Membina minda bayi
DR. Medina percaya memahami minda secara sains dapat membantu ibu
bapa dan penjaga meningkatkan sosial dan emosi kesihatan kanak-kanak.
Amat mengkagumkan sekiranya anda sedar perkara yang kecil mampu menjadikan sesuatu perbezaan yang besar.
Misalnya, pada tahun 1979, pakar psikologi Universiti Washington,
Andy Meltzoff terkesima dan kagum apabila bayi yang baru dilahirkan 42
minit memberi tindak balas dengan perlahan-lahan melancarkan bahasanya
sendiri.
Pengalaman yang berulang-ulang ini menunjukkan bayi memiliki
keistimewaan untuk mempelajari sesuatu perkara dengan cepat," tambah Dr.
Medina.
Beliau turut menjelaskan tentang hubungan
antara remaja, perkembangan minda, prestasi akademik dan strategi
pembelajaran.
Katanya, kanak-kanak dan remaja hari ini mengharapkan sesuatu yang
segar, baik daripada segi akademik dan pengetahuan teknologi maklumat.
Remaja hari ini inginkan prestasi yang baik dan mengekalkan kehidupan sosial yang selaras dengan perkembangan teknologi.
Ini menjadikan mereka semakin terdedah kepada hipertensi mengikut berdasarkan aliran sosial yang dilakukan," katanya.
Dr. Medina juga turut berbicara mengenai tekanan yang dihadapi remaja termasuk aspek kesihatan merek.
Ia termasuk cara membantu menangani tekanan remaja iaitudengan ibu
bapa dan masyarakat harus bijak mendekati golongan itu dan memahami
situasi mereka.
Berikan apa yang mereka suka dan jangan halang kehendak dan minat anak-anak. Sokonglah apa yang mereka mahu lakukan.
Ibu bapa jangan bertindak terlalu agresif dan melulu dengan anak-anak kerana pada tahap ini mereka cepat memberontak.
Golongan dewasa terutama ibu bapa perlu mengambil berat tentang anak-anak mereka dan bijak menilai golongan ini," katanya.