Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Rabu, 16 Disember 2009

APabila Manusia Berfikir Secara Kapitalis! Duit Adalah Segalanya!

ual bayi: Aunty, 2 anak didakwa


DARI kiri, Kim Wan, Bee Ling dan Bee Churn yang didakwa memperdagangkan bayi berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Klang semalam.


KLANG - Seorang ejen insurans bersama dua anak perempuannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga tuduhan memperdagangkan tiga bayi perempuan untuk tujuan eksploitasi pada 3 Disember lalu.

Ibu kepada 11 orang anak, Lian Kim Wan, 56, atau dikenali sebagai Aunty bersama dua daripada anaknya, Ang Bee Ling, 36, dan Ang Bee Churn, 31, masing-masing suri rumah bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.


KERATAN Kosmo! semalam.


Ketika pertuduhan dibacakan, ketiga-tiga beranak itu dengan tangan bergari di dalam kandang tertuduh dilihat bersahaja tetapi masing-masing menundukkan muka.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sehari yang dilahirkan seorang wanita warga Indonesia, Kristina bagi maksud eksploitasi di Hospital Metro Maternity beralamat di No. 34, Jalan Pasar di sini antara pukul 2 pagi hingga 5 pagi pada 3 Disember lalu.

Pertuduhan kedua dan ketiga, ketiga-tiga beranak itu didakwa melakukan perbuatan sama ke atas dua bayi perempuan juga berusia sehari, masing-masing dilahirkan seorang wanita warga Indonesia, Ninik Rahayu Suhaimi dan wanita warga Filipina, Anie Lida pada masa dan lokasi sama.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil dan Aimi Syazwani Sarmin dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.