Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Ahad, 22 Mac 2009

Panik mudah serang wanita dan kanak-kanak perempuan


Panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional.








PESAKIT berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan.








"GANGGUAN kecelaruan panik atau panic disorder memang sukar dikesan sehinggalah keadaan menjadi serius. Malah ramai yang menganggap panik atau cemas yang dialami mereka adalah perkara biasa," ujar Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain.

Dekan dan Profesor di Psikiatri Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mendedahkan, banyak pihak menganggap kehadiran simptom panik melampau sebagai sesuatu yang boleh diperlekehkan.

"Kecelaruan panik merupakan satu keadaan saraf di dalam otak yang menjadikan seseorang itu cukup mudah panik. Dalam erti kata lain, otak seolah-olah mencetuskan kepanikan tersebut," katanya.

Daya sensitiviti otak terhadap kawasan yang melibatkan saraf katastrospik mencetuskan panik tersebut tidak kira tempat atau masa. Jadi apabila terdapat perkara atau perkataan yang boleh 'mengaktifkan' saraf tersebut, pesakit akan mengalami panik.

Azhar berkata, serangan panik melampau itu kebanyakannya melibatkan wanita kerana daya semangat mereka kurang berbanding lelaki.

Ceritanya, terdapat kes sepasang suami isteri bercerai kerana suaminya tidak tahan dengan serangan panik yang dialami oleh isterinya.

"Dia rasa dipermainkan kerana setiap kali si isteri mengalami panik melampau, si suami akan bergegas pulang ke rumah. Namun apa yang didapati ialah isterinya 'sihat'.

"Lama-kelamaan si suami tidak tahan lagi apabila si isteri kerap mengatakan dia takut untuk ke mana-mana atas alasan bimbangkan serangan itu berlaku di luar dan menyebabkannya mati," jelas Azhar.

Berbeza dengan agorafobia, panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional.

"Malah, pesakit berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan yang selalunya berkait rapat dengan perasaan tidak selamat, bahaya atau mati," ujar Azhar.

Kajian yang dilakukan Azhar pada tahun 1994 yang melibatkan sekumpulan pesakit kecelaruan panik dan pelajar perubatan membuktikan mereka bukan saja menghadapi ketidakselanjaran mental malah masalah biologi.

Menerusi kajian tersebut yang kini diguna pakai sebagai asas memahami pesakit mendapati cara pesakit kecelaruan panik mengakses sesuatu benda atau perkara tidak sama dengan manusia normal.

"Paling menonjol, mereka ini mudah melihat benda sebagai sesuatu yang negatif dan katastropik. Sebagai contoh, bagi perkataan neutral, mereka akan tenang.

"Namun apabila pakar menggunakan perkataan yang tertentu seperti mati, sesak atau lemas, mereka akan 'terangsang'. Malah, ada di antara mereka seolah-olah turut mengalaminya ketika itu," kata Azhar.

Pendekatan biologi dan psikiatri amat perlu bagi merawat kecelaruan panik kerana pendedahan seseorang kepada penyakit itu dalam jangka masa panjang akan mengundang masalah.

"Masalah itu bukan saja pada diri mereka malah juga kepada pasangan, ahli keluarga, tempat kerja malah persekitaran pesakit. Hingga adakalanya ia mengganggu rutin hidup pesakit itu sendiri," katanya.

'Serangan' yang berlaku di tempat kerja juga boleh menyebabkan prestasi seseorang itu menjunam kerana tekanan daripada mereka yang tidak faham akan penyakit itu.

Penyakit panik melampau juga tidak berakhir di situ. Jelas Azhar, gejala kemurungan, agorafobia hingga akhirnya melibatkan tekanan jiwa akan melengkapkan 'rantaian' penyakit itu.

Lebih membimbangkan, serangan panik melampau turut melibatkan kanak-kanak. Malah satu kajian oleh beberapa pakar di Persatuan Psikiatri Amerika Syarikat mendapati sebanyak 40 peratus perlakuan itu bermula sebelum pesakitnya berumur 20 tahun.

Cara rawatan, tegasnya, tidak hanya bergantung kepada ubatan serta terapi tetapi melibatkan kekuatan pesakit untuk melawan imaginasi panik tersebut.

