Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Selasa, 19 Julai 2011

MOLLUSCUM CONTAGIOSUM

MOLLUSCUM CONTAGIOSUM ( MC )

Kenapa ia terjadi? Apakah sebab ianya terjadi. Bimbang dengan anak-anak mula ada sebiji2 di telinga, leher, perut, punggung..

Mak Nah ambil kesempatan mencari punca dan bertanya doktor. ( Cuba rujuk Dr Saiful pakar Kanak-Kanak untuk info lebih lanjut ).

Di bawah ini apa yang Mak Nah faham dari sumber internet setelah Dr Saiful tuliskan tentang “molluscum contagiosum” di kertas untuk Mak Nah cari info lanjut...

1. Molluscum contagiosum (MC) adalah infeksi virus pada kulit atau kadang-kadang pada membran mukosa.

2. MC hanya menjangkiti manusia, seperti cacar. Namun, ada beberapa jenis virus-virus pox yang menjangkiti banyak mamalia.

3. MC yang menjangkiti manusia adalah sejenis virus DNA poxvirus yang disebut molluscum contagiosum virus (MCV). Ada empat jenis MCV, MCV-1 sampai MCV-4.

4. MCV-1 adalah yang paling lazim dan MCV-2 terlihat pada orang dewasa dan biasanya dijangkiti melalui hubungan seksual.

5. Infeksi MC paling umum pada anak-anak berusia satu sampai sepuluh tahun. MC biasa terdapat pada badan, lengan, dan kaki. Ia tersebar melalui sentuhan langsung atau perkongsian barang-barang seperti pakaian atau tuala.

6. Virus umumnya menyebar melalui kontak kulit ke kulit. Infeksi Molluscum contagiosum menimbulkan banyak bisul yang boleh hilang tiba-tiba tanpa rawatan, dan boleh juga sampai 6 bulan atau lebih.

7. Waktu dari infeksi pertama kali sampai munculnya bintil berkisar antara 2 minggu sampai 6 bulan, dengan rata-rata masa inkubasi 6 bulan.

Description: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/fc/Mollusca1klein.jpg
MCV pada lengan


Gejala

1. Bintil Molluscum contagiosum bentuknya seperti daging merah, kubah dan mutiara.

2. Bintil ini umumnya tidak menyakitkan, tetapi mungkin menimbulkan gatal @ iritasi. Mengorek atau menggaru bintil boleh mengakibatkan infeksi lebih lanjut. Sekitar 10% dari keadaan, berkembang di sekitar bintil.

3. Infeksi virus terbatas pada suatu area pada lapisan paling atas dari kulit luar. Setelah virus yang mengisi kepala bintil telah hancur, infeksi akan hilang.

4. Dalam sebuah proses yang disebut autoinoculation, virus mungkin akan tersebar ke daerah-daerah sekitar kulit. Anak-anak sangat mudah terkena autoinoculation ini.


RAWATAN

Rawatan pakar khusus menurut Dr Saiful, tidak diperlukan kecuali ia merebak cepat dan perlu kepada PAKAR KULIT untuk penggunaan ubat-ubatan atau laser.

Setakat ini tidak ada satu cara rawatan efektif menghilangkan penyakit ini. Meskipun demikian, rawatan dicari kerana berbagai sebab berikut:


1. Sebab-sebab perubatan :

o Pendarahan/Bleeding.

o Infeksi sekunder.

o Kegatalan dan tidak selesa.

o Menimbulkan bekas luka.

o Keratoconjunctivitis kronik iaitu keradangan pada mata (kornea dan conjunctiva).

1. Sebab sosial:

o Kosmetik.

o Menimbulkan rasa malu.

o Takut menular kepada orang lain.

o Dijauhi orang lain.

Virus hanya hidup di kulit luar dan setelah dewasa mereka mati. Virus yang telah mati tidak akan tersebar ke orang lain.

