Selamat Datang Ke.....

* TASKA & TADIKA UNTUK ANAK-ANAK GENIUS DAN IBUBAPA GENIUS SAHAJA.
* TASKA MESRA SUSU IBU
* MOTTO "BELAJAR BERMULA DARI USIA BAYI".
* PIHAK KAMI MENYEDIAKAN PROGRAM PENJAGAAN DAN PEMERKASAAN ANAK YANG KHUSUS DAN SISTEMATIK BERMULA SEAWAL USIANYA.
* KAMI BERPENGALAMAN DALAM PENDIDIKAN ANAK BAWAH USIA 4 TAHUN SEJAK TAHUN 1998

** Kami MEMBANTU ibubapa mendidik dan merangsang anak menjadi genius dari awal usianya dan membentuk diri bersyukur dengan kebolehan dan menggunakan potensi yang dianugerahkan ***

Welcome AlHumairaa& Zuri@Millenia

Program - Program Kami

JAWATAN KOSONG PERLU SEGERA ( 5 kekosongan ) - Temuduga Dibuat Setiap Bulan..

Isnin, 16 Jun 2008

Mas Cotek Dan Kegunaannya

PENGENALAN

Mas cotek atau nama saintifiknya, Ficus deltoidea ” dari famili moraceae ” adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun jantan dan betina dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan, juga berkesan untuk perawatan berbagai penyakit.

Mas cotek dikenali juga dengan berbagai nama seperti sempit-sempit dan agoluran bagi penduduk Sabah, Serawak dan kepulauan Kalimantan, tabat barito, bagi masyarakat Indonesia, dan beberapa nama lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera bagi masyarakat di beberapa daerah lain. Di Afrika, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Sementara di beberapa daerah lain ia juga dipanggil sebagai emas cotek, pokok barito, pokok raja ubat dan secotek emas. Dalam bidang botani dinamakan sebagai Ficus deltoidea

Nama mas cotek diberi atas sebab terdapatnya bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Malah pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Di Malaysia, telah dikenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis yang tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah diantara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae. Walaupun begitu emas cotek bukanlah parasit. Benihnya dipercayai disebarkan oleh burung yang memakan buahnya.

Klasifikasi Mas cotek (Ficus Deltoidea)

Division

Magnoliophyta

Class

Magnoliopsida

Order

Rosales

Family

Moraceae

Genus

Ficus

Species

Ficus detoidea

Jenis Tanaman :

Mas cotek adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang diatas pokok lain (epifit) dan biasa juga hidup kawasan perbatuan di pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 jenis mas cotek, antaranya mascotek kelitik kering, delima sudu, payudara kecil, telinga beruk, telinga kera, raja mas cotek, pitis sekeleng kecil dan lain-lain lagi. Ia dibezakan melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap jenisnya mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kerana antara kandungan yang terdapat dalam mas cotek ialah Naringin yang tergolong dalam flavonoid dan bersifat antioksida.

Daun :

Daun mas cotek berbentuk lebar dan permukaannya licin berkilat. Tepi daun berombak dan garisan halus berwarna jingga. Dipermukaan atas daun, berwarna hijau muda. Manakala bahagian bawah daun pula hijau kejinggaan.

Batang :

Batangnya tumbuh menegak ke atas, bulat, licin, berwarna kelabu dan agak rapuh.

Buah :

Buahnya kelihatan bersegi dan menarik. Berbentuk hampir bulat dan bewarna hijau muda. Dihujung buah mas cotek terdapat tanda merah muda. Tunas batang pada buahnya pendek dan tumbuh jarang-jarang antara satu sama lain

Pengkelasan mas cotek

Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian pantai timur Semenanjung terutamanya di negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula, banyak terdapat di negeri Kelantan. Delima sudip boleh diperolehi di kawasan tengah dan selatan semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian utara Semenanjung.

Secara tradisinya mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu:

a) Mas cotek jantan

b) Mas cotek betina

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat diantara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan juga terdapat bintik berwarna merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.

Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan dengan spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina bukannya berwarna merah, akan tetapi ianya berwarna hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.

Mengikut konsep ‘Doctrine of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunan herba itu untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan.

Bagi pengamal perubatan tradisional, mas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuh beberapa jenis penyakit sekiranya diamalkan dengan betul seperti penyakit paru-paru berair, kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan cirit-birit. Dalam hal ini, kebanyakan pengamal perubatan tradisional mensyorkan mas cotek diamalkan sebagai minuman teh herba.


Sebatian Semulajadi dalam mas cotek

Sebatian Semulajadi Mas Cotek

Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu :

Kandungan

Kegunaan

Flavonoid

Anti-oksida yang kuat, yang mana membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat, anti-radang, anti-rival, melindungi hati dan estrogen

Tannins

Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (cirit-birit) dan melindungi tisu rosak seperti exzema atau melecur

Triterpenoids

Membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu penyerapan nutrien

Phenols

Kurang serta menghilangkan bengkak dan anti-septik

Kajian menunjukkan bahawa mas cotek mengandungi lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia iaitu Flavonoid, Tannins, Triterpenoids, Proanthocyanins dan Phenols. Bahan-bahan ini disahkan berkemampuan membantu minda dalam mengingat dan menumpukan perhatian serta merawat masalah kurang daya tumpuan. Juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C didalam rangkaian Anti-Oksida, mengawal Nitrit Oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan LDL (kolestrol jahat) dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kegunaan dan khasiat mas cotek

Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan

Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.

2. Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.

3. Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.

4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

1. Mengeluarkan toksin dalam badan

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Sakit urat saraf

4. Gout

5. Kencing manis

6. Darah tinggi

7. Membuang kolestrol dan lemak

8. Buasir

9. Migraine /sakit kepala

10. Paru-paru berair

11. Pemulih tenaga batin

12. Sakit puan

13. Senggugut

14. Sakit pinggang

15. Keletihan

16. Masalah tidur

17. Rangsangan hormon lelaki

18. Mengecutkan rahim peranakan

19. Merapatkan pintu rahim

20. Sakit lutut

21. Mencantikkan dan melicinkan kulit

22. Demam/ Selesema

Amalan

Cara-cara merebus dan mengamalkannya:

  1. Herba mas cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.
  2. Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan mas cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan mas cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).
  3. Amalkan meminum air rebusan mas cotek sekurang-kurangnya 5 – 6 gelas sehari dan amalkan sebagai minuman harian.
  4. Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini.
  5. Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk semua jenis jantina.

Khamis, 5 Jun 2008

BILA PETROL NAIK MENDADAK

Semalam, Harga petrol diumumkan akan naik mendadak 41% daripada harga asal. Harga akan naik daripada 1.92 sen kepada 2.70 sen

Ramai yang terkejut besar kerana pengumuman dalam pukul 5, harga akan naik selepas 12 tgh mlm.

Ramai menjadi panik... sanggup lari ke stesen minyak untuk isi penuh buat kali terakhir. Di bandar baru bangi ada lebih kurang 14 stesen minyak... semuanya que panjang ... "banyaknya kereta"..kata anak kedua saya bila kami melalui stesen minyak untuk pam tayar kereta. "Ada promotion ke?"

Risau juga bila melihatkan azan maghrib sudah berkumandang... kereta masih lagi beratur panjang... mudah-mudah pemandu dan penumpangnya sempat solat maghrib..walaupun termengah-mengah.. beratur-beratur jugak... solat jangan sekali-kali tinggalkan...

Anak sulong tanya " ayah tak beratur juga ke?" Saya menjelaskan kepadanya, "kita tak perlu beratur panjang... tak perlu ikut panik dan menceburi trend semasa.... kalau beratur panjang... berapakah minyak yang telah dihabiskan sebab beratur sahaja. Nak jimatkan rm20 - rm 30 tapi kita telah bazirkan masa berjam-jam lamanya... kalau seorang ambil masa 5 minit untuk pam minyak... kalau 12 orang?. Anak sulong saya senyum lantas berkata, " 1 jam beratur saja ayah"
Minyak yang digunakan untuk beratur?... kos airkon lagi?...

Begitulah paniknya kita bila minyak naik mendadak... ramai yang geram... di dada-dada akhbar dilaporkan ada yang terlibat minor accident sebab nak pam minyak..... ngeri mendengarnya....

Ada parent call dan sms kepada kami.... "yuran taska alhumairaa naik jugak ke?... pihak pengurusan taska kena buat mesyuarat ibubapa untuk bincangkan hal ini?"

Ada yang sms .. "tak pe naikkan sebab kami tahu bila minyak naik... barang akan naik.... kos makanan taska akan naik... kalau tak naik... boleh ke taska nak teruskan biznessnya... kami yang berniaga ni pun terasa bahang kenaikan ini sebulan dua dah"

May be ibubapa yang terlibat dalam dunia perniagaan lebih memahami tentang pendapatan dan perbelanjaan perniagaan yang sentiasa naik setiap bulan...

Bila harga minyak naik.... kebanyakan barangan yang terlibat dengan makanan akan naik....

Beras sudah naik,
Minyak dah lama naik,
Susu cair, tepung, mihun akan naik lagi,
Kicap, sos, marjerin, keju akan naik lagi
Bahan mentah untuk masak mungkin naik,
Bagaimana pula dgn telur?

Bahan - bahan pendidikan ?

Pasta, Spaghetti.... pun akan naik?

Malah hampir kesemua bahan yang diangkut dgn lori akan naik.....

PERSoALannya... naik berapa peratus?

Inilah persoalannya.....

Kalau dulu kami masih boleh bertahan walaupun untung bersih kadang-kadang bawah RM10.... tergelak besar bila ceritakan kepada penasihat perniagaan... sampai beliau berkata...

"you ni buat bizness ke atau just jadi NGO buat pendidikan percuma?" kecil sangat profit margin? atau silap pilih market?

Dengan your sistem ini , I rasa harga yang patut dibayar oleh parent ialah RM***.00

Kami senyum sahaja mendengar komennya....

Anyway, kami masih lagi menunggu dan lihat...... sehinggalah bukti dah ada... maka tindakan susulan perlu dibuat agar bizness ini berjalan dengan lancar demi kebaikan masa depan anak-anak yang sememangnya dilahirkan sebagai seorang yang genius..... hanya didikan dan rangsangan yang betul mampu mengekalkan kecerdikan dan kehebatannya itu....



Antibiotik & Kisah nya

iNFO PERUBATAN
Assalamualaikum & SALAM SEJAHTERA

Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini.

Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada
tahun
1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar
perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang
merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas
diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang
membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti
bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan
bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh
bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak,
selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan
virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga
14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa
pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang
dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti
mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa
tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah
sejenis virus. (pandaaaii...... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang
mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini
bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan
kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan
bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit
seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke
alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti
loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti
kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson
Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik
berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga
menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini
boleh membawa maut. Sila lihat gambar.


3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan
adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus,
memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak
dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh
membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu
manusia.. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria
baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang
membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM
NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh
dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata
membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang
jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah
tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka
Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia
menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar
di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi
berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan
antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini
akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan
sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi
kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik
yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi
antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut.
Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat
sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang
memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin
meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah.
Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk
menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan
diri sendiri dahulu.. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan
antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di
klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat.
Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu
sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas
jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk
menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau
anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada
doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak
bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik
tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan
antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan
memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.



2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali
menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi
antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal
anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa
tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit
disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat
cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Alternatif

Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C
tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada
kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan
selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah.
Antibiotik mesti dihabiskan..


Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau
selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan .
Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat
selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi
saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada
ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan
kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak
boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala
sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan
antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah
demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor
nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang
tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan
untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun
dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman
yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di
kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

ARTIKEL DIPETIK dari yahoogroup...Kolej Islam Klang atau Kolej Islam Sultan Alam Shah

Jumaat, 9 Mei 2008

Sami Yusuf - Mother (Arabic)

Buat Semua Para Ibu tercinta..... engkaulah harapan anak-anak... mendidik tanpa jemu.. mengasuh penuh keikhlasan

SELAMAT HARI IBU.......

NowSeeHeart Unplugged

DILEMA PENGUSAHA TASKA DAN TADIKA BILA HARGA BARANGAN NAIK


"IT'S NOT JUST RICE,
IT'S LIFE"

Begitulah bunyi slogan yang dipaparkan di laman sesawang BERNAS http://www.bernas.com.my/media.htm

Beras adalah makanan ruji rakyat negara kita, tanpanya..hilanglah nikmat makan.... darinya juga datang pelbagai produk seperti meehun... bedak... dan seumpamanya.

Bila $ beras naik... dalam lingkungan rm 7 - rm 10 setiap 10 kg.. cukup mengejutkan rakyat terutama kaki bizness makanan termasuklah penguasa atau pengusaha Taman asuhan Kanak-Kanak dan Pra sekolah (Tadika)

Kenapa? Setiap barangan yang naik related kepada bizness akan menambahkan kos perbelanjaan malah profit margin bukan sahaja mengecil tetapi lebih ditakuti jika menjadi negatif..... lebih merisaukan dengar khabaran yang mana mihun juga akan turut naik bila harga beras hancur akan turut naik dan semakin bernilai di pasaran.

Kalau dulu mihun dapat dibeli dalam harga RM0.80 sepeket tetapi pada bulan april 2008, harganya telah meningkat kepada rm 1.15... itupun kalau beli bundle, kalau beli satu per satu harga ialah RM1.30 se unit.

Sebelum harga beras dan meehun naik.... Susu cair dan susu pekatpun dah lama naik

dari RM 1.80 menjadi RM 2.15 - RM 2.75 mengikut jenama malah boleh mencecah RM 3.30.


Tak tengok Biskut lagi dari RM 1.99 menjadi RM 2.75 seunit. Tak termasuk harga tepung -gandum yang naik begitu mendadak.

Bagi kami yang memberikan anak-anak di taska merasai khasiat pasta dan spaghetti juga terasa bahang kenaikannya dari RM2.75 menjadi RM 3.30 dan sekarang naik lagi menjadi RM 4.30... puuuh..... terasa mahalnya bahan makanan di negara tercinta ini.


Apakah dilema kami pengusaha Taska dan Tadika...... konfuse antara welfare dan kos yang perlu dikongsi bersama dengan ibubapa. Bila dinaikkan kos... bagaimana pula kemampuan ibubapa.... kalau tak dinaikkan kos... mampukan bizness bertahan lama.....

Pening dibuatnya....

Bila dilihat wajah-wajah anak yang suci bersih.. wajah harapan bangsa.... wajah yang akan mencorakkan dunia ini di masa hadapan... itulah kekuatan bizness yang sebenarnya... memberikan energy kepada kami untuk teruskan usaha mendidik mereka menjadi anak genius yang hebat urusan dunianya dan hebat juga urusan akhiratnya.

Biarlah harga beras naik... biarlah harga barangan yang lain naik... selagi boleh bertahan kita akan usahakan.... bila terpaksa menaikkan kos... kita akan tengok pro dan konsnya....

Malah setelah berbincang dengan seorang konsultan MARA tentang kajian yang telah dibuat terhadap taska dan tadika di Malaysia..... emmmm..walaupun kajian itu menyedihkan namun kreativiti boleh menyelamatkan keadaan... malah perlu ada konsep membina jaringan bizness dan produk yang berligar dalam industri.

Wassalam