Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Isnin, 26 Oktober 2009

Awas puting bayi!

Awas puting bayi!


PENGGUNAAN puting bayi perlu dielakkan sejak peringkat awal lagi.


ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.


BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.


Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.


AMALAN menggunakan puting bayi boleh mengakibatkan gejala kerosakan gigi pada kanak-kanak. - Gambar hiasan


Penggunaan secara berlebihan

Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

Jumaat, 23 Oktober 2009

RM100j untuk usahawan wanita

NEGARA



WAN AZHAR (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan Tiew Siew Chuen (dua dari kanan) sambil diperhatikan (kiri) Nazleena dan Khoo Kim Ho serta Eddie Hu (kanan) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Standard Chartered Bank Malaysia Bhd. (Standchart) menawarkan skim pembiayaan baru khusus untuk usahawan wanita dan menyasarkan mengagihkan RM100 juta dalam tempoh 18 bulan akan datang bagi menyokong perniagaan mereka.

Skim pembiayaan baru yang dikenali sebagai 'Skim Jaminan Portfolio' itu akan membantu meningkatkan lagi pembangunan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ketua Negara Bahagian Perbankan Pengguna, Tiew Siew Chuen berkata, skim tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan akses pembiayaan segera dan peluang meningkatkan daya saing perniagaan.

Menurutnya, skim itu juga menawarkan kemudahan pembiayaan berjangka berjumlah antara RM100,000 sehingga RM500,000, bagi menyediakan modal kerja dan pembiayaan pemilikan aset PKS.

"Kami menyedari bahawa golongan usahawan wanita semakin meningkat dan mereka memerlukan lebih banyak sokongan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Jadi kami bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation (CGC) untuk menawarkan skim seumpama itu bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka," katanya di sini semalam.

Ahad, 18 Oktober 2009

Dysprexia-Kelam-kabut sindrom penyakit

Dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.

SEIMBAS pandang, pelajar lelaki berusia 10 tahun yang dikenali dengan nama ringkasnya, Alim langsung tidak berbeza dengan rakan-rakan sebayanya yang lain sehinggalah guru sekolahnya kerap menegur tingkah lakunya yang suka melanggar meja dan kerusi secara sembrono.

Suatu hari, gurunya melihat koordinasi pergerakan Alim agak berbeza berbanding rakan-rakannya termasuk lambat dalam menyalin sesuatu yang ditulis di papan tulis, lalu akhirnya dia menyarankan agar Alim dibawa berjumpa pakar perubatan.

Diagnosis dan ujian yang dijalankan mendapati, tingkah laku kelam-kabut Alim itu sebenarnya berpunca daripada abnormaliti pada sistem motor dan saraf dalam tubuhnya.

Dikenali sebagai Dysprexia, penyakit ini umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.

Pakar Runding Psikitri Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh menjelaskan, dysprexia yang banyak dihadapi kanak-kanak lelaki sebenarnya mampu dikesan dari awal lagi.

Gagal ikat tali kasut

“Dysprexia atau istilah mudahnya sindrom kanak-kanak kelam-kabut, merupakan satu keadaan yang tidak ubah seperti autisme, dylexia, dan kanak-kanak hiper aktif (ADHD).”

“Namun yang membezakannya ialah dysprexia melibatkan ketidakjajaran pergerakan motor anggota badan dan otak,” jelasnya.

Tambah Nor Hamidah, simptom awal dysprexia boleh dikesan pada setiap peringkat perkembangan motor bayi iaitu daripada merangkak dan berjalan.




Daripada perkembangan ini, pakar akan melihat sebarang abnormaliti yang wujud terutamanya dari aspek mengimbangkan diri, sensitiviti terhadap sentuhan dan pergerakan fizikal yang berterusan.

“Paling mudah untuk mengesannya ialah kanak-kanak tersebut sukar mengimbangi diri ketika berbasikal, mengikat tali kasut serta sering melanggar objek sewaktu berjalan,” ujarnya.

Pelakon remaja yang terkenal menerusi siri filem Harry Potter, Daniel Radcliffe sebagai contoh, merupakan salah seorang pengidap dysprexia. Meskipun, tidak mempunyai masalah untuk menghafal skrip filem-filem lakonannya, Radcliffe akan menghadapi masalah apabila mahu mengikat tali kasutnya.