Molluscum contagiosum tidak seperti virus herpes yang boleh terpendam di dalam tubuh dalam jangka waktu yang lama dan kemudian muncul lagi. Oleh demikian, jika perawatan penghapusan semua kumpulan bintil dibuat, ia dikatakan berhasil dihilangkan secara efektif dan tidak akan muncul lagi, kecuali jika seseorang dijangkiti semula melalui autoinoculation.

Doktor akan menasihatkan untuk rawatan pakar sekiranya terjadi tompokan bintil yang banyak di sekitar alat sulit untuk mencegah penyebaran.



v Method rawatan :

à Cryotherapy - adalah cara membunuh sel yang dijangkiti melalui “pembekuan” iaitu pemberian tekanan udara dengan cairan spray biasanya nitrogen cair atau nitro. Prosedur yang relatif tanpa rasa sakit dan dapat dilakukan oleh ahli farmasi, termasuk doktor atau pembantu. Sel yang terinfeksi dapat segera berkurang atau secara perlahan menghilang beberapa hari kemudian.

à Menggosok ketulan-ketulan secara hati-hati dengan Betadine selama 5 minit, setiap hari sehingga bintil hilang.

à Pemberian zat Astringents pada permukaan luka molluscum untuk memusnahkan lapisan kulit; termasuk trichloroacetic acid, podophyllin resin, potassium hydroxide, dan cantharidin.

à Pemberian Benzoyl peroxide.

à Rawatan sistemik : Cimetidine, Griseofulvin dan Methisazone.

à Pembedahan dengan dicryosurgery.

à Terapi Laser.

à Penerapan duct tape atas luka sampai bintil mulai mengeras dan sembuh.

APA YANG TASKA BOLEH BUAT?

Mak Nah tak dapat nak korek, dari mana puncanya. Cuma yang boleh kita lakukan bersama sekarang ialah menjaga dan memantau kebersihan. Setakat ini pihak taska ELAK untuk berkongsi barangan anak-anak, berkongsi bekas makanan dan minuman. Cuma mungkin boleh dipantau lagi kebersihan dan penjagaan barangan anak-anak lebih terjaga dan bersih.

WALLAHU AKLAM

Sumber: Wikipedia.

Dr Saiful (Pakar Kanak-Kanak / Paediatrician : drsaifulbj@yahoo.com

Isnin, 18 Julai 2011

Persatuan Dyslexia Malaysia-Pendekatan berbeza didik anak disleksia

Pendekatan berbeza didik anak disleksia




RELAKAH anda mendengar suara-suara masyarakat mengatakan anak anda tidak cerdik atau tidak normal seperti kanak-kanak lain?

Lebih menyedihkan, guru di Taman Didik Kanak-Kanak (Tadika) dan sekolah menegur tentang kebolehan membaca serta menulis anak-anak itu yang agak ketinggalan berbanding pelajar lain sehingga membuatkan para pengajar hilang sabar.

Disebabkan kekurangan yang dihadapi kelompok kanak-kanak itu maka persepsi malas, terus melekat terhadap mereka gara-gara keengganan untuk mencuba menulis serta membaca dengan betul.

Nasihat kepada guru-guru di luar sana, jangan berharap mereka untuk mampu menulis dan membaca dengan cemerlang jika anda mengajar mereka dengan teknik sama seperti pelajar-pelajar normal lain.

Jika berdepan situasi tersebut, harus anda ketahui bahawa anda sedang berdepan dengan golongan disleksia iaitu kumpulan individu yang mengalami kesukaran membaca, menulis dan mengeja.

“Kurangnya pendedahan dan kesedaran dalam kalangan guru serta ibu bapa terhadap disleksia menyebabkan kekeliruan terhadap masalah yang dihadapi golongan disleksia. Secara kasar ia mungkin dilihat sebagai individu buta huruf yang perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas tetapi, sebenarnya mereka memerlukan pendekatan pembelajaran berbeza,” jelas Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM), Sariah Amin.

Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi penggunaan deria-deria utama seperti sentuhan, bunyi serta penglihatan kerana ia akan menjawab semua persoalan yang bersarang dalam fikiran mereka.

