Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Isnin, 22 Februari 2010

INILAH PANDANGAN PERIBADI SEORANG DOKTOR.

SALAM GKC Group.

Coba renung2kan.

Ada seorang kawan bertanya tentang ini….

Dan Mak Nah akan bg sdikit idea lepas tu.

Then nak feedback dari group plak… share together gether…

Aper pendapat maknah yer... email kat bawah nih adalah dari member ofis saya.. mmg beliau sindri yg email kepada sorang doktor klinik di senuah klinik tentang tentang keadaan anaknye...

Ceritanya macam ni...

“Saya ada sedikit kemusykilan

Benarkan pengambilan antibiotik yang berteruskan menyebabkan imuniti anak saya semakin lemah?

Anak saya pernah dimasukkan selama 2 mlm k Wad Kanak2 hospital XXX semasa dia berumur 5 bulan atas sebab demam panas dan pada peringkat awal dr. di sana menyangka bahawa anak saya telah mengalami sawan tarik. Sebelum keluar wad pihak hospital tersebut telah engambil sample urine anak saya dan 2miggu selepas itu, saya di minta dtg semula ke sana dan dimaklumkan sample urine anak saya ade growth (microb). Mereka telah beberapa kali mengambil samle urine anak saya untuk memastikan microb itu dtg betul2 dari urine,bukan sbb contaminated.


Dalam tempoh itu anak saya diperskipsikan dgn antibiotik hampir 6 botol dan diminta untuk teruskan ambik sehingga mereka kata berhenti.

Saya dan suami dgn rasa berat hati setiap hari memberikan antibiotik tersebut kepada anak kami kerana bimbang kemungkinan microb tu betul2 wujud dan boleh membahayakan anak kami.


Pada pertemuan kali terakhir kami dgn pihak pediatrik hospital tersebut,semasa anak saya berusia 7 bulan disember lalu mereka telah menjalankan x-ray di bahagian buah pinggang anak saya.Pada waktu itulah baru lah mereka maklumkan dengan pasti bahawa microb itu memang tidak ada..


Saya dan suami agak kecewa, kerana dlm tempoh tersebut, terlalu banyak prosidur yang menyakitkan terpaksa anak saya lalui. Dalam masa yang sama, saya perasan, dlm tempoh 2bulan mengambil antibiotik tersebut, antibodi anak saya semakin lemahdia kerap demam , batuk dan selesema dan kelihatan semakin kurus...

Adakah ini disebabkan antibiotik tersebut?

Jika benar,

Bagaimana caranya saya saya mahu merangsang semula imuniti anak saya..? supaya dia lebih sihat dari semasa ke semasa.

mohon pandangan Dr.

Terima kasih atas pandangan & nasihat Dr & Thanks for your time.

IBU BIMBANG...

DAN JAWAPAN DARI DOKTOR YANG DIRUJUK.....

Terima kasih utk soalan yg menarik ini, dan saya bersimpati dengan dugaan yg dilalui.


Sebagai seorang bapa juga, saya sentiasa berusaha memberi penjagaan yg terbaik utk tumbesaran anak2 saya.
Saya berbesar hati untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya di sini.

Pertamanya, saya sedar prosedur dan protokol rawatan di hospital masih perlu diperbaiki dan dirombak. Kelemahan para doktor pula adalah kekurangan daya berfikir kerana kurang rangsangan untuk berbuat demikina lantaran beban kerja yang tinggi.

Marilah sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita; tetapi puan dan suami perlulah terbuka dan meniliti apa yang saya akan katakan dengan hati-hati.

1. Saya dapati apa yang kita selalu gelar sebagai ubat mempunyai banyak kesan samping dan negatif, terutama tanpa pengetahuan yang baik dalam penggunaannya. Hampir semua 'ubat' adalah untuk menutup simptom, bukan merawat punca penyakit / masalah. Paling biasa adalah 'ubat' selsema, batuk dan demam. Ibu bapa fikir anak2 mereka perlu 'ubat' supaya selsema, batuk dan demam tidak melarat. Sebaliknya, tidak pula mencari punca selsema, batuk dan demam untuk diambil tindakan. Doktor pula tidak mempunyai cukup masa untuk memberi penerangan, ataupun bersikap ambil mudah dan mementingkan diri dari keselamatan pesakit. Kuncinya..pengetahuan. Ambillah masa membaca tentang penyakit2 yg biasa, terutamanya berkenaan anak2. Membelanjakan wang untuk hal2 kurang penting atau bukan keperluan telah melebihi keutamaan beli buku ilmiah.