“Disebabkan gagal melakukan perkara semudah mengikat tali kasut, saya melalui fasa kehidupan yang sukar ketika zaman persekolahan dulu,” ujarnya kepada akhbar Britain, Daily Mail.



Kesukaran kawal pernafasan

Dalam pada itu, selain melibatkan pergerakan, Dysprexia Oral pula merupakan gangguan melibatkan ketidakjajaran perkembangan linguastik atau fonologi ketika bercakap.

“Masalah ini akan menyebabkan pesakit sukar mengawal organ pertuturan, membuat bunyi-bunyian, serta menyatakan perkataan secara berturut-turut termasuk membina ayat daripada perkataan,” jelas Nor Hamidah.




Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesukaran mengawal pernafasan dan lambat dari segi perkembangan bahasa.

Bagi pengawalan koordinasi motor halus, ia mengakibatkan pesakit termasuk individu pada peringkat dewasa mengalami masalah untuk menulis dengan tangan.

Lebih malang, ketidakseimbangan koordinasi ini turut membuatkan pesakit sukar menjalani rutin harian seperti membutangkan baju, menggunakan sudu dan garpu serta membuka penutup botol.

“Koordinasi yang tidak simbang melibatkan saraf motor ini akan berterusan dan menyebabkan pesakit sering terlanggar objek, tidak kira kecil atau besar,” ujarnya.

Tambah beliau, kes terjatuh tanpa sebab, tidak dapat mengagak kedudukan objek serta gagal melakukan dua tugasan serentak juga merupakan sebahagian daripada masalah dysprexia.

“Ada kes yang lebih teruk, mereka sukar mengesan arah kanan atau kiri apabila mata ditutup serta terlupa pada pergerakan seterusnya ketika melakukan sesuatu seperti ketika sedang berjalan,” kata Nor Hamidah.

Tiada rawatan khusus

Menyentuh mengenai rawatan, Nor Hamidah menjelaskan bahawa tiada rawatan khusus bagi penyakit namun rawatan terapi dapat memperbaiki koordinasi pergerakan pesakit ini.

Nor Hamidah memberitahu, sekiranya dibiarkan begitu sahaja, kanak-kanak tersebut akan membesar dengan keadaan kurang keyakinan diri, pemalu, kurang matang dan sensitif.

“Disebabkan itu, kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut perlu dibiarkan bermain dengan pasir, tanah liat termasuk memanjat serta berlari di taman permainan bagi melatih koordinasi dan sensitiviti pergerakan motor tubuh,” jelasnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berdasarkan pgalaman kami (pengurusan taska alHumairaa) ketika bekerja di NURY .... Latihan Patterning yang diajar membantu pesakit kembali normal.... namun begitu, ianya memerlukan tempoh masa, kesungguhan dan ketekunan ibubapa yg terlibat...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Gambar Anak-Anak Raya 2009

Alhamdulillah, lama dah pihak kami tidak masukkan gambar anak-anak.. jadi dengan bertemakan "Pakaian Di Hari Raya 2009", dibawah di masukkan gelagat anak-anak kita secara still image.



Ini pula sambungannya kecutean anak-anak kita...



Selamat Menonton!

Pengurusan Taska Anak-anak Genius al Humairaa

Selasa, 13 Oktober 2009

Hati-hati Ketika Hadiri Kursus Hipnosis!

Apabila anda menghadiri kursus hipnosis (specially gadis/wanita), anda perlu berhati-hati krtika dijemput kehadapan.... takut dipukau...atau terpukau... lepas tu anda tak mampu berbuat apa-apa melainkan anda tahu teknik untuk mematahkan serangan pukau ini

kalau tak..... ikuti artikel ringkas ini....


Pakar pukau boleh besarkan payu dara


GAMBAR menunjukkan Knight memukau seorang wanita.



LONDON - Seorang pakar hipnosis atau pukau di Britain, David Knight mendakwa dia dapat membesarkan payu dara wanita dengan memukau mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Knight menyatakan, kaedah pukau yang dicipta olehnya berhasil terhadap 85 peratus wanita manakala hampir separuh daripada mereka memakai coli lebih besar selepas mengikuti rawatan tersebut.

