Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Sabtu, 14 Mac 2009

Persoalan Demi Persoalan

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Bertemu lagi…

Alhamdulillah – pengumpulan diari2 anak untuk diberikan pada ibu bapa untuk siri satu 2009 dah pun berlalu. Ada gak yang hantar on the date. Yang peram pun ada… takpelah. Mak nah faham kesibukan parents, tapi jangan peram lama2… NANTI kakak pun lupa nak catat, diari sapa yang tak ada. Maklumlah sama2 sibuk :-b

Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan, yang Mak Nah rasa terpanggil untuk menjawabnya secara umum.. sekurang-kurang meredakan perasaan ingin tahu ( bukan anak saja nature ingin tahu, tapi kita juga ) ibu bapa dan menjawab bagi pihak Mak Nah pula..

Ada yang tunggu 2 tahun anak kat taska, baru dapat baca...
program macam tak jalan sejak Mak Nah belajar. Sibuk kot..
TAB asyik bertukar, Mak Nah garang sangat kot :-D
betul ke anak saya makan kat taska? Macam tak percaya, kat rumah susah nak makan. Ke definisi “banyak” tu berbeza antara taska dengan ibu bapa?
anak saya macam boleh baca Fatihah, walaupun tak penuh. Dia dah belajar ke, kat taska, atau belajar dari abangnya?
kenapa Mak Nah tak sediakan tv ke, vcd educational. Kan anak2 suka dan banyak belajar dari itu?
anak saya tak minat tulis2 dan baca2 ni. Kalau ada buku pun, dia suka tengok gambar je. Perlukah saya risau dengan perkembangannya begini?
dan lain-lain lagilah.


Kali ni, Mak Nah rasa pun tak bolehla jawab semua sekaligus. Kita buat bersirilah. Tengoklah pada jawapan, mana yang kena aa....

Anak tak nak baca dan tulis....

Mak Nah rasa rata2 tahu tentang falsafah pendidikan kebangsaan ( eh, berfalsafah la pulak..), especially cikgu cekgi. Falsafah ni pun Mak Nah terangkan secara bersiri dalam bengkel TAB. Kadang2 siri satu, TAB ini, masuk siri 2 dah TAB lain dek pertukaran TAB... he he. Nak buat macamana. Bagi Mak Nah, apa2 pun, ilmu mesti disampaikan.

Ok, Mak Nah cuba bawa falsafah tersebut dan tolong perhatikan pada yang Mak Nah highlight;

Pendidikan di Malaysia adalah SATU USAHA BERTERUSAN ke arah MEMPERKEMBANGKAN potensi individu secara MENYELURUH dan BERSEPADU untuk melahirkan insan yang SEIMBANG dan HARMONIS dari segi INTELEK – ROHANI – EMOSI dan JASMANI berdasarkan KEPERCAYAAN kepada TUHAN.

Wah! Macam lecture la pulak...


Itulah sistem di Alhumairaa. Kami buat serampang dua mata. Pertama, nak celikkan mata TAB, sebagai tumpahan TENAGA dalam MENGASUH dan MEMBIMBING diri sendiri, kemudian di sambungkan kepada anak2.

Kami bukan MENGAJAR, tetapi MEMBIMBING dan mengasuh.
Berat kan. Sebab tu ramai yang tak tahan. Ada yang datang ingat MENGAJAR, dia berdiri di whiteboard, tulis dengan marker, kemudian suruh anak ikut. Yang berlari suruh duduk diam2 tepi dinding. Itulah MENGAJAR.
Dalam Membimbing ni, semua kena pakai, otak- berfikir, fizikal – cergas bertindak, rohani – penuhi kewajipan sebagai hamba, emosi – kena kawal.
Jadi, kalau Mak Nah tak ambil perhatian tentang IREJ ni, tak de makna alhumairaa sebagai GENIUS KIDS CENTRE.
Mak Nah garang? Memang kena garang. Kena tegas. Kena juga toleransi. Kena Mesra. Kena strict. Tapi itu semua mestilah KENA BERTEMPAT. Sebab generasi era “exam-oriented” ni kena diajar menggunakan otak sekali sekala. Bukan tunggu disuap, tak bagi, tak usaha nak adakannya...

USAHA BERTERUSAN...
Usaha mengembangkan potensi mestilah berterusan. Kalau tak, otak pun mati. Sebab tu, kalau ada yang tak tahan, keluar, usaha kami tetap diteruskan..
Begitulah juga untuk mendidik anak2. usaha yang berterusan, bukan nak cepat, lepas ni mesti pandai ni, mesti pandai tu. Lepas pandai..., nak buat apa?

PERKEMBANGKAN secara MENYELURUH...setiap anak adalah unik. Berbeza walaupun dalam satu adik beradik, kembar sekalipun. Jadi tak bolehlah bandingkan anak ini dengan kakaknya, anak jiran yang sebaya dengannya, kenapa dia pandai, anak saya tak..

