Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Isnin, 21 April 2008

UMUR BARU 3 BULAN, Dah Boleh Belajar? Bagaimana?

UMUR BARU 3 BULAN, Dah Boleh Belajar? Bagaimana?
Jangan Terlambat untuk memenuhi rasa ingin tahu anak....

PERSOALAN PERTAMA....
Kenapa Pendidikan Di Awal Usia Anak Penting?

JAWAPANNYA....
  1. Otak anak telah matang 85% pada usianya 3 tahun
  2. Kapasiti otak anak telah bersedia menerima sebanyak 125,500,000,000 maklumat tetapi hendaklah dalam keadaan tersusun
  3. Tahap anak belajar di peringkat mudah di mana " Education begins at six, learning begins at birth"
  4. Masa sesuai menanam minat membaca dan suka teroka ilmu baru, "Learning is a survival"
  5. Masa yang paling sesuai membawa anak kedunia genius dan cemerlang adalah ketika usianya 3 bulan atau sebelum usianya mencecah 3 tahun
  6. Dunia sekarang adalah dunia siber & teknologi maklumat. Masa depan anak adalah lebih dari itu.

PERSOALAN KEDUA....
Bilakah Masa yang Sesuai Untuk Membangunkan anak K
e Tahap Cemerlang?

JAWAPANNYA....

Bermula dari alam rahim sehingga usia 6 tahun di mana 3 tahun pertama haruslah atau hendaklah diberikan keutamaan kerana

"Brain Works By Used"

"Learning Begins At Birth"


PERSOALAN KE 3...
Kenapa 3 Tahun Pertama itu Penting?

JAWAPANNYA....

  1. Anak amat mudah dipengaruhi oleh apa jua ilmu dan stimulasi yang diberikan. Jika tiada ilmu atau maklumat yang betul dan tepat diberikan, anak akan belajar dengan sendirinya tanpa pemahaman yang kukuh, dalam bahasanya yang tersendiri.
  2. Otak dan sistem saraf anak di usia ini berkembang dengan pesatnya di mana kematangan otak ke tahap 25% sewaktu lahir dan 85% pada usia 3 tahun.
  3. Kelemahan atau kecacatan anak segera dapat dikesan, terutama melibatkan otak atau sistem saraf, peluang membaikinya di peringkat awal adalah cerah.
  4. Peluang mengenal potensi anak dan memperkembangkannya ke tahap maksimum.

KENAPA ALHUMAIRAA GENIUSKIDS CENTRE?

Kami bukan hanya memberikan penjagaan asas tetapi juga menyediakan pendidikan awal sejajar perkembangan sel otak anak (itu adalah agenda utama penubuhan al Humairaa).

Program kami tersusun dan sistem yang digunakan adalah sesuai dengan kemampuan otak dan potensi anak. Pihak kami menggabungkan sistem terbaik hasil penyelididikan dari barat dengan sistem ketimuran serta sistem Islam yang Syumul.

Antara program yang disediakan....

  • Program alaf baru Dr Glenn Doman
  • Toilet Training sebelum 2 tahun
  • Senaman Minda untuk membangunkan otak pons, otak tengah dan 4 lapisan korteks
  • Program Pengukuhan - Cepat Baca
  • Program Celik Quran qiraati untuk 2 tahun ke atas.
  • Program Kenal Allah dan Rasul
  • Program Awal Sains dan Awal Matematik
  • Program Pemakanan Berkhasiat di mana di taska kami tiada MSG, garam dan gula berlebihan, tiada mee kuning (diganti dengan pasta dan spaghetti) dan pelbagai makanan yang berkhasiat melalui menu 5 minggu.
  • Minyak ikan dan multivatimen (dari jenama terpilih dan terbaik) bagi menjana otak anak agar lebih sihat dan mudah menerima pembelajaran.
  • RATIO anak pengasuh dan anak
      • BAYI --> 1 pengasuh (tenaga asuh bimbing) = 4-5 anak
      • BAWAH 2 Tahun --> 1 Tenaga Asuh Bimbing (TAB) = 6 anak
      • ATAS 2 Tahun --> 1 TAB = 7-8 Anak
      • Ini adalah ratio yang terrendah di pasaran.

Wassalam



Jumaat, 18 April 2008

Sistem Kami


Kami menyediakan bukan sahaja penjagaan rapi daripada usia 1 bulan sehingga 5 tahun. Akan tetapi kami juga menyediakan sistem latihan dan pengajaran Anak-Anak Genius di mana setiap tahap usia telah disediakan modul pembelajarannya. Ramai yang sangsi bagaimana usia 1 bulan hingga 2 tahun boleh belajar... ya... mereka mampu belajar dgn sistem yang disediakan. Mahal ke Harga/Kos sistem ini... Taska kami mengenakan charge yang lebih kurang dengan taska-taska lain kerana kami mengikuti harga pasaran... Yang penting bukan keuntungan yang dicari tetapi ...kepuasaan kami, anak-anak dan ibubapa....

Mendidik Anak Genius


Anak genius lahir daripada didikan cemerlang serta tunjuk ajar yang berguna oleh ibu bapa.

Kita perlu tetapkan matlamat melahirkan anak genius daripada aspek menyeluruh, merangkumi persediaan sebelum mendapat anak, semasa mengandung sehingga ke peringkat mendidik anak yang dilalui oleh semua manusia.