"Memang ada ubatan khusus namun ia akan menyekat saraf katastropik daripada berfungsi sewajarnya. Dalam kata lain, pesakit akan tiada tindak balas langsung terhadap persekitarannya.

"Justeru, ubatan yang diberi hanya bersifat pelindung bagi menyekat saraf itu daripada menjadi terlalu sensitif di samping rutin terapi yang harus diikuti oleh pesakit," jelasnya.

Selasa, 17 Mac 2009

Teknik cakaran harimau

Teknik cakaran harimau


"Teknik cakaran harimau" yang dipopularkan oleh Ustazah Nur Baayah satu masa dahulu. Walau bagaimanapun ianya berasal daripada urutan orang Melayu lama..ustazah nur ba'yah sekadar mempopularkan semula. Di samping ustazah, ianya juga diperkatakan oleh Dr Fadilah Kamsah.



1)langkah pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)langkah ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah keempat & 5)Langkah kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.


6) langkah enam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)langkah 8
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami

Selamat Mencuba

Isnin, 16 Mac 2009

Sindrom otak bayi bergegar

Dato' Dr Noorlaily daripada Institut Keibubapaan dan Pembangunan Kanak-kanak NURY telah memperjuangankan isu ini sejak 1980-an lagi,

Dalam setiap ceramahnya, beliau menekankan bahaya walker, tidur dalam buai.....

Malah beliau mencadangkan tidur di lantai dalam keadaan meniarap..... ramai yang tidak berapa setuju dgn pandangan ini termasuk daripada para doktor sendiri....

Kami di taska al Humairaa mengamalkan tidur meniarap ini terutama anak-anak pada usia bayi... banyak kelebihan yang kami lihat sendiri.....

Kami bersyukur , melihatkan idea-idea yang bagus ini mula diterima pakai oleh doktor-doktor pakar... semalam akhbar kosmo menyiarkan pandangan pakar.....

KESIHATAN

Sindrom otak bayi bergegar

Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.


ELAKKAN bayi terlepas daripada dukungan atau buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius.



Dr. Zulkifli Ismail





n 20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.

n 13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

n 14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.

Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.

"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya.

Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.

"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.

"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.

Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.

Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.

Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.

"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.

"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.

Sabtu, 14 Mac 2009

Persoalan Demi Persoalan

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Bertemu lagi…

Alhamdulillah – pengumpulan diari2 anak untuk diberikan pada ibu bapa untuk siri satu 2009 dah pun berlalu. Ada gak yang hantar on the date. Yang peram pun ada… takpelah. Mak nah faham kesibukan parents, tapi jangan peram lama2… NANTI kakak pun lupa nak catat, diari sapa yang tak ada. Maklumlah sama2 sibuk :-b

Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan, yang Mak Nah rasa terpanggil untuk menjawabnya secara umum.. sekurang-kurang meredakan perasaan ingin tahu ( bukan anak saja nature ingin tahu, tapi kita juga ) ibu bapa dan menjawab bagi pihak Mak Nah pula..

Ada yang tunggu 2 tahun anak kat taska, baru dapat baca...
program macam tak jalan sejak Mak Nah belajar. Sibuk kot..
TAB asyik bertukar, Mak Nah garang sangat kot :-D
betul ke anak saya makan kat taska? Macam tak percaya, kat rumah susah nak makan. Ke definisi “banyak” tu berbeza antara taska dengan ibu bapa?
anak saya macam boleh baca Fatihah, walaupun tak penuh. Dia dah belajar ke, kat taska, atau belajar dari abangnya?
kenapa Mak Nah tak sediakan tv ke, vcd educational. Kan anak2 suka dan banyak belajar dari itu?
anak saya tak minat tulis2 dan baca2 ni. Kalau ada buku pun, dia suka tengok gambar je. Perlukah saya risau dengan perkembangannya begini?
dan lain-lain lagilah.


Kali ni, Mak Nah rasa pun tak bolehla jawab semua sekaligus. Kita buat bersirilah. Tengoklah pada jawapan, mana yang kena aa....

Anak tak nak baca dan tulis....

Mak Nah rasa rata2 tahu tentang falsafah pendidikan kebangsaan ( eh, berfalsafah la pulak..), especially cikgu cekgi. Falsafah ni pun Mak Nah terangkan secara bersiri dalam bengkel TAB. Kadang2 siri satu, TAB ini, masuk siri 2 dah TAB lain dek pertukaran TAB... he he. Nak buat macamana. Bagi Mak Nah, apa2 pun, ilmu mesti disampaikan.

