 Mei 2009

Komunikasi Berkesan Adalah Satu Cabaran

Komunikasi Berkesan adalah idaman setiap orang, setiap suami, setiap isteri, setiap ibu, setiap bapa, setiap anak, setiap pekerja, setiap majikan dan sesiapa sahaja.

Secara teori nampak macam mudah seperti ABC tetapi mencabar bila dipraktiskan.

Kenapa ye?

Sebab setiap komunikasi akan melibatkan emosi, daya pemilikan, daya persepsi, daya andaian awal dan kuasa maklumat awal-entah betul atau tidak.


Sebagai contoh....

Suami berbicara dengan isteri.... bila si suami tinggi suara untuk menunjukkan ketegasan.... si isteri akan terasa kerana pada pandangan beliau... itu tanda suaminya tengah marah...

Bila si isteri berkata-kata pada suami.... si isteri tersilap memilih kata-kata... seperti "adakah itu suatu alasan"
Tiba-tiba si suami terasa hati kerana menganggap perkataan "alasan " itu adalah suatu perkara yang negatif. Tak sepatutnya digunakan oleh si isteri.. alasan bermakna saja cari sebab untuk mengelak daripada melakukan sesuatu atau bertanggungjawab ke atas sesuatu....

Kenapa terjadi begitu?.... sebab "kuasa pemilikan suami isteri"

Komunikasi yang menarik bila disertai dengan senyuman atau manis muka di samping memberi fokus kepada orang yang bercakap......

Contoh.... si suami bersembang dengan isteri....... sedang si isteri tengah picit-picit Handphone atau tengah sms.... tentulah si suami terasa walaupun si isteri dengar ucapan si suami.

ATAUpun si suami bersembang dgn si isteri.... tetapi di isteri lambat jawab dengan muka yang tiada senyuman atau muka manis.... tentulah si suami tawar hati nak teruskan sembang itu.

Begitu juga bila si isteri bersembang, si suami tengah baca akhbar atau tengok TV atau tengah memandu dan hanya jawab emmm, ye ke.... atau diam... tentulah si isteri juga terasa hati.....

Akhirnya, ada orang cadangkan agar suami dan isteri kena pi belajar NLP agar komunikasi kedua menjadi cantik dan mesra sebab faham tentang apa itu visual, auditari dan kinestatik dan apa itu otak analisa, fakta, emosi dan wawasan

Memanglah Komunikasi Berkesan Sukar Di Capai melainkan peranan kedua belah pihak di mainkan sebaik mungkin