Kajilah Kecemerlangan individu dalam 8 aspek kecerdasan yang jarang diberi perhatian oleh para ibu bapa.


Antara perkara lain yang perlu diberi perhatian dalam mendidik anak menjadi genius ialah

  • Bagaimanakan Cara Mendidik Anak daripada Bayi Sehingga 4 Tahun
  • Merangsang Perkembangan Bayi
  • Mendidik Anak: 1 Tahun dan ke Atas
  • Memahami persoalan "Adakah IQ Tinggi Bermakna Bijak?"

Kita juga harus meneroka ilmu dan cuba memahami secara mendalam tentang kecerdikan manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada setiap daripada kita. Apakah kecerdikan itu?

Dibawah disediakan senarai kecerdikan yang sememangnya kebanyakan kita telahpun tahu secara teori, namun masih janggal secara praktikal

  • Kecerdasan 1: Verbal/ Linguistik
  • Kecerdasan 2: Logikal/ Matematik
  • Kecerdasan 3: Visual/ Spatial (Ruang)
  • Kecerdasan 4: Muzikal/ Rima
  • Kecerdasan 5: Pergerakan Badan/Kinestetik
  • Kecerdasan 6: Intrapersonal
  • Kecerdasan 7: Interpersonal
  • Kecerdasan 8: Naturalis
Kecerdikan atau kecerdasan di atas akan lebih bertambah super powernya jika kita masukkan ke dalam diri anak-anak kecerdasan dan kecerdikan seterusnya iaitu

kecerdikan Insan Rabbani

Anak 2 bulan boleh belajar?

Ramai dikalangan ibubapa tidak percaya, bila diajukan soalan
" tahukah anda, anak anda 2 bulan boleh belajar?"

Sebenarnya mengikut Dr Glenn Doman, anak 2 bulan sudah mampu untuk belajar kerana binaan otaknya sudah mencapai 80% kematangan. Jika dibiarkan kita sebenarnya membunuh kecerdikan anak tanpa disedari.

Dengan menghantar anak ke Tadika untuk permulaan belajar adalah satu kelewatan yang teramat sangat. Encik Suzuki di Jepun berkata "kita telah merugikan usia anak dengan kefahaman yang ada" beliau telah membuktikan bahawa anak 1 tahun dan 2 tahun boleh dididik mahir menggunakan alat musik lebih hebat dari orang dewasa.

Al Humairaa mengambil inisiatif menyediakan program belajar untuk anak 2 bulan...... kami tahu caranya seperti apa yang digambarkan oleh Dr Glenn..... hubungi
Pengetua Taska 0122860224 di BBbangi.

Al humairaa... bukan sekadar TaSKa!!!"

Khamis, 17 April 2008

Pendidikan Anak Genius Daripada Baby hingga 5 Tahun

Taska Al Humairaa menyediakan pendidikan anak genius khas untuk penduduk Bandar baru Bangi

Kami menyediakan modul-modul khas pada setiap peringkat pembesaran anak-anak.

Setiap modul adalah hasil kajian terhadap sistem pendidikan anak-anak genius dalam dan luar negeri.

Sistem pendidikan kami menekan 4 aspek pembangunan manusia
1. Rohani / Spritual Q termasukkan Solat, AlQuran, Etika dan Disiplin
2. Jasmani / Fizikal
3. Emosi
4. Aqal / Intellectual - meliputi tema mingguan lagu dan nasyid yang membangunkan jiwa

Pemiliknya adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Sains Kemanusian Uiniversiti Islam Antarabangsa. Di samping Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Di samping itu, kami juga menyediakan menu makanan yang berbeza setiap hari dan setiap minggu... terdapat 5 set menu yang berbeza disediakan.

Setiap menu kami bebas dari perasa tiruan, pewarna tiruan dan MSG

Wassalam

Taska Humairaa Taska Khas Untuk Anak-anak Genius

Pendidikan anak-anak merupakan satu cabang aktiviti yang penting. Islam begitu menekan pendidikan anak-anak sehinggakan Rasulullah menyediakan satu hadis yang begitu menyentuh jiwa.

Sabda baginda:
"Setiap anak adam dilahirkan dalam keadaan FITRAH, maka, ibubapanyalah yang menjadikan sama ada ianya yahudi, nasrani atau majusi"


Nah, Rasulullah menyatakan berhati-hatilah dalam pendidikan agar kita tidak meletakkan pendidikan anak-anak mengikut payung pendidikan yahudi, nasrani dan majusi......

Dalam mendidik anak-anak, Islam meletakkan bahawa memahami 4 dimensi kehidupan manusia adalah perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa iaitu

  • a) Dimensi Aqal atau minda
  • b) Dimensi Roh atau Rohani
  • c) Dimensi Emosi
  • d) Dimensi Fizikal

4 dimensi ini mestilah dilindungi atau dipayungi oleh FITRAH itu iaitu fitrah yang mengajak kepada 3 perkara pula

  • a) Fitrah sukakan kebaikan atau perkara yang baik-baik
  • b) Fitrah inginkan kebersihan atau perkara yang bersih
  • c) Fitrah yang ingin mengantung diri atau terikat dengan kuasa yang Maha Besar iaitu Allah (kuasa Rabbani)

Di Taska Al Humairaa, setiap anak disediakan dengan 4 dimensi beserta dengan 3 jenis keperluan FITRAH.

Wassalam.