2. Saya tidak percaya sama sekali pada vaksinasi. Ini adalah pendapat peribadi, dan juga jasil bacaan dan pengamatan saya ke atas anak2 sendiri. Anak sulung saya sahaja yang banyak menerima vaksinasi semasa kecil. Saya amat kesal dan rasa bersalah kepadanya hingga hari ini. Beliau mengalami masalah alahan, mudah selsema berbanding anak2 saya yang lain, yang tidak menerima apa2 vaksinasi. Kajian mengenai hal ini telah diterbitkan dalam jurnal perubatan WebMD, 2008. Kekacauan sistem imun kanak2 disebabkan vaksinasi yang diberi, kononnya, untuk mencegah A, B, C dan sebagainya. Kajian menunjukkan sebaliknya. Penyakit berkaitan meningkat 8 kali ganda setelah cerapan 10 tahun penggunaan vaksin2 terbabit. Sekali lagi kita kekurangan ilmu, tidak membaca dan mengambil mudah apa saja maklumat yang dihidangkan kepada kita setiap hari. Betapa ramai ibu bapa yang tidak tahu apa nama vaksinasi yang hendak diberi ketika mambawa anak2 mereka ke klinik, melainkan menyatakan 'cucuk untuk 3, 4 atau lima bulan ' contohnya. Ada juga yang rasa intimidated apabila disoal, dan naik marah kerana ditanya setelah selesa sebelum ini dengan 'ketidaktahuan' mereka. Menerima saranan pakar kanak2 juga tidak memadai di zaman ini, terutama apabila mereka juga melihat wang dan menerima banyak imbuhan dari syarikat2 pembekal vaksin. Itulah hakikatnya.

3. Saya menerapkan beberapa elemen dalam memberikan sokongan terbaik tumbesaran dan kesihatan anak2 saya;

1. Kasih sayang sebagai penguat psikologi dan seterusnya sistem imun tubuh.

2. Makanan berkhasiat dan cukup vitamin sebagai 'fuel' tubuh badan anak,

3. Latihan fizikal yang cukup, dan pebagai.

Saya tidak cepat berputus asa dalam menyedia, dan memastikan zat yang cukup dalam makanan anak2 saya. Pendekatan psikologi amat berkesan, dan menjadi mudah bila kerap diamalkan. Menyedari sumber makanan biasa kurang kandungan zatnya,, terutama setelah dimasak, saya mengadakan supplement untuk mereka, dan semestinya setelah memastikan kandungan supplement tersebut sahih dan selamat. Penyedian susu formula yang betul juga penting, untuk mendapatkan zat yang maksimum dan bebas dari bahan kimia BPA dari botol plastik. Kini saya menggunakan botol kaca untuk anak2!

Waktu makan adalah waktu yang gembira. Sering saja saya membawa bekal ke padang permainan dan piknik bersama anak2 setelah selesai mereka bermain. Jadi bukan di rumah saja mereka boleh makan, yang mana selalunya membosankan anak2.

kata-kata galakan ke arah kebaikan seperti makan, mandi, mengemas, membaca, menulis dan solat hendaklah diberikan dengan ikhlas dan istiqamah. Mulalah mengajar anak2 hukum2 wajib, rukun, sunnah dan haram dari mula. Jangan main ikut saja tanpa tahu mana yang penting, didahulukan dan mana yg boleh ditinggalkan. Yang haram perlu jelas dari hukum, bukan kerana ustaz kita kata 'tidak boleh'. Selalulah memberi ruang untuk anak2 bertanya, terutama soal2 ketuhanan, hukum perbuatan, dan ibadat khusus. Mulakanlah dengan perkara2 dan contoh2 yg mudah.

Apabila anak2 saya mendapat selsema, mereka tidak pula diberi 'ubat' selsema. Sebaliknya saya akan mencari puncanya; stress kerana keletihan, stress kerana kurang perhatian, stress kerana terpisah dengan orang yg disayangi, persekitaran seperti kipas berhabuk dan banyak lagi. 'Berjangkit dari orang lain' adalah cliche yang mudah dilontarkan kerana kurang kefahaman dan tidak melakukan pengamatan mencari punca. Kemungkinan 3 orang adik beradik terdedah pada perkara yg sama, stress yg sama adalah lebih tinggi. Tangani punca, bukan menutup simptomnya.

