Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Khamis, 4 September 2008

Anak Saya Selalu Selsema... Salah Siapa?

Assalamualaikum Para Ibu Bapa yang dimuliakan,

Ramai daripada ibubapa akan memperkatakan persoalan di atas.... kami sebagai ibubapa juga risau dengan persoalan itu.... malah hampir semua ibubapa juga mempunyai persoalan yang hampir sama tak kala menghantar
anak-anak ke mana-mana taska atau tadika yang dipilih.

Salah Siapa?... Salah Taska atau Tadika atau Anak-Anak tersebut atau Ibu Bapa atau tiada siapa yang bersalah.........

Sebenarnya isu selsema adalah satu isu yang tiada kesudahannya, malah para doktor hanya menyediakan ubatan yang "pada andaian perubatan" akan mampu menyelesaikan masalah. Ada masalah selsema senang atau mudah diselesaikan (sembuh) malah ada yang berterusan walaupun sudah beberapa kali menemui pakar kanak-kanak.

Mengikut pandangan Dato' Dr Noorlaily, ketika kami mengikuti kursu
s anjuran beliau, selsema anak-anak adalah bergantung kepada ketahanan Sistem Imunisasi Anak tersebut. Beliau menambah... adalah menjadi satu kesilapan kita para ibubapa menyalahkan masyarakat sekeliling yang menyebabkan anaknya selsema atau menyalah tempat awam atau tempat terbuka sebagai penyebab kepada masalah selsema anak-anak.

Tempat Awam atau terbuka seperti taska, tadika, taman permainan adalah tempat di mana pelbagai ragam manusia atau anak yang berada di situ... ada yang sihat dan ada yang selsema. Justeru yang terbaik ialah kita menjadikan anak-anak kita mempunyai Sistem Imun badan yang kuat.



Bagaimanakah caranya:-

1. Pastikan anak-anak mendapat nutrien yang mencukupi... jika tidak pastikan anak kita mengambil multivitamin dan vitamin C.

2. Sesiapa yang lebih mampu dari sudut kewangan, boleh mengambil Transfer Factor untuk anak-anak kerana harganya dalam RM100 ke atas per botol.

3. Pastikan anak kita menjauhi junk food kerana ia adalah faktor utama kemerosotan sistem imun anak. Begitu juga air karbonat.

4. Bagi anak yang alah susu lembu... pastikan anak mendapat alternatifnya seperti susu soya (isomil atau brand lain). Ada anak yang selsema disebabkan oleh pengambilan susu lembu. Hal sedemikian perlu dirujuk kepada pakar pemakanan dan bukannya Doktor Pakar.

PAstikan anak-anak kita mempunyai sistem imun yang kuat yang melawan penyakit seperti selsema. Namun begitu anak yang kena selsema sebenarnya sebagai proses untuk sistem imunnya bertindak kepada melawan penyakit tersebut malah mampu mengalahkannya dengan syarat jangan terlalu lama.....