Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Memaparkan catatan dengan label Urgent...Penting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Urgent...Penting. Papar semua catatan

Jumaat, 22 November 2013

SOKONGAN SUSU IBU SEPENUHNYA DIPERLUKAN!


BAYI yang diberikan susu ibu biasanya mempunyai antibodi yang kuat dan membesar secara sihat.



SEJAK melahirkan cahaya mata sulung pada 26 Ogos lalu, Mastura Abu Samah mengakui seronok melalui fasa baharu kehidupan bergelar ibu.

Sebagai wanita, Mastura, 29, berkata, hidupnya kini terasa lengkap dengan kehadiran permata hati yang diberi nama Putra Aidiltullah itu.

Apatah lagi sewaktu kali pertama berpeluang menyusukan bayinya, hati Mastura terasa damai melihat keasyikan si anak melakukan ‘kerjanya’.

“Alhamdulillah, sukar untuk saya mengungkap perasaan yang terbit dalam diri ketika menyusukan Putra. Rasa seperti ingin menangis pun ada.

“Walaupun pada mulanya, saya sedikit gementar dan takut kerana pengalaman membaca kisah-kisah kelahiran pertama termasuk kesakitan sewaktu menyusukan bayi bermain di fikiran. Tetapi, berkat sokongan suami dan para jururawat di hospital ini, saya berjaya melakukannya dengan baik,” ujar Mastura yang memilih untuk melahirkan bayi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sehingga kini, Mastura masih lagi menyusukan bayinya secara eksklusif dan berharap dapat melakukan rutin tersebut sehingga dua tahun.

Dalam pada itu, Muhammad Rohaimi Mohd, Tasrif, 27, sebagai suami sudah tentu bersyukur kerana dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang bersama isterinya.

TUNJUK ajar daripada jururawat di hospital membantu para ibu muda mengetahui teknik penyusuan bayi yang betul.


Sokongan

Justeru, sebolehnya dia mahu anaknya mendapat zat terbaik daripada pemberian susu ibu yang diketahui besar manfaatnya.

“Sebelum ini, saya ada mengikuti kelas antenatal yang menekankan tentang kepentingan susu ibu terhadap bayi yang baru lahir. Jadi, saya perlu menyokong penuh perkara ini, terutamanya dalam memberi semangat kepada isteri untuk berbuat demikian.

“Sokongan ini penting bagi menunjukkan keprihatinan saya terhadap isteri yang telah bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak kami ke dunia,” ungkap Muhammad Rohaimi ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Berdasarkan panduan yang digariskan Perikatan Antarabangsa Untuk Tindakan Penyusuan (WABA), terdapat lima cabang yang membentuk kumpulan sokongan susu ibu.

Ia terdiri daripada keluarga dan rangkaian sosial, sistem penjagaan kesihatan, suasana kerja dan persekitaran, kerajaan dan penggubalan undang-undang serta respons terhadap krisis atau kecemasan.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G) HKL, Dr. Noor Haliza Yussoff, 52, berkata, menyentuh soal sokongan, setiap ibu yang melahirkan bayi perlu diberi pendedahan dan didikan mengenai kepentingan susu ibu dari peringkat antenatal lagi.

Ujarnya, mereka biasanya akan diberikan maklumat untuk melakukannya dan dibantu jika ada sebarang masalah oleh jururawat terlatih.

“Namun, apabila pulang ke rumah, ketika itulah masalah akan berlaku yang melibatkan campur tangan keluarga seperti ibu atau ibu mertua, terutamanya dalam aspek membabitkan penyusuan bayi.
“Bila anak menangis kerana lapar, biasanya mereka akan menyuruh si ibu memberi susu botol kepada bayi,” ujar beliau sambil memaklumkan antara kebaikan terbesar susu ibu ialah melindungi bayi daripada jangkitan bakteria dan virus.

PEMILIHAN baju yang mesra bayi juga membolehkan penyusuan susu ibu dilakukan pada bila-bila masa tanpa sebarang rasa malu.


Dari segi zat, susu yang diberi secara terus atau diperah masih sama. Cuma bezanya, ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sewaktu menyusu membuatkan mereka menjadi lebih rapat.
Terang Noor Haliza, susu ibu menyediakan khasiat yang diperlukan oleh bayi.

“ Susu ibu hidup dan tidak mati. Ia akan menyesuaikan diri dengan kandungan yang diperlukan bayi dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun.

“Berbanding susu formula, zatnya statik. Apa yang diletak itulah kandungan yang ada di dalamnya sampai bila-bila,” katanya.

Noor Haliza berkata, golongan ibu muda pada hari ini semakin menyedari keperluan menyusukan anak secara eksklusif.

