Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Jumaat, 20 Januari 2012

Cara Pemikiran Anak Kita Menyebabkan Gagal atau Berjaya Mereka

Pemikiran punca kita gagal

ANAK-ANAK juga sering disogok dengan pemikiran kononnya subjek Sains dan Matematik adalah subjek yang sukar. - Gambar hiasan


SESI persekolahan sudah pun bermula. Ramai daripada kita kembali sibuk menghantar dan mengambil anak ke dan dari sekolah. Saban hari, kita juga mengharapkan kejayaan anak-anak, baik dalam bidang akademik atau sahsiah diri.

Bagaimanapun, harapan semata-mata tidak memadai untuk membuahkan kejayaan kepada mereka. Ada isu psikologi yang sesekali menyebabkan impian kita tergendala. Ia boleh berpunca daripada ibu bapa, guru-guru atau ahli masyarakat. Namun, hal ini jarang kita sedari.

Dalam kehidupan seharian, ada satu simptom yang selalu berlaku, walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.

Ia berlaku dalam kognitif pemikiran kita. Simptom ini yang dinamakan sebagai nujuman penyempurnaan kendiri atau dalam istilah bahasa Inggeris, self fulfilling prophecy.

Simptom ini berlaku apabila kita meramalkan sesuatu tingkah laku terlebih dahulu. Kemudiannya, ia disusuli dengan tindakan-tindakan kita bagi membolehkan tingkah laku yang kita andaikan itu benar-benar berlaku.

Misalnya, Ali mengandaikan bahawa Abu ialah seorang yang sombong. Andaian tersebut menyebabkan setiap kali Ali terserempak dengan Abu, dia tidak akan bertegur sapa atau menghulurkan senyuman.

Pendidikan

Tentulah, Abu juga tidak akan menegur Ali juga kerana tidak ada wajah mesra daripada Ali. Hasilnya, Abu yang mungkin bukan seorang yang sombong, kemudiannya benar-benar menjadi individu yang sombong.

Pernahkah ini berlaku dalam hidup anda? Ia selalu berlaku tetapi kita tidak menyedarinya. Ia selalu terjadi, tetapi kita tidak mengetahuinya.

Bagaimana pula dalam konteks pendidikan anak-anak? Di sekolah, biasanya terdapat kecenderungan guru mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran. Sesekali mereka juga diandaikan sebagai pelajar yang nakal. Hasilnya, guru tersebut tidak memberi perhatian kepada pelajar di barisan belakang. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar di barisan hadapan. Disebabkan kurang perhatian, pelajar di barisan belakang kemudiannya benar-benar gagal dan menjadi mereka yang nakal.

Dalam keadaan bagaimanakah simptom ini berlaku?

Kita juga sering melihat anak-anak sekolah yang ponteng dan melepak di belakang bangunan atau kaki lima pusat beli-belah. Sesekali kita juga melihat mereka merokok atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Walaupun kita tahu bahawa anak-anak ini berkemungkinan ponteng sekolah, tetapi kita tidak menegurnya. Minda psikologi kita telah terlebih awal memberikan isyarat bahawa mereka ini anak-anak nakal dan tidak berminat dengan pelajaran. Masa depan mereka bakal binasa kerana kedegilan mereka.


GURU-GURU seharusnya memberi perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kelas.- Gambar hiasan


Justeru tidak ada ahli masyarakat yang mengambil tahu, walaupun gejala ponteng ini hanya berlaku di belakang kawasan perumahan mereka, hasilnya pelajar tersebut benar-benar menjadi pelajar yang bermasalah. Mereka ini asalnya mungkin hanya sekadar suka-suka. Natijah daripada pemikiran kita tadi, mereka juga mungkin bermasalah pada kemudian hari.

Semua ini sebenarnya ialah reaksi psikologi yang selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.

Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dianggap sebagai subjek yang sukar. Bahkan, kita selalu menyebutnya. Selain guru Sains dan Matematik, guru-guru lain juga menyebutnya.

