Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Isnin, 27 April 2009

Sesuatu Yang Tabu tapi Perlu Tahu....... 2......

Artikel di petik daripada Ruangan Kesihatan Akhbar Utusan


Untuk kecemerlangan suami isteri

-Aktiviti seks dapat mengekalkan keremajaan dengan meningkatkan unsur-unsur yang memanjangkan hayat seperti endorfin, DHEA dan hormon pembesaran sementara mengurangan hormon tekanan (stres). Kecerdasan dan aktiviti fizikal dapat meningkatkan tahap hormon testosteron. Kurangkan stres, dapatkan tidur yang cukup dan jaga diet yang kaya zink dari kekacang, kuaci, gajus dan tiram.

- Makanan yang baik untuk keintiman suami isteri: Makanan yang memanaskan badan tetapi agak kuat bau dapat menggalakkan peningkatan tenaga badan: Bawang putih, bawang merah, daun bawang, daun kucai, kayu manis, halia, lada hitam, kunyit, jintan hitam, buah pelaga, jintan manis. Ikan laut dalam atau ikan laut sejuk seperti salmon, sardin dan juga kerangan memberi asid lemak omega untuk meningkatkan kesihatan seksual keseluruhan.

- Penjagaan emosi pasangan dapat menjamin kestabilan hubungan seksual bersama. Aktiviti mudah seperti berbual, makan atau berjalan bersama juga dapat merapatkan hubungan emosi dengan pasangan.

- Aktiviti fizikal telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan seksual seseorang. Berjalan, joging atau senaman kardio lain selama 30 minit setiap hari atau sekerap mungkin dapat membantu. Senaman Kegel dapat membantu menguatkan otot bawah pelvis dan mengelakkan masalah prostat bagi lelaki atau masalah tidak dapat menahan air kecil bagi wanita.