Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Selasa, 25 Jun 2013

9 Bulan Sudah Boleh Berenang


.
Foto
Dua kembar mampu apung dalam air berenang pada usia 9 bulan

Mereka masih terlalu kecil untuk bertatih apatah lagi bercakap tapi dua kembar cilik, William dan Ellenita Trykush boleh berenang dalam kolam sepanjang 25 meter pada usia sembilan bulan.
Aksi mereka bukan lakonan tapi kedua-duanya turut dilihat meluncur ke dalam air, melakukan kuak kupu-kupu selain rancak menendang kaki untuk bersaing berenang bersama-sama.

Mereka kelihatan benar-benar menyukainya. Mereka berenang dan saya mengawasi dari dalam air, betul-betul di bawah mereka bagi memastikan mereka tidak apa-apa juga sebagai pengawal arah supaya mereka tidak hanyut jauh."Charlotte Trykush, ibu

Jika dilihat foto di dalam air, mereka kelihatan tersenyum sewaktu berenang.

Siapa sangka, perkembangan anak kembar yang dilahirkan melalui kaedah caesarean secara kecemasan dilihat cukup menakjubkan walaupun lahir enam minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Aksi luar biasa kembar ini disedari sewaktu percutian keluarga ke Cyprus, iaitu ketika itu mereka mula menyelam di dalam air tanpa bantuan dan tanpa pelampung lengan.

Sejurus kembali ke kediaman mereka di Cirencester, Gloucestershire, England, ibu, Charlotte Trykush, 35, membawa kembar itu ke kolam renang bayi di Cotsworld Leisure Centre, dan mereka benar-benar berenang.
“Ia menakjubkan. Mula-mula mereka berenang sejauh lima meter, kemudian tujuh meter dan seterusnya sejauh 12 meter,” kata Trykush, adalah bekas jurulatih renang.

Waktu sama, Trykush membawa anak kembar itu ke kolam dewasa selepas melihat tiada orang lain di situ.

“Mereka kelihatan benar-benar menyukainya. Mereka berenang dan saya mengawasi dari dalam air, betul-betul di bawah mereka bagi memastikan mereka tidak apa-apa juga sebagai pengawal arah supaya mereka tidak hanyut jauh.

“Ellie dilihat paling cepat belajar dan William pula dilihat meniru gaya kakaknya. Ketika itu suasana gamat malah ia turut disaksikan kakitangan kolam dan jurulatih renang lain. Mereka kelihatan hairan dan teruja.

“Salah seorang jurulatih yang sudah 20 tahun mengajar berenang, berkata beliau tidak pernah melihat kejadian sebegini. Bagaimanapun, saya rasakan ia kemahiran yang wujud secara semula jadi kerana mustahil untuk bayi seusia mereka belajar kuak renang,” kata Trukush.

Lahir pra-matang

William dan Ellenita dilahirkan tahun lalu kini berusia setahun tiga bulan adalah cahaya mata sulung pasangan Charlotte dan Victor yang memeterai ikatan sebagai pasangan suami isteri, pada September 2008.

Mereka mula menyedari bakal memperoleh cahaya mata kembar selepas melakukan imbasan ultrasound pada minggu ke-12 kehamilan.

Sewaktu menziarahi ibu mereka di Perancis, Charlotte dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan selepas kantung William pecah.

Dilahirkan pada 7 Februari tahun lalu melalui pembedahan kecemasan, iaitu Ellenita lahir dengan berat 2.24 kilogram (kg) dan William pula 2.07 kg.

William bagaimanapun tertelan banyak darah dan terpaksa disedut keluar daripada perutnya, malahan dia juga menghidap jaundis.

“Ia adalah kelahiran yang penuh trauma kerana William hampir mati. Mereka juga dimasukkan di dalam inkubator selama tiga minggu tapi saat doktor berkata OK, saya cukup lega.

“Kerana dilahirkan tidak cukup bulan dan kecil, saya teragak-agak untuk membawa mereka berenang. Saya risau mereka sejuk,” kata ibunya.