Kurang minat

Pelajar-pelajar yang pernah gagal dalam Matematik dan Sains juga selalu menyebutnya. Terpedaya dengan mitos yang dikembangkan dalam masyarakat, anak-anak kita juga menyangka bahawa Sains dan Matematik ialah subjek yang sukar. Kesannya, mereka tidak berminat untuk mengulangkaji mata pelajaran tersebut.

Mereka juga yakin gagal dalam subjek tersebut. Lama-kelamaan, akibat kurang berminat dan tidak mengulangkaji, Sains dan Matematik yang asalnya mungkin sekadar subjek seperti subjek yang lain, menjadi mata pelajaran yang benar-benar susah. Mereka pula gagal.

Inilah sebenarnya kekangan minda yang selalu membantutkan kejayaan anak-anak kita di sekolah. Kita mengandaikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari, mereka akan membawa pulang sesuatu yang membahagiakan.

Namun, kita terlupa, adakalanya kita sendirilah yang meramal kegagalan mereka. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada simptom ini.

MOga Allah Melindungi Taska Kita!

Salam,

Kita berdoa pada Allah agar Allah sentiasa melindungi Taska Alhumairaa daripada bala dan bencana dan memberikan kekuatan kepada pengasuh / tenaga asuh bimbing al-humairaa untuk tekun dan sensitif akan perkara yang kecil yang menimbulkan mudarat yang besar.

====================

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.


“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.


“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.


“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian.
Komen Anda









Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen.....

KEMARAHAN PEMBACA......ADA YANG MARAH TANPA MEMAHAMI SITUASI YANG DIHADAPI OLEH MAJORITI PENGURUSAN TASKA, CABARAN YANG MEREKA HADAPI DAN TREND PEKERJA TASKA SENDIRI (TREND REMAJA/BELIA ALAF BARU)

Razif:
kebanyakkan pusat asuhan menjaga anak sambil lewa. ada pengasuh yang lepasan spm diambil untuk menjaga bayi.

ieyhaa:
takziah kepada keluarga bayi tersebut.harap2 bnyk la bersabar kerana ajal maut di tangan Allah.
Awang Shamsudin Awang Chee
Takziah buat kluarga arwah.... bnyak kn brsabar. kakitngan pusat asuhan harap dpt tumpukan lbih prhatian pada bayi lngkungan 2 thn ke bwah sbab mereka sllu mnglami msalah trsedak susu.... pape pn, stiap kjadian ada hikmahnya..

ana zu:

ini merupakan satu kecuaian yang tidak boleh di maafkan.sepatutnya pekerja yg bertugas di pusat asuhan hendaklah mengetahui cara memberi penyusuan yg betul supaya bayi tidak terdesak.perlu mendapat perkhidmatan dan tunjuk ajar dari pihak hospital terutama pakar pediaktrik... yg di uruskan pengurusan pusat asuhan... supaya perkara seperti ini tidak berulang... bukan mengambil pekerja tangkap muat sahaja..nyawa dan keselamatan bayi dan kanak2 harus dijagai..

BANGI:

Pihak Razif dan ana, harap tidak emo. Kita perlu tahu hakikat yang sebenarnya berlaku.

Pengambilan pengasuh lepasan SPM bukanlah faktor utama kejadian itu tetapi latihan mengendalikan bayi 1 tahun ke bawah adalah penting dan perlu diberi penekanan oleh pihak taska atau pusat asuhan.

Penyusuan bayi memerlukan pemerhatian penuh pengasuh, kena tinggi kepala dan seeloknya dipegang. Mengikut JKM, I pengasuh menjaga 5 bayi. Bayi tidak boleh disusu dan diletakk botol susu atas bantal untuk mudahkan kerja pengasuh...inilah yang perlu dielakkan. begitu juga meletakkan bayi yang sedang menyusu dgn botol, diletakkan di dalam buaian atau di atas katil bayi....kerana...sukar dipantau.

Adakalanya pusat asuhan dan taska diuji dgn kekurangan pengasuh walaupun mereka buat byk iklan.

