Cabaran bagi setiap pengusaha taska (taman asuhan kanak-kanak) ialah mendapatkan pengasuh atau tenaga asuh bimbing yang berkualiti dari sudut akhlak, tingkah-laku, pemikiran dan kerajinan serta sikap yang boleh kerja multi function tanpa perlu banyak supervision....
Cabaran dari mula membuat iklan, sehingga interview dan sehingga diterima bekerja dan akhirnya, cabaran setiap awal tahun.
Antara yang selalu timbul di fikiran kami sebagai pengusaha ialah bagaimana kualiti pemikiran dan tindakan remaja kini... adakah hiburan yang terlampau telah menyebabkan mereka ingin enjoy dan happy buat selama-lamanya dan tidak mahu ada suasana yang mencabar pemikiran mereka.....
Adakah sistem pendidikan dan sistem kemasyarakatan sekarang melahirkan remaja yang hanya tahu buat satu perkara dalam satu masa?, tidak sensitif dengan persekitaran.... tiada sifat ingin mencegah sesuatu sebelum ianya terjadi?
Adakah sistem sekarang menjauhkan mereka daripada memiliki komunikasi berkesan dan punyai nilai sejagat yang mulia....
Antara SMS yang kami terima kalau kami buat iklan ialah
1. "betul ke awak nak ambil saya bekerja?"... perkataan "awak"... bukan "puan" atau "kakak" atau "cik puan"... mana perginya bahasa lembut bangsa Melayu yang penuh dgn peradaban
2. "saya ada pengalaman, berapa gaji nak bagi?"
3. "boleh ke terima saya sebab saya tak pakai tudung?"
4. "a'kum" adalah biasa yang kami terima menggantikan "assalamualaikum" atau "salam"
Apabila kami menerima mereka dengan menetapkan satu bengkel latihan setiap bulan... biasanya setiap sabtu minggu ke 3
Latihan demi latihan diberikan pada setiap sudut dan ruang.... bagaimana nak berinteraksi dgn baik terutama ibubapa yang menghantar anak....
Setiap ilmu taska diajar satu persatu untuk mereka fahami..... setiap kesilapan ditegur agar Taska al Humairaa mempunyai standard yang tinggi.... ilmu kebersihan ditekankan... malah ditunjukkan satu per satu cara mudah untuk buat
Namun begitu, dari sudut pengamalan... kami perhatikan tak ramai kakak pengasuh yang kami panggil dgn panggilan tenaga asuh bimbing (TAB) amalkan apa yang diajar, dibimbing dan dicurahkan kepada mereka
Kepada TAB kami yang amalkan apa yang diberi... tahniah kami ucapkan. Bagi yang belum amalkan... kenapa ye?