Alhamdulillah, anak2 saya juga tidak perlu ubat demam. Jika ada yg demam, cari punca dulu, tekak merah, selsema juga boleh jadi penyebab demam. Ketahuilah hakikat bahawa demam adalah cara penting tubuh kita melawan penyakit, kerana dengan demamlah, kita menghantar antibodi2 dengan cepat ke seluruh anggota! Syukur, pendekatan saya selalunya berkesan; memeri lebih perhatian, membelai, dan menggembirakan mereka dengan memberi hadiah, bawa bersiar2 atau bermain bersama dapat memendekkan tempoh demam mereka, jika tidak menghentikannya serta merta. Ilham ini datang dari pengamatan dan kajian ilmiah dari merata negara.

Doa yang tidak pernah putus juga utama. Ibubapa terutamanya tidak harus mengungkapkan kata2 negatif, gelaran negatif pada anak2. Melabelkan mereka seperti 'selalu sakit', 'lembap', selain manjadi doa, menunjukkan putus harap kita.

Ucapkanlah kata2 sayang ketika hendak tidur, berpisah di sekolah dan selesai solat. Andainya ramai tahu betapa kuatnya kesan ungkapan2 sayang ini dalam membentuk peribadi dan psikologi anak2.

Jangan berbohong dan berjanji palsu. Katakanlah yang benar. Janganlah juga menakutkan anak2 dengan hantu, dan perkara2 yang dongeng. Berilah nasihat dan contoh yang mudah, dapat mempengaruhi emosi anak2.

Kesimpulannya, kasih sayang, zat yang cukup dan aktiviti fizikal adalah kunci kekuatan sistem imun kanak2.


wasalam.

DR XYZ


Haaa, sebelum terima komen group, ini ulasan Mak Nah pulak....

Memang interesting. Ini yang saya cari2 dari seorang DOKTOR. Sebelum ni, sejak impian buka taska tercapai 10,12 tahun lalu - saya dah tahu tentang tu. Tapi dek kerana tidak berlatarbelakangkan "medic" , tak tahu macamana nak buktikan. Tambah pulak sejak belajar pendidikan awal kanak2 ni, memang banyak proove apa yang saya nak tegakkan selama ini.


Secara peribadinya, saya BERESETUJU sangat2 dengan kata2 doktor tu. Memang ada pro n kont tapi sebenarnya yang berkata demikian ada agenda yang tersembunyi. Sebelum ni, kalau je Mak Nah kata, tak payah ubat bila selesema, demam, parents jengkel sangat kerana tercabar dek PANELnya. Ada yang kalut sangat kalau tertinggal ubat demam n selesema kat taska... ada pulak keep on asking anak da makan ubat ke belum.


Lagi sadis kalau selesema je , "ini mesti jangkit kat taska..." Dengan doktor2 sekali buat fatwa yang sama. ( dah ramai juga parents yang tarik diri sebab fatwa doktor ini.. yang peliknya duduk dengan bibik pun demam juga..)


Dan siapa Mak Nah yang nak cakap pasal tu kalau sekadar belajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak :-)... lainlah kalau ada di awal nama Mak Nah tu "Dr Hasnah " he he he.


Rabu, 17 Februari 2010

APA ITU FOBIA? JENIS? BOLEH DIRAWAT?

Ketidakmampuan mengawal rasa takut


Jika ketakutan yang dihidapi oleh seseorang itu melampau atau keterlaluan, maka rawatan tertentu diperlukan bagi mengatasinya.


Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila. Dengan kata lain, masyarakat memandang serong terhadap orang yang menghadapi penyakit mental.

Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98 peratus lagi tidak ada kena mengenai dengan penyakit tersebut.

Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah.

Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.

Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain.

''Orang ini tahu bahawa fobianya itu tidak setanding dengan benda yang dia takut. Namun dia tidak berdaya melawan. Kerana terlalu takut, dia akan cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan objek atau situasi tersebut. Jika tidak dirawat, dengan melihat gambar atau mendengar cerita pun dia akan berasa takut.

''Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras.

"Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.

''Orang yang fobia ini seterusnya akan tertanya-tanya adakah dia diserang serangan jantung atau strok dan sebagainya. Dia mula hilang kawalan, semakin cemas dan terasa macam hendak mati,'' kata pakar psikiatri Hospital Pusrawi, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman yang ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, jika kesemua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakkan daripada pergi ke tempat yang ditakutinya.

Beliau berkata, terdapat perbezaan antara fobia dan rasa takut biasa. Perasaan takut merupakan perkara biasa kepada manusia normal.

''Adalah perkara biasa bagi kanak-kanak mempunyai perasaan takut. Sebanyak 90 peratus kanak-kanak yang berumur dua hingga 14 tahun mesti takutkan sesuatu sementara yang berumur di antara 0 hingga dua tahun takut kepada orang yang tidak dikenali, bunyi bising, bila terpaksa berpisah dengan ibu bapa seperti apabila dihantar ke rumah pengasuh dan sebagainya.

''Kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun pula lebih suka berkhayal atau takut kepada benda yang kita tidak nampak seperti hantu, raksasa dan gelap.

''Daripada umur tujuh hingga 16 tahun pula mempunyai perasaan takut yang lebih realistik seperti apabila perlu berpidato, menghadapi peperiksaan dan takutkan kemalangan.

''Ada banyak jenis ketakutan dan jika ibu bapa tidak bijak mengawalnya maka ia akan menjadi fobia yang serius setelah anak dewasa kelak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan jangan mengugut anak dengan meletakkan benda yang ditakuti di hadapan anak. Cara respons anak semasa kecil memberi kesan kepadanya setelah dewasa,'' ujar Daniel Zainal lagi.

Menurut beliau, antara jenis fobia yang biasa ialah:

l Fobia terhadap binatang tertentu.

l Fobia terhadap alam sekeliling seperti ketinggian, menaiki lif, tangga, air dan gelap.

l Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.

l Fobia sosial iaitu takut diperhatikan dan orang ini akan cuba mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain.

l Agoraphobia - orang yang sudah ada serangan panik dan akan rasa takut di mana-mana saja dia pergi. Dia sentiasa berfikir jika sesuatu terjadi padanya siapa yang akan menolongnya. Ini akan menyebabkannya tidak mahu keluar rumah.

Daniel Zainal berkata, orang yang terlalu fobia hingga menjejaskan jadual harian boleh dirawat menggunakan kaedah tingkah laku dan kognitif (cognitive behaviour therapy) dan terapi pendedahan.

Ujarnya, orang yang fobia juga akan diajar teknik bertenang seperti pernafasan, meditasi (orang Islam boleh berzikir) dan merehatkan otot-otot. Cara ini boleh mengawal dan mendapatkan keyakinan.

Beliau memberi amaran supaya tidak mengambil ubat penenang secara sewenang-wenangnya. Ubat-ubatan sebegini hanya bertindak untuk sementara waktu. Bagaimanapun ia dibolehkan jika diambil mengikut peraturan dan nasihat doktor.

=============

Fobia objek dan situasi


Fobia kepada situasi mungkin wujud sejak kanak-kanak lagi. - Gambar hiasan


KETAKUTAN melampau atau fobia yang dialami oleh seseorang tidak sama dengan orang lain. Kadang-kadang fobia yang dialami oleh seseorang itu nampak remeh sehingga tidak difahami oleh orang lain mengapa orang itu terlalu takutkan sesuatu objek atau situasi itu.

Ia mungkin telah wujud sejak kanak-kanak lagi sehingga terbawa-bawa sehingga dewasa. Contohnya, takutkan haiwan seperti ular, lipas, cacing, katak, anjing dan sebagainya.

Ada juga yang takutkan situasi seperti berada dalam bilik doktor gigi, dalam kegelapan, di tempat yang besar, kosong dan lapang atau di tempat yang kecil dan sempit seperti di dalam lif. Ketakutan seperti ini mungkin berlarutan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu berpeluh-peluh.

Ikuti perkongsian kisah fobia daripada ZulfazliSuhadi, Belina Abdul Hamid, Hurraini Ismail dan Nadia Mohd. Danish Haniff.

Belina Abdul Hamid

Ketakutan atau fobia seorang suri rumah, Belina Abdul Hamid pada ulat gonggok dan binatang berkaki banyak seperti lipan serta ulat bulu bermula semasa dia berumur tujuh tahun.

''Masa itu saya sedang tidur. Bila hampir pagi, saya terasa macam ada benda yang melekat pada bahagian dalam kaki seluar tidur saya. Saya raba-raba dan terpegang satu benda yang licin dan bergulung. Gelinya. Apa lagi saya pun menjerit dan melompat-lompat dalam bilik sehingga ke ruang tamu.

''Abang yang mendengar jeritan saya cepat-cepat datang dan bertanya kenapa. Saya kata ada ulat dalam seluar tidur saya. Dia pun ambil dan terus campak keluar,'' kata Belina yang masih geli-geleman walaupun kini dia sudah berusia 25 tahun dan berumah tangga.

Kata Belina, takutnya pada ulat gonggok sukar diceritakan sehinggakan hendak menyapu atau menolak ulat gonggok menggunakan kayu pun dia seperti dapat merasakan badan binatang itu yang lembik dan bergulung bila disentuh.

