Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Khamis, 9 Oktober 2008

DISIPLIN ANAK

Sekarang , ini rata-rata sekolah memerlukan Guru Disiplin dan Guru Kaunseling. Sewaktu saya belajar dahulu, kami tidak memerlukan Guru Khas untuk disiplin dan kaunseling kerana guru itu ialah guru tetapi yang juga rakan, teman, abang atau kakak, ibu atau ayah.


Disiplin sesungguhnya bererti jika baik diberi hadiah, jika jahat dihukum. Erti Disiplin pada pengertian kami ialah disiplin DIRI. Ini bermakna selain ibu, ayah dan guru.
1) Tentukan Peraturan, tunjukkan caranya, buat bersama dengannya sehingga tepat, betul.

1.1 Umpamanya disiplin atau sebenarnya adalah makan

· Anak diajar menghidang makanan

· Anak diajar menyimpan makanan untuk rakan-rakan.

· Sebelum makan anak-anak membaca doa sewaktu makan

· Waktu makan, yang banyak bercakap tumpukan kepada rezeki yang ada .

· Jangan makan berulam air

· Setelah selesai makan, jangan bangun selagi kawan-kawan lainbelum selesai.

· Doa selepas makan.

· Cara menggunakan tangan , garfu dan sudu, chop stik.

· Cara membersihkan meja dan mencuci pinggan mangkuk
Semua ini mesti dilakukan setiap kali sehingga ia menjadi "pattern"
dalam otaknya .

1.2 Arwah ayah dan ibu saya dahulu membuat peraturan :

o Semua orang mesti berada di rumah pada waktu maghrib
o Semua mesti bersama-sama untuk solat maghrib

Ini yang dilakukan setiap hari kecuali hari ketika ayah berkerja di luar. Solat akan di imamkan oleh bapa saudara kami yang tinggal bersama kami.

2. Apabila kita telah tetapkan peraturan, kita mestilah memberi maklumat yang:

2.1 Tepat, betul, jelas dan tidak mengelirukan dan berulangkali. Tunjuk caranya dan buat bersama dengannya secara konsisten sehingga menjadi adat resamnya (patterning of the brain. Semua orang di dalam rumah itu mesti buat juga perkara yang sama dan cara sama diamalkan di sekolah.

2.2 Kita sendiri mesti mengamalkannya

2.3 Sentiasa wujudkan peluang untuk dia benar-benar berjaya dan beri sokongan. Walaupun mungkin tak begitu betul tetapi dia telah mencuba .Kita tunjukkan cara yang betul sambil berkata " you have given it a good try " ,"awak telah cuba . Mari buat bersama ibu sekali lagi."

2.4 Apabila kita menegur anak, tegur perbuatannya dan buka perwatakkannya. Umpamanya “baiknya anak mak hari ini, semua bilik dikemaskan”. Yang tepat ialah “Tahniah, Ali telah mengemas semua bilik. Nampak cantik dan bersih.”

Kejayaan adalah asasnya motivasi atau bina semangat. Kegagalan pula asasnya patah atau lemah semangat. Kejayaan membina keyakinan diri . Maruah diri dan jati diri. Dengan itu sentiasa mula satu persatu ,perkara -perkara perbuatan yang lebih baik buat bersama dengannya dan lepas itu tambah sehingga yang lebih kompleks seperti:

Mengajar Anak Memasak; membantu memilih sayur ketika membeli dipasar, menyimpannya dalam peti sejuk menyediakan sayur untuk dimasak. Galakkan anak bersama di dalam dapur. Jangan anggap anak sebagai halangan beri dia tugas dan tentukan jadual.

2.5 Tetapkan jadual dan tentukan jadual di patuhi setiap hari. Ada masa mandi, tidur, makan, buat homework, belajar, main komputer, bermain bola, menonton TV dan lain-lain.

2.6 Sentiasa "ada di situ" bila anak perlukan kita.
2.7 Elakkan jadi "HISTORIAN" atau menjerit, memukul, dan menjatuhkan maruah anak di hadapan orang lain.


Anak yang ada maruah diri bukan sahaja akan cemerlang pada segi akademik, tetapi cemerlang pada semua segi hidupnya di awal yang baik, sentiasa membuat yang baik, untuk membantu orang dan malu kalau membuat apa jua yang salah d sisi masyarakat. Anak ini anak yang ada MATRIKS-kalau susah hati, ada ibu ayah. Dan jika gembira dan berjaya, ibu dan ayah juga lah menghargai kegembiraan dan berjaya itu.

Artikel oleh : Dato’ Dr. Noor Laily bte Dato’ Abu Bakar