Ok, Mak Nah cuba bawa falsafah tersebut dan tolong perhatikan pada yang Mak Nah highlight;

Pendidikan di Malaysia adalah SATU USAHA BERTERUSAN ke arah MEMPERKEMBANGKAN potensi individu secara MENYELURUH dan BERSEPADU untuk melahirkan insan yang SEIMBANG dan HARMONIS dari segi INTELEK – ROHANI – EMOSI dan JASMANI berdasarkan KEPERCAYAAN kepada TUHAN.

Wah! Macam lecture la pulak...


Itulah sistem di Alhumairaa. Kami buat serampang dua mata. Pertama, nak celikkan mata TAB, sebagai tumpahan TENAGA dalam MENGASUH dan MEMBIMBING diri sendiri, kemudian di sambungkan kepada anak2.

Kami bukan MENGAJAR, tetapi MEMBIMBING dan mengasuh.
Berat kan. Sebab tu ramai yang tak tahan. Ada yang datang ingat MENGAJAR, dia berdiri di whiteboard, tulis dengan marker, kemudian suruh anak ikut. Yang berlari suruh duduk diam2 tepi dinding. Itulah MENGAJAR.
Dalam Membimbing ni, semua kena pakai, otak- berfikir, fizikal – cergas bertindak, rohani – penuhi kewajipan sebagai hamba, emosi – kena kawal.
Jadi, kalau Mak Nah tak ambil perhatian tentang IREJ ni, tak de makna alhumairaa sebagai GENIUS KIDS CENTRE.
Mak Nah garang? Memang kena garang. Kena tegas. Kena juga toleransi. Kena Mesra. Kena strict. Tapi itu semua mestilah KENA BERTEMPAT. Sebab generasi era “exam-oriented” ni kena diajar menggunakan otak sekali sekala. Bukan tunggu disuap, tak bagi, tak usaha nak adakannya...

USAHA BERTERUSAN...
Usaha mengembangkan potensi mestilah berterusan. Kalau tak, otak pun mati. Sebab tu, kalau ada yang tak tahan, keluar, usaha kami tetap diteruskan..
Begitulah juga untuk mendidik anak2. usaha yang berterusan, bukan nak cepat, lepas ni mesti pandai ni, mesti pandai tu. Lepas pandai..., nak buat apa?

PERKEMBANGKAN secara MENYELURUH...setiap anak adalah unik. Berbeza walaupun dalam satu adik beradik, kembar sekalipun. Jadi tak bolehlah bandingkan anak ini dengan kakaknya, anak jiran yang sebaya dengannya, kenapa dia pandai, anak saya tak..

Ha, sebelum tu.. kena tahu. Apa yang dinamakan AWAL KANAK2 ialah anak yang berumur lahir sehingga 8 tahun! Jadi nature kanak2 itu tidak hilang sepanjang umur tersebut. Ada yang matang lebih awal atau lewat. Itu saja bezanya. Namun ciri2 ‘KEKANAK-KANAKAN” yang unik tu tetap ada.
Semua anak ada potensi masing2. Sebagaimana yang kita tahu tentang multiple inteligent atau visualist, auditory dsb. ( ini kena bincang lain kali la plak ).
Jadi kalau kita faham tentang perkembangan ini, kita tak perlu risau tentang anak orang pandai baca usia dia 3 tahun. Anak saya dah 4 tahun, 4 tahun dok taska pun tak boleh baca!