Peristiwa lain yang masih segar dalam ingatan Belina ialah semasa berumur 14 tahun, seekor kala jengking telah melekat pada bahunya semasa dia sedang tidur.

Entah berapa lama kala jengking itu berada di bahunya Belina sendiri tidak tahu. Cuma bila pagi semasa dia hendak bergerak, bahunya terasa berat. Dia memegang bahunya dan terasa ada benda licin dan kerana terperanjat, terus ditepisnya dan terpelanting ke kaki. Bila lampu dibuka, dia terlihat kala jengking dan terus terjerit-jerit sehingga abangnya masuk ke bilik dan membunuh kala jengking tersebut.

Nadia Mohd. Danish Haniff

Ramai wanita yang terlalu takutkan lipas termasuk seorang model, Nadia Mohd. Danish Haniff ini. Kadang-kadang kita tidak faham mengapa orang takut sangat pada lipas kerana serangga itu bukannya menggigit atau berbadan lembut seperti ulat bulu atau cacing.

Kata Nadia, dia tidak boleh langsung melihat lipas setelah sekali dia terpijak serangga tersebut yang kemudian terbang pula ke badannya.

''Gelinya. Pada saya, rupa lipas memang menakutkan. Saya geli apa lagi kalau ia terbang. Memang saya lari terus masuk bilik,'' katanya yang juga takutkan kumbang besar.

Nadia berkata, walaupun dia amat takutkan lipas namun jika berhadapan dengan serangga itu, dia akan segera menyemburnya dengan racun serangga. Setelah mati, dia akan menyapu lipas tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Zulfazli Suhadi

Jurusolek artis terkenal, Zulfazli Suhadi ini pula fobia memandu laju setelah mengalami peristiwa belakang kereta yang dinaikinya dilanggar oleh kereta lain dengan kuat.

''Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu. Kami berlima di dalam kereta setelah habis penggambaran di Port Dickson. Akibat pelanggaran itu, pemandu tercedera agak teruk dan dimasukkan ke hospital serta perlu memakai alat sokongan leher.

''Nasib baik yang lain-lain termasuk saya tidak cedera. Kami cuma luka-luka ringan tetapi badan saya sakit-sakit. Sehingga ke hari ini, saya tidak pernah memandu laju. Kalau dekat lebuh raya pun saya akan pandu setakat 80 atau 90 kilometer sejam. Jika ada lori atau bas di lorong sebelah yang bawa laju, saya mula terasa seram. Saya akan bagi mereka jalan dulu.

''Kawan-kawan yang naik satu kereta dengan saya akan kata saya ni bawa kereta macam pak cik-pak cik,'' katanya.

Menurut Zulfazli, fobianya bukan setakat itu. Malah dia tidak boleh melihat gambar atau membaca surat khabar yang menyiarkan kisah-kisah kemalangan yang mengakibatkan badan hancur, kepala putus, kaki digilis dan macam-macam lagi.

''Saya tak boleh terima tajuk atau gambar-gambar macam itu. Ia hanya membuatkan saya teringat-ingat dan sukar tidur. Kalau boleh, janganlah siarkan gambar-gambar yang mengerikan itu,'' ujarnya lagi.

Hurraini Ismail

Kisah Hurraini Ismail, 22, mahasiswa jurusan Sains Ternakan, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini agak lucu juga. Walaupun pengajian yang diikuti memerlukannya 'berdamping' dengan pelbagai jenis haiwan namun rupa-rupanya dia sendiri fobia dengan katak.

Menurut Hurraini, fobia terhadap katak dialaminya sejak kecil. Bukan sahaja tidak boleh melihat gambar malah jika ada yang menyebut perkataan katak itu sendiri sudah membuatkannya geli-geleman dan bahunya mula ternaik-naik tanda geli. Gelinya pula bukan sekejap, lama baru hilang dan reda.

Menceritakan bagaimana dia mula geli dan fobia terhadap katak, kata Hurraini, masa itu dia sedang mencari barang. Tiba-tiba dia terpegang satu benda yang sejuk, lembik dan berair. Terus dilepaskannya dan menjerit-jerit serta lari sekeliling rumah.

Kawan-kawan yang mengetahui Hurraini geli dengan katak pernah mengusiknya dengan menghadiahkannya patung katak. Bila kotak hadiah dibuka, Hurraini tidak ingat malu lagi dan terus mencampakkan patung katak tersebut.

Ditanya bagaimana jika dia perlu membuat post mortem ke atas katak, jawabnya, dia akan meminta pensyarahnya menukarkan pada kucing, tikus atau binatang lain. Pokoknya, bukan katak.