Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Selasa, 25 Jun 2013

9 Bulan Sudah Boleh Berenang


.
Foto
Dua kembar mampu apung dalam air berenang pada usia 9 bulan

Mereka masih terlalu kecil untuk bertatih apatah lagi bercakap tapi dua kembar cilik, William dan Ellenita Trykush boleh berenang dalam kolam sepanjang 25 meter pada usia sembilan bulan.
Aksi mereka bukan lakonan tapi kedua-duanya turut dilihat meluncur ke dalam air, melakukan kuak kupu-kupu selain rancak menendang kaki untuk bersaing berenang bersama-sama.

Mereka kelihatan benar-benar menyukainya. Mereka berenang dan saya mengawasi dari dalam air, betul-betul di bawah mereka bagi memastikan mereka tidak apa-apa juga sebagai pengawal arah supaya mereka tidak hanyut jauh."Charlotte Trykush, ibu

Jika dilihat foto di dalam air, mereka kelihatan tersenyum sewaktu berenang.

Siapa sangka, perkembangan anak kembar yang dilahirkan melalui kaedah caesarean secara kecemasan dilihat cukup menakjubkan walaupun lahir enam minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Aksi luar biasa kembar ini disedari sewaktu percutian keluarga ke Cyprus, iaitu ketika itu mereka mula menyelam di dalam air tanpa bantuan dan tanpa pelampung lengan.

Sejurus kembali ke kediaman mereka di Cirencester, Gloucestershire, England, ibu, Charlotte Trykush, 35, membawa kembar itu ke kolam renang bayi di Cotsworld Leisure Centre, dan mereka benar-benar berenang.
“Ia menakjubkan. Mula-mula mereka berenang sejauh lima meter, kemudian tujuh meter dan seterusnya sejauh 12 meter,” kata Trykush, adalah bekas jurulatih renang.

Waktu sama, Trykush membawa anak kembar itu ke kolam dewasa selepas melihat tiada orang lain di situ.

“Mereka kelihatan benar-benar menyukainya. Mereka berenang dan saya mengawasi dari dalam air, betul-betul di bawah mereka bagi memastikan mereka tidak apa-apa juga sebagai pengawal arah supaya mereka tidak hanyut jauh.

“Ellie dilihat paling cepat belajar dan William pula dilihat meniru gaya kakaknya. Ketika itu suasana gamat malah ia turut disaksikan kakitangan kolam dan jurulatih renang lain. Mereka kelihatan hairan dan teruja.

“Salah seorang jurulatih yang sudah 20 tahun mengajar berenang, berkata beliau tidak pernah melihat kejadian sebegini. Bagaimanapun, saya rasakan ia kemahiran yang wujud secara semula jadi kerana mustahil untuk bayi seusia mereka belajar kuak renang,” kata Trukush.

Lahir pra-matang

William dan Ellenita dilahirkan tahun lalu kini berusia setahun tiga bulan adalah cahaya mata sulung pasangan Charlotte dan Victor yang memeterai ikatan sebagai pasangan suami isteri, pada September 2008.

Mereka mula menyedari bakal memperoleh cahaya mata kembar selepas melakukan imbasan ultrasound pada minggu ke-12 kehamilan.

Sewaktu menziarahi ibu mereka di Perancis, Charlotte dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan selepas kantung William pecah.

Dilahirkan pada 7 Februari tahun lalu melalui pembedahan kecemasan, iaitu Ellenita lahir dengan berat 2.24 kilogram (kg) dan William pula 2.07 kg.

William bagaimanapun tertelan banyak darah dan terpaksa disedut keluar daripada perutnya, malahan dia juga menghidap jaundis.

“Ia adalah kelahiran yang penuh trauma kerana William hampir mati. Mereka juga dimasukkan di dalam inkubator selama tiga minggu tapi saat doktor berkata OK, saya cukup lega.

“Kerana dilahirkan tidak cukup bulan dan kecil, saya teragak-agak untuk membawa mereka berenang. Saya risau mereka sejuk,” kata ibunya.

Paling muda belajar renang

Pada usia mereka 10 bulan, pasangan kembar itu ke kelas renang dua kali seminggu bersama guru renang, Amy Stanley.

Stanley, 27, berkata mereka adalah kanak-kanak paling muda yang datang berenang kerana kebiasaannya, bayi cekap berenang hanya sekitar usia tiga tahun.

“Ramai bayi boleh terapung di dalam air tapi Ellie dan Wlliam boleh berenang di atas air dan bernafas sendiri.

“Memang luar biasa bagaimana mereka boleh lakukannya, mereka tidak mempelajarinya tapi ia adalah anugerah semula jadi. Mereka juga cukup tenang di dalam air mungkin kerana kedua ibu bapa mereka juga sudah biasa berenang,” katanya.

Kedua ibu bapa kembar itu mengimpikan untuk melihat William dan Ellenita di Sukan Olimpik 2028.

“Ia bukan paksaan tapi jika mereka meneruskannya, kami tidak sabar untuk menontonnya,” kata Victor