Anak berkembang mengikut kesediaannya. Orang putih kata, readiness. Tahap kesediaan anak tak sama. Bergantung pada stimulasi, pendedahan, pengukuhan, jantina, mulitiple inteligentnya, environment sekelilingnya dan kedudukan anak dalam keluarga – semua ada peranan dalam perkembangan mereka.
Contoh paling dekat, Anak-anak Mak Nah lah. Kakak Humairaa’ boleh membaca ketika umurnya 3.5 tahun. Anak kedua Mak Nah iaitu Tasneem pula boleh baca Qur’an sendiri umur 5 tahun. Tapi Wildaan ni, dah 3 tahun 8 bulan dalam Mak Nah belajar pendidikan awal kanak-kanak pulak tu, masih dok tahap a – ba – ca. Sampai da, dia dah xnak belajar. Kawan2 dah sampai pa....
Jadi selagi anak bawah 8 tahun tu, biarkan dia meneroka. Kita pantau dan bimbing, bukan paksa. Apalagi tuisyen2 tu. Tolonngggglah jangan, kalau hormati hak mereka. Jangan tak tahu, mereka ada hak juga. Cuma tak tahu cakap n buat aduan. Kalau tahu, dah ramai parents kena tindakan undang2!
Sebab apa, kadang2 kita sebagai parents nak acuankan mereka ikut skala kita, bukan ikut skala anak kita. Sebab nak memudahkan kita, padahal memberi penekanan pada mereka.

Satu lagi, anak membaca dengan otak dan mata. Jadi apa yang dia lihat itulah membaca. Mengeja itu hanya mediumnya. Katakan kita bagi buku cerita, dia pun “baca” ikut citarasanya sendiri berpandukan gambar. Itulah membaca. Dia pandai menggunakan bahasa, menyusun ayat dan menggunakan imaginasinya yang dikaitkan dengan gambar dalam buku itu. Selagi tak boleh mengeja dalam usia 5 tahun tu, sebenarnya tidak salah bagi dia. Itu yang Mak Nah kata, kita yang melabelkan dia tak boleh baca. Kenapa x cakap, dia tak boleh eja. Itu baru betul, baru boleh kita mengajar mengeja pulak.

Bezanya anak2 ni, ada yang jenis visual- tengok banyak kali, boleh baca secara menyeluruh. Ha, yang macam ni, jangan tarik suruh duduk, eja satu2. Tergolek terguling la dia nak habiskan satu2 perkataan tu.
Ada pulak yang menekun, sampai tembus. Yang ni bolehlah duduk lama sikit. Kalau kita tunjukkan kejap2 je, dia konpius pulak.

Kedua2 jenis ni ada kat al humairaa. Nanti Mak Nah dah setel tapis menapis video, blehla Mak Nah warwarkan..

BERSEPADU...
Kurikulum yang diasaskan sebenarnya BERSEPADU. Tapi ramai tak hiraukannya. Itu yang jadi penekanan secara sub-sub. Orang arab kata, baina-baina.
Ada yang boleh dan fasih bercakap orang puteh lagi, tapi cakap dengan kawan, jerit2, tunjuk mainan dengan kaki saja. Itulah tidak bersepadu. Bahasa boleh, emosi dan rohani tak ada. Maknanya anak kita belum lengkap dikembangkan secara MENYELURUH dan BERSEPADU. Sebagai gambaran pemangkin generasi akan datang, Mak Nah percaya ibu bapa xnak anaknya hanya pandai “bercakap” tapi lembik bila bersukan ( jangan lari, nanti jatuh, calar – jangan main air, nanti selsema ) atau tak pandai nak cakap baik2, tak nak salam ibu ayah, tak boleh memberi alasan yang rasional apabila bercakap, tak banyak bertanya dan tak boleh bersabar, bertoleransi atau menyatakan sesuatu dengan menangis....
Sebab kita juga pentingkan rohani, emosi, jasmani dan intelek yang seimbang...

Dan pasal anak makan, tak makan, tak ikut spek ke, rasanya dah bincang sebelum ni dalam tajuk anak dan jajan...

Tentang program baca fatihah ke, 3 qul ke, tak de program ke, anak belajar di mana-mana sekeliling yang dekat dengannya. Dan parents boleh tengok jadual kat papan kenyataan apa yang dijalankan di taska pula..

Lagi sibuk Mak Nah belajar, lagi banyak idea baru2 dan fresh direct sebagai “makmal” untuk Mak Nah implemenkan. Alhamdulillah Mak Nah ditakdirkan belajar waktu ni. Kalau anak2 sendiri dah besar terasa ruginya zaman mereka ditinggalkan begitu saja..


Nanti-nanti sambung lagi...

Khamis, 5 Mac 2009

JAJAN.... APA BAIK ? APA BURUK NYA?

SAYA BAWA JAJAN…


Alahhai Mak Nah. Sebiji dua je, makan pun bukan selalu. Cukup syarat tak nak dia melalak je..

