Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Khamis, 17 April 2008

Taska Humairaa Taska Khas Untuk Anak-anak Genius

Pendidikan anak-anak merupakan satu cabang aktiviti yang penting. Islam begitu menekan pendidikan anak-anak sehinggakan Rasulullah menyediakan satu hadis yang begitu menyentuh jiwa.

Sabda baginda:
"Setiap anak adam dilahirkan dalam keadaan FITRAH, maka, ibubapanyalah yang menjadikan sama ada ianya yahudi, nasrani atau majusi"


Nah, Rasulullah menyatakan berhati-hatilah dalam pendidikan agar kita tidak meletakkan pendidikan anak-anak mengikut payung pendidikan yahudi, nasrani dan majusi......

Dalam mendidik anak-anak, Islam meletakkan bahawa memahami 4 dimensi kehidupan manusia adalah perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa iaitu

  • a) Dimensi Aqal atau minda
  • b) Dimensi Roh atau Rohani
  • c) Dimensi Emosi
  • d) Dimensi Fizikal

4 dimensi ini mestilah dilindungi atau dipayungi oleh FITRAH itu iaitu fitrah yang mengajak kepada 3 perkara pula

  • a) Fitrah sukakan kebaikan atau perkara yang baik-baik
  • b) Fitrah inginkan kebersihan atau perkara yang bersih
  • c) Fitrah yang ingin mengantung diri atau terikat dengan kuasa yang Maha Besar iaitu Allah (kuasa Rabbani)

Di Taska Al Humairaa, setiap anak disediakan dengan 4 dimensi beserta dengan 3 jenis keperluan FITRAH.

Wassalam.