Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Isnin, 27 April 2009

Kelebihan Vitamin dan Ginseng

Tubuh memperolehi nutrien-nutrien penting daripada makanan yang diambil. Sekiranya makanan yang diambil adalah yang menyihatkan dan seimbang, maka tubuh tentunya memperolehi bekalan nutrien dengan lebih baik. Dengan kata lain, kesihatan tubuh dan juga minda banyak dipengaruhi oleh cara pemakanan dan gaya hidup kita.

Namun, disebabkan corak pemakanan dan gaya hidup moden yang sering menyukarkan kita memperolehi nutrien-nutrien yang mencukupi untuk kesihatan optimum. Oleh yang demikian, nutrien dalam bentuk suplemen memberi alternatif kepada orang ramai untuk memperolehi nutrien secukupnya bagi melengkapkan keperluan tubuh.

Pelbagai nutrien diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Antara suplemen yang boleh dicuba adalah kombinasi vitamin, ginseng dan juga mineral.

Vitamin seperti kumpulan vitamin B contohnya, diperlukan tubuh untuk metabolisme karbohidrat, protein dan lemak secara berkesan serta mengawal kolesterol darah, dan dalam masa yang sama membekalkan nutrien kepada sel-sel otak. Ianya juga diperlukan untuk kesihatan saraf, hati dan melindungi jantung. Nutrien penting lain seperti asid alfa lipoik (ALA) juga berfungsi sebagai 'kofaktor' kepada beberapa enzim yang menjadi pemangkin kepada rantaian metabolisme tenaga dalam sel-sel. Dengan itu, asid alfa boleh membantu untuk melegakan sindrom keletihan kronik dengan meningkatkan penghasilan tenaga.

Ginseng yang bersifat adaptogen boleh membantu meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia turut memberi faedah dalam meningkatkan ketahanan tubuh terhadap stres, keresahan serta kelesuan. Kajian ada menunjukkan bahawa kombinasi multivitamin dan dan ekstrak ginseng boleh membantu kualiti kehidupan terutama di kalangan mereka yang sering kelesuan dan stres. Formulasi gabungan ini boleh diamalkan sebagai makanan tambahan harian.