Dia turut merakamkan kaedah tersebut dalam bentuk cakera padat yang dijual kepada orang ramai dengan jaminan wang akan dikembalikan sekiranya ia tidak berhasil.

Sebagai pengamal hipnosis, Knight telah mengadakan 4,000 persembahan pentas secara profesional di Britain dan luar negara selain memukau lebih 40,000 sukarelawan. - Agensi

Isnin, 12 Oktober 2009

KESIHATAN : Coli rosakkan payu dara

Oleh DEWI ABDUL RAHMAN


SETIAP wanita perlu memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.


PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.

Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.

Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.


KAJIAN menunjukkan lebih daripada 80 peratus wanita Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara.



HARJIT KAUR





Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payu dara mula berubah dan mengendur.

Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.

Menurut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita di Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payu dara.

Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.

Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.

“Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.

“Misalnya, jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Bagi coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.

“Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan.

“Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara. Ia hanyalah mitos,” ujarnya.

Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.

Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.

Khamis, 8 Oktober 2009

Iklan Pengasuh = Tenaga Asuh Bimbing Dikeluarkan Lagi

Hari ini pihak taska buat iklan lagi mencari calon-calon yang ingin bekerja di taska sebagai pengasuh atau tenaga asuh bimbing....

Sebelum ini selepas iklan dibuat 40 orang call atau sms. Daripada itu hanya empat menyahut cabaran untuk buat latihan selama seminggu sebelum diterima masuk sebagai tenaga asuh bimbing sepenuh masa.

Walau bagaimanapun daripada 4, hanya seorang sahaja yang sanggup meneruskan perjuangan, 3 lagi terkandas dalam memahami erti staff taska alhumairaa.

Daripada pemerhatian yang kami buat ialah

1) Dunia remaja kita terlalu didedahkan dgn perkara hiburan, mudah, mewah, kerja senang, gaji mesti besor. Mereka kurang terdedah dgn erti perjuangan atau ciri seorang pejuang.

2) Ramai dilatih bekerja makan gaji.... kurang dilatih bekerja cari pengalaman sehingga mampu jadi usahawan.

3) Remaja dewasa kita dilatih buat apa yang diajar tanpa perlu berfikir. Kurang dilatih berfikir dan terus berfikir sehingga melahirkan gerakerja mantap berdasarkan arahan asas.

4) Kaedah bersistem adalah kaedah tersusun... cabaran untuk mengikutinya....

5) Multi tasking dan multi thinking kurang didedahkan dalam sistem pendidikan kita...


Transaction is approved.



Online Credit Card Payment
Advertisement Details


Order no. : 38767
Customer Name : TASKA AL HUMAIRAA
Phone No :
Publication : Harian Metro
Sub-Classification : JAWATAN KOSONG
Publication Date : 10/10/2009 - 13/10/2009
Number of day(s) : 4 day(s) ( 3+1 )
TOTAL COST + 5% G.S.TAX :
Receipt No : OA38767
Approval Code : 370894
Transaction Date : 08/10/2009 10:33 am

Isnin, 5 Oktober 2009

Program SLDN Percuma Berelaun RM300 sebulan

Salam,

Kementerian Sumber Manusia menyediakan program Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional

Position : Penyelidik Islam

Minimum kelayakan SPM

Siswazah Menganggur adalah digalakkan

Elaun RM300 sebulan disediakan oleh pihak kementerian

Yuran pengajian adalah PERCUMA

Duration program selama 3 bulan

Program akan bermula pada 9 OKTOBER 2009 - pendaftaran dibuka sekarang

Konsep latihan ialah teori di pusat latihan (Akademi Aidit sdn bhd) dan praktikal di syarikat yang terpilih

Untuk mahlumat lanjut:

Sila Hubungi encik Wan Mohd Jefri di talian : 03-21614145 (waktu pejabat 8am - 445pm)

Alamat: Akademi Aidit Sdn Bhd, no5.17, 5th floor, (north Block), The Ampwalk, 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur


Jadi, sapa ada sedara mara, adik etc... boleh mengisi latihan ini untuk tambah nilai pada pekerjaan, program ini diiktiraf oleh kerajaan dan kementerian sumber manusia

Wassalam

Risiko internet Pada Kejahilan Ibu bapa


Oleh Mohd Azis Ngah




Aktiviti dalam talian tanpa sempadan, kawalan dedah remaja dengan pelbagai risiko

KETIKA ibu bapa mula menutup lampu bilik untuk tidur, sedarkan mereka bahawa anak remaja mereka masih berjaga, lampu bilik masih menyala dan komputer masih terpasang. Apa yang mereka lakukan di dalam bilik ialah melayari dunia siber tanpa sempadan bersendirian.