Jelas Sariah, golongan disleksia kebiasaannya berdepan masalah membezakan huruf a, d dan g disebabkan bentuknya yang serupa walaupun cara membunyikannya berbeza.

Sembilan pusat PDM

Bagi mengatasi kekeliruan tersebut, blok-blok huruf tersebut akan diletakkan di hadapan mereka dan mereka akan diberi penjelasan tentang perbezaan huruf tersebut.

“Contohnya, huruf d akan dikenali mereka sebagai huruf a yang mempunyai tangkai di atas sementara huruf g mempunyai ekor di bawah.


PUSAT pembelajaran disleksia ditubuhkan khas untuk memberikan pendidikan yang lebih fokus kepada pelajarnya tanpa tekanan dan saingan dengan pelajar normal.


“Penjelasan itu juga perlu didatangkan secara visual dan sentuhan agar mereka benar-benar memahami perbezaan huruf-huruf tersebut,” kata Sariah lagi.

Sejak penubuhan PDM pada 1999, persatuan tersebut terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada kanak-kanak disleksia dengan mewujudkan sembilan buah pusat pembelajaran di seluruh Malaysia.

Menerusi program pembelajaran tiga bulan di pusat pembelajaran tersebut, golongan disleksia akan diberi bimbingan serta perhatian khusus bagi mengatasi masalah mereka.

Seperti yang diketahui, golongan disleksia memerlukan tumpuan khusus, jadi setiap kelas di pusat PDM hanya memuatkan lima pelajar secara maksimum dengan seorang guru mengajar tiga subjek teras.

Subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik diajar oleh guru yang sama untuk setiap kelas bagi mewujudkan kemesraan dan keselesaan dalam kalangan mereka.

Intan Nur Jannah Mat Nawi, guru di pusat PDM Ampang memberitahu, mengajar kanak-kanak disleksia sangat menguji kesabaran serta memerlukan kemahiran tinggi.

“Mereka sangat jujur dan kadang-kadang kata-kata mereka boleh membuatkan kita rasa hendak marah dan putus asa untuk mengajar mereka.

“Ada juga di antara mereka yang pemalu dan tidak mahu bercakap apabila bertemu orang baharu, tetapi disebabkan sifat mudah mesra tidak sukar bagi mereka menyesuaikan diri,” ujar Jannah yang mula berkhidmat sejak 2005 lagi.

Pembelajaran di pusat PDM difokuskan kepada auditori, sentuhan dan sebutan di mana setiap pendekatan digabungkan agar impak yang diterima mereka lebih berkesan.

Jelas Jannah, perkataan-perkataan yang diajar perlu dieja mengikut bunyi perkataan itu disebut dan susunan perkataan dalam ayat juga perlu senada agar mereka tidak mengalami kekeliruan.

Tambah guru yang berumur 24 tahun itu lagi, proses mengajar kanak-kanak disleksia perlu dilakukan secara berperingkat serta tidak terlalu mendadak.


SEORANG guru menggunakan animasi interaktif menerusi komputer untuk merangsang minat pelajar disleksia.


Selain alat bantuan belajar seperti komputer, barangan permainan seperti permainan blok dan tanah liat juga penting bagi golongan disleksia menjana kreativiti mereka.

Sariah memberitahu bahawa pelajar-pelajar disleksia di pusat PDM akan diberi masa selama 30 minit untuk bermain kedua-dua permainan tersebut sebelum kelas bermula.

Ujar Sariah, mereka yang berada pada tahap disleksia serius kebiasaannya mengalami masalah menggerakkan tangan ketika menulis.

Penggunaan tangan dengan cara menekan dan membentuk ketika bermain permainan tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus yang dialami mereka.

Jiwa sensitif

Jika di sekolah-sekolah biasa, mungkin kanak-kanak disleksia akan ditegur dengan agak keras sekiranya mereka gagal menangkap apa yang diajar guru.

Bagaimanapun di pusat PDM, guru-guru terlatih tersebut tidak perlu menegur mereka menerusi kata-kata kerana ia akan mengundang kepada permasalahan lain.