Paling muda belajar renang

Pada usia mereka 10 bulan, pasangan kembar itu ke kelas renang dua kali seminggu bersama guru renang, Amy Stanley.

Stanley, 27, berkata mereka adalah kanak-kanak paling muda yang datang berenang kerana kebiasaannya, bayi cekap berenang hanya sekitar usia tiga tahun.

“Ramai bayi boleh terapung di dalam air tapi Ellie dan Wlliam boleh berenang di atas air dan bernafas sendiri.

“Memang luar biasa bagaimana mereka boleh lakukannya, mereka tidak mempelajarinya tapi ia adalah anugerah semula jadi. Mereka juga cukup tenang di dalam air mungkin kerana kedua ibu bapa mereka juga sudah biasa berenang,” katanya.

Kedua ibu bapa kembar itu mengimpikan untuk melihat William dan Ellenita di Sukan Olimpik 2028.

“Ia bukan paksaan tapi jika mereka meneruskannya, kami tidak sabar untuk menontonnya,” kata Victor

Rabu, 19 Jun 2013

KURSUS "Fahami Personaliti, Bina Kekuatan dan Kebahagiaan"

Salam Semua,

Taska al-humairaa dengan Kerjasama Fakiih Solutions n Training akan mengadakan siri perkongsian ilmu

Program Terdekat Ialah

1. Siri Personality Power 1 Bertajuk
"Fahami Personaliti, Bina Kekuatan dan Kebahagiaan"

Lokasi : Pusat Tuisyen Tulip, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (berhampiran dengan Maiden, Restoren Hassan Ayam Kampung)

Tarikh : Sabtu, 29 Jun 2013 (Program sehari)

Masa : 8.30 - 9.00 (Pendaftaran kehadiran)
Masa Latihan : 9.00am - 4.30pm

Tempat terhad : 30 peserta sahaja
Tarikh tutup pendaftaran 26 Jun 2013

Penceramah adalah Encik Allwee (Master Trainer Fakiih Solutions n Training) yang telah 13 tahun dalam industri latihan, 7 Tahun dalam bidang personaliti, pemikiran kreatif dan pengurusan organisasi. Beliau memiliki certified trainer dan industrial coach drpd PSMB/HRDF dan SLDN. Memiliki Sijil Master Reiki, NLP for trainers, Mindmapper etc.

Kandungan Perbincangan Ilmu dan Kemahiran:

1. Mengenali Personaliti dan perwatakan Diri, Pasangan, Anak, Rakan Sekerja dan Masyarakat sekeliling dengan 3 kaedah utama yang mudah dan pantas.

2. Mengenali 10 potensi diri yang telah terpendam dalam diri setiap daripada kita.

3. Bagaimana menangani konflik perbezaan personaliti di rumah, pejabat dan dalam masyarakat.

4. Bagaimana membina perhubungan yang baik lagi mesra.

5. Bagaimana membina keyakinan diri dan memantapkan personaliti diri.

6. BONUS : Mengenali dengan mesra Personaliti Generasi Y dan Generasi Z

7. BONUS Untuk Ketenangan Hati dan deria rasa bernilai RM20

Pelaburan Hanyalah:

1. UMUM (bukan Parents al-Humairaa) = RM160

RM10 drpd Yuran pelaburan ini akan disumbangkan kepada Tabung Rakyat Syria dibawah kelolaan IKRAM Hulu Langat.
Disamping cenderahati bernilai RM20.

***Nota Bagi Parents alHumairaa,

Boleh menghubungi Taska Al-Humairaa

***Nota untuk Orang Ramai yang selain parents Taska Al-humairaaum,

Boleh hubungi Wan : 012-3781274 (sms, whatapps, viber, line, kakaotalk) dan daftar bersama beliau.

atau email pada fakiihsolutions@gmail.com

Khamis, 6 Jun 2013

Ketatkan otot pelvik Anda Untuk Kebahagiaan SUAMI.....

