Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Jumaat, 2 April 2010

TERIMA KASIH BUAT SEMUA....

Kami terharu dengan pandangan dan sokongan ibubapa TAska 7, Semoga anak-anak di Taska 7 akan ketemu kakak-kakak yang mampu mendidik mereka secara jujur dan penuh kasih sayang.... walaupun pencarian seperti itu satu cabaran....

[GeniusKidsCentre] semoga dipermudahkan..........................

Assalamualaikum

Hubby terlupa nak capai beg baju uwais (ahli seksyen 7 :) ) pagi nih.. masa nak kluar dpt sms dr hubby minta saya tlg hantarkan beg uwais. Bila sampai di taska humaira ternampak keta maknah, bercakap dlm hati "hhhmmm.. ada maknah pagi ni.." saya tahu maknah tgh habiskan practical nya di fasa 4. cam biasa saya tekan loceng menanti kakak buka pintu.Rupanya mak nah yg kluar, "Beg uwais mak nah, abah terlupa nak bw" bila dah jumpa mak nah mmg saya suka lah berborak pasal anak2, kebetulan anak yg sulung satu sek dgn anak maknah dan transit jugak di taska. sambil tutup pintu mak nah kata "Mak nah kelam kabut ni KAKAK SEMUA DAH TAKDE" terbehenti saya nak beredar dan hilang rasa kelam kabut nak pegi keje... "hah! biar betul mak nah..." mak nah kata "betullll, semlam dpt gaji hari ni semua dah takde tinggal saya dan kak mar jer"... Allah.... kesiannyaaa.... tak dpt nak tanya banyak, anak2 di dlm memerlukan perhatian...
Dalam perjalanan ke tmpt kerja, fikiran saya tak blh lupa pasal taska.. teringat diri sendiri kelam kabut menguruskan anak2 yg baru 3 org di rumah... rasa KESAL sangat2 dgn perangai anak2 melayu islam kita nih... tak tahu nak digambarkan perkataan apa yg sesuai... dah hilang ke rasa kemanusiaan, simpati, empati.... kalau ye pun penat, tak puas hati atau apa2 pun takde ke rasa simpati langsung dgn org lain... mana pegi adab2 org melayu islam kita... dah dapt gaji terus cabut macam tu jer...
Sebagai seorang kenalan saya cuma mampu berkata "semoga mak nah terus tabah dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat"...

=============================