Kemampuan anak mengawal fungsi pundi kencingnya adalah berkaitan dengan kematangan fungsi otaknya, iaitu kematangan otak kortexnya. Menurut pakar, kanak-kanak biasanya mula dapat mengawal pundi kencing apabila berumur sekitar 15 ke 18 bulan, atau apabila anak mula berjalan-jalan jatuh ( kawalan otak pons ).
Pengawalan usus besar biasanya berlaku lebih awal daripada pengawalan pundi kencing. Anak juga lebih mudah memberitahu hendak membuang air besar daripada membuang air kecil. Tetapi yang menjadi cabaran ialah anak-anak mudah sahaja buang air kecil, tetapi ‘takut’ apabila buang air besar, betul tak?
Anak yang menyusu badan sehingga dua tahun didapati lebih mudah untuk dilatih. Mereka kurang membuang air besar dan kecil berbanding susu botol kerana susu badan lebih mudah hadam. ( nanti-nanti Mak Nah bagi artikel pasal susu lembu plak..)
Di Al Humairaa biasanya melatih anak ke tandas sekitar usia anak 22 bulan ke 2 tahun apabila anak mula menunjukkan bahawa mereka tidak suka memakai lampin dan cuba membukanya sendiri. Pada usia ini anak juga dapat menahan kencing lebih lama. Kanak-kanak 2 ½ tahun boleh menahan kencing selama 4 hingga 5 jam dan makin bertambah bila umurnya bertambah.
Kita perlu menemani anak ke tandas. Buat permulaan kita juga perlu sentiasa membasuh mereka dengan betul kerana mereka belum faham konsep istinjak. Pastikan juga anak diajar membasuh tangan dengan betul sebelum keluar dari tandas.
Melatih anak ke tandas memerlukan kesabaran yang tinggi. Sentiasa peka kepada perkembangan ini dan banyak membantu. Biasanya lebih mudah melatih kanak-kanak di taska kerana suasana yang lebih kondusif. Biasanya kakak akan memperingatkan semua kanak-kanak dari masa ke semasa. Mereka juga seronok berlatih ke tandas bersama kanak-kanak lain.
Antara tips yang menjayakan program ini:
1. Mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Ada kalangan kita yang masih belum percaya anak boleh buat ; kecil lagi, tak larat nak ulang, nanti carpet kena cuci, lantai kena mop dan sebagainya.
Selagi tiada persetujuan dari ibu bapa, kami tidak akan melakukannya walaupun anak tersebut sudah menjangkau 3 tahun! Mungkin tiada halangan bagi ibu bapa untuk melebihkan ’budget” pada usia tersebut, tetapi kita sebenarnya menafikan dan tidan mempercayai kebolehan mereka.
2. Apabila ibubapa bersetuju, kami akan jalani program ”21Hari” latihan tersebut.
Ibu bapa perlu membekalkan seluar lebih.
Selalu berpesan yang baik kepada anak-anak, di mana nak buang air, bagitahu siapa dan sebagainya. Jangan lupa memberi pujian apabila anak berjaya melakukannya, walaupun SEKALI dalam lapan kali latihan! Jangan marah jika anak ’tercicir’. Ia memberi tekanan emosi anak dan kakak/ibu bapa. Terangkan padanya berulang-ulang ( walaupun ada satu-satu masa, tengah ’terlepas’ pun anak boleh berkata, ”nak kencing kat bilik air!” padahal dia sedang ”terlepas” di situ!)
3. Pilih masa yang sesuai ; masa anak sihat dan selesa.
4. Anak-anak akan dilatih mengikut masa :
a. Waktu mandi pagi
b. Selepas sarapan
c. Sebelum circle time
d. Sebelum makan tengahari
e. Selepas minum petang
5. Diaper akan digunakan waktu tidur (nap) dan sebelum pulang.
6. Pilih pakaian yang sesuai dan mudah dibuka, bukan jeans atau bertalipinggang.
7. Lakukan dengan konsisten agar anak tidak keliru.
8. Waktu inilah bekalan susu perlahan-lahan dikurangkan...
KETEGANGAN mungkin berlaku bila,
· Dah masuk bilik air, meraung-raung tak mahu kencing, bila keluar je,......
· Bila tanya, ”tak nak” saja, tapi kejap lagi...
· Nak buang air, duduk diam kaku, belakang pintu..
Itulah namanya fasa latihan. Pastikan kakak/ibu bapa faham tanda-tanda tersebut, dan membawanya ke bilik air.
Ada yang berjaya? Alhamdulillah atas sokongan ibu bapa...seperti :
☺ Batrisyia-Sarah-Shahrizq-Imran-Nabilah-Eqmal-Idlan...
Yang belum? Ada juga. Masalahnya pelbagai :
☺ Kat Taska buat, kat rumah pakai diaper
☺ Pemakanan / permintaan susu yang tak terkawal
☺ Tekanan ibu bapa sibuk / kurang tenaga Asuh Bimbing (TAB) yang konsisten
☺ Expectation yang Terlalu tinggi/rendah terhadap anak
Hormati hak anak. Sekiranya anda masih memakaikan diaper padahal anak sudah bersedia, bermakna anda menafikan hak pembelajarannya yang baru bermula.
Sama-sama mencuba..
Nanti ada masa Mak Nah tulis pasal susu pula, InsyaAllah..