Moga Keluarga Arwah diberi ketabahan. Amin!

Ahad, 11 Disember 2011

Sakit perut bukan perkara yang remeh temeh!


TERSALAH makan atau makan terlalu banyak mungkin mengundang padah.


PADA satu hari selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, penulis yang kebetulan berada di sebuah penempatan Felda dekat Triang diminta menemani dua anak saudara untuk mendapatkan rawatan di klinik kerana masalah sakit perut.

Sampai sahaja di sebuah klinik swasta di pekan Triang, kelihatan ramai sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, yang kebanyakannya mengadu sakit perut. Apa yang boleh menyebabkan sakit perut? Itulah pertanyaan penulis kepada doktor di klinik berkenaan yang mahu dikenali sebagai Dr. Vijay.

“Ada beberapa sebab. Kalau perut anda sakit, mungkin disebabkan oleh apa yang anda makan atau minum.

“Mungkin kerana keracunan makanan atau anda telah makan dan minum terlampau banyak. Makan dan minum terlampau banyak boleh menyebabkan anda mengalami sakit perut,” kata beliau.

Kata Vijay, pada musim perayaan sebegini, ramai orang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan sakit perut.


GASTROENTERITIS adalah jangkitan di usus dan ini menyebabkan berlakunya cirit-birit. - Gambar hiasan


Cirit-birit

“Mengambil makanan jenis berminyak, pedas atau berlemak kadangkala boleh menyebabkan sakit perut atau tidak hadam.

“Ini biasanya masalah kecil yang akan hilang dengan sendiri. Tetapi ia juga mungkin tanda bagi gejala kesihatan yang lain seperti refluks gastroesophagus (pedih ulu hati), intoleran laktosa, ulser, sindrom iritasi usus, jangkitan di usus dan kanser,” terang Vijay.

Ada yang berpandangan ia satu masalah yang remeh bila melibatkan orang dewasa tetapi bagi bayi serta anak kecil, sakit perut boleh menjadi satu masalah yang serius, kata beliau.

“Jadi usah teragak-agak untuk dapatkan perhatian dan bantuan perubatan,” kata Vijay lagi.

Setelah pulang ke ibu kota beberapa hari selepas hari raya, penulis bertemu pegawai perubatan kanan di sebuah pusat perubatan awam bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai sakit perut.

Menurut Dr. Robert Lim, sakit perut sedemikian dikenali juga sebagai gastroenteriritis.

Ia boleh disebabkan jangkitan pada usus, disebabkan virus, bakteria atau kuman yang lain.

“Anda mungkin kena episod yang kecil dengan cirit-birit. Kalau ia lebih serius ia boleh disertai dengan demam, muntah dan sakit perut yang boleh berlanjutan sehingga beberapa hari.

“Anda mungkin terkena jangkitan bakteria seperti E.coli atau campylobacter kerana mengambil makanan dan minuman yang dah tercemar. Adalah penting bagi mereka yang terkena jangkitan ini agar minum air dengan banyak atau mengambil cecair rehidrasi sebagai mengganti cecair badan yang banyak hilang kerana muntah dan cirit-birit,” kata beliau.

Menurut Lim, gastroenteritis adalah jangkitan di usus dan ini menyebabkan berlakunya cirit-birit atau diarhea.

“Ada juga muntah-muntah, sakit di bahagian perut tetapi dalam kebanyakan kes masalah akan hilang dalam masa beberapa hari. Ada juga kes yang berlanjutan dan mengambil masa untuk baik,” kata Lim.

Ujar Lim, risiko utama dalam kes gastroenteritis adalah dehidrasi di mana pesakit telah kehilangan cecair badan dengan banyak.

“Rawatan utama agar minum banyak air dan cuba hindari dehidrasi.

“Anda perlu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan jika rasa mengalami dehidrasi atau wujudnya simptom yang merunsingkan,” kata Lim.

