Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Rabu, 16 Disember 2009

Anak-anak akan mengikuti apa sahaja yang kita buat...tak kira buruk atau baik!

Salam Buat Parent Al Humairaa,

Kisah di bawah ini..telah dihantar secara email oleh kawan.

Selamat Mengikutinya buat tatapan dan tauladan kita semua...

*****************************************

Kisah tauladan ini di tuju khas kepada semua kaum ibu dan bapa.

Agar menjadi satu pengajaran atau panduan kepada kita yang mempunya anak-anak sama ada yang masih kecil atau yang meningkat remaja.

Agar berhati-hati jika hendak memberi sebarang jawapan atau penjelasan kepada anak-anak kita agar mereka tidak salah faham.

Yang paling penting setiap perbuatan yang hendak di lakukan hendaklah berhati-hati dan waspada agar tidak di lihat oleh kanak-kanak tersebut.

Biasanya kanak-kanak yang kecil lebih mudah megikut setiap perbuatan ibu dan bapa mereka tanpa dapat memikir sama ada ianya baik atau sebaliknya.

Oleh itu

Tapi Papa buat kat Mama boleh?

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman.

Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya.

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X. Pusat asuhan yang menempatkan anak-anak golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai-nilai pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 orang semuanya anak-anak jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari,

mereka menerima seorang ahli baru, kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dalam pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan.

Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing-masing.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut

kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap-usap wajah nya.

Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak-kanak lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish,

dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik.

Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak-kanak seusia, yang mungkin menunjukkan sayang,

maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak-kanak.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish.

Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak-kanak lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain-main dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia.

Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini.

hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak-kanak bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish.

Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit,

sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yan sama telah juga terjadi.

Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dengan penjelasan yang salah.


Moral :

sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata-kata kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita.

Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa,

batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak-anak untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak-anak sekarang bukan macam anak-anak dahulu,

mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia.

Jadi tolonglah agar berhati-hati dalam hal-hal yang sebegini.

Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang

Ah jantung ku kau bagai ditusuk sembilu.

Di petik dari kisah benar

dalam kisah dan tauladan.