Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Ahad, 26 Jun 2011

Penyakit Yang Sering Menyerang Bayi dan Kanak-kanak Di Malaysia

Cegah melalui vaksin

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PNEUMONIA... Dr Musa menunjukkan jangkitan bakteria pada paru-paru.
PNEUMONIA... Dr Musa menunjukkan jangkitan bakteria pada paru-paru.
pix_topright

JANGAN pandang remeh jika anak anda mendapat gejala berkenaan kerana dia mungkin diserang penyakit pneumokokal. Pneumokokal ialah kumpulan penyakit yang berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae yang menyebabkan serangan pneumonia, otitis media (jangkitan telinga tengah), meningitis (radang lapisan otak) dan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah).

KES 1: Bayi anda batuk dan selesema diikuti bronkitis dalam tempoh beberapa hari. Biarpun diberi ubat, suhu badannya meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

KES 2: Si kecil mengalami demam lebih 36 jam, muntah, tidak mahu menyusu dan sering tidur.

Pneumokokal menjadi punca utama kematian yang boleh dicegah melalui pengambilan vaksin di kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun di serata dunia. Terdapat 13 jenis streptococcus pneumoniae yang menyebabkan 80 hingga 92 peratus penyakit itu di kalangan kanak-kanak kecil di seluruh dunia.


Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap tahun, penyakit ini meragut nyawa lebih 1.6 juta orang di seluruh dunia dengan separuh daripadanya kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara sedang membangun.

Bagaimanakah seorang kanak-kanak boleh dijangkiti bakteria pneumokokal? Sebaik saja bakteria streptococcus pneumoniae memasuki badan, ia boleh merebak, menjangkiti darah dan menyebarkan ke seluruh badan. Jangkitan ini pada mulanya begitu ketara dan gejala mungkin sukar dibezakan daripada penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak.

Jangkitan pada bahagian atas salur pernafasan mengakibatkan bakteremia, sepsis (keracunan dalam darah), meningitis dan pneumonia. Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut dan sinusitis (radang dalam hidung).


Kira-kira lima peratus kanak-kanak berumur bawah lima tahun yang mendapat serangan meningitis pneumokokal meninggal dunia kesan jangkitan bakteria atau mereka menghadapi masalah jangka panjang seperti buta dan hilang pendengaran.

Sekiranya penyakit itu tidak dirawat atau gagal dirawat, ia boleh merebak menjadi lebih serius sehingga mengakibatkan lumpuh, masalah pendengaran, lewat pertumbuhan, terencat akal atau membawa maut.


Pakar perunding pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, pencegahan sentiasa menjadi kunci kepada usaha menjauhkan penyakit kerana vaksin yang selamat dan berkesan kini boleh didapati untuk mencegah dan ia seharusnya dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan.

Beliau berkata, 66 peratus kematian akibat pneumokokal dilaporkan di negara yang padat penduduk seperti India, China, Bangladesh dan Pakistan.

Antara gejala penyakit ini ialah batuk, demam, jangkitan telinga tengah, jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan pada darah.

Individu yang membawa bakteria streptococcus pneumoniae menerusi hidung mungkin berpotensi mendedahkan lebih banyak risiko pneumokokal menerusi pernafasan seperti bersin, batuk mahupun hembusan nafas.

“Kanak-kanak dan orang tua mempunyai risiko tinggi terhadap jangkitan penyakit pneumokokal kerana daya tahan melawan penyakit yang lemah. Selain itu, turut terdedah kepada jangkitan ialah kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah yang menghadiri pusat asuhan kanak-kanak atau tadika melalui bersin atau batuk,” katanya.


Individu yang terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung serta mereka yang mempunyai daya ketahanan badan lemah berisiko mendapat jangkitan penyakit ini

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa di negara ini tidak menyedari punca jangkitan kuman yang menyebabkan jangkitan kepada pneumokokal.

Kempen kesedaran mengenai jangkitan penyakit berkenaan dan vaksin pneumokokus hanya boleh didapati pada 2005. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ibu bapa tidak begitu mengetahui mengenai kewujudan penyakit berkenaan.


Bagi menangani jangkitan bakteria pneumokokal, kebersihan diri hendaklah diamalkan selain menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat. Bakteria penyakit ini kebal terhadap antibiotik. Justeru, setiap ibu bapa perlu menyedari dan memahami kepentingan suntikan vaksin pneumokokal. Vaksin berkenaan berkesan untuk kanak-kanak berusia seawal enam minggu.


Kempen dilancarkan Dr Musa turut menyaksikan pakatan baru dijalin dengan Persatuan Strategik Asia bagi Membanteras Penyakit Pneumokokal dengan portal asuhan di Internet dalam inisiatif pendidikan dan kesedaran pada masa depan.


Dr Musa berkata, kempen berkenaan berusaha menggalakkan ibu bapa menyokong tindakan mencegah penyakit pneumokokal dan melaksanakan cadangan yang dibuat WHO untuk merangkumkan vaksin pneumokokal dalam program imunisasi kebangsaan.


“Setiap ikrar untuk bertindak yang dicatatkan bermakna seorang lagi ibu atau bapa dididik dan seorang lagi ibu atau bapa maklum bahawa penyakit ini boleh dicegah menerusi vaksin awal,” katanya.


Sebagai mengiktiraf kepentingan vaksin pneumokokus demi menggalakkan kesejahteraan bayi dan dewasa, lebih banyak negara memasukkan vaksin berkenaan dalam program imunisasi kebangsaan masing-masing. Di seluruh dunia, lebih 50 negara termasuk Singapura dan Macau memasukkan vaksin pneumokokus dalam program imunisasi kebangsaan mereka.

GEJALA (mengikut penyakit)
Gejala sukar dikenal pasti dan ia berbeza mengikut jenis penyakit. Antara tanda ialah demam, berasa seram sejuk dan batuk. Biasanya ia disahkan menerusi ujian x-ray atau ujian makmal.

Meningitis - Demam, sakit kepala yang teruk, mual, muntah, cirit-birit, tengkuk menjadi kejang, fotofobia (menjadi sensitif kepada cahaya) dan koma. Kanak-kanak berusia bawah setahun terdedah kepada meningitis pneumokokal dengan anggaran 10 kes daripada 100,000 orang.

Otitis media akut (jangkitan telinga tengah) - Gegendang telinga bengkak dan berwarna kemerahan. Pesakit berasa sakit, tidak selesa dan kadangkala mengalami masalah pendengaran seketika. Pesakit menghadapi masalah kesukaran untuk tidur, demam dan kerengsaan.

Pneumonia - demam mendadak, menggigil, sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas. Kadar kematian antara lima hingga tujuh peratus.

Bakteremia (jangkitan darah) - bakteria merebak ke dalam aliran darah menyebabkan demam, kerengsaan dan bernafas dengan cepat.

Sinusitis - Demam, selesema dan batuk.


Khamis, 16 Jun 2011

FIQH WANITA : HAID (JARANG DIPERKATAKAN)

WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!