Katanya, simptom dehidrasi kepada orang dewasa adalah keletihan, pening, sakit kepala, kejang otot, mata yang tenggelam, mengeluarkan kencing yang sedikit, mulut dan lidah rasa kering, lemah badan serta mudah menjadi resah.

“Dehidrasi boleh jadi serius. Bila seseorang itu mengalami dehidrasi yang teruk, beliau akan mengalami lemah seluruh badan, hilang punca, degup jantung yang cepat dan selanjutnya koma.


MAKANAN berminyak boleh mengakibatkan sakit perut. - Gambar hiasan


Kunyah

“Dehidrasi yang teruk adalah kes kecemasan perubatan dan perlu rawatan dengan segera,” katanya.

Menurut Lim, selain daripada makan benda-benda yang berminyak, pedas dan berlemak, gastroenteritis boleh disebabkan oleh stres emosi atau masalah dalam sistem penghadaman seperti penyakit refluks gastroesophagus (GERD), batu dalam hempedu, keradangan pankreas, ulser atau kanser usus. "Kadangkala, tiada sebab yang boleh diperoleh,” kata beliau.

Lim juga menasihati perubahan gaya hidup dalam menangani masalah sakit perut yang kerap.

“Ambil makanan secara sedikit dan kunyah makanan dengan baik. Hindari tabiat merokok, ambil alkohol dan kafein serta minuman yang bergas,” katanya.

Beliau juga menasihati agar mendapatkan rehat yang secukupnya selain mengurangkan tekanan dalam hidup.

Bagaimana dengan merawat sendiri?

“Walaupun ada kes sakit perut atau gastroenteritis boleh dirawat di rumah, anda perlu jumpa doktor jika berlaku kekerapan muntah, muntah darah atau ada darah dalam najis serta kesukaran dalam menelan makanan.

Selasa, 22 November 2011

URGENT! PERHATIAN BUAT IBUBAPA AL-HUMAIRAA

SALAM SEMUA PARENTS ALHUMAIRAA,

KAMI DOAKAN SEMOGA SEMUANYA DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH.

PAGI TADI,

Salah seorang parents alhumairaa telah DIRAGUT ketika menghantar anaknya ke alHumairaa Seksyen 7. Peragutnya ialah berbangsa india yang bersembunyi berhampiran dengan MPV penduduk yang diparkirkan di kawasan padang depan taska.

Kejadian itu sungguh mengejutkan kami, pengurusan alHumairaa kerana

0. Sebelum ini cermin MPV Maknah dipecahkan ketika parking berhampiran padang Humairaa seksyen 4.

0. Pak Allwee pernah menegur 2 orang yang menunggang motosikal berhenti berhampiran MPV Maknah dan meninjau-ninjau MPV tersebut ketika diletakkn di depan taska seksyen 7 menyebabkan 2 orang itu memecut melarikan diri...

1. Pihak kami telah berkali-kali mengingati dan menegur PARENTS alHumairaa yang menghantar dan mengambil anak dalam keadaan memBIARkan enjin kereta "on" dan tiada penghuni di dalam kereta ATAU anak kecil ditinggalkan dalam kereta. PERBUATAN ini bagi kami terlalu bahaya. KETAKUTAN kami ialah apabila tetiba kereta itu dilarikan.....bayangkan apa yang akan berlaku......

2. Membiarkan handbeg di atas kerusi hadapan kereta dan kereta tidak dilock. Bahayanya ialah peragut senang ambil. Keduanya mudah utk pecahkan cermin kereta utk mengambil handbeg tersebut.

3. Membawa bersama handbeg dengan mendukung anak atau membimbit anak.....juga...berbahaya kerana peragut melihat ianya satu peluang tatkala mangsa sibuk dgn urusan berkaitan kanak-kanak.

4. Mata dan pandangan hanya fokus kepada karenah anak dan kesibukan atau kecepatan kerja sehingga terlupa pada persekitaran.

Pihak kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan perlu digerakkan bersama amalan pencegahan untuk disharekan oleh setiap parents sesama parents dan pengurusan al-Humairaa.