Jika diacukan kepada ibu bapa soalan 'Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian - jawapannya ialah tidak tahu'.

Itulah kelemahan dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepelbagaian aktiviti dalam talian dilayari remaja hari ini yang sebenarnya datang bersama dengan pelbagai risiko.

Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia' mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, pasti ibu bapa terkejut kerana remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.

Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.



Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka.

Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk.

Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet.

Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.



Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR.

"Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan," katanya.

Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka.

Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat.

Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian.

"Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja.

"Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus)," katanya.

'Ibu bapa perlu ambil tahu ketika anak dalam talian'

BIARPUN dilanda kesibukan bekerja tanpa banyak masa dihabiskan memantau aktiviti anak di rumah atau sekolah, ramai ibu bapa di Malaysia mengakui mereka sanggup dan sudah melakukan sesuatu yang lebih baik untuk melindungi anak mereka ketika melayari internet.

Sebanyak 58 peratus daripada responden percaya kawalan ibu bapa adalah kaedah berkesan mencapai sasaran mengurangkan penularan gejala negatif melalui internet.

Kajian mendapati 45 peratus ibu bapa menegur anak mereka melakukan sesuatu yang salah atau tidak sesuai dalam talian dan 39 peratus daripada mereka mengintip penggunaan internet anak.

Menyedari keadaan yang tidak begitu sihat kerana mudah terdedah kepada pelbagai ancaman dan risiko, 77 peratus ibu bapa sudah menasihati anak mereka supaya mengamalkan tabiat baik dan memilih talian selamat, manakala 60 peratus daripada mereka menyediakan set kawalan internet yang dikawal ibu bapa.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, menjelaskan walaupun beberapa langkah positif sudah diambil, hakikatnya internet sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hingga menyebabkan wujudnya batas sempadan antara ibu bapa dan anak kanak.

"Isu mengenai kanak-kanak bertemu dalam talian dan bagaimana kita boleh melindungi mereka dengan pengetahuan yang cetek, sedangkan semua risiko itu tidak pernah berkurangan.

"Hasil kajian ini boleh dijadikan peringatan kepada keluarga kerana ibu bapa mengambil masa untuk memahami tabiat dan hala tuju anak sama ada di dalam talian atau aktiviti luar. Pendekatan sesuai ialah membenarkan mereka melayari internet tetapi dengan pengawasan dan perlindungan mencukupi," katanya.

Selain remaja, orang dewasa juga sebenarnya berisiko ketika berurusan dan melayari internet kerana 45 peratus daripada mereka tidak yakin maklumat peribadi mereka di talian tidak selamat.

Namun, sebahagian besar percaya penipuan dalam talian hanya berlaku kepada individu cuai terhadap maklumat peribadi dan mereka cukup yakin boleh melayari laman web rasmi tanpa sebarang keraguan.

Hakikatnya, semua itu bukannya satu hak eksklusif kerana sebarang pencerobohan, memanipulasi dan penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Laman web sah dan rasmi juga berisiko dan boleh menjadi ancaman kepada pelawat tanpa mereka sedari.

Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:

  • Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.

  • 24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.

  • 48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.

  • Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.

  • Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.

    INFO: Kajian NLOR di Malaysia
  • Dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009 Responden
  • 397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)
  • 35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun.

    Kajian NLOR global:
  • Responden: 9,000 dewasa dan remaja
  • 12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.
  • 7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.

    Hasil kajian global:
  • 92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.
  • 42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).
  • Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.
  • 7 daripada 10 mengakses foto secara on-line dan guna IM
  • 24 peratus layari laman sosial Twitter