Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Ahad, 22 November 2009

KESIHATAN ANAK-ANAK KITA.

Salam. Lama tak borak-borak ye..Dah lama sepi ni, kenalah warm-up ckit. Nak kongsi sedikit ilmu buat parents al humairaa...

COKLAT bagus tak ?!

Coklat, kopi ; dalam apa-apa jenama pun yang mengandungi kafein menghalang penyerapan zat besi dan vitamin-vitamin dalam badan kita, terutamanya Vitamin C. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Sekiranya anak banyak/suka makan/minum coklat, tentukan anak anda makan vitamin C tambahan secukupnya.
Kalau kurang @ tiada zat besi?
Anak-anak tiada selera makan, cepat letih dan lesu, kulit kering dan semestinya otak tidak dirangsang dan mendapat bekalan yang cukup untuk terus ‘aktif’.
Ada yang mengatakan, kanak-kanak tak perlu ambil supplemen tambahan. Mak Nah setuju sekiranya kita jaga dietnya dengan teratur dan BETUL. Masalahnya, adakah kita yakin dietnya tertatur? Dan bukan sebarangan vitamin C di pasaran boleh kita “sapu” demi anak-anak kita. Kerana ada yang melabel Vitamin C, tetapi peratusnya mungkin 5% , selebihnya gula dan perwarna yang membunuh kehadiran vitamin C itu sendiri.
Taska tidak membekalkan vitamin C secukupnya dalam multivitamin yang kami sediakan. Ianya mungkin cukup untuk anak sihat, tetapi apabila selesema datang, tolonglah bekalkan xtra C di rumah.

Nanti kita sambung fasal toilet training pula..

Wassalam.

Anak 3 - 5 Tahun -Boleh masuk Tadika?

Salam Buat Semua Ibu dan ayah AlHumairaa,

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.... n... Selamat bercuti panjang buat guru-guru..

Setiap tahun, terutama pada bulan November dan Disember, maknah dan pengurusan taska selalu mendapat pertanyaan cepu emas tentang persoalan "perlukah anak kami dihantar ke Tadika seawal usia 3 tahun"?

Kami sertakan dua jawapan menerusi link dibawah

a) Tadika-yang-mana-satu?

b) Anak saya 3 /4 tahun?

Selepas membaca kedua-dua pandangan tersebut, ibubapa alhumairaa bolehlah membuat keputusan berdasarkan pertimbangan bermaklumat.

Wassalam

Ahad, 1 November 2009

Hilang pendengaran kerana bakteria

Hilang pendengaran kerana bakteria

Pusat jagaan harian kanak-kanak menjadi faktor utama kepada jangkitan dalam telinga (OME).


KEADAAN telinga penghidap OME yang kronik hingga boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang (kanan sekali).


DEMAM yang tidak berpenghujung, kerap menangis dan tidak dapat tidur menjadikan ibu bapa Aqil gelisah.

Bukan itu sahaja, tahap kesihatan anak mereka yang berusia dua tahun itu semakin merudum sejak dihantar ke pusat jagaan harian kanak-kanak berhampiran pangsapuri mereka.

Setelah berlarutan selama hampir dua minggu dan keadaan tidak bertambah baik, Aqil dibawa berjumpa dengan pakar dan diagnosis dengan segera.

Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami jangkitan dalam telinga yang disebabkan oleh bakteria.

Jelas Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim, gejala jangkitan ini dikenali sebagai Otitis Media atau jangkitan dalam telinga (OME).

“Bukan perkara luar biasa apabila seorang kanak-kanak berusia di antara dua hingga enam tahun mendapat penyakit ini. Namun, yang membimbangkan ialah ramai ibu bapa yang tidak sedar anak mereka menghidap penyakit ini,” katanya serius.

Bukan sekadar itu, pilihan yang terhad sehingga memaksa kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka seawal usia beberapa bulan selepas kelahiran ke pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan penyakit ini semakin berleluasa.

Tegas Aminuddin lagi, kepadatan bayi dan kanak-kanak serta tahap kebersihan yang tidak dapat dipastikan di pusat jagaan itu menjadi faktor utama dalam penyebaran penyakit ini di kalangan kanak-kanak.

Menjelaskan lebih lanjut, Aminuddin berkata, OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.

Malah OME langsung tiada kaitan dengan telinga luar, tahi telinga atau aktiviti berenang.


OME merupakan jangkitan di dalam telinga terutama di kawasan selepas gegendang telinga.


Sambungnya lagi, kanak-kanak mudah mendapat OME selepas demam selesema. Seringkali ia terjadi seminggu selepas demam tersebut.

Paling utama, penyakit ini berlaku secara berulang-ulang. Lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih, lebih kerap jangkitan ini berulang.

Dalam kes jangkitan yang lebih kronik, jangkitan tersebut boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang dan nanah yang berterusan.

“Lebih parah, cecair dalam telinga ini yang dibiarkan akan menanah dan akhirnya mampu merosakkan gegendang telinga,” kata Aminuddin.




Hilang pendengaran

Menyentuh mengenai kesan penyakit ini, sebanyak 10 hingga 20 peratus kanak-kanak yang tidak dirawat dengan segera bakal mengalami masalah pendengaran.

Bukan itu sahaja, kehidupan sosial kanak-kanak OME juga akan terjejas termasuk tahap pembelajaran mereka.

“Kanak-kanak OME cenderung untuk menjadi lebih agresif. Pertuturan mereka juga terjejas dan tahap kesihatan yang sering saja terganggu,” ujar Aminuddin yang membuat kajian penyakit ini beberapa tahun lalu melibatkan seramai 1,097 kanak-kanak prasekolah.

Malahan kanak-kanak OME cenderung mendapat radang otak, jangkitan pada tulang telinga serta mengakibatkan pekak berkekalan.

Bagi merawat OME, lazimnya pemberian antibiotik menjadi pilihan pakar kecuali jangkitan tersebut mencapai tahap kronik.

“Jika keadaan telinga menjadi kronik, pakar akan melakukan pembedahan kecil bagi memasukkan sejenis tiub bagi mengeluarkan cecair yang tersumbat di kawasan dalam telinga tersebut,” ujar Aminuddin.

Tambahnya, tiub tersebut bersifat sementara dan bertujuan menstabilkan tekanan dalam telinga. Selepas tiga hingga empat bulan, tiub itu akan terkeluar dengan sendirinya.

Dalam pada itu, lebih mengejutkan apabila laporan tersebut yang disiarkan dalam jurnal Otorhinolaryngol Pediatric mendedahkan sebanyak 13.8 peratus kanak-kanak menghidap penyakit ini.


KANAK-KANAK yang dihantar ke pusat jagaan harian lebih mudah dijangkiti.


Justeru, Aminuddin menggesa ibu bapa agar lebih prihatin dalam penjagaan anak-anak mereka terutama yang berumur enam tahun ke bawah.

“Paling utama, pilih pusat jagaan kanak-kanak yang mengutamakan kebersihan, tidak terlalu ramai serta peka terhadap perubahan kesihatan anak.

“Ini penting kerana OME menyerang secara senyap. Tiada simptom khusus kecuali anak mula meragam dan demam berterusan,” kata Aminuddin.