Sambil memandu keseorangan, setelah menghantar anak ke sekolah, saya berfikir. Melihat kalutnya lalulintas setiap pagi, saya merasakan kejemuan saban hari di takuk yang sama. Pagi-pagi menggesa anak-anak ke sekolah, mengejar masa, bersusun-susun di jalan raya. Saya terfikir apa yang saya alami sekarang. Hidup ini singkat sangat. Waktu pergi mengantar anak, jalan sesak. Waktu kembalinya, jalan sudah lengang. Sebenarnya kesesakan yang bersusun-susun tadi ambil masa yang sebentar cuma, tapi dipenuhi dengan ngauman enjin dan hon kereta, bas, motorsikal, van, lori, jentera berat lain yang masing-masing seperti mahu cepat!
Setiap detik dan minit dalam perangkap jem boleh membuatkan tekanan kalau saya asyik berfikir tentang itu dan berdecit-decit dengan kecelaruan pemanduan pemandu di sebelah menyebelah. Saya terfikir, dari melawan dengan rasa sakit hati atau bercakap kuat seolah-olah mereka dengar, baiklah saya buka radio dan memandu seperti biasa saja. Rasa macam sia-sia nak memarahi perangai orang yang sah-sah di luar kawalan kita.Waktu yang semakin singkat sudah berlalu...
Saya teringat pertanyaan anak yang kecil, dalam perjalanan pulang dari menziarahi jenazah Pak Longnya yang baru berangkat ke negeri abadi.
“Mama, kenapa Pak Long mati? Sebab sakit ya?”
Sambil memberi jawapan, saya juga berfikir.. tentang konsep qadha’ dan qadar Allah dan perancangan manusia yang mungkin tidak selari dengan perancangan Allah, namun perlu memahamkannya dengan perancangan Allah yang lebih sempurna. Saya menjawab,
“Itulah ajal dah sampai. Qada’ dan Qadar Tuhan. Tidak semestinya yang sakit, yang tua saja mati. Yang sihat-sihat, yang kecil macam adik pun mati. Sebab sudah tertulis dalam perut semasa kita belum lahir, bila kita mati. Kita sudah berjanji dengan Allah. Cuma bila kita lahir, kita tak ingat dah perjanjian itu. Jadi kita kenalah berpegang pada qadha’ dan qadar Allah yang ada dalam buku tadika adik tu. Iaitu, apa saja yang kita buat, ada ketetapannya dari Allah”
Mungkin faham selapis sahaja. Biar dia belajar berfikir pula. Saya juga perlu kaitkan dengan 6 rukun iman yang ada dalam buku tadikanya yang baru minggu lepas diminta hafal dan latihan suaikan, ikut susunan yang betul ( tapi saya tertanya, perlukah menghafal susunan yang jika salah, cikgu pangkah kerjanya? ) tetapi tidak memahami maksudnya.
Masa tetap berlalu. Saya terfikir bagaimana pula mereka yang duduk di rumah, atau yang berkejar ke tempat kerja? Hari yang sama seperti sayakah? Tentu sama. Waktu yang sama. Cuma cara memenuhinya atau melaluinya yang berbeza.
Zaman serba ringkas ini jugalah saya dikenalkan dengan IT, yang hampir rata-rata dari muda ke tua bagi sesiapa yang celik atau agak-agak mula nak celik IT akan bercakap tentang Face Book atau FB. Mengenal FB atas dasar yang positif, saya teringat antara 10 wasiat Hassan Al Banna ; Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang. Maka saya pun berdaftar ( log in ) untuk mencari kawan-kawan lama dan yang baru, agar dapat berhubung semula. Ia mengembalikan nostalgia waktu sama-sama belajar, hadiri tutorial, kelas, berusrah, bermalam dengan qiam dan akhirnya membuat alumni. Tapi saya tersedar, setakat itu sajalah, itupun tak semua kawan yang saya hajatkan dapat. Saya kira kekurangan itu sebab saya tidaklah mahir sangat mahu mengodek-godek FB untuk cari mereka.
Dan laman FB saya dipenuhi dengan bagai rencam cerita dari orang yang dikenali, dan ramai pula yang minta tawar diri untuk dijadikan sahabat. Banyaklah baca dan kongsi cerita. Ada cerita perjuangan Palestin. Ada cerita mengajak demo, ada hal dan perkara yang perlukan ulasan. Ada rakan yang jual baju, kasut, beg tangan, kuih muih dan macam-macam lagi memenuhkan halaman FB saya. Sampai peringkat saya jadi jemu pula mahu membukanya. Sebab, setiap pernyataan, selalunya ada kata dan ayat bersahut sahutan menjadikan ia panjang...