Selalu itulah alasan kalau tanya kenapa bekalkan anak makanan ringan ( junkfood ).

Mai tengok apa dia junkfood tu dulu...

Junkfood : is an informal term applied to some foods which are perceived to have little or no nutritional value, or to products with nutritional value but which also have ingredients considered unhealthy when regularly eaten, or to those considered unhealthy to consume at all. The term was coined byMichael Jacobson, director of the Center for Science in the Public Interest, in 1972.

Foods more likely to be considered junk food generally are those that are more convenient and easy to obtain in a ready-to-eat form, though being such does not automatically define the food as "junk food."

Dengan kata lain ; makanan ringan ialah apa saja makanan yang telah DIPROSES yang mengubah tekstur rasa ASLInya dengan segala macam bahan, perisa, pewarna, penahan tambahan. M.Nah suka labelkan ia sebagai ‘makanan mendera diri’. Orang Nury kata, makanan “racun otak”.

Maknanya, yang mempunyai bahan tambahan – ada unsur unsur free radicals itu junkfood lah.

Apa ya??…

BANYAK. Tapi kita tengok sikit-sikit dulu. Sebab kalau tunjukkan satu-satu, nanti kita kata ”apa ni? Sema tak boleh makan. Abis nak makan apa? ”.. ha, tu belum kira boikot lagi tu... ­:­­-)

1. MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEBIH LEBIH GULA.

a. Buah-buah asalnya bagus ( yang segarlah ). Tapi bila kita jadikan jus, otomatik ia mengandungi gula. Ya , gula asli. Tapi macamana dengan jus yang kita beli siap? Fikir tak, macamana dia boleh tahan kalau bukan ada gula yang berlebihan sebagai pengawet?

Pewarna? Adakah warna asli boleh dapat secantik jus yang kita beli?

Macam ribena. Nak tahu satu fakta? M.Nah rasa ramai dah tahu pun. Tapi dek anak nak, dan iklan BOMBASTIK, kita pun terpikat jugak. CAP Pulau Pinang satu masa dulu ada mengeluarkan tentang ribena mengandungi kandungan alcohol yang tersembunyi ( yang sedikit ).

Dan satu lagi ; Sumber dari Utusan Malaysia, 27 Mac 2007,

Ribena didenda dakwa mengandungi vitamin C yang palsu. Syarikat pengeluar produk tersebut didenda sebanyak RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar Sains berumur 14 tahun dalam projek Sains sekolah mendapati minuman kordialnya yang popular, Ribena, sebenarnya tidak mengandungi vitamin C seperti yang didakwa. Dan syarikat multinasional tersebut mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

    1. GULA?. Semua makanan ringan ada gula tersembunyi. Alah, apalah mudharatnya kalau sikit...

Otak kita memang memerlukan glukos ( gula ). Tapi otak tak boleh simpan glukos. Kalau gula terlalu banyak, otak pass kat salur darah, suruh simpan. Oksigen bergerak dalam salur darah. Kalau salur darah sudah dipenuhi gula, sistem pengangkutan ini akan jem. Gula pun tak dapat masuk. Otak pula kekurangan stok.

Otak akan mengarahkan limpa mengeluarkan insulin untuk salurkan glukos ke otot-otot. Di sinilah pembakaran berlaku. Gula berlebihan memaksa pembakaran tenaga juga berlebihan. Dan gerak geri otot akan menjadi lebih pantas untuk mengawal pembakaran tersebut.

Habis, apa salahnya? Ha... tengok gerak geri anak-anak kita selepas makan banyak gula..

Ada tak mana-mana anak yang lepas minum atau makan bergula boleh tidur atau duduk diam? J

2. KONSEP HALAL LAGI BAIK

a. Makanan yang halal kadangkala tidak dimasukkan unsur ‘baik’ di dalamnya ( halalan toyyiban ). Yang boleh menjana minda kita, membantu sistem imun badan kita berfungsi sebaik-baiknya.

b. Contoh la, makanan halal, burger kan halal. Tapi baik ke, dengan segala macam preservative dan banyak kali pemprosesannya?

Fikir la sndiri..