Ketatkan otot pelvik
Senaman kemutan tingkatkan tahap kesihatan selepas hamil dan akibat proses penuaan

Kemutan faraj baik untuk kesejahteraan dan kesihatan diri terutama bagi yang sudah berumahtangga. Namun kemutan yang tidak mengikut kaedah yang betul dan tidak bertenaga kurang memberi manfaat secara keseluruhannya. 

Kemut bukan ayat berbaur lucah atau menggugat sensitiviti budaya. Ia adalah senaman membabitkan kesihatan yang perlu dikongsi bersama. 
Di Benua Afrika, ada kaum yang melatih anak perempuannya cara kemutan yang betul. Ia ia menjadi tradisi dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi mengenai ilmu berkenaan bagi memastikan mereka bersedia melangkah ke alam rumah tangga. 


Di Australia, kesedaran pentingnya wanita melatih otot pelvik menerusi teknik kemut begitu meluas dibicarakan. Sasaran utama kempen berjudul otot pelvik mensasarkan wanita yang baru atau pernah menyusu bayi, wanita yang sedang dan sudah melalui proses menopaus serta wanita hamil. 

Kajian di Australia mendapati, lebih 50 peratus wanita berusia 40-an mengalami masalah menahan kencing disebabkan lantai pelvik, otot dan saraf lemah. 

Hakikatnya, bagi ibu yang sedang sarat hamil, masalah kekerapan membuang air kecil adalah perkara yang sering berlaku terutama pada akhir kehamilan, namun ada juga yang mengalami masalah itu sejak awal kehamilan. Paling teruk, ada yang tidak dapat menahan rasa kencing dan boleh terkucil pada bila-bila masa saja. 

Ini bukan perkara biasa kerana masalah ini berpunca daripada bebanan berat janin yang memberi tekanan kepada pundi kencing manakala otot dasar pelvik lemah boleh memberi implikasi mereka terkucil akibat tidak dapat mengawal atau menahan kencing.
Kebarangkalian wanita berhadapan masalah lebih lebih tinggi khususnya wanita berusia dan kerap bersalin serta struktur tubuh wanita sendiri. 

Apabila otot dasar pelvik kuat, ia membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan wanita serta membina keyakinan diri ketika melakukan pelbagai perkara. Menguatkan otot dasar pelvik, boleh dilakukan menerusi senaman kemutan atau kegelini.
Persoalannya, adakah teknik kemutan secara semula jadi yang dibuat menjadi dan sempurna kaedahnya? Hakikatnya, walaupun kerap dalam sehari melakukan senaman kemutan ia masih gagal membantu mengatasi masalah itu jika tidak tahu prosedur yang betul. 

Jangan berdiam diri
Justeru, sikap malu harus dibuang jauh-jauh. Cuma apa yang berlaku sekarang walaupun sudah beranak-pinak, perkara membabitkan alat kelamin mahupun bahagian peranakan dianggap cerita sensitif. 

Ia dianggap rahsia sehinggalah penyakit yang dialami mula ‘bernanah’ barulah empunya diri sedia berjumpa doktor atau berkongsi cerita dengan teman baik. 

Kwek Sok Yin, berkata otot dasar pelvik lemah memberi kesan untuk mengawal kencing dan penyebab gagal menahan kencing. 

“Ketika mengandung umpamanya otot pelvik menjadi lemah dan bayi yang berada dalam perut menekan pundi kencing menyebabkan ramai wanita tidak dapat menahan kencing. Begitu juga selepas melahirkan, otot akan kendur dan longgar. Oleh itu, senaman kemut amat penting untuk menguatkan semula bahagian otot. 

“Malah ada wanita yang mengandung terkucil ketika batuk atau bersin dan ada yang mengaitkan situasi itu dengan peranakan jatuh. Semua ini boleh dirawat dan sembuh jika kena dengan caranya,” katanya. 

Beliau berkata, otot pelvik yang kuat memainkan peranan besar dalam memastikan proses kehamilan selamat dan sihat. Ketika mengandung otot lantai pelvik ini perlu menampung berat tambahan bayi yang dikandung dan ketika bersalin. Otot lantai ini juga membantu menolak keluar bayi dan memastikan proses bersalin berjalan lancar.

Antara contoh senaman di youtube: