EPO untuk ekzema
SAYA seorang ibu kepada dua orang anak. Saya mengalami masalah kulit yang kering, manakala anak remaja saya mengalami masalah ekzema atopi.
Anak saya ini banyak bergantung kepada krim sapu untuk melegakan kegatalan dan ketidakselesaan kulit. Apakah suplemen sesuai untuk diambil untuk masalah yang kami hadapi ini?
Jawapan,
Ekzema atopik juga dipanggil dermatitis atopik. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit, namun ia boleh bermula seawal usia bayi atau peringkat awal kanak-kanak dan cenderung diwarisi oleh ahli keluarga.
Selain ekzema mendatangkan ketidakselesaan, ia juga membataskan aktiviti harian. Ini kerana pendedahan kepada cuaca panas dan terik serta perpeluhan boleh mendatangkan kerengsaan dan kegatalan kulit. Tanda-tanda ekzema termasuklah kulit yang kering dan kemerahan atau radang, pecah dan gatal.
Penghidap ekzema atopik mempunyai paras asid gama linolenik (GLA) dalam tubuh yang lebih rendah. Menambahkan kekurangan ini dengan pengambilan GLA seperti yang diperolehi daripada minyak evening primrose membantu memperbaiki fungsi halangan kulit serta respons sistem imuniti yang memberi perubahan pada kulit.
Ujikaji klinikal pada 2006 menunjukkan minyak evening primrose dari tumbuhan Rigel sebagai selamat dan berkesan untuk melegakan simptom ekzema atopik. Hasil kajian ini mendapati ia membantu:
*Melegakan kegatalan, kulit bersisik, sembab/bengkak dan kemerahan
*Mengurangkan keperluan penggunaan ubat steroid.
Namun begitu, bukan semua EPO adalah sama. Pilihlah daripada minyak EPO yang dikaji dan terbukti dan minyak yang tulen untuk memastikan jaminan kualiti.
Ekzema juga merupakan sejenis alahan kulit yang disebabkan oleh penghadaman protein yang tidak sempurna. Pengambilan probiotik, iaitu bakteria bermanfaat membantu mengembalikan populasi mikroflora usus untuk membantu memperbaiki proses penghadaman. Dengan itu, pengambilan probiotik mungkin memberi faedah untuk mengurangkan simptom-simptom alahan