3. KESAN PADA ANAK

a. SISTEM IMUN – bahan yang mengandungi kafein atau xantine, atau thanine ( dalam makanan berpewarna, perisa, bergula ) akan menghalang penyerapan zat besi dan vitamin-vitamin yang bertindak sebagai pendinding dalam badan kita. Macam tu juga yang terjadi pada anak kita yang sistem inmunnya belum sekuat sistem kita dan masih kurang pencemarannya.

b. OTAK – glutamate atau asid glutamik merupakan asid amino yang menyediakan tenaga dan otak berfungsi dengan baik. Tetapi MSG ( perisa, gula, pewarna makanan ) membekalkan glutamate dalam bentuk yang telah diproses dan dengan itu membekalkan terlalu banyak tenaga dengan cepat mengikut proses penyerapannya yang pantas. Maka radikal bebas ( free radicals ) akan dikeluarkan dan membunuh sel – sel atau memutuskan dendrites otak. Dan penyakit lupa, pening, menjerit, menangis, tumpuan, meloncat-loncat, marah dan merajuk pun senang....

Anak-anak kami, kalau makan makanan ini kerap, kesannya susah nak buang air ( 2-3 hari sekali ), tak selera makan, cari sebab nak marah, menangis, dan mula menjerit-jerit apabila bercakap.

c. EMOSI – anak belajar dengan baik, bergantung 80% emosinya. Bagaimana emosinya boleh stabil dengan kekerapan pemakanan dera diri nanti? Apa yang kita makan, menjadi darah daging kita. Tentulah ia ada kesan pada perubahan emosi kita.

Contohnya, perut kosong, makan nasi. Jadi bertenaga, mudah nak buat bekerja. Otak pun tak jem. Tapi dengan pemakanan juga mempengaruhi emosi kita. Apabila benda yang kita makan atau minum bertindakbalas dan sistem dalam badan merembeskan hormon-hormon tertentu untuk mengekalkan keseimbangan sistem badan. Jadi, kalau berlebihan dari had yang sepatutnya, tentulah ada mudhaatnya.

d. ROSAK gigi. Menyusu sikit-sikit sambil menggigit botol ke sana ke mari pun boleh merosakkan gigi. Apatah lagi menyusu sambil tidur atau ambil makanan seperti di atas.

Itu belum lagi yang ada ekzema pula, astma ke, tanda2 hyperaktif atau autisma ke... Semua boleh melarat-larat akibat dari bahana gula...

HABIS, NAK BUAT MACAMANA?

1. Amalan dari kecil : 0-2 tahun imitate. Anak mengikut amalan kita. Kitalah yang membentuknya. Kadang-kadang anak tak tahu pun itu sedap, tapi kita yang memperkenalkannya. Peringkat ini anak amat bergantung kepada persekitarannya. Amalan yang kita terapkan itulah yang akan menjadi rutinnya.

2. Bercakap, dan bercakap. Anak tahap umur 2-7 tahun sudah mula memahami konsep. Ada sifat egosentrik. Mengakui semua orang sependapat dengannya. Dan sikap ego ini tidak mahu menerima pendapat orang lain. Lebih mudah menerima kata-kata pengasuh/guru/kakak dari ibu ayahnya sendiri. Peranan guru/pengasuh waktu ini BUKAN KECIL. Ulanglah bercakap tentang kebaikan dan keburukan. Dia tidak menerima waktu itu bukan bermakna dia tidak faham. Tetapi sebab egosentrik yang merasa dia betul waktu itu. Tapi kalau diulang, dia simpan memori dan ikut di waktu yang lain.

Contohnya masa M.Nah tegur anak yang kecil waktu makan,

“adik, makan dengan tangan kanan. Syaitan makan dengan tangan kiri. Anak soleh makan dengan tangan kanan.”

Dia jawab, “ biarlah.. suka hati adik lah. Adik kawan syaitan..”

Macam nak marah. Tapi esoknya, dia makan dengan tangan kanan, dan siap warn kakak-kakaknya, kalau nak kawan dengan syaitan, makanlah dengan tangan kiri!

Cuma kita sabar dengan tidak je.

Cuma jangan guna nama orang lain untuk melepaskan sebarang kesulitan. Fokus kepada apa di hadapannya. Cuba lihat contoh,

i. “ sayang, nanti ibu bagitahu cikgu, abang suka makan gula-gula ni.., biar cikgu marah..”

