Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Khamis, 5 Jun 2008

Antibiotik & Kisah nya

iNFO PERUBATAN
Assalamualaikum & SALAM SEJAHTERA

Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini.

Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada
tahun
1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar
perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang
merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas
diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang
membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti
bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan
bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh
bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak,
selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan
virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga
14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa
pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang
dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti
mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa
tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah
sejenis virus. (pandaaaii...... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang
mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini
bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan
kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan
bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit
seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke
alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti
loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti
kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson
Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik
berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga
menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini
boleh membawa maut. Sila lihat gambar.


3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan
adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus,
memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak
dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh
membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu
manusia.. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria
baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang
membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM
NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh
dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata
membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang
jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah
tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka
Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia
menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar
di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi
berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan
antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini
akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan
sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi
kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik
yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi
antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut.
Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat
sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang
memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin
meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah.
Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk
menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan
diri sendiri dahulu.. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan
antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di
klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat.
Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu
sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas
jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk
menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau
anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada
doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak
bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik
tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan
antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan
memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.



2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali
menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi
antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal
anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa
tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit
disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat
cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Alternatif

Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C
tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada
kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan
selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah.
Antibiotik mesti dihabiskan..


Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau
selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan .
Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat
selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi
saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada
ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan
kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak
boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala
sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan
antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah
demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor
nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang
tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan
untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun
dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman
yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di
kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

ARTIKEL DIPETIK dari yahoogroup...Kolej Islam Klang atau Kolej Islam Sultan Alam Shah