“Kanak-kanak disleksia amat sensitif, jika dimarah mereka akan menunjukkan sikap negatif dan menjadi nakal.

“Oleh sebab itu kita tidak boleh sewenang-wenangnya memanggil mereka bodoh atau apa jua gelaran yang boleh membuatkan mereka berasa rendah diri.

“Jika mereka berterusan dilayan dengan cara begitu, maka apabila dewasa mereka akan terjebak dengan pelbagai masalah sosial,” kata Sariah yang telah 12 tahun menjadi penaung PDM.

Seorang ibu yang menghantar anaknya ke pusat PDM Ampang, Emilia Radzwan memberitahu, anak sulungnya, Muhammad Aqil Akmal dikesan mengalami disleksia pada awal tahun ini.

Luah Emilia, Aqil yang kini berusia lima tahun mempunyai masalah untuk bercakap dan mengenali abjad ketika berada di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

“Dia susah hendak memberitahu apa yang hendak dicakapkan, seolah-olah dia perlu berfikir dengan lama sebelum dapat mengeluarkan kata-kata tersebut.

“Pada mulanya saya dan suami tidak mengesyaki apa-apa tetapi, setelah teringat situasi serupa yang terjadi kepada seorang saudara, kami terus membawa Aqil menjalankan pemeriksaan.

“Setelah dia disahkan mengalami disleksia, kami mengambil keputusan mengeluarkannya daripada taska dan menghantarnya ke pusat PDM,” luah Emilia yang bekerja sebagai perunding pelancongan.


SEORANG guru di pusat pembelajaran disleksia di Ampang mengajar seorang anak muridnya mengenali huruf.


Kini, selepas tiga bulan mengikuti program di pusat PDM, Aqil yang mengalami disleksia tahap sederhana sudah mengenal huruf, nombor, mengeja malah, dapat memegang pensil dengan betul.

Walaupun begitu, Emilia memutuskan untuk menyambung tiga bulan lagi tempoh pengajian Aqil di ‘sekolah’ disleksia itu agar anak pertama daripada dua beradik tersebut boleh membaca dengan lancar.

Bukan Emilia sahaja memilih untuk menyambung program anaknya di pusat PDM, malah ramai ibu bapa melakukan perkara sama kerana inginkan perkembangan yang lebih baik sehingga mereka betul-betul bersedia untuk kembali ke sekolah biasa.

Tiada tajaan

Perjuangan PDM mendidik anak-anak disleksia bagaimanapun masih perlu dibiayai ibu bapa sendiri kerana tiadanya dana yang diperuntukkan buat persatuan itu.

Ibu bapa perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM450 sebulan dan bagi mereka yang tidak berkemampuan, PDM akan membantu mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

“Setakat ini hanya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa badan korporat yang sudi menghulurkan bantuan kepada persatuan kami.

“Kami percaya ramai kanak-kanak disleksia di luar sana yang ingin menuntut ilmu di sini tetapi disebabkan sekatan kewangan, ibu bapa mereka terpaksa membantutkan hasrat tersebut.

“Diharapkan akan ada pihak-pihak tertentu yang sudi mengembalikan sinar harapan buat mereka agar dapat belajar secara percuma kelak,” ujar Sariah jujur.

Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka yang mengalami disleksia ke pusat PDM bolehlah melayari www.dyslexiamalaysia.org.my dan menghubungi mana-mana pusat PDM yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Kesan HPV awal,elak kanser serviks-HPV 16 n 18



DARI KIRI: Jeffrey, Kunaseegaran dan Abdul Razak menerangkan mengenai ujian HPV Roche dalam satu seminar kesihatan baru-baru ini.


DI seluruh dunia, hampir 500,000 wanita disahkan menghidap kanser serviks setiap tahun dan separuh daripada mereka meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Sebahagian besar daripada kematian itu dilaporkan di Asia yang mewakili 52 peratus daripada kes kanser serviks di seluruh dunia.