Antaranya,

1. Memandang persekitaran ketika keluar dari kereta sebagai melihat dan memantau keselamatan persekitaran sebelum anak dibawa keluar dari kereta ke dalam taska.

2. Memastikan tidak membawa peralatan penting yang menjadi daya tarikan peragut seperti handbeg, emas, berlian di lilitan tubuh Si Ibu atau Si Anak.

3. Menyembunyikan handbeg di bawah kerusi atau meletakkannya di dalam bonet belakang.

4. YANG PALING PENTING, TOLONGLAH matikan enjin kereta DAN KUNCIKAN KERETA apabila keluar DEMI KESELAMATAN walaupun sebentar..... toolooonglah!....

BERDOALAH SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH DARIPADA JENAYAH RAGUT INI DI MANA KITA BERADA.....

aminnn!




Sabtu, 19 November 2011

Berita Yang Menggambarkan Seolah-olah Taska Bersalah...

Salam,

Tulisan wartawan yang seolah-olah menyalahkan taska tersebut di atas penyakit maut ini? Adakah penyakit itu terus menjangkiti bayi ini setelah hari pertama berada di taska? satu berita yang hairan juga mendengarnya....moga wartawan berhati-hati dalam mengungkapkan berita.....


Luluh hati hilang anak tunggal


SALAH seorang ahli keluarga memerhatikan jenazah Nur Alyssa Dania yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di HSB, Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Luluh hati sepasang suami isteri apabila anak tunggal mereka yang baru berusia 46 hari menemui ajal akibat jangkitan paru-paru pada hari pertama mangsa dihantar ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Taman Serindit, Jalan Langgar di sini kelmarin.

Nur Alyssa Dania Mohd. Saipol Rizal disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pukul 3 petang. Bedah siasat kemudian mendapati terdapat jangkitan pada paru-parunya.

Mengimbau semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Saipol Rizal Abu Seman, 26, berkata, dia bergegas ke HSB bersama isterinya, Roslina Roslin, 27, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, sebaik tiba, dia nampak petugas hospital bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anaknya yang ketika itu nampak pucat dan lemah.

Selasa, 15 November 2011

HATI-HATI DENGAN LINTAH DI MUSIM BANJIR!

KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.

“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.

Khamis, 3 November 2011

HATI-HATI DENGAN BEBOLA KRISTAL IKAN ATAU BAJA TANAMAN! BAHAYA UTK KANAK-KANAK..

Bebola kristal disangka gula-gula


KEADAAN Ifti Ilya Farhana selepas menjalani pembedahan membuang bebola kristal dalam ususnya di HTAA Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan menanggung kesakitan terpaksa dibedah kelmarin selepas menelan beberapa butir objek yang disangkanya gula-gula di hadapan rumahnya di Perkampungan Sri Mahkota Jaya di sini pada 26 Oktober lalu.

Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairuddin yang berusia setahun tujuh bulan tidak menyangka gula-gula itu sebenarnya bebola gel atau hidrogel, sejenis baja tanaman hiasan yang boleh membesar sehingga beratus kali saiz asalnya jika direndam di dalam air.

Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata, anak sulungnya itu dipercayai mendapat bebola tersebut daripada rakannya.

"Semasa dia masuk ke dalam rumah, saya lihat dia memasukkan beberapa butir manik sebesar kacang hijau ke dalam mulutnya," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Bagaimanapun, Siti Aisyah yang merupakan seorang guru memberitahu, empat hari selepas itu anaknya tiba-tiba muntah lalu terkeluar sebutir gel sebesar guli.

Bimbang keselamatan anaknya, dia mengejarkan anaknya itu ke HTAA pada pagi Ahad lalu.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Khairuddin Harun, 29, pula berkata, pada peringkat awal, doktor tidak dapat mengesan sebarang objek selepas melakukan ujian sinaran X (X-ray).

"Anak saya berterusan muntah, suhu badan pula naik mendadak sehingga 45 darjah Celsius dan pemeriksaan lanjut akhirnya berjaya mengesan ada objek di dalam usus kecilnya," katanya.