Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Khamis, 31 Julai 2008

Kita Beruntung Dilahirkan Sempurna

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini saya berada di Seremban kerana diberikan tugas sebagai pembimbing kepada program kemiskinan untuk sbahagian penduduk miskin Daerah Seremban.

Seperti biasa, saya dan rakan-rakan bertindak sebagai pendengar kepada rintihan sasaran program.

Salah seorang daripada peserta menceritakan tentang dirinya

"Ketika saya dilahirkan, ibu saya membungkus saya dengan daun pisang dan buang saya di tempat yang tidak sepatutnya.

Nenek saya tak sampai hati dengan kelakuan ibu, lalu memungut saya semula dan membela saya sehingga saya berusia 3 tahun

Pada ketika itu, ibu saya datang semula mengambil saya tetapi bermulalah peristiwa hitam dalam hidup saya .... saya didera oleh ibu sendiri.....

Kenapa pendengaran saya rosak? Ibu spray ke dalam telinga saya dgn "spirit".... sungguh pedih rasanya ketika itu... tapi apakah daya pada waktu itu saya tak tahu apa akibatnya....

Nak tahu knapa rambut di belakang tak tumbuh....? ibu pukul kepada saya dengan batang paip

Kenapa kat muka saya ada parut..?.... Ibu marahkan saya waktu kecil dan guna pisau untuk cederakan muka saya......."

Terkejut kami dengan penjelasan puan peserta...... masih ada lagi kah ibu seperti ini?.... apakah sebenarnya dah berlaku.... Mungkin satu peristiwa hitam yang ibu hadapi sehingga trauma untuk menerima anak seperti puan peserta.

Akhirnya, kami semua bersyukur kerana mempunyai ibu yang sangat baik hati ...sanggup bersabar mendidik kami sehingga dewasa dan bersabar dgn perangai kami....

Kami juga bersyukur pada ilahi kerana masih lagi waras dalam mendidik anak kami menjadi insan soleh dan solehah.