Kanser serviks ialah kanser kedua paling umum dalam kalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara.

Barah pangkal rahim itu meragut nyawa lebih daripada 600 wanita di seluruh negara setiap tahun iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar di negara seperti United Kingdom dan Belanda. Negara juga menanggung perbelanjaan kira-kira RM52 juta setahun untuk rawatan penyakit tersebut.

Buat masa ini, ujian paling umum bagi kanser serviks ialah pap smear. Namun begitu, satu kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati bahawa seorang daripada 10 wanita yang diuji positif untuk HPV 16 atau 18 menggunakan ujian HPV Roche, mengalami prakanser serviks meskipun keputusan pap smear mereka normal.

HPV merujuk kepada virus papilloma manusia. Kanser serviks juga disebabkan oleh jangkitan terus-menerus dari HPV jenis onkogenik iaitu yang berpotensi menyebabkan kanser.

Langkah mengenal pasti kanser serviks pada peringkat awal adalah amat kritikal kerana kadar penyembuhan bagi prakanser ialah 98 peratus.

Bagaimanapun, apabila penyakit telah menular menjadi kanser dan merebak kepada organ lain, tidak sampai 20 peratus wanita dapat hidup lebih lama daripada lima tahun.

Ujian HPV Roche

Ujian baharu daripada Roche Diagnostics, iaitu ujian HPV Roche (cobas® 4800 HPV test) kini boleh didapati di Malaysia.

Ia mengesan kehadiran HPV yang menyebabkan lebih 99 peratus daripada semua kes kanser serviks. Secara tidak langsung, ia membantu mengenal pasti wanita yang berisiko lebih tinggi.

Secara lebih khusus, ujian itu mengenal pasti dua jenis virus penyebab risiko paling tinggi iaitu HPV 16 dan 18. Setiap satunya dikenal pasti menjadi punca bagi 70 peratus daripada kes.

Terdapat lebih 100 jenis HPV. Sebanyak 14 jenis daripadanya dianggap berisiko tinggi untuk menular menjadi kanser serviks.

Daripada 14 ini, dua jenis mempunyai kebarangkalian paling tinggi mengakibatkan kanser serviks, iaitu HPV 16 dan 18. Wanita dengan HPV 16 atau 18 berisiko 35 kali ganda lebih berkemungkinan menghidap kanser serviks berbanding mereka yang tanpa HPV.


UJIAN pap smear tidak dapat mengesan kehadiran HPV 16 dan 18.


Ujian HPV Roche baharu yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) itu mengenal pasti HPV 16 dan 18 secara berasingan dan pada masa yang sama mengesan 12 jenis HPV risiko tinggi dalam keputusan terkumpul.

“HPV ialah jangkitan yang sangat umum. Sebanyak 75 peratus daripada wanita akan dijangkiti pada satu peringkat dalam kehidupan mereka.

“Dengan pelancaran Ujian HPV Roche, kita dapat mengenal pasti wanita dengan risiko HPV paling tinggi untuk menghidap kanser serviks. Ujian ini amat dihargai kerana ia membolehkan doktor merawat pesakit dengan sewajarnya,” kata Jeffrey Chin, Pengurus Besar Roche Diagnostics Malaysia.

Maklumat tepat

Dalam pada itu, Ketua dan Pakar Runding Patologi, Jabatan Patologi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr. Kunaseegaran Ragavanaidu memberitahu, ujian pap smear merupakan cara lazim untuk memeriksa kanser serviks tetapi keputusannya tidak selalu memberikan maklumat yang tepat.

“Ujian HPV Roche mengesan DNA virus dan lebih penting, ia mampu mengesan HPV 16 dan 18, yang tidak dapat dilakukan oleh pap smear.

“Memandangkan kadar kanser serviks dijangka meningkat di Malaysia, kami perlu mengenal pasti individu yang menghadapi risiko kanser serviks secara lebih awal dan tepat demi memastikan penyakit diuruskan dengan baik,” katanya.