Sedar-sedar sudah lebih setengah jam masa berlalu... kerja lain yang sambil-sambil berFB pun belum siap. Jadilah FB lebih utama sebab menjawab persoalan demi persoalan, topik demi topik, berlarut-larut. Maka tanggungjawab pula jadi sambil-sambilan. Ya Allah! Kadang-kadang saya berchat dengan rakan yang sedang kerja! Lagi zalim rasanya, mempergunakan waktu sebegitu!
Adakah saya pandang kepesatan teknologi ini, terutama FB ini dari sudut negatif? Bagi saya, ya. Sebab ia mengambil masa saya yang sepatutnya saya melangsaikan tangungjawab saya memenuhi hak-hak lain. Sebab bagi saya, masa untuk menjalani satu hari amatlah singkat. Bagaimana saya boleh bersantai-santai lagi? Saya sakit hati dengan kecuaian diri apabila teringat kata-kata as-Syahid ;
Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
Walaupun saya tidak berminat dengan politik, malah kadang-kadang ditegur oleh sang suami kerana tidak ambil pusing langsung, tapi serba sedikit membuang masa dengan melayan FB yang 1001 perangai masih menjadi kesalahan bagi saya, yang akan ditanya tentang waktu yang telah saya gunakan. Sebab kadang-kadang terbaca juga keluhan-keluhan individu, rakan FB bercerita tentang harinya yang indah, shopping mania, gambar-gambar bercuti, atau yang sudah jemu dangan kehidupan. Saya tersedar, beginikan hari yang saya sepatutnya habiskan?
Kadang-kadang ada datang di fikiran saya, saya banyak membaca dan mengambil ilmu dari mana-mana sumber yang sahih sebagai modal saya berdialog dan bersyarah depan pelajar saya dalam topik-topik tertentu agar saya jadi orang berilmu dalam menyampaikan. Tetapi bila fikir-fikir semula, itulah yang dilakukan oleh orang biasa. Saya jadi malu sendiri. Sebab semua yang saya dapat bukan untuk diri saya sendiri, perbaiki diri dan jadi contoh, tetapi mengutamakan orang lain pula dengan bercerita dan memberi khabar seolah saya tahu banyak perkara. Terasa bodoh dan semakin jahil pula!
Anak-anak, saya tidak perkenalkan IT ini terlalu awal. Sebab pernah saya tersentak satu waktu dulu, anak seorang kawan minta pinjam telefon bimbit saya sementara menunggu ibunya solat. Saya tanya, untuk apa? Nak telefon siapa? Dia jawab, “nak main game!” Darah saya berderau sebab umurnya sebaya dengan anak saya waktu itu, lima tahun! Sedangkan saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu mencari game di dalam telefon saya dan anak saya tidak pernah guna telefon saya untuk itu sebab yang selalu saya ingatkan tentang bahaya radiasi bagi otak dan saraf mereka.
Pernah ada orang berkata saya ketinggalan dan mengheret sekali anak-anak bersama kejahilan itu. Saya berpendirian, biarlah anak-anak saya yang 11, 10 dan 6 tahun sekarang ini jahil tentang FB, dan segala isi yang sewaktu dengannya. Walaupun anak-anak saya mungkin boleh mempengaruhi rakan FB nya tentang pemboycotan Mc Donald dan Coca Cola sebab pengaruh kawan itu lagi kuat membentuk jatidiri anak ;
tapi anak-anak saya bukan anak-anak Iran, Iraq, Acheh atau Palestin yang hari-harinya penuh dengan perjuangan dan survival hidup mati.
Anak-anak saya kelilingnya kawan yang berbincang tentang fesyen apa yang terkini sekarang, movie apa yang paling laku, atau rakan mana yang baru dapat ‘kenalan’ baru. Biarlah mereka tertingal dengan pengetahuan terkini siapa juara idola kecil, atau siapa juara imam muda. Saya tidak terfikir mereka ketinggalan sebab bila tiba masanya mereka mumayiz dan boleh memilih, mereka laju dengan up-to-date ilmu semasa. Sebab kanak-kanak belajar lebih cekap dari yang kita fikirkan!
Dan sebagai muhasabah diri saya sendiri, saya berpegang pada moto yang menjadi pesanan as syahid :
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Kerana waktu dah hari-hari yang saya lalui sangat singkat dan cepat!
Wallahu aklam
Mak Nah