Bagaimanapun, beliau mahu menyampaikan mesej bukan sahaja kepada si ibu dan suami malah kaum keluarga serta rakan-rakan supaya apabila kembali ke pangkuan masyarakat, mereka memperoleh sokongan penuh bagi penyusuan susu ibu.

Menurutnya, trend ibu-ibu mengandung sekarang menyaksikan mereka datang ke kelas antenatal bersama ibu sendiri atau ibu mertua. Situasi sedemikian amat dialu-alukan kerana secara tidak langsung mereka akan mendapat pengetahuan tentang kepentingan susu ibu.

RAMAI wanita berkerjaya semakin menyedari kepentingan susu ibu kepada si anak dan sanggup memerahnya ketika berada di pejabat. - Gambar hiasan


Susu formula

Tambah beliau, susu formula mula berkembang pada awal 70-an. Sebelum itu, semua ibu menyusukan bayi mereka dengan susu badan.

“Bagaimanapun, iklan yang ditayangkan di media massa secara meluas seolah-olah menampakkan susu formula itu susu yang terbaik. Lama-kelamaan masyarakat seumpama ‘diprogram’.
“Maka, berlakulah persepsi yang menyebabkan mereka ingin memberi susu formula pada anak masing-masing. Ini kerana pada anggapan mereka, sesiapa yang memberi susu ibu dilihat seperti orang miskin,” ungkapnya.

Menyedari hakikat itu, kerajaan telah mengambil inisiatif menggubal satu akta yang menghalang pengiklanan untuk susu formula bayi berusia dua tahun ke bawah. Kod tata etika dalam penggubalan undang-undang ini telah dimulakan pada tahun 1990-an.

“Sehingga sekarang hanya susu formula untuk anak-anak yang berusia dua tahun ke atas yang dibenarkan bagi tujuan pengiklanan.

“Selain itu, di bawah kod tata etika ini juga, setiap kotak atau tin susu harus ditulis bahawa susu ibu adalah susu terbaik. Kod ini akan dikaji semula setiap dua tahun untuk ditambah baik,” jelas Noor Haliza.
Sepanjang 25 tahun dalam bidang O&G, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut berkongsi pengalaman yang dilihat dalam aspek perbezaan penyusuan susu ibu.

“Dahulu, jarang kita lihat ibu-ibu menyusukan bayi mereka ketika berada di wad. Rata-rata akan memberi susu botol pada anak yang baharu dilahirkan. Lantaran itu, pergerakan untuk memastikan penyusuan ibu berlaku secara meluas pada tahun 1991.

“Ketika itu, penggunaan botol susu dilarang sama sekali di semua hospital kerajaan. Alhamdulillah, setakat ini usaha kita telah menunjukkan hasilnya. Tidak ketinggalan, semakin banyak hospital swasta turut menyokong perkara ini,” kata beliau yang mengakui daripada tiga orang anaknya, hanya yang bongsu berpeluang menyusu secara eksklusif dengannya selama dua tahun.

Semua itu disebabkan mentaliti beliau dan faktor persekitaran yang kurang menyokong perkara tersebut. Meskipun sedikit ralat, namun Noor Haliza tetap bersyukur kerana akhirnya perjuangan untuk memartabatkan pemberian susu ibu mencapai kejayaan

Jumaat, 21 September 2012

Helicobacter pylori (H. pylori) itu menjadi penyebab utama gastritis kronik dan ulser gastrik.

Wanita sumber utama bagi jangkitan



WANITA seringkali ditugaskan untuk menyediakan makanan harian, menjaga kesejahteraan keluarga dan bertanggungjawab memelihara kebersihan dan ketenteraman kediaman. 

Walaupun begitu banyak masa dan penjagaan dihabiskan bagi melaksanakan tugas tersebut, ada isu lain yang perlu diberi perhatian.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita merupakan sumber utama penyebaran sejenis bakteria yang dilabel sebagai karsinogenik (cenderung menyebabkan berlakunya kanser) tahap pertama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Bakteria yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H. pylori) itu menjadi penyebab utama gastritis kronik dan ulser gastrik.

Menurut Pakar Gastroenterologi terkemuka, Dr. Vagif Soultanov yang merupakan pengamal terapi semula jadi dari Australia, H. pylori merupakan musuh utama bagi kanser perut.

"Kebiasaannya, jangkitan H. pylori adalah sama dalam kalangan lelaki dan wanita. Kajian menjelaskan bahawa ibu-ibu yang dijangkiti merupakan sumber utama bagi jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.
"Jangkitan H. pylori mungkin disalurkan melalui makanan, air yang tercemar, sentuhan pada material linen atau barang permainan," ujarnya.