Tambah Kunaseegaran, ujian HPV Roche membuka lembaran baharu dalam kemajuan pengesanan dan pencegahan kanser.


HPV menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa pada kulit, termasuk di bahagian sensitif alat kelamin.


Keputusan objektif yang dihasilkan boleh memberikan maklumat penting kepada pakar penjagaan kesihatan untuk menilai risiko pesakit yang menghidap kanser serviks.

“Mereka kemudian boleh membuat keputusan awal termasuk cara terbaik untuk merawat pesakit, seterusnya membantu memastikan hasil rawatan yang sebaik mungkin.

“Kami teruja untuk memikirkan bahawa kita kini semakin hampir kepada matlamat untuk membasmi kanser serviks,” katanya.

Lazimnya, jangkitan HPV tidak menunjukkan sebarang gejala, justeru adalah penting untuk menjalani ujian HPV 16 dan 18 dari semasa ke semasa.

Ujian boleh dilakukan oleh doktor am atau pakar ginekologi dan boleh dilaksanakan dengan cara yang sama seperti pap smear biasa.

“Oleh kerana kanser serviks boleh dicegah, penyakit ini tidak harus meragut terlalu banyak nyawa di sini setiap tahun.

“Di Hospital Tentera, kami membuat keputusan untuk menggunakan ujian tersebut bagi pemeriksaan utama dan saya menyeru pihak lain menggunakan pendekatan dan teknologi ini supaya kanser serviks bukan sahaja boleh diuruskan dengan lebih baik, tetapi dicegah sama sekali,” rumus Dr. Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Dr. Abdul Razak, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Isnin, 11 Julai 2011

Bayi depan tadika

SENTUL: Seorang pesara tentera yang dalam perjalanan pulang daripada menunaikan solat Subuh di surau berdekatan rumahnya di Taman Setapak, dekat sini, terkejut apabila dimaklumkan seorang lelaki tidak dikenali mengenai penemuan bayi di depan sebuah tadika di taman berkenaan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, lelaki berusia 50-an itu ingin pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Subuh di surau berdekatan sebelum terserempak lelaki tidak dikenalinya dan memberitahu perkara itu.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, pesara tentera itu bergegas ke tadika berkenaan dan menjumpai bayi terbabit yang diletakkan di dalam beg plastik dan berkeadaan baik.

“Lelaki itu membawa bayi terbabit ke Balai Polis Danau Kota dan membuat laporan,” katanya.


Menurutnya, bayi lelaki yang ditemui dibalut dengan tuala sebelum diletakkan dalam plastik itu dipercayai baru dilahirkan. Polis membawa bayi itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.


“Walau terdapat banyak kesan gigitan nyamuk di mukanya, pihak hospital bagaimanapun mengesahkan bayi itu sihat.

“Bayi itu kini diletakkan dalam jagaan HKL,” katanya

Berat Bayi 7.3 KG ketika dilahirkan.....

Ibu lahir bayi 7.3kg


BAYI yang dilahirkan Janet Johnson seberat 7.3 kilogram di sebuah hospital di Longview, Texas pada Jumaat lalu.


DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang ibu, Janet Johnson melahirkan anak lelaki menerusi pembedahan yang seberat 7.3 kilogram (kg) di sebuah hospital di Longview, Texas, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, bayi itu mungkin yang paling berat pernah dilahirkan di negeri Texas.

Ibunya tidak pernah menjangka anaknya itu terlalu berat semasa dilahirkan kerana doktor pernah memberitahu mengenai bayinya mungkin seberat 5.4kg.

Bayi yang dilahirkan pada Jumaat lalu itu merupakan anak keempat pasangan itu.

Janet sebelum ini mempunyai tiga anak perempuan berusia 18 tahun, 16 tahun dan 10 tahun.

Dia menghidap diabetes semasa melahirkan anak lelaki itu. - Agensi

Sabtu, 9 Julai 2011

Kehebatan Allah dgn Kuasanya "Kun Fayakun"

Budak Melayu iras 'Mat Salleh'


MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.

Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.