Ha, sebelum tu.. kena tahu. Apa yang dinamakan AWAL KANAK2 ialah anak yang berumur lahir sehingga 8 tahun! Jadi nature kanak2 itu tidak hilang sepanjang umur tersebut. Ada yang matang lebih awal atau lewat. Itu saja bezanya. Namun ciri2 ‘KEKANAK-KANAKAN” yang unik tu tetap ada.
Semua anak ada potensi masing2. Sebagaimana yang kita tahu tentang multiple inteligent atau visualist, auditory dsb. ( ini kena bincang lain kali la plak ).
Jadi kalau kita faham tentang perkembangan ini, kita tak perlu risau tentang anak orang pandai baca usia dia 3 tahun. Anak saya dah 4 tahun, 4 tahun dok taska pun tak boleh baca!

Anak berkembang mengikut kesediaannya. Orang putih kata, readiness. Tahap kesediaan anak tak sama. Bergantung pada stimulasi, pendedahan, pengukuhan, jantina, mulitiple inteligentnya, environment sekelilingnya dan kedudukan anak dalam keluarga – semua ada peranan dalam perkembangan mereka.
Contoh paling dekat, Anak-anak Mak Nah lah. Kakak Humairaa’ boleh membaca ketika umurnya 3.5 tahun. Anak kedua Mak Nah iaitu Tasneem pula boleh baca Qur’an sendiri umur 5 tahun. Tapi Wildaan ni, dah 3 tahun 8 bulan dalam Mak Nah belajar pendidikan awal kanak-kanak pulak tu, masih dok tahap a – ba – ca. Sampai da, dia dah xnak belajar. Kawan2 dah sampai pa....
Jadi selagi anak bawah 8 tahun tu, biarkan dia meneroka. Kita pantau dan bimbing, bukan paksa. Apalagi tuisyen2 tu. Tolonngggglah jangan, kalau hormati hak mereka. Jangan tak tahu, mereka ada hak juga. Cuma tak tahu cakap n buat aduan. Kalau tahu, dah ramai parents kena tindakan undang2!
Sebab apa, kadang2 kita sebagai parents nak acuankan mereka ikut skala kita, bukan ikut skala anak kita. Sebab nak memudahkan kita, padahal memberi penekanan pada mereka.

Satu lagi, anak membaca dengan otak dan mata. Jadi apa yang dia lihat itulah membaca. Mengeja itu hanya mediumnya. Katakan kita bagi buku cerita, dia pun “baca” ikut citarasanya sendiri berpandukan gambar. Itulah membaca. Dia pandai menggunakan bahasa, menyusun ayat dan menggunakan imaginasinya yang dikaitkan dengan gambar dalam buku itu. Selagi tak boleh mengeja dalam usia 5 tahun tu, sebenarnya tidak salah bagi dia. Itu yang Mak Nah kata, kita yang melabelkan dia tak boleh baca. Kenapa x cakap, dia tak boleh eja. Itu baru betul, baru boleh kita mengajar mengeja pulak.

Bezanya anak2 ni, ada yang jenis visual- tengok banyak kali, boleh baca secara menyeluruh. Ha, yang macam ni, jangan tarik suruh duduk, eja satu2. Tergolek terguling la dia nak habiskan satu2 perkataan tu.
Ada pulak yang menekun, sampai tembus. Yang ni bolehlah duduk lama sikit. Kalau kita tunjukkan kejap2 je, dia konpius pulak.

Kedua2 jenis ni ada kat al humairaa. Nanti Mak Nah dah setel tapis menapis video, blehla Mak Nah warwarkan..

BERSEPADU...
Kurikulum yang diasaskan sebenarnya BERSEPADU. Tapi ramai tak hiraukannya. Itu yang jadi penekanan secara sub-sub. Orang arab kata, baina-baina.
Ada yang boleh dan fasih bercakap orang puteh lagi, tapi cakap dengan kawan, jerit2, tunjuk mainan dengan kaki saja. Itulah tidak bersepadu. Bahasa boleh, emosi dan rohani tak ada. Maknanya anak kita belum lengkap dikembangkan secara MENYELURUH dan BERSEPADU. Sebagai gambaran pemangkin generasi akan datang, Mak Nah percaya ibu bapa xnak anaknya hanya pandai “bercakap” tapi lembik bila bersukan ( jangan lari, nanti jatuh, calar – jangan main air, nanti selsema ) atau tak pandai nak cakap baik2, tak nak salam ibu ayah, tak boleh memberi alasan yang rasional apabila bercakap, tak banyak bertanya dan tak boleh bersabar, bertoleransi atau menyatakan sesuatu dengan menangis....
Sebab kita juga pentingkan rohani, emosi, jasmani dan intelek yang seimbang...

Dan pasal anak makan, tak makan, tak ikut spek ke, rasanya dah bincang sebelum ni dalam tajuk anak dan jajan...

Tentang program baca fatihah ke, 3 qul ke, tak de program ke, anak belajar di mana-mana sekeliling yang dekat dengannya. Dan parents boleh tengok jadual kat papan kenyataan apa yang dijalankan di taska pula..

Lagi sibuk Mak Nah belajar, lagi banyak idea baru2 dan fresh direct sebagai “makmal” untuk Mak Nah implemenkan. Alhamdulillah Mak Nah ditakdirkan belajar waktu ni. Kalau anak2 sendiri dah besar terasa ruginya zaman mereka ditinggalkan begitu saja..


Nanti-nanti sambung lagi...