Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Selasa, 8 Julai 2008

Cabaran Harga Beras...

Assalamualaikum pembaca semua,

Ahad lepas, kami sekeluarga pergi membeli barangan taska di tesco xtra... katanya, di sana semuanya lebih murah memandangkan perkataan extra khasnya kepada peniaga-peniaga kecil.

Setelah melilau sekeliling tesco extra, kami dapati kadang-kala sesuatu yang dikhabarkan menjadi bidalan "indah khabar dari rupa"

Malah paling penting, janganlah membeli belah hari ahad, kenapa ye? Jawapan yang diberikan oleh staff tesco ialah... apabila barang dalam stok habis... tak boleh nak replace dengan cepat. Kalau barangan ada tapi pekerja kurang so kekurangan tenaga kerja mnyebabkan barangan yang dah habis kat rak tak boleh nak letak smula atau ganti dengan cepat... pekerja kurang....

Akibatnya... banyak barangan taska yang boleh beli... harga sedikit murah.... tapi tak dapat nak beli sebab barangan kat rak dah habis.

Bila sampai kat beras..... oh! Beras.... oh! Beras.... majoriti harganya melebihi RM 31.00 dan ke atas.

Kalau ada tanda harga beras RM18.00... tapi sudah habis kat rak.... maybe dah habis kat stok... kena tunggu stok baru......

Bila sebut pasal beras... ramai ibubapa terutama keluarga anak ramai, keluarga sederhana dan ke bawah mengeluh jugak menghadapi situasi sebegini...

Kami kat taska pun terasa sangat... biasanya harga sebelum ini dengan qualiti beras yang bagus... kami boleh dapat harga RM 17 - RM19 sebag 10 kg.... tetapi sekarang RM32-RM35 se bag pada jenama yang sama.

Kalau sebulan kami menggunakan 4 bag (10 kg) untuk taska maknanya kos telah meningkat dari RM68 - RM76 kepada RM 128 - 140.. dalam kenaikan 100%...

wow! sungguh terasa cabaran tersebut......

Harap harga akan terus bertahan... dan terus bertahan....