Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Khamis, 9 Oktober 2008

Anak Cemerlang

Bila kita bercakap tentang persekolahan atau pendidikan anak-anak, kita mungkin lebih kerap menonjolkan kelemahannya, kemundurannya, masalah dan kegagalan mereka. Perkara ini adalah sesuatu yang merugikan kerana kita akan hilang peluang untuk melakukan berbagai usaha yang sebenarnya boleh mencemerlangkan anak-anak kita. Insya Allah.

Anak adalah anugerah Allah S.W.T. Mustahil ia dihidupkan dengan kelemahan atau bebanan. Ia juga wujud di dalam dunia untuk menjadi khalifah di bumi Allah dan bukan untuk merosakkan dunia ini. Oleh itu eloklah jika kita melihat anak-anak kita dari sudut yang akan mendorong ke arah penyempurnaan kegemilangannya dan bukan dari sudut yang menyekat pendidikannya. Kita ibu bapa amat gemar bercerita atau menonjolkan kelemahan-kelemahan atau kepincangan-kepincangan mereka sedangkan setiap anak itu mempunyai potensinya yang tersendiri.

Keluhan-keluhan seperti ini sering kita dengar. “Anak saya degil”. “Anak saya asyik main sahaja satu hari, tidak minat hendak membaca” atau “Anak saya jahat”. Kita perlu melihat daripada sudut yang berlainan. Anak itu bukan degil tetapi dia tidak dibantu atau belum dibantu untuk membina minat dalam sesuatu yang ia perlu lakukan. Anak itu bukan tidak minat membaca tetapi mungkin ibubapa belum membuka hati dan pemikirannya kepada dunia ilmu yang begitu indah yang boleh diterokai dengan amalan membaca.

Berapa ramaikah di antara kita yang berbual dengan anak-anak tentang “Megapa dunia ini mempunyai awan? Mengapa pisau itu tajam? Mengapa beras direbus menjadi nasi? Mengapa kita solat lima waktu dan bukan sepuluh atau dua puluh.?”

Jika anak-anak didedahkan kepada soalan seperti ini, anak itu akan sering bertanya dan meneroka. Ia akan dibiasakan untk mencari ilmu. Kalau anak disuruh membuat sesuatu dan dia menjawab, “Ayah, tak bolehlah”. Kita sewajarnya membetulkan hakikat dengan mengatakan Sayang, bukan tak boleh tetapi belum boleh”. Dan bukan dengan ungkapan negatif seperti “Bila nak pandai, tak reti-reti nak buat sendiri”. Hilang terus minat anak untuk meneroka dan mencari jawapan kepada persoalan yang dihadapinya.

Jika kita ambil daripada sudut ini, yang perlu belajar dan mencari ilmu bukanlah anak tetapi ibubapanya. Disinilah perbezaannya kaedah yang mengutamakan peluang-peluang untuk mencemerlangkan anak-anak kita dari kaedah yang terlalu banyak membesarkan masalah-masalah mereka.

Tentang anak yang jahat pula, saya mempunyai keyakinan terhadap agama Islam bahawa anak-anak yang belum baligh tiada mempunyai dosa. Anak ini tidak mampu berniat jahat walaupun tindak tanduk atau kelakuannya jahat kerana anak ini belum mencapai usia balighnya. Jika kita lihat perkara dari sudut ini, kita terpaksa mencari apakah hal-hal yang menyebabkan anak berkelakuan demikian. Dengan itu tiada anak yang jahat tetapi kita ibu bapa belum menghayati bentuk kehidupan bersama anak yang membuatkan anak itu suka kepada kebaikan.

Peranan ibubapa dalam mendidik anak adalah sangat penting. Anak-anak perlu diberikan peluang mencemerlangkan dirinya dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat kejayaan dari hanya banyak membesarkan masalah mereka atau kelemahan-kelemahan mereka.

Untuk mencemerlangkan anak kita, apa yang dipelajari atau apa yang anak itu belajar, dia perlu faham dan ingat apa yang dipelajari dan seterusnya dia mampu memberi penerangan tentang apa yang dipelajari dengan betul, tepat, jelas dan tidak menggelirukan. Jika kita hanya faham tetapi lupa, kita belum belajar. Jika kita faham dan ingat tetapi tidak dapat memberi keterangan yang tepat dan betul, kita belum belajar. Apa yang dipelajari perlulah diamalkan sentiasa dan dengan itu kita belajar, faham ingat dan dapat memberi keterangan tentang apa yang telah kita pelajari.
Oleh itu anak mestilah membiasakan dirinya untuk betul-betul faham apa yang ia belajar dan berusaha mengingat atau menghafalnya serta mencari peluang-peluang untuk menerangkan apa yang ia faham dan ingat agar penerangan yang betul itu mencerminkan kefahaman dan ingatan yang betul.

Pembelajaran yang sentiasa diperkukuhkan dengan mengulangkaji dan ujian, dan anak-anak kita akan berpeluang untuk benar-benar mengekalkan pembelajaran dan mengetahui sejauh mana pemahamannya itu tepat dan sempurna.

Anak-anak perlu sediakan diri mereka dengan membaca bahan-bahan sekolah sebelum bahan-bahan itu diajar (preknowledge), ulangkaji sejurus guru selesai mengajar, ulangkaji sebelum tidur dan ulangkaji selepas bangun tidur.

Anak yang membaca apa yang bakal diajar oleh guru akan lebih cepat faham apa yang diajar oleh guru. Anak yang terus mengulangkaji pelajaran selepas guru mengajar akan berpeluang memperkukuhkan apa yang dipelajari. Jika dia ulangkaji sebelum tidur, bahan-bahan ulangkaji itu akan mudah meresap ke dalam ingatannya semasa tidur dan jika ia mengulangkaji selepas bangun tidur, amalan ini akan memperkukuhkan lagi apa yang telah dipelajari dengan tersusun di dalam ingatannya.

Ini perlu dijadikan amalan harian. Ini penting bagi meringankan proses belajar dan ulangkaji. Sekiranya ulangkaji ditangguh-tangguhkan, ia akan merasa bahan-bahan yang perlu dipelajari bertimbun-timbun dan menjadi terlalu banyak. Hal ini akan menimbulkan rasa beban. Ia akan mula rasa takut, mudah putus asa dan mudah gagal dalam peperiksaan di sekolah. Perkara ini akan menggugat keyakinan dan semangatnnya. Dengan itu anak perlu dibantu untuk belajar secara konsisten setiap hari walaupun sedikit.


Oleh Dato' Dr Noorlaily - NURY