Atau

ii. “ sayang. Ibu kata, makan gula-gula ni kan tak bagus. Nanti rosak gigi, sakit gigi. Bila gigi sakit, dah tak boleh main, tak boleh makan benda lain. Bila gigi rosak, senyum pun dah tak cantik... Kan susah..”

Setiap satu ada impaknya.

Nanti lapang-lapang kita berjumpa lagi...

Rabu, 4 Mac 2009

Yes, Teacher

Cerita 1

"Saya nak kongsi pengalaman membesarkan anak-anak dengan parents di Taska al-Humairaa'. Hari tu, saya tengok video dalam blog al-Humairaa', salah satunya tentang aktiviti macam ambil kedatangan anak-anak. Bila kakak panggil, anak-anak akan jawab yes teacher. Saya tak pasti baby-baby pun buat jugak ke tak aktiviti yang sama. Tapi dua anak saya yang besar kat taska tu selalu jugaklah buat aktiviti tu kat rumah. Dia orang buat kat baby umur 8 bulan. Saya pun selalu jugak buat benda yang sama dengan baby. Kakak panggil jawab apa? Yes teacher. Sambil angkat tangan baby ke atas.
Nak jadi cerita, satu hari saya bawak baby ke Pusat Rawatan Islam az-Zahrah. Dr. cadangkan ambil gas sebab kahak dah banyak sangat. Masa tengah sedut gas tu, saya yang pegang baby. Saya pegang dua-dua tangannya dan juga kepalanya. Lepas tu baby memang nangislah. Jadi nurse kat situ pun cuba lah buat sesuatu supaya baby tak nangis. Dia pun tanya: "Mana Muhammad Shamil?". Tau tak apa yang berlaku. Baby sedaya upaya cuba keluarkan tangannya yang saya pegang tadi. Makin dia cuba loloskan tangannya, makin kuatlah saya pegang. Tapi akhirnya baby berjaya jugak loloskan tangannya dari pegangan saya. DAN DIA ANGKAT TANGAN KE ATAS. Macam dalam aktiviti "kakak panggil cakap apa? Yes teacher." Nurse tu pun terkejut. Dia kata: Eeeeh, anak millenium. Dalam hati saya, NASIB BAIK BABY TU TAK CAKAP YES TEACHER. BUATNYA DIA CAKAP YES TEACHER MAU PENGSAN NURSE TU."


Cerita Kedua

Yang ini saya nak menyampuk. This is a very good activity. Amongst the advantages, anak² kita ingat nama penuh kawan² dia. I think they really enjoy the activity. Dekat taska ‘terpaksa’ jadi students. So, dekat rumah lepas geram dengan menjadi kakak. So, Azam pantang nampak apa² benda yang ala² rupa macam kad nama (termasuklah alas pinggan yang kat atas dining table ada 6 keping tu), dia akan susun menegak, pegang dengan dua tangan ala² gaya kakak pegang untuk memulakan activity tu. Students nya, siapa lagi kalau bukan ummi & Islah :D

Yang ummi perasan, bila sebut Aina Batisya jer, jawapannya mesti ‘tak datang’. He he … Aina Batisya selalu tak datang ker? ;)


Pengasuh Baru

Baru minggu lepas, pihak kami membuat iklan pengasuh di akhbar Harian Metro dan Metro Ahad.
Alhamdulilah, ramai yang telefon...... ada pak we tolong telefon untuk aweknya, ada tunang telefon untuk bakal isterinya. ada ibu yangberiya-iya telefon untuk anak gadis kesayangan dan ramai jugak telefon sendiri......

Ramai yang berminat untuk bekerja tapi tak ramai untuk bertahan dalam kerjaya. Bila ditanya... bekerja di taska untuk apa?... apa matlamat akhirnya?... kami dapati ramai yang nak bekerja sekadar nak bekerja.... untuk mendapatkan gaji.... bukan pengalaman...

Telefon maknah berdering dgn panggilan dan juga SMS......


Ada yang janji akan datang secepat mungkin... memberikan tarikh kehadiran mereka.... lastly... 0% - 10% sahaja yang muncul..... semalam janji 3 orang akan datang beriya betul.... tapi tidak muncul-muncul.....

Ada juga yang datang.... hanya untuk isi borang.... katanya "saya akan datang minggu depan"... namun biasanya... itu isyarat tak datang....

Begitulah lumrah yang perlu dihadapi oleh majikan....

Wassalam