Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Isnin, 16 Jun 2008

PERANAN HABBATUS SAUDA



BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERPERANAN

Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.

NILAI PEMAKANAN

Habbatus sauda’ diperakui sangat kaya dengan nilai pemakanan, diantaranya adalah:-

  • Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose.

  • Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.

  • Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.

  • Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.

  • Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.

  • Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.

  • Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.

AKTIVITI BIOLOGI HABBATUS SAUDA’

Anti-bakteria

Hemostatic

Anti-fungus

Analgesic

Anti-hiperglycemin

Hipotensif

Anti-hipercholesterolemic

Diuretic

Bronchodilator

Hipoglycemic

Anti-tumor

Hiholipaermic

Anti-tosik

Anti-yis

Anti-spasmodic

Anti-helminthic

Lactogogue

Emmenagogue


KHASIAT HABBATUS SAUDA’ PADA KESIHATAN

Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan habbatus sauda’ secara spesifik ke atas jenis-jenis sakit dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.

Kepala

Dada

Perut

Pinggang-kaki

Sakit kepala

Radang

Batu karang

Gout

Sakit gigi

Juandice

Batu hempedu

Keampuhan lelaki

Migraine

Batuk

Gastrik

Melancarkan peredaran haid

Kelemumur

Batuk kering

Ulser

Mencergaskan seksual

Kelumpuhan muka (facial palsy)

Bronkial asthma

Kardiak asthma

Merawat sisitem

Penghadaman

Sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis

Amnesia

Paru-paru berair

Senggugut


Pengeluar kahak (expectorant)

Degupan jantung (palpitation)

Memusnah organisma dlm

Hati,limpa & buah pinggang

Sakit tuan

(Premature ejaculation)

Lumpuh

Menambah susu ibu

Membunuh

Parasit

Buasir (Haemorrhoids)

Selsema

Merawat sistem pernafasan

Chronic dysentry


Katarak

Cirrhosis of liver

Cirit birit


Radang gusi

Memperbaiki kontur buah dada

Colic


Gusi berdarah




Sakit telinga




Mencerdaskan mental




Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan serta fungsi habbatus sauda’ secara umum pada badan manusia dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.

Luka

Cold

Infeksi

Kulit kering

Psoriasis

Eczema

Alahan (allergies)

Bisa lebah dan tebuan

Gigitan anjing gila

Gatal kulit

Menguatkan kelenjar

Mengelakkan barah

Mengatasi kecacatan kulit

Diabetes mellitus

Anti-kulat

Anti-bakteria

Anti-oksidan

Anti-radang

Gigitan ular

Myrmecia

Eruptions

Puerperal fever

Sclerosis

Orchitis

Kutil (corns)

Ketuat (warts)

Sakit tulang (calluses)

Bengkak (swelling)

Masalah hempedu/hati

(bilious ailments)

Anti punca demam

(Anti-pyretic)

Sengal tulang (rheumatism)

Menghilangkan sakit (analgesic)

Menurunkan kadar kandungan darah

Antihistamin aktiviti-sesuai untuk

merawat allergik

Habbatus sauda’ kaya dengan asid lemak poli tak tepu yang membantu mengeluarkan prostaglandin E1 yang fungsinya berkait rapat dengan perkara-perkara berikut :-

Memperkuat sistem imunasi

Memperbaiki metabolisma gula

Melindungi dinding perut

Blood clots

Infeksi kulit


Jika diolah bersama antibiotic seperti streptomycin dan gentamycin habbatus sauda’ mampu merangsang seluruh aktiviti antibakteria.

Jika diolah bersama erythromycin, tobramycin, doxycydine dan ampicillin habbatus sauda’ menunjukkan fungsi antibakteria yang lebih kuat sehingga mampu membunuh E-Coli, organisma pathogen seperti Candida albicans, staphylococcus dan yis.

Jika diolah dengan bawang putih habbatus sauda’ berfungsi mengharmonikan kembali autoimmune disorder, dan menghalang immune cells dari memusnahkan sel yang sehat. (Autoimmune disorder bererti keadaan dimana pesakit menderita akibat sistem tubuhnya sendiri menyerang fizikal tubuhnya.

Kandungan Habbatus sauda’ terutamanya asid lemak poli tak tepu juga merangsang penambahan pengeluaran prostaglandin E1, satu unsur seakan hormon yang berfungsi sebagai penstabil kepada beberapa fungsi pada tubuh badan seperti :-

i. Fungsi otak

ii. Fungsi saraf

iii. Fungsi jantung

KEUPAYAAN SEBAGAI ANTI TUMUR

Pada tahun 1998 sekumpulan saintis dari The college of pharmacy, university of Kentucky, USA, mengkaji secara aktiviti in vitro anti tumour pada blackseed mentah (crude) dan juga komponen blackseed yang telah disaring. Dua komponen penting yang disaring adalah thymoquinone (TQ) dan dithymoquinone (DIM).

Gambarajah 4. Thymoquinone dan Dithymoquinone

Gambarajah 4. Struktur formula thymoquinone ( TQ) dan dithymoquinone (DIM )

Dalam kajian ini komponen mentah dan ekstrak minyak blackseed dan juga quinines TQ dan DIM yang disaring dinilai in vitro bagi menentukan tahap toksik terhadap pancreatic adenocarcinoma cell line CFPAC-1 manusia, uterine sarcomacell line MES-SA dan varian MDR, Dx5 , leukekik cell line K562 manusia dan MDR varian R7.

Kadar toksik TQ dan DIM dibandingkan dengan standard rawatan kanser, doxorubicin DOX and etoposide, ETP. Kedua-dua drug tersebut telah terbukti berkesan mengurangkan in vitro cytoxicity bagi sel yang menghasilkan bahan radikal.

Kajian ini mendedahkan yang quinines TQ dan DIM, dua kandungan penting Nigella sativa, sangat memusnahkan (cytotoxic) untuk beberapa jenis sel in vitro manusia. Begitu juga kedua-dua TQ dan DIM sama kesan pemusnahnya untuk MDR sel tumor. Ini memberikan pengharapan bahawa ia mungkin berguna sebagai ubat anti kanser disamping berguna untuk merawat MDR tumor resistant.

Kandungan aktif biji-bijian nigella sativa yang mengandungi sebahagian asid lemak dikaji tentang aktiviti anti tumurnya berbanding Ehrlich ascites carcinoma (EAC), sel Dalton’s lymphonia ascites (DLA) and Sarcoma-180 (S-180). Haiwan yang menerima sel EAC dan black seed didapati tetap normal tanpa tanda-tanda kesan pembentukan tumor. Keadaan ini menjelaskan bahawa bahan aktif mempunyai kesan keupayaan sebagai anti tumor berbanding EAC.Hasil dari kajian juga mendapati bahawa haiwan yang menerima sel DLA dan black seed menunjukkan bahwa bahan aktifnya mampu menghalang perkembangan dan pembentukan tumor sekitar kurang dari 50 % berbanding dengan haiwan yang tidak menerima bahan aktif berkenaan.