Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Jumaat, 5 Jun 2009

Pengasuhan bayi

Amalan asuhan yang baik akan menyumbang kepada pembentukan fizikal, emosi dan sosial bayi yang optimum.

PENDIDIKAN asuhan mungkin agak asing bagi kebanyakan ibu bapa, tetapi ia perlu untuk membina kemahiran dalam membesarkan anak-anak



SELAIN faktor biologi, ibu bapa merupakan figura orang dewasa pertama yang dikenali oleh anak ketika bayi.

Sehubungan itu, ibu bapa mempunyai pengaruh terhadap perkembangan anak dan juga karakter mereka.

Dalam perkembangan karakter, ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat signifikan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu belajar tentang pengasuhan yang betul bagi mengembangkan karakter yang baik bagi anak-anak.

Namun kenyataan ini tidak semudah teori. Kebanyakan ibu bapa hari ini begitu sibuk bekerja bagi menampung kehidupan yang selesa demi anak-anak. Kesannya, mereka tidak banyak masa untuk menjaga dan mengasuh anak sepanjang masa.

"Penjagaan anak seharusnya bermula sejak di dalam rahim lagi. Ini adalah masa yang penting bagi ibu untuk memberi penjagaan pada diri sendiri dan bayi di alam kandungan kerana kehamilan boleh menimbulkan risiko dan komplikasi jika penjagaan diabaikan," ujar Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Nordin.

Beliau yang juga wakil Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), ketika ditemui pada Seminar Pengasuhan Positif 2009 di Hotel Sunway Lagoon Resort, Petaling Jaya menjelaskan, bayi yang baru lahir sangat lemah. Malah, risiko kematian juga sangat tinggi pada bulan pertama kelahiran.

Jelasnya, kebanyakan kematian berpunca daripada kelahiran pramatang, kegagalan bernafas secara spontan (asfiksia kelahiran) dan jangkitan.

Bagaimanapun, kata beliau risiko kesihatan sebegini boleh dikurangkan dengan penjagaan berkualiti ketika hamil, proses bersalin yang selamat dan penjagaan bayi yang teliti.

"Penjagaan bayi ini merangkumi perhatian ke atas pernafasan dan kehangatan, penjagaan tali pusat serta kulit yang bersih dan penyusuan susu ibu eksklusif untuk mengelakkan malnutrisi," jelasnya.

Musa memberitahu, ibu perlu menyusukan bayi selepas kelahiran dan pemvaksinan untuk melindungi anak daripada penyakit.

"Sejak diperkenalkan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan pada 1950-an, vaksin yang diwajibkan telah memperbaiki kualiti hidup kanak-kanak dan mengurangkan kadar kematian.

"Hari ini, terdapat vaksin pilihan untuk ibu bapa melindungi anak daripada penyakit-penyakit tertentu.

"Vaksin pilihan telah terbukti selamat dan satu kaedah yang efektif untuk melindungi anak anda daripada risiko penyakit yang kelihatan seperti tidak berbahaya," kata Musa.

Antara vaksin pilihan adalah varisela, pneumokokal, meningokokal, taun, kepialu, hepatitis, influenza dan rotavirus.

Tambahnya, penjagaan kanak-kanak bermula dengan hubungan yang baik di antara anak-anak dan ibu bapa. Amalan asuhan yang baik akan menyumbang kepada pembentukan fizikal, emosi dan sosial yang optimum.

"Pendidikan asuhan mungkin agak asing bagi kebanyakan ibu bapa tetapi ia perlu dalam membesarkan anak-anak.

"Terdapat banyak cara untuk ibu bapa mempelajarinya. Mereka boleh mendapatkan maklumat daripada program Positive Parenting dan program-program pakar yang lain. Laman-laman sesasawang organisasi perubatan dan kesihatan bersekutu juga boleh membantu," katanya.