Katanya lagi, keadaan di negara membangun seperti Malaysia membentuk sentuhan yang lebih rapat antara ibu-ibu, anak-anak dan dalam kalangan adik-beradik.

"Ini mungkin merupakan sebab utama kepada kadar jangkitan pada tahap tinggi dilaporkan. 

"Tambahan pula, di negara membangun, kaum bapa merupakan sumber pencari nafkah utama keluarga, menjadikan mereka kurang bersentuhan dengan anak-anak. 

"Ini menguatkan lagi pendapat bahawa jangkitan H. pylori dikaitkan dengan kaum ibu," jelasnya.

Soultanov menjelaskan, kanser perut bukanlah sesuatu yang berkembang semalaman. Mengenal pasti isyarat-isyarat yang membimbangkan dari perut sangat penting bagi mengelakkan masalah kesihatan serius pada kemudian hari.

Gastritis merupakan keradangan atau kerengsaan pada dinding perut. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba atau berperingkat.
JANGKITAN H. pylori yang tidak dirawat menyebabkan kanser perut terbentuk.


Sakit abdomen


Antara simptomnya ialah sakit perut yang sering kali digambarkan seperti rasa panas di bahagian abdomen atas pusat yang dikaitkan dengan kembung, sendawa dan kehilangan selera makan.
Simptom-simptom tersebut seringkali berlaku selepas makan, malah ada kebanyakan pesakit bangun pada waktu pagi dengan kesakitan di bahagian abdomen.

Kadangkala, kebanyakan pesakit tidak mengalami sebarang simptom dan dalam hal ini, ujian H. pylori melalui darah atau nafas perlu dilakukan bagi mengenal pasti status jangkitan.
Soultanov yang telah menerbitkan beberapa kerja penyelidikan dalam bidang ini menggambarkan H. pylori sebagai penyebab utama kanser perut.

Kaitan antara jangkitan H. pylori dan penyakit ulser peptik serta kanser perut merupakan penemuan utama dalam bidang gastroenterologi.
"Jangkitan H. pylori menyebabkan gastritis kronik, sejenis keradangan pada perut yang berlarutan serta boleh membawa kepada gastritis atrofi (luka prakanser), permulaan pada kanser perut.

"Malah, jangkitan H. pylori diisytiharkan oleh WHO sebagai karsinogen tahap pertama," katanya.

Tambahnya, lebih memeranjatkan jangkitan tersebut merebak secara meluas.

Lebih daripada 50 peratus daripada populasi dunia (lebih daripada tiga bilion orang) sudahpun dijangkiti sekali gus menjadikannya satu daripada jangkitan yang merebak dengan meluas di dunia. Lazimnya, jangkitan terjadi pada zaman kanak-kanak.
BEGINILAH keadaan pada dinding perut yang diserang bakteria H. pylori.


Cabaran rawatan
Sekiranya mereka yang dijangkiti itu tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya, kemungkinan untuk mereka mendapat kanser perut adalah sebanyak enam kali ganda berbanding golongan yang tidak pernah dijangkiti.

Walaupun kebanyakan pakar perubatan bersetuju bahawa jangkitan H. pylori mesti dirawat bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku, rejim penjagaan standard berdepan dengan beberapa masalah.

Antara permasalahan yang timbul daripada terapi ialah rintangan antibiotik dan tahap pematuhan pesakit yang rendah.

Rintangan antibiotik berlaku apabila meningkatnya penggunaan antibiotik. Keberkesanannya dikompromi memandangkan bakteria telah membina ketahanan bagi mengatasi keberkesanan antibiotik.
Dalam pada itu, tahap pematuhan pesakit yang rendah pula merujuk kepada pesakit yang tidak menuruti beberapa rejim rawatan seperti yang disyorkan.

Selasa, 22 November 2011

URGENT! PERHATIAN BUAT IBUBAPA AL-HUMAIRAA

SALAM SEMUA PARENTS ALHUMAIRAA,

KAMI DOAKAN SEMOGA SEMUANYA DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH.

PAGI TADI,

Salah seorang parents alhumairaa telah DIRAGUT ketika menghantar anaknya ke alHumairaa Seksyen 7. Peragutnya ialah berbangsa india yang bersembunyi berhampiran dengan MPV penduduk yang diparkirkan di kawasan padang depan taska.

Kejadian itu sungguh mengejutkan kami, pengurusan alHumairaa kerana

0. Sebelum ini cermin MPV Maknah dipecahkan ketika parking berhampiran padang Humairaa seksyen 4.

0. Pak Allwee pernah menegur 2 orang yang menunggang motosikal berhenti berhampiran MPV Maknah dan meninjau-ninjau MPV tersebut ketika diletakkn di depan taska seksyen 7 menyebabkan 2 orang itu memecut melarikan diri...

1. Pihak kami telah berkali-kali mengingati dan menegur PARENTS alHumairaa yang menghantar dan mengambil anak dalam keadaan memBIARkan enjin kereta "on" dan tiada penghuni di dalam kereta ATAU anak kecil ditinggalkan dalam kereta. PERBUATAN ini bagi kami terlalu bahaya. KETAKUTAN kami ialah apabila tetiba kereta itu dilarikan.....bayangkan apa yang akan berlaku......

2. Membiarkan handbeg di atas kerusi hadapan kereta dan kereta tidak dilock. Bahayanya ialah peragut senang ambil. Keduanya mudah utk pecahkan cermin kereta utk mengambil handbeg tersebut.

3. Membawa bersama handbeg dengan mendukung anak atau membimbit anak.....juga...berbahaya kerana peragut melihat ianya satu peluang tatkala mangsa sibuk dgn urusan berkaitan kanak-kanak.

4. Mata dan pandangan hanya fokus kepada karenah anak dan kesibukan atau kecepatan kerja sehingga terlupa pada persekitaran.

Pihak kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan perlu digerakkan bersama amalan pencegahan untuk disharekan oleh setiap parents sesama parents dan pengurusan al-Humairaa.

Antaranya,

1. Memandang persekitaran ketika keluar dari kereta sebagai melihat dan memantau keselamatan persekitaran sebelum anak dibawa keluar dari kereta ke dalam taska.

2. Memastikan tidak membawa peralatan penting yang menjadi daya tarikan peragut seperti handbeg, emas, berlian di lilitan tubuh Si Ibu atau Si Anak.

3. Menyembunyikan handbeg di bawah kerusi atau meletakkannya di dalam bonet belakang.

4. YANG PALING PENTING, TOLONGLAH matikan enjin kereta DAN KUNCIKAN KERETA apabila keluar DEMI KESELAMATAN walaupun sebentar..... toolooonglah!....

BERDOALAH SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH DARIPADA JENAYAH RAGUT INI DI MANA KITA BERADA.....

aminnn!




Sabtu, 23 Mei 2009

Kenali Pengendali Taska al Humairaa

Taska Al Humairaa / Genius Kids Centre dikendalikan oleh

1) Puan Hasnah,
Lepasan Ijazah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (minor dalam psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa.

Di samping memiliki Diploma Awal Pendidikan Kanak-kanak. Juga memiliki pelbagai sijil pendidikan, pengurusan dan pemakanan sama ada daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mara atau Institusi Pendidikan.

Antaranya ialah 


A)Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY

B) Sijil Certified Industrial Coach by SLDN n HRDF

C) Certified Trainer Oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
Beliau pernah bekerja di Intaz dibawah Nury Institute Of Parenting dan Child Development (Dato Dr Noorlaily) sebagai pegawai pendidikan.

Mampu mengajar dalam bidang pengurusan bayi- anak - kanak, keibubapaan, pengurusan taska - tadika dan subjek yang berkaitan.
2) Encik Allwee,
Lepasan Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa.

Pernah bekerja sebagai:

#) Pengurus di Yayasan Aminuddin Baki, 

#) Pegawai projek pendidikan di Nury Institute of Parenting and Child Development.

#)Trainer dan Perunding Latihan dan Penyelidikan di Akademi Aidit Sdn Bhd.


#)Kini,sebagai Master Trainer n HRE Consultan, Fakiih Solutions n Training Sdn Bhd.

Memiliki 


*) Sijil Certified Trainer oleh PSMB (HRDF),
*) Certified Industrial Coach SLDN, 
*) Pengamal Mindmapping (mindmapper), 
*) Master Reiki n innerpower, 
*) Sijil NLP (Neuro Linguistic Programming), 
*) Sijil EFT (Emotional Freedom Technique),
*) Sijil-sijil Bidang Pengurusan dan Kewangan, 
*) Sijil "Advanced" Pengasasan (Pengasuhan, Pemakanan dan Pembelajaran) Kanak-kanak Genius - oleh NURY.
dan pelbagai sijil TOT yang berkaitan dgn bidang yang diceburi.

Tenaga pengajar dalam bidang 

a) Personaliti Unggul / Power
b) pemikiran, 
c) pengurusan minda dan stres, 
d) mindmapping, 
e) Aura dan Warna dan 
f) Program berkaitan pengurusan (masa, Stress, decision making, perhubungan